Saturday, May 19, 2012

HIV: PANDUAN MELAYARI BLOG “AKU HIV POSITIF” SECARA BERKESAN DAN PELANCARAN AHP POSITIVE WARRIORS SUPPORT GROUP FACEBOOK


Kepada para pembaca yang baru berkunjung ke blog ini, mungkin mereka akan keliru untuk mendapatkan info atau maklumat yang dihendaki dengan mudah.

Untuk memudahkannya, aku terangkan secara ringkas bagaimanakah cara yang tepat dan mudah untuk mengakses maklumat yang diperlukan.

Perlu diingatkan bahawa kandungan blog ini hampir 100% dalam Bahasa Malaysia sekalipun ramai di kalangan Kumpulan Sokongan Positive Warriors fasih berbahasa Inggeris.

Kami pula bukanlah pakar dalam bidang perubatan dan rawatan. Apa yang mampu ditawarkan ialah sekadar maklumat mengenai dunia HIV secara santai, perkongsian pengalaman, dan sokongan.

Untuk memudahkan pembaca mencari maklumat tertentu mengenai HIV, sila pergi ke panel CATEGORIES yang terletak di side bar blog (sebelah kanan).

Katakan pembaca mahu memahami apa itu HIV, sila klik HIV yang tersenarai di situ.

Jika pembaca mahu tahu adakah PLHIV boleh berkahwin dan adakah mereka mampu mendapatkan zuriat bebas HIV, sila klik PANDUAN MENDAPATKAN ZURIAT BEBAS HIV KEPADA PLHIV yang terdapat pada panel yang sama.

Jika pembaca mahu mengetahui suka duka, jatuh, bangun, dan pengalaman aku sejak awal didiagnos sebagai PLHIV, sila klik kategori AKU. Harus diingat kadang-kadang maklumat khusus yang dicari mungkin juga terdapat dalam kategori yang berlainan kerana ada relatifnya. Secara umum, segalanya telah aku kongsikan dalam kategori AKU. Kenalah rajin membaca.

Begitulah jika pembaca mahu mendapatkan maklumat seterusnya seperti Penyakit Kelamin, HAART dan seterusnya. Pandai-pandailah kau orang cari dalam kategori berkenaan.

Jika pembaca mahu membaca komen-komen terkini pembaca sama ada yang positif, negatif, meroyan, atau provokasi, sila klik Comments RSS yang terletak di panel paling atas blog. Biasanya komen-komen yang terlampau mengarut aku delete kan sahaja. Bimbang merosakkan mind setting yang belum begitu faham tentang HIV dan masih tercari-cari arah diri.

Jika mahu menghubungi sahabat-sahabatku, kumpulan sokongan (Positive Warriors Support Group), sila emel mereka atau hubungi nombor telefon yang disertakan di panel kanan atau atas blog.


Jika selesa berkongsi pengalaman melalui Facebook, sila join Facebook yang dikendalikan oleh beberapa orang sahabatku iaitu Luka Rafieqa, Along, dan Survivor. Mereka adalah admin di sana.   
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com

Nama Facebook group kita ialah AHP Positive Warriors Support Group. Ini adalah secret group, so pembaca yang berminat join, sila add Facebook melalui emel mereka yang disertakan, dan sila tinggalkan mesej menyatakan minat untuk menyertainya.

Selepas approved, pembaca bebas menjalin silaturrahim dan berkongsi pengalaman di sana. Jaringan dan ruangnya jauh lebih luas dan terbuka.

Harap maklum, fokus utamaku adalah di blog. Medan mereka adalah membantu melalui Facebook, tetapi di bawah kumpulan sokongan yang sama dan kami saling berhubung. Mungkin hanya sekali-sekala aku akan meninggalkan komen dan entries terkini blog akan turut dipaparkan di sana atas budi bicara admin.  

Seterusnya, pembaca silalah rujuk apa juga info bermanfaat yang aku kongsikan di side bar blog ini. Pandai-pandailah saring maklumat. Jika ragu-ragu, sila rujuk pakar. Kami bukan pakar.

Jika mahu mempertikaikan pandangan pakar, dipersilakan tapi itu bukan dalam bidang atau kemampuan kami. Kami sekadar memberikan pandangan dan pandangan kami boleh diterima atau ditolak.

Begitu juga jika pembaca mahu membaca blog sahabat-sahabat PLHIV Fighters yang lain sebagai renungan hidup, layari blog mereka di link blog HIV FIGHTERS BLOG yang disertakan.

Sekali lagi diingatkan, walaupun blog ini bersikap terbuka kepada komen dan pandangan, komen dan pandangan yang dirasakan melampau, mengelirukan, atau meninggalkan kesan negatif kepada pembaca, aku akan delete. Confirm!

Ingat, bahawa semua bantuan di sini adalah percuma dan atas dasar sukarela. Jadi hormatilah hak dan privacy mereka yang membantu. Jika perlu buat panggilan, tak perlulah telefon tanpa  mengira masa atau mengharapkan emel anda akan dibalas serta-merta. Mereka juga punya komitmen peribadi yang tersendiri.

Lastly, AHP adalah AKU. Pemilik blog dan admin. Admin yang lain adalah ahli-ahli keluarga aku sendiri. Penasihat dan kumpulan sokongan Positive Warriors adalah sahabat-sahabatku, antara insan-insan berhati mulia yang sudi berkongsi sokongan dan membantu.


AHP: Semoga info ini dapat membantu dan memberi banyak manfaat kepada semua.