Sunday, May 27, 2012

HIV: TEMPORARILY IN SILENT MODE


Assalamualaikum wrh wbk.

Ahad – Jumaat (27 Mei – 1 Jun 2012) aku sekeluarga berada di luar kawasan atas urusan tertentu.

Segala emel, panggilan telefon dan SMS berkaitan urusan komuniti terpaksa diabaikan sementara waktu.

Sebarang pertanyaan dan komen di blog, insya-Allah akan dibantu oleh sahabat-sahabatku.

Tolong doakan kami sekeluarga sentiasa diredhai Allah, segala urusan berjalan lancar dan selamat pergi dan balik.


AHP: Sesekali terpaksa melupakan seketika segala rutin.

Saturday, May 26, 2012

ISTIDRAJ: DIA ORANG LAGI DAHSYAT BUAT MAKSIAT TAPI TAK KENA HIV PUN…




APAKAH ITU ISTIDRAJ? 

Kita mungkin tertanya-tanya, “Kenapa kadangkala kita lihat seseorang insan tu sentiasa dapat kegembiraan seperti dapat naik pangkat, murah rezeki dan tidak dijangkiti HIV sedangkan mereka lebih dahsyat melakukan kemungkaran?"

Kadangkala sesuatu anugerah Allah s.w.t kepada seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambaNya, tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan individu tersebut.

Allah nak tengok adakah hambaNya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya, jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.

Tetapi jika individu tersebut tidak bersyukur, maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan ar-Rahman.

Ada pula yang bertanya, “Kenapa kadang-kadang kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan?”

Itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dapat yang diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingatiNya. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya.

Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar selepas itu kita taksub dan lupa untuk bersyukur kepada yang Maha Esa.

Dalam erti kata lain, Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Rasulullah s.a.w.  bersabda:
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Sampaikan ada yang ragu-ragu. Mereka kata, “Kalau kita hendak dapat kebahagiaan dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasulullah s.a.w. dan berpegang teguh pada agama Islam tetapi kenapa ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, dan sebagainya tetap hidup susah juga?”

“Bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah tetapi rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak dan dia boleh hidup kaya dan mewah?”

Bila kita tanya, “Kamu tak takut mati?” Katanya, “Alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!” Sombongnya mereka, takburnya mereka…

Rasulullah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah, Nabi Sulaiman sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Sehensem-hensem Nabi Yusof dan semerdu-merdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan

Walaupun berbuat maksiat, mereka rasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku”, katanya sombong.

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya."

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia..! Bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah s.w.t.

Buktinya

Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak. Orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim
. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Qarun. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi,

Jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Bersyukurlah jika dengan ujian HIV ini menjadikan kita kembali kepada Allah.

Wallahualam.

Edited and forwarded e-mail by Fareez Fauzi

Friday, May 25, 2012

PANDANGAN RASIONAL ULAMA’ (DR MOHD ASRI) TENTANG LGBT



SEKS SONGSANG DALAM DUNIA YANG RENCAM
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai 
facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Dunia ini benar-benar berubah. Jika seseorang yang hidup di kurun-kurun yang lepas kemudian dibangkitkan semula, tentu dia kehairanan melihat dunia ini. Ia benar-benar berubah. Bukan sahaja kecanggihan teknologinya, tetapi juga nilai dan budaya yang dipegang oleh manusia pada zaman ini.

Globalisasi. Satu kalimah yang memberikan pelbagai kesan dan makna. Dunia tanpa sempadan yang gagal untuk dikawal oleh mana-mana kuasa pun. Kita sudah menjadi seperti sebuah kampung yang kecil. Segala yang berlaku di setiap ‘cerok’ diketahui oleh penduduknya dan menjadi ‘buah mulut’ setiap orang. Bahkan, kita lebih sempit dari kampung.

Teknologi yang mewujudkan jaringan sosial manusia telah menjadikan setiap berita tersebar jauh lebih pantas dari sebuah kampung. Tambahan lagi, bukan sekadar cerita yang dibawa, tetapi peristiwa yang dirakam. Maka budaya dan nilai kehidupan manusia berubah. Suasana baru berlaku dan ia menentukan banyak gaya fikir dan pendekatan kita.

Pendekatan Yang Difahami

Saya menjadi ahli Oxford Union. Satu badan yang amat bersejarah di Oxford. Setiap minggu mereka ada debat yang membabitkan isu-isu yang menarik. Tokoh-tokoh dipanggil dan isu-isu tertentu dicadang dan didebatkan. Pasukan pencadang dan pembangkang dibentuk. Kemudian undian dijalankan.

Minggu lepas tajuk: “This House Would Recognise Prostitution as a Legitimate Business”. Mungkin hal ini mengarut bagi kita. Apa cerita hendak mencadangkan seperti itu? Saya hadir untuk mendengar debat tersebut. Ternyata, di sudut ‘mata mereka’ bukan sedikit alasan yang mendapat tepukan gemuruh. Walaupun bagi kita masyarakat muslim, hal itu jelas haram disebabkan nas-nas agama. Namun, jika kita ingin berdialog dengan mereka, kita patut berhujah dengan apa yang mereka percaya.

Kata ‘Ali bin Abi Talib:
“Bercakaplah kepada manusia dengan apa yang mereka tahu. Apakah kamu suka didustai Allah dan RasulNYA” (Riwayat al-Bukhari).
Maksudnya, gunakan approach yang difahami kerana pendekatan yang salah, akhirnya agama ini menjadi mangsa tuduhan.

Simpati

Di Malaysia dikatakan heboh pasal LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender). Apatahlagi dengan kehadirian Irshad Manji. Sebenarnya, isu LGBT ini bukan sahaja heboh di Malaysia, di Negara Barat seperti UK ini pun kebelakangan ini banyak berita tentang tuntutan-tuntutan mereka. Jumlah mereka bertambah, bukan sekadar pengamalnya tetapi juga mereka yang bersimpati.

Golongan yang bersimpati melihat di sudut ruang kebebasan individu yang patut diiktiraf. Perdana Menteri UK David Cameron antara penyokong hak berkahwin golongan gay di UK. Walaupun kebelakangan ini ada bantahan dari MP partinya, tetapi pendirian asal Cameron ialah untuk menghalalkan perkahwinan golongan ini dari segi undang-undang. Padahal David Cameron yang sama menyebut dalam bulan Disember tahun yang lalu “UK is a Christian country and we should not be afraid to say so”. Itu ucapan beliau di Oxford sempena 400 tahun Bible King James.

Di Amerika, Barrack Obama dua minggu lepas mengisytiharkan sokongan kepada golongan LGBT untuk berkahwin. Beliau dalam temubualnya menyebut: “I have to tell you that over the course of several years as I have talked to friends and family and neighbors when I think about members of my own staff who are in incredibly committed monogamous relationships, same-sex relationships, who are raising kids together, when I think about those soldiers or airmen or Marines or sailors who are out there fighting on my behalf and yet feel constrained, even now that Don’t Ask Don’t Tell is gone, because they are not able to commit themselves in a marriage, at a certain point I’ve just concluded that for me personally it is important for me to go ahead and affirm that I think same sex couples should be able to get married“.

Pendirian mereka mungkin atas kepentingan politik, ataupun kepercayaan tentang hak kebebasan individu yang menjadi ‘rukun iman’ dalam hidup mereka. Dalam usaha menjaga perasaan penyokong, bukan sahaja politicians bahkan pihak gereja juga mula membuka ruang kepada golongan ini. Bukan sekadar untuk berkahwin, tetapi untuk menjadi paderi sekalipun. Ini seperti yang sedang berlaku beberapa hari lepas di Church of Scotland.

Suasana Baru

Nampaknya golongan LGBT ini mula membentuk komuniti yang mempunyai suara dan pengaruh dalam politik. Penentangan terhadap mereka dilihat oleh sesetengah pihak sebagai tidak menghormati hak individu. Dalam suasana yang seperti ini, umat Islam, samada golongan pemikir, ahli-ahli politik dan selain mereka terpaksa mencari ‘laras bahasa’ yang baru dalam mengulas tentang golongan ini.

Di negara seperti Malaysia, mungkin belum cukup terasa, tetapi umat Islam di Barat terpaksa mencari satu pendekatan yang dapat difahami oleh akal manusia di sini. Kita bersetuju bahawa ‘the ground of politics is compromise, but the ground of Islam is principal’, namun dalam masa yang sama pendekatan yang berkesan perlu dicari dalam menegakkan prinsip.

Amalan LGBT sebagai sesuatu yang haram di sisi ajaran wahyu adalah sesuatu yang pasti tanpa mungkin ada sebarang penafsiran lain lagi. Ia termasuk dosa besar. Ini jelas apabila Allah merakamkan ucapan Nabi Lut terhadap kaumnya (maksudnya) :
“dan (Nabi) Lut juga ketika dia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf 80-81).

Ayat ini menggambarkan kaum Lut memulakan amalan songsang ini. Sesuatu yang tidak dikenali sebelum itu. Namun, dunia hari ini lebih buruk, kerana hal ini telah dimulakan, telah berakar umbi dalam sesetengah masyarakat, di samping mendapat pengiktarafan pula di peringkat antarabangsa.

Nabi Lut sendiri mencari banyak pendekatan dalam membetulkan keadaan, termasuk menawarkan anak-anak perempuannya untuk mereka. Walaupun perkataan banati (anak-anak perempuanku) dalam al-Quran mengenai dialog Lut a.s itu mempunyai pelbagai tafsiran, namun ia merujuk kepada tawaran Lut untuk mereka mengahwini perempuan-perempuan keturunannya ataupun pengikutnya.

Kata Lut: (maksudnya)
“Wahai kaumku! di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu, oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku, tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?” (Surah Hud 78).

Dalam kerangka dunia hari ini yang tidak dapat menerima sikap yang keras dalam membawa mesej agama dan Islam pula dituduh agama yang ganas, maka dialog yang berkesan dan matang dalam menyampaikan dakwah amat diperlukan. Islam itu indah, ia mesti disampaikan dengan cara yang berkesan dan indah.

Ya, keindahan itu kadang-kala ia subjektif, tetapi kerangka masyarakat dan budaya yang mengelilingi mereka juga menentukan keindahan itu. Sudah pasti senaman ‘punggung’ bukan keindahan. Jika ia hendak dijadikan saluran dakwah Islam, sudah pasti tidak dapat diterima oleh akal yang waras dan budaya yang ada. Mungkin ia diterima dalam masyarakat Zulu Africa, tetapi tidak dalam masyarakat kita.

Dialog Dan Debat

Pada zaman ini manusia memerlukan dialog dalam menentukan setiap pegangan. Bahkan, berdebat juga adalah antara pendekatan yang diiktiraf oleh al-Quran.

Firman Allah (maksudnya):
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).

Kata al-Sa’di (meninggal 1376H):
“Hikmah maksudnya setiap individu diseru berdasarkan keadaan, kefahaman, penerima dan perlaksanaannya..adapun mauizah hasanah (nasihat yang baik) bermaksud dengan ungkapan yang baik yang dapat mengingatkan mereka. Antaranya dengan cara memberi amaran kepada mereka mengenai balasan Allah di akhirat dengan pendekatan yang dapat menginsafkan mereka. Sementara: berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik bermaksud cara yang paling memungkin mereka menerimanya secara akal dan nas ( Al-Sa’di, Taisir al-Karim al-Rahman, 452, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Pendekatan baru perlu diambil. Golongan pendakwah dan umat Islam perlukan pendekatan yang lebih bersifat semasa dalam suasana yang ada. Mungkin sesuatu perkara itu jelas bagi kita, tetapi ia kabur bagi banyak pihak. Dalam kes LGBT, kita bukan sahaja terpaksa berbicara dengan pengamalnya, tetapi juga mereka yang bersimpati walaupun tidak mengamalkan. Itu lebih ramai.

Dakwah Islam itu bertujuan memahamkan manusia dan menjadikan mereka taatkan Allah dalam keadaan sedar dan ikhlas. Menghukum dan mencemuh tidak dapat menyelesaikan masalah jika tidak didahului dengan memahamkan dan menegakkan hujah. Gerakan Islam, pendakwah dan badan-badan agama patut melihat isu-isu terkini dalam horizon yang baru, tanpa menggadaikan prinsip yang asal.

Sumber:  sini

Thursday, May 24, 2012

HIV: PERBEZAAN PENDEKATAN BLOG INI BERBANDING LAMAN-LAMAN WEB YANG LAIN


Ramai yang bertanya, apa bezanya blog ini dengan websites lain yang menyediakan info yang sama? Malahan info mereka lebih informatif.

Mudah sahaja, blog ini daripada seorang PLHIV untuk PLHIV. Blog berbahasa Melayu yang mengekalkan tradisi kemelayuan dan nilai-nilai Islamic secara santai. Tak ada gebang lebih-lebih. Tak ada yang konon-konon lebih Mat Salleh daripada orang putih. Yang penting, objektif untuk membantu. 

Ramai juga yang mula komplen kerana aku semakin jarang berkongsi pengalaman peribadiku sebagai seorang PLHIV.

Ermmphh.. macamana aku nak jelaskan ya? Pengalaman bagaimana? Kalau pengalaman syahdu syahdan, mendayu-dayu dan melankolik memang dah lama tak ada.

Hakikatnya aku pun tak tahu pengalaman bagaimana yang aku perlu kongsikan kerana segala-galanya terlalu biasa, sama seperti insan lain.

Kesemuanya sangat-sangat biasa bahkan jika tidak kerana  perlu patuh kepada jadual pengambilan HAART dan melunaskan temujanji rawatan rasanya aku terlupa terus yang aku ini seorang PLHIV.

Yang pasti dengan HIV aku lebih menghargai dan menikmati kehidupan. Bahkan kehidupanku bertukar menjadi sangat-sangat sibuk.

Setiap hari sentiasa terkejar-kejar cuba melakukan banyak perkara. Seumpama hari ini adalah hari terakhirku. Umpama kanak-kanak yang teruja melihat sekotak coklat kegemaran di depan mata. Syukur alhamdulillah….

Bagi aku, yang penting usaha, doa dan tawakal. Selebihnya nikmati dan hargai sahaja masa-masa yang dipinjamkan. Hidup memang hanya sementara. Tiap manusia punya nyawa dan pergi dengan cara tersendiri yang telah ditentukan. So, lebih baik mati bermaruah dan dalam mencari keredhaan Allah.

Selain itu aku sentiasa cuba menghindari stress, negative thinking dan conflict dalam kehidupanku. Aku tak suka berat-beratkan kepala. Perkara remah temeh aku hindari dan yang babitkan emosi aku jauhi.

Selera makan aku seperti biasa. Bahkan agaknya kalaulah tidak kerana diabetes dan terpaksa kawal makan, aku yakin badan aku akan naik seperti belon.

Aku juga sangat ambil berat tentang senaman. Perlu aku ingatkan bahawa senaman sangat-sangat penting terutama kepada PLHIV. Terpulang kepada kita memilih senaman yang sesuai dengan usia dan diri masing-masing.

Seboleh-bolehnya aku bersenam 30 minit setiap hari. Bukan bersenam apa sangat pun sekadar berjalan pantas di mesin treadmill di samping beberapa senaman ringan membina otot dan stamina. Alhamdulillah aku rasa lebih cergas dan berkeyakinan.

Tak ada masalah langsung ke?

Mestilah ada… mana boleh tak ada. Semua manusia ada masalah sama ada PLHIV atau non PLHIV. Sikit-sikit tu biasalah. Aku ada macam-macam penyakit kronik. Penyakit-penyakit yang seumpama  time bomb dan berumur 45 tahun, faham-faham sahajalah… 

Tapi fikirlah macamana pun, hanya  Allah jua yang Maha Menentukan.

Seperti yang aku bagitahu tadi, masalah remeh temeh tak payahlah besar-besarkan sangat. Jangan nak manjakan diri terlampau-lampau.

Cintakan dunia pun sejenis ujian iman yang lebih teruk daripada ujian ketagihan dadah, kecenderungan seksualiti atau dijangkiti HIV. Mari muhasabah diri tentang tujuan kita diciptakan dan untuk apa kita dipilih sebagai khalifah.    

Walaupun aku tak ada masalah tetapi jika terlalu kepenatan,  tak cukup rehat dan berterusan selama berminggu-minggu memang akhirnya bertukar menjadi stress juga.

Jadi sahabat-sahabat kena faham jika sesekali aku tidak aktif berblog, facebook aku senyap sunyi, SMS lambat berbalas dan panggilan telefon kadang-kadang tak berjawab. Aku penat sampai ke tahap nak bercakap pun tak ada mood.

Akaun facebook peribadi  yang baru aku buka tu sebenarnya sebagai komitmen aku untuk membantu Positive Warriors Support Group Facebook sebagai salah seorang admin. Sesekali mungkinlah aku jengok tapi tak adalah kerap sangat.

Kalau aku berikan banyak tumpuan, mana nak cari ruang peribadi dan keluarga. Lebih membimbangkan jika  blog ini terabai akhirnya.  

Yang penting, kepada yang berminat boleh hubungi sahabat-sahabatku sebagai admin yang lain di sana. Mereka sedia membantu apa-apa keperluan. Apa-apa pun perlu diingatkan bahawa pandangan setiap admin di facebook  tersebut tidak mewakili pandangan peribadiku.  

Komitmen bersama komuniti

Sejak menjadi PLHIV juga Allah anugerahkan aku dengan pelbagai nikmat. Ada yang tak pernah aku bayangkan dapat dicapai pun, Allah kabulkan juga. Alhamdulillah, barangkali semua ini kerana berkat doa semua. Dengan izin Allah tiada yang mustahil.

Jadi selepas melalui beberapa fasa sebagai PLHIV dalam kehidupanku, kini sampai ke tahap aku selesa menghabiskan banyak masa bersama komuniti.

Walaupun aku tidak seaktif dulu publish entries baru, namun hakikatnya aktivitiku bersama komuniti tak putus-putus. Rumah sentiasa bertali arus dengan kunjungan, temujanji, panggilan telefon, SMS dan ziarah. Sesekali jika berkesempatan dan mampu aku menghadiri mana-mana jemputan NGO’s tertentu.

Berdepan dengan pelbagai karenah dan ragam setiap individu atau organisasi menjadikan aku lebih merasakan kebesaran Allah.

Selain itu aku berazam untuk lebih aktif sebagai geng surau. Sekurang-kurang dapat join solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Sambil-sambil tu dapat juga menyertai majlis ilmu atau tazkirah. Ada juga pengisian rohani. Jomlah, boleh tumpang chopper buruk aku. Hehehe… 

Ingat ya, kekuatan sebenar kita ialah dengan cara menjaga perhubungan dengan Allah. Solat mesti cukup dan sempurna. Tak boleh main logic dan teori sahaja. Kosong.

Kekuatan datang apabila usaha disertai dengan doa dan pertolonganNya. Tanpa bantuan Allah, tak ada maknanya semua perjuangan kita. Akhirnya mungkin kembali dan berterusan dengan segala perbuatan mungkar. Nau’zubillahi min zaalik!    

Ok, insya-Allah jumpa lagi...

Tuesday, May 22, 2012

HUKUMAN MATI UNTUK PENGIKUT KAUM NABI LUT



“Tiada undang-undang terhadap gay - Polis”, itulah tajuk yang memenuhi ruang Utusan Malaysia pada 2 Januari lepas.

Menurut Pegawai Turus Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah, siasatan pelaku seks songsang adalah mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana meliwat. “Bagaimanapun, amat sukar kedua-dua individu yang melakukan seks luar tabii itu untuk tampil memberi keterangan yang menyebabkan pihak berkuasa tidak boleh membawanya ke muka pengadilan.

Ini berlaku kerana kedua-dua pelaku seks songsang itu melakukannya secara rela tanpa paksaan. Biasanya, dalam serbuan yang dibuat, individu terlibat mengakui ada aktiviti seks yang dilakukan berdasarkan kondom-kondom basah yang ditemui tetapi enggan memberi keterangan ketika dalam siasatan,” kata Razali. Polis mengenal pasti empat kelab gay yang berselindung di sebalik pusat urut di sekitar ibu negara.

Namun, apa yang lebih memburukkan adalah, pusat aktiviti kumpulan pengamal seks songsang atau kelab gay di negara ini dikesan bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan kerana dipercayai ‘dilindungi’ golongan orang kenamaan (VIP), ujar Razali. Seperti ‘tidak boleh disentuh’, agensi penguatkuasa turut berhadapan cabaran menjalankan operasi di lokasi-lokasi panas yang dikenal pasti menjalankan aktiviti seks songsang [UM 02/01/11].


Dalam perkembangan yang berkaitan, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, golongan gay berisiko tinggi terdedah kepada penyakit berjangkit seperti AIDS dan penyakit kelamin walaupun mereka mengambil langkah pencegahan. Menurutnya, pengamal seks songsang perlu sedar tentang perkara berkenaan dan menjauhi kegiatan tidak bermoral itu bagi mengelakkan diri dijangkiti penyakit-penyakit berkenaan. Penularan kegiatan seks songsang bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang terjebak dengan perlakuan tidak bermoral itu, malah ia turut merosakkan masyarakat.

“Apabila semakin ramai yang menerima budaya tersebut maka tentunya masyarakat yang terbentuk adalah masyarakat yang pincang moralnya,” jelasnya [UM 30/12/10].

Gay dan AIDS


Sebelum membincangkan masalah gay yang dilaporkan semakin serius di Malaysia, perkaitan antara gay dan AIDS haruslah dituntaskan terlebih dahulu. Masalah HIV/AIDS sebenarnya bukanlah sekadar masalah kesihatan (medis), namun juga masalah perilaku. Sebab berdasarkan banyak kajian, telah terbukti bahawa penyebab terbesar penularan HIV/AIDS adalah kelakuan seks bebas.

Lebih-lebih lagi jika ditelusuri sejarah, HIV/AIDS pertama kalinya memang ditemui di kalangan gay San Fransisco pada tahun 1978. Seterusnya penyakit ini menular hingga ke seluruh penjuru dunia terutama melalui aktiviti seks bebas seperti lesbianisme, gay, biseksual, dan transgender. Inilah bukti bahawa HIV/AIDS tidak dapat dianggap sebagai masalah kesihatan semata-mata tetapi juga terkait rapat dengan masalah gaya hidup (life style) pada hari ini. Dengan perumusan masalah seperti ini, maka penyelesaiannya menjadi jelas dan terarah.

Dengan kata lain, untuk mencegah atau menghapuskan HIV/AIDS, ia mestilah ditanggapi bukan dengan sekadar mencegah dan mengubati HIV/AIDS sebagai satu masalah kesihatan, melainkan mesti disertai dengan usaha menghapuskan segala aktiviti seks menyimpang yang menyebabkan menularnya HIV/AIDS melalui gay, lesbianisme, biseksual, dan transgender.

Dari satu sudut, memanglah Islam memandang HIV/AIDS sebagai satu masalah kesihatan kerana ia adalah sejenis penyakit dan sifatnya amat berbahaya (dharar) yang boleh menyebabkan lumpuhnya sistem kekebalan badan. Bagi sesiapa yang telah diserang oleh penyakit ini, maka pelbagai penyakit lainnya akan mudah menjangkiti si pesakit yang biasanya akan berakhir dengan kematian. Islam adalah agama yang melarang terjadinya bahaya (dharar) pada umat manusia.


Rasulullah SAW bersabda, “laa dharara wa laa dhiraara fi al-islam” (tidak boleh menimpakan bahaya pada diri sendiri dan juga bahaya bagi orang lain dalam Islam”) [HR Ibnu Majah no 2340, Ahmad 1/133]. Namun dari sudut yang lain, Islam juga memandang HIV/AIDS sebagai suatu masalah perilaku, kerana sebahagian besar kes HIV/AIDS adalah bermula dan tersebar melalui kelakuan seks bebas dan menyimpang seperti gay, lesbianisme, biseksual, dan transgender.

Semua perilaku ini adalah perbuatan jijik dan tercela dalam pandangan Islam. Semuanya merupakan kelakuan yang wajib dihukum (uqubat) dengan keras [Imam Al-Ajiri, Dzamm Al-Liwat, Kaherah: Maktabah Al-Qur’an, 1990, hal. 22; Mahran Nuri, Fahisyah al-Liwat, hal. 2; Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 18-20].

Penyelesaian Islam dalam masalah ini adalah berbeza dengan penyelesaian model sekular dalam sistem demokrasi yang ada sekarang di mana model sekular hanya memandang HIV/AIDS sebagai masalah kesihatan, bukannya masalah perilaku.


Maka penyelesaian yang diberikan oleh undang-undang sekular hanya menjurus kepada persoalan kesihatan semata-mata. Antaranya adalah dengan menasihati pasangan yang ingin berzina agar tidak menukar-nukar pasangan, memakai kondom semasa ingin berzina, mengagihkan jarum suntikan yang telah disteril, mengadakan kempen dan iklan akan bahayanya AIDS dan seumpamanya. Sedangkan dalam masa yang sama undang-undang sekular membenarkan dan membiarkan perilaku seks bebas seperti gay, lesbianisme, biseksual dan transgender berleluasa.

Perilaku bebas gaya haiwan ini dianggap ‘tidak ada masalah’ dan tidak perlu dihukum dan jika perlu dihukum sekalipun, cukuplah sekadar hukuman yang amat minima yang tidak pernah menakutkan pelakunya. Jelas sekali bahawa kesemua penyelesaian ini adalah penyelesaian yang dangkal dan bodoh selain tidak syar’i.

Ia adalah ‘dangkal’ kerana penyelesaian yang diberikan hanyalah menyentuh aspek permukaan yang tampak sahaja tanpa melihat masalahnya dengan mendalam dan hakiki iaitu masalah yang berpunca dari nilai-nilai kehidupan dan cara hidup (way of life) yang lahir dari amalan kebebasan di bawah sistem demokrasi yang membenarkan pergaulan tanpa batas antara lelaki dan wanita. Penyelesaian ini adalah ‘bodoh’ kerana ia sebenarnya semakin memerosotkan martabat manusia hingga setara dengan binatang ternak malah lebih buruk.


Aktiviti syaitan seperti zina, gay, lesbianisme, biseksual dan transgender ini hanya dianggap sebagai ‘masalah moral’ dan tidak pernah ditangani oleh pihak berkuasa dengan cara Islam padahal semua perilaku jijik ini hakikatnya mempertuhankan hawa nafsu dan membunuh akal yang sihat. Bukankah ini suatu kebodohan? Firman Allah SWT,

“Terangkanlah kepadaKu tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kalian dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kalian mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu)” [TMQ al-Furqan (25):43-44].



Oleh yang demikian, melihat HIV/AIDS hanya sebagai masalah kesihatan tanpa menyelesaikan masalah kegiatan seks bebas yang menjadi puncanya, adalah penyelesaian yang amat dangkal dan hanya membawa kebuntuan. Sayang sekali, penyelesaian karut inilah yang justeru diambil, baik oleh pemerintah mahupun pelbagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia.

Penyelesaian ini sebenarnya hanya merupakan strategi import dari kaum kafir penjajah yang berpemikiran sekular-liberal yang diambil oleh pemimpin dan pihak berkuasa, yang mana tolok ukur mereka dalam menyelesaikan masalah ini ditunjangkan kepada “hak asasi manusia”, bukannya kepada Islam. Kerana itulah, tidak wujudnya hukuman ke atas golongan terlaknat ini, atau hukuman tidak boleh dijatuhkan ke atas golongan ini kerana ia ‘bertentangan dengan hak asasi manusia’ disebabkan perbuatan itu dilakukan oleh mereka secara sukarela atau suka sama suka.

Pemerintah lebih berusaha mengatasi ‘masalah yang timbul darinya’ yakni penyakit HIV/AIDS, bukannya berusaha untuk membendung kegiatan terkutuk itu sendiri. Oleh itu, apa sahaja strategi dan kempen yang dijalankan untuk mengatasi masalah HIV/AIDS tidak akan menyelesaikan masalah ini malah akan menjadi sebuah kedangkalan dan kebodohan kerana tidak diselesaikan menurut Islam.

Selama mana HIV/AIDS hanya dipandang sebagai masalah kesihatan dan masalah seks songsang hanya dipandang sebagai sebuah isu moral tanpa ada usaha untuk membendung pergaulan bebas dan kegiatan seks bebas (yang menjadi puncanya), maka apa pun strategi dan langkah yang diambil akan pasti menemui kegagalan. Setiap penyimpangan perbuatan manusia, sekiranya tidak diselesaikan dengan hukum Allah, maka sudah pasti tidak akan pernah menemui keberhasilan, tetapi hanya akan menghasilkan kegagalan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT,

“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, walhal (hukum) siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin”
[TMQ al-Ma’idah (5):50].


“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan (di dunia) dan azab yang pedih (di akhirat)” [TMQ an-Nur (24):63].

Hukuman Ke Atas Perilaku Seks Menyimpang


Sesungguhnya ajaran Islam tentang kehidupan sangat berbeza dengan ajaran hidup liar yang dibawa oleh demokrasi. Menurut ajaran demokrasi, kebebasan individu adalah suatu yang amat suci dan mesti dihormati oleh setiap orang, termasuk negara. Manusia bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak ‘mengganggu orang lain’.

Justeru, perlakuan seks bebas yang dilakukan secara suka sama suka adalah tidak salah kerana ini merupakan hak setiap individu yang tidak boleh diganggu-gugat oleh individu lain. Hubungan seks songsang seperti gay, lesbianisme, biseksual dan transgender adalah dibenarkan atas nama hak asasi manusia (HAM) dan merupakan sebahagian dari kebebasan individu yang mesti dihormati dan dijaga oleh negara. Inilah ajaran demokrasi.

Manakala ajaran Islam sungguh amat bertentangan dengan semua ini. Islam bukan sekadar mengharamkan zina, gay, lesbianisme, biseksual, dan transgender, malah pelakunya dianggap sebagai telah melakukan al-jarimah (kejahatan) dan wajib dikenakan uqubat (hukuman) [Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 8-10].

‘Lesbianisme’ di dalam kitab-kitab fiqh disebut dengan istilah as-sahaq atau al-musahaqah. Ia bererti hubungan seksual yang terjadi di antara sesama wanita. Tidak ada khilaf (perselisihan) di kalangan fuqaha’ bahawa lesbianisme hukumnya adalah haram. Keharamannya antara lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “as-sahaq zina an-nisaa’ bainahunna” (lesbianisme adalah [bagaikan] zina di antara sesama wanita) [HR Thabrani, dalam al-Mu’jam al-Kabir, 22/63, Sa’ud al-Utaibi, Al-Mausu’ah Al-Jina’iyah al-Islamiyah, hal. 452].


Menurut Imam Dzahabi, lesbianisme merupakan dosa besar (al-kaba’ir) [Dzahabi, Az-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir, 2/235]. Namun hukuman untuk lesbianisme tidak seperti hukuman zina (yakni hudud), melainkan hukuman ta’zir, iaitu hukuman yang tidak dijelaskan oleh nas secara khusus.

Jenis dan kadar hukumannya diserahkan kepada Khalifah atau qadhi (hakim). Ta’zir ini bentuknya boleh berupa hukuman sebat, penjara, publikasi (tasyhir) dan sebagainya [Sa’ud al-Utaibi, Al-Mausu’ah Al-Jina’iyah al-Islamiyah, hal. 452; Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 9].

‘Gay’ atau homoseksual dikenal dengan istilah liwat. Imam Ibnu Qudamah mengatakan bahawa, telah sepakat (ijma’) seluruh ulama’ mengenai haramnya homoseksual (ajma’a ahlul ‘ilmi ‘ala tahrim al-liwat) [Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 12/348]. Sabda Nabi SAW,

“Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut”
[HR Ahmad, No 3908].


Hukuman untuk gay adalah hukuman mati dan tidak ada khilafiyah di antara para fuqaha’ termasuklah di antara para shahabat Nabi SAW mengenainya. Ini seperti dinyatakan oleh Qadhi Iyadh dalam kitabnya Al-Syifa’. Sabda Nabi SAW,

“Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat), maka bunuhlah keduanya (peliwat dan yang diliwat).”
[HR Al-Khamsah, kecuali an-Nasa’i].


Namun, dalam pelaksanaan hukuman bunuh tersebut, para sahabat Nabi SAW berbeza pendapat mengenai tatacara (uslub) hukuman mati ke atas golongan gay ini. Menurut Ali bin Thalib ra, kaum gay mesti dibakar dengan api hingga mati.

Menurut Ibnu Abbas ra, mesti dicari bangunan yang paling tinggi di suatu tempat, lalu dihumbankan si gay tadi dengan kepala ke bawah dan setelah jatuh ke tanah, dilempari dengan batu. Menurut Umar bin Al-Khattab ra dan Utsman bin Affan ra, golongan gay dihukum mati dengan cara dihempapkan dinding tembok kepadanya hingga mati.

Meskipun para sahabat Nabi SAW berbeza pendapat tentang uslub pelaksanaan hukuman, namun semuanya sepakat bahawa golongan gay ini wajib dihukum mati [Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 21].

‘Biseksual’ adalah perbuatan zina jika dilakukan dengan lain jenis. Jika dilakukan dengan sesama jenis (sesama lelaki), ia adalah tergolong homoseksual dan jika dilakukan di antara sesama jenis (sesama wanita) ia adalah tergolong lesbianisme. Kesemuanya adalah perbuatan maksiat dan haram di sisi Islam. Hukuman ke atas kesalahannya adalah mengikut jenis kesalahan tersebut.


Sekiranya tergolong zina, hukumnya adalah rejam (dilempar batu hingga mati) jika pelakunya muhsan (sudah menikah) dan disebat seratus kali jika pelakunya bukan muhsan. Jika tergolong homoseksual, hukumannya adalah mati dan jika tergolong lesbianisme, hukumannya adalah ta’zir sebagaimana dibincangkan di atas.

‘Transgender’ adalah perbuatan yang menyerupai lain jenis, baik dalam berbicara, berbusana, mahupun dalam bertingkahlaku, termasuklah di dalam aktiviti seksual. Islam mengharamkan perbuatan menyerupai lain jenis sebagaimana hadis Nabi SAW yang melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan melaknat wanita yang menyerupai lelaki-laki [HR Ahmad, 1/227 & 339].


Manakala dari segi hukumannya, jika seseorang transgender itu sekadar berbicara atau berbusana menyerupai lawan jenis, maka hukumannya adalah diusir dari pemukiman atau perkampungannya. Nabi SAW telah melaknat orang-orang pondan (mukhannats) dari kalangan lelaki dan orang-orang tomboi (mutarajjilat) dari kalangan perempuan.

Nabi SAW bersabda, “akhrijuuhum min buyutikum” (usirlah mereka dari rumah-rumah kalian). Maka Nabi SAW pernah mengusir si fulan dan Umar ra juga pernah mengusir si fulan” [HR Bukhari no 5886 dan 6834, lihat Imam Syaukani, Nailul Authar, hal. 1306]. Jika golongan transgender ini melakukan hubungan seksual, maka hukumannya disesuaikan dengan faktanya.

Jika hubungan seksual terjadi di antara sesama lelaki, maka dijatuhkan hukuman sebagaimana homoseksual. Jika terjadi di antara sesama wanita, maka dijatuhkan hukuman sebagaimana lesbianisme. Jika hubungan seksual dilakukan dengan lain jenis, maka dijatuhkan hukuman zina.

Di dalam Islam memang dikenal golongan khunsa yakni orang yang mempunyai dua alat kelamin dan kewujudan serta kedudukan mereka diakui dalam fiqh Islam. Namun mereka sama sekali berbeza dengan golongan transgender kerana golongan transgender adalah golongan yang mempunyai alat kelamin yang sempurna, bukannya dua alat kelamin, tetapi mereka berperilaku menyerupai lawan jenisnya. Sedangkan golongan khunsa adalah golongan yang semulajadinya lahir dengan memiliki dua alat kelamin. Bagi golongan khunsa ini, terdapat beberapa hukum fiqh yang khusus mengenai mereka.

Khatimah


Wahai kaum Muslimin! Wujudnya golongan pelaku seks songsang ini adalah kerana adanya amalan kebebasan di bawah sistem demokrasi. Sistem kufur ini sememangnya akan membenarkan segala aktiviti maksiat lahir dan merajalela manakala semua aktiviti keIslaman akan dihalang habis-habisan.


Walaupun ada usaha dari pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini, namun ternyata usaha mereka menemui kegagalan demi kegagalan kerana sesungguhnya mereka berusaha memperbaiki kerosakan manusia (dengan mengambil jalan) melalui sistem yang juga rosak. Mereka umpama masuk ke lubang najis untuk membersihkan najis dengan (juga) menggunakan najis.

Sampai bilakah pihak berkuasa dan pihak pemerintah ini akan sedar bahawa sistem demokrasi dengan undang-undang buatan manusia yang mereka amalkan selama ini tidak pernah dapat menyelesaikan masalah, malah sebaliknya semakin banyak menimbulkan masalah dan kerosakan kepada manusia.

Cubalah pihak berkuasa ini berfikir sedikit, gay manakah yang akan berani menonjolkan diri atau ingin terus melakukan perbuatan jijik dan terlaknat mereka itu jika dicampakkan mereka satu demi satu dari tingkat tertinggi KLCC sebagai hukuman Allah ke atas mereka? Namun, hukum Allah ini tidak akan akan dapat dilaksanakan selagi mana tidak adanya Daulah Khilafah yang menaungi kita semua. Wallahu a’lam.

Sumber: sini


AHP: Banyak benarnya pandangan ini tetapi terasa juga betapa dangkal dan jahilnya mereka tentang seksualiti, HIV/AIDS. Selagi beginilah cara golongan agama berfikir, sampai ke sudahlah golongan yang sepatutnya dibantu memencilkan diri.

Akhirnya mereka akan membentuk komuniti sendiri, menuntut hak dan mengadakan pelbagai program dan aktiviti tanpa golongan agama sebagai penasihat.

Menjatuhkan hukuman memang mudah tetapi membimbing yang payah. Wallahu a’lam.