Tuesday, April 03, 2012

PROGRAM LAWATAN RUMAH ANAK YATIM SOLEHAH DI BANDAR TUN RAZAK PADA 7 APRIL 2012



Program Lawatan Rumah Anak Anak Yatim di Rumah Solehah @ Bandar Tun Razak akan diadakan pada 7 April 2012 ini dengan kerjasama Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) dan juga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai penggerak pada PAFI ini saya menyeru agar kawan-kawan yang rasa ingin sama terlibat dalam program ini bolehlah turut sama menghulurkan bantuan tenaga ke majlis tersebut. Ada di kalangan penghuni rumah ini yang merupakan anak anak yang menghidapi HIV dan ini adalah peluang untuk kita turun padang dan sama bermesra dan lebih mengenali mereka ini di samping dapat mengeratkan hubungan diantara ahli PAFI dan juga kawan kawan dari blog AHP.

Insyaallah program ini merupakan program kedua PAFI dan JAWI dan saya cuba untuk melibatkan pembaca blog ini dan AHP (
www.akuhivpositif.blogspot.com) serta Positive Warriors ke program tersebut. Di bawah ini adalah tentatif program tersebut :

10.00 pagi  : Berkumpul di Rumah Solehah Bandar Tun Razak Cheras
10.30 pagi  : Ucapan alu aluan
10.45 pagi  : Program bermula (Diantara program yang akan dijalankan, akan diberitahu kelak)
12.00 tengahari : Makan Tengahari bersama
1.30 petang : Solat berjamaah
2.00 petang : Pemberian hadiah / saguhati / sumbangan kepada penghuni Rumah Solehah
3.00 petang : Bersurai

Untuk maklumat lanjut boleh email kepada saya : 
psychonuts@gmail.com ataupun boleh telefon saya di talian 018-2070953

Hidup biar berjasa.... :)


AHP: Sumber & kerjasama http://duniamataku.blogspot.com