27 April 2012 (Jumaat)
Dr. Iskandar Firzada bin Osman adalah individu yang sangat bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Aku yakin bukan kami sahaja yang beranggapan begitu, tetapi sesiapa sahaja yang pernah mendapatkan rawatan dan kaunseling yang dikendalikan oleh beliau akan merasai sentuhan magis beliau sebagai seorang doktor.
Pujian, penghargaan dan doa untuk Dr. Iskandar Firzada melimpah-ruah. Sama seperti kayanya rasa empati, prihatin dan pertolongan yang beliau berikan kepada para pesakit.
Melalui blog ini sahaja, ramai sahabat-sahabat PLHIV atau non-PLHIV yang meminta pertolonganku untuk berurusan dengan Dr. Iskandar Firzada.
Ada yang terbuka hati untuk menjalani ujian pengesanan HIV, memulakan dan mendapat rawatan selepas mereka membaca blog ini.
Alhamdulillah, hajat mereka tidak pernah ditolak oleh Dr. Iskandar, malahan ada yang sanggup berulang-alik dari KL hingga ke Kuantan setiap bulan semata-mata selesa berurusan dengan Dr. Iskandar.
Setahu aku, semuanya meluahkan rasa kagum dengan kebaikan Dr. Iskandar Firzada dan sikap professional beliau merawat mereka.
Secara peribadi, Dr. Iskandar Firzada merupakan pertolongan Allah yang dikurniakan kepadaku sejak aku bergelar PLHIV. Beliau adalah antara individu yang sangat banyak membantuku bangkit menentang stigma dan paranoid dalamanku sendiri.
Bukan itu sahaja, Dr. Iskandar Firzada adalah individu yang menyelamatkan ‘hubungan baikku’ dengan KKM. Sejujurnya, jika tidak mendapat rawatan dengan Dr. Iskandar Firzada mungkin aku akan mengemukakan saman terhadap KKM.
Bukan bermakna aku membuat tuduhan melulu, tetapi terdapat beberapa orang peguam yang sanggup menawarkan perkhidmatan percuma kerana mereka yakin aku menjadi mangsa human error semasa pemindahan darah yang aku jalani.
Kalah atau menang, itu isu yang lain, tetapi Dr. Iskandar Firzada sekurang-kurangnya berjaya menyedarkan aku bahawa perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana focus utamaku adalah untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna.
Barangkali juga kalau bukan kerana Dr. Iskandar Firzada, belum tentu aku mahu mendapatkan rawatan, sekalipun para pembaca mengenali aku sebagai seorang yang bersikap positif.
Trauma untuk berurusan dengan pihak hospital sebenarnya sangat mendalam dan ini telah terbukti kerana aku enggan meneruskan rawatan di HTAA sekalipun dicadangkan untuk menjalani Bone Marrow Biopsy dalam waktu terdekat.
Sebaik sahaja selesai berurusan di HTAA seperti yang aku kongsikan sebelum ini, aku ‘meluru’ untuk mendapatkan kaunseling dengan Dr. Iskandar Firzada kerana tidak tertahan dengan tekanan.
Lebih kurang sebulan sebelum dan selepas menjalani rawatan di HTAA, aku down teruk. Terasa merosot segala mind power yang aku bina. Hanya mereka yang rapat tahu betapa aku tidak mampu ke hospital untuk rawatan.
Satu-satunya individu yang mungkin mampu memujukku ke hospital hanyalah Dr. Iskandar Firzada. Jika sebarangan orang, jawapan aku ialah TIDAK, kecuali aku terlantar dan diusung ke hospital.
(Maaf jika bunyinya agak emo dan terlalu berlebih-lebihan, tetapi itulah hakikatnya yang aku rasa)
Aku juga sangat selesa berkomunikasi dengan Dr. Iskandar sama ada semasa rawatan, emel, SMS, dan panggilan telefon. Walaupun beliau memberikan kerjasama, tetapi itu tidak bermakna aku akan melanggar hak privacy beliau dengan sewenang-wenangnya.
Tutur katanya yang lembut, pandangan, dan nasihat jujur serta rasional sukar ditolak oleh akal yang waras. Tiada sedikit pun judgemental dan diskriminasi semasa beliau merawat pesakit, bahkan keikhlasannya bagaikan terpancar melalui segala tindakan.
Selain itu, terdapat satu keistimewaan yang sangat ketara tentang Dr. Iskandar Firzada iaitu beliau pernah membesar sebagai anak kampung dengan latar belakang keluarga yang berpegang teguh terhadap pendirian agama.
Melalui beberapa kenalan, aku mendapat maklumat bahawa terdapat ramai di kalangan ahli keluarga rapat beliau adalah golongan yang banyak jasanya kepada masyarakat dan merupakan tokoh dalam bidang-bidang tertentu.
Aku percaya environment tersebut sedikit sebanyak telah membentuk sahsiah dan keperibadian beliau.
Itu adalah Dr. Iskandar Firzada yang aku sekeluarga kenali secara peribadi, tetapi tetapi jasa dan peranan beliau kepada KKM dan para pesakit lain jauh lebih besar.
Malahan aku yakin, pihak KKM dan MAC sedang memberikan perhatian dan pertimbangan kepada beliau untuk berada di barisan depan sebagai individu yang sangat berkelayakan membantu komuniti dengan cara beliau.
Entry ini sebenarnya adalah sebuah dedikasi khas aku dan keluarga serta mereka yang menyayangi Dr. Iskandar Firzada sempena Hari Lahir beliau pada 27 April.
Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan Dr. Iskandar Firzada bin Osman. Perkongsian ini hanyalah secebis daripada suara hati kami sekeluarga terhadap seorang doktor yang sangat-sangat istimewa dan rapat di hati kami.
“Selamat Hari Lahir doktor. Saya doakan semoga sempena 27 April tahun ini akan membawa lebih banyak rahmat dan barokah dalam kehidupan doktor sekeluarga. Terima kasih atas segala-galanya. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan.”
-AHP
“Assalamualaikum,
Happy Birthday Dr. Is. Semoga success dan dirahmati Allah dunia dan akhirat. Jutaan terima kasih atas jasabaik doktor kepada kami sekeluarga.”
-Kak Da
“Assalamualaikum Dr. Is,
Jazakallahu kheir for everything. And I mean EVERYTHING. May your warm hospitality and undeniable kindness be rewarded with lots of rahmat and barokah from Allah S.W.T. May Allah S.W.T. shower you and your family with unstoppable blessings and happiness – duniawi and ukhrawi.
~ Many Happy Returns Of The Day ~ “
-Lifejacket
“Assalamualaikum doktor,
Jasa doktor terhadap abah dan kami sekeluarga tidak terhingga. Terima kasih. Selamat Hari Jadi, semoga bahagia selalu.”
-Along
“Selamat Hari Lahir doktor. Semoga hidup doktor sekeluarga dalam keberkatan. Doktor adalah antara idola saya.’
-Adik
“Saya tidak mengenali Doktor secara peribadi tetapi melalui abah saya tahu beliau sangat-sangat menghormati dan menghargai doktor. Terima kasih dan selamat Hari Lahir.”
-AO
“Atas segala kebaikan dan keikhlasan… semoga mendapat balasan terbaik di sisiNya”
-As
“Sekalipun baru menjadi ahli rasmi keluarga AHP, saya telah berkesempatan bercakap sendiri dengan doktor melalui telefon baru-baru ini. Sudah tentu saya faham kenapa abah terlalu menghargai doktor. Selamat Hari Jadi dan terima kasih atas segala kebaikan.”
-Edgnote
TERIMA KASIH DAN JAZAKALLAHU KHEIR DOKTOR ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN
My best doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman.
Dr. Iskandar Firzada bin Osman.
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician