"Anak sedara panggil apa?"
"Pak Ngah." Kata Survivor.
"Oh oke! As panggil Pak Ngah lah macam tu!" Dengan sungguh tak rasa bersalah As letak panggilan kat Pak Ngah, which tak terlalu tua atau tak terlalu muda. So blur ah nak panggil apa!
Itulah Survivor yang sangat sedang strive to survive insyaAllah. Antara PLHIV pertama As kenal hati budi secara berdepan. IKut nampak mata kasaq ni, dia seorang yang sentiasa happy go lucky which gelak dia sampai hujung dunia boleh dengar. Kita yang tengah masuk kat dapuq pun stress sebab nak tau gak amende depa duk gelak depan nung. Haih!
Itulah luaran. Dan dia seorang yang sangat menyimpan kepedihan dalam hati. Boleh nampak senanya. Tapi malas ah nak tanya, sapelah kita dak kecik-kecik je nak sibuk-sibuk. :P
Dan ada satu perkara tentang dia which really capture my eyes (and my heart. heh!)
Dia seorang yang sangat penyayang dan sangat mengambil berat. Awal-awal kita takkan nampak. Lama-lama dah biasa kita akan sedar dia sanggup bersusah payah untuk orang lain. Walaupun dia sendiri yang suffer, especially untuk orang yang dia sayang.
No matter who he is, apa dia buat and all, dia berjaya jaga As dengan baik jugak macam Abah. And kat As sendiri dia buat As rasa disayangi. Hoho! Untunglah anak Pak Ngah yang conmel tuh! Allah jaga insyaAllah :)
Jadi sempena perpindahan Pak Ngah ke daerah baru (ha tah-tah dia pi daerah hangpa), As doakan moga ALlah beri jalan keluar bagi tiap kesukaran dan besarkan jiwa Pak Ngah untuk menerima ujianNya dengan redha. Semua ada hikmah, takda yang takda hikmah.