Assalamualaikum.
Saya, AO (Anonymous One). Salah seorang anak kepada abah (AHP).

Saya nak sembang sejenak tentang saya berada dan menjadi sukarelawan di blog ini.
Ramai yang bertanya, kenapa saya suka datang ke sini dan membantu, sedangkan saya bukan PLHIV?
Jawapannya tidak mampu berikan kerana saya pun kadang-kadang keliru. Tetapi, apa yang pasti, saya gembira berada di sini.
Saya gembira apabila abah dan family menyambut saya dengan mesra di blog ini. Kemudian saya disambut baik oleh rakan-rakan komuniti.

Kalau nak diikutkan, siapalah saya untuk disambut, kan? Nilai ukhuwah blog ni sangat istimewa buat diri saya. Jadi boleh dikatakan saya mendapat kepuasan apabila dapat membantu dan membuat abah gembira.
Apa yang saya dapat belajar daripada blog ini?

Tiba-tiba soalan ini muncul dalam ingatan.
Banyak yang saya belajar daripada blog ni. Saya belajar menjadi insan yang positif. Saya belajar untuk tidak menilai insan-insan lain. Saya melihat insan-insan yang tabah dan cekal. Saya belajar menjadi manusia yang lebih empati dan simpati, dan banyak lagi yang tak mampu saya senaraikan. Semua ini tak dapat saya pelajari di tempat lain. Hanya di sini!

Harapan saya kepada semua komuniti adalah untuk jatuh dan bangun bersama mereka. Saya berdoa supaya saya menjadi insan pertama yang dapat menghulurkan tangan kepada abah dan kepada rakan-rakan komuniti semasa dalam kesusahan.
Saya juga berharap rakan-rakan komuniti sudi mengajar dan membimbing saya.
Saya sangat sayangkan blog ini, perjuangan ini, dan keluarga Aku HIV Positif. Ini adalah sebuah anugerah yang Allah berikan kepada saya di dunia ini.
Akhir kata daripada saya buat rakan-rakan komuniti, usahlah bersedih menerima ujian ini. Anggaplah ujian ini sebagai kifarah. Penghapus segala dosa yang mungkin tanpa sedar telah kita lakukan.

Sesungguhnya dunia ini tiada apa-apa berbanding akhirat. Dalam suatu hadis Qudsi Allah swt berfirman:
“Jika sekiranya dunia ini berharga umpama satu sayap nyamuk di sisi Allah, maka Allah tidak akan memberi makan dan minum kepada orang-orang kafir…"
Apa nak dirisau tentang suratan kehidupan? Banyak hikmah bila terpilih menjadi PLHIV, kan? So, be positive like my abah! (Hehehe... ayat bodek abah ni)
Composed and published by AO.