KENAPA AKU YANG DIPILIH…?
Kenapa aku yang dipilih?
Akulah
Insan yang dipilih oleh Allah untuk menjaga amanah dariNya
Amanah yang sangat berharga dan istimewa di mata semua
Mungkin kerana Dia tidak mahu aku lupa padaNya
Setiap masa perlu mengingatiNya
Mengingati tentang kebesaran dan kekuasaanNya
Mungkin Dia lebih sayangkan aku daripada umat-umatNya yang lain.
Kenapa aku yang dipilih?
Mungkin Dia merasakan aku adalah hambaNya yang terbaik
Untuk menjaga amanah daripadaNya
Kerana Dia tidak akan membebankan seseorang hambaNya
Jika merasakan hambaNya tidak mampu untuk menanggungnya
Mungkin aku lebih kuat daripada insan-insan yang lain
Untuk menempuh semua dugaan daripadaNya.
Semua orang mempunyai perancangan
Dan aku juga mempunyai perancangan yang tersendiri
Tetapi sebenarnya perancangan Dia lagi hebat daripada apa yang kita semua rancangkan
Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya
Dan aku sebagai hambaNya perlu akur dengan ketentuan daripadaNya
Kerana semuanya telah tertulis di atas sana
Siapalah aku untuk menentang kuasaNya yang sangat hebat
Aku sebagai hambaNya tetap sebagai hambaNya
Dan tetap sujud padaNya yang satu.
Dan tetap sujud padaNya yang satu.
Ya Allah,
Aku bersyukur padaMu
Kerana aku yang dipilih olehMu
Kau kuatkanlah semangatku untuk menempuh semua ini
Kau berikanlah kesihatan yang baik untukku
Agar aku dapat menjaga amanah daripadaMu
Sebaik yang mungkin.
Sebaik yang mungkin.
Talian Kaunseling Luka Rafieqa 24 Jam 03-4047-4222