Monday, April 09, 2012

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN (16) - ISONIAZID PROPHYLAXIS THERAPY


My best doctor. 
Dr. Iskandar Firzada bin Osman.

MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician



Friday, 6 April 2012

Friday afternoon kita balik untuk join Kak Da dan Encik Hubby ke Klinik Jaya Gading, Kuantan. Kena fetch anak (Danish) balik sekolah, tapi traffic terganggu pulak sebab ada eksiden semasa dalam perjalanan. So, agak lewat tiba di tempat anak menunggu. Kesian dia kena panas.

Reached home. Encik Hubby aka AHP bersiap-siap. Then, three of us, Puan Lifejacket, AHP, and Kak Da off to Kuantan.

Singgah di sebuah kedai makan untuk lunch. The curry was superb! Alhamdulillah… another rezeki daripada Allah Yang Maha Pemurah. We continued our journey on the typical-peaceful LPT. We had some discussions on what to talk about with Dr. Is on our way to Kuantan. Not much… kita sangat sleepy. Had a tight week. So, terlelap jugak la for a few minutes. Sorry yea Encik Hubby.

Reached KK Jaya Gading. Tak sempat duduk untuk tunggu. Dr. Is dah panggil masuk. Alhamdulillah. Allah mempermudahkan segala urusan.

Di atas meja Dr. Is tersedia tube darah yang kosong, sedia untuk diisi dengan darah Encik Hubby. That is for the 2nd time confirmation for Hep-C infection.

Berat dan tekanan darah Encik Hubby diambil oleh Dr. Is. Ermmm… naik 0.5 kg. Haaa… makan banyak yeaaa? Kihkihkih.

Dr. Is mengajak kami bersembang tentang ‘tambah ubat’. Wah! Interesting. Hilang mengantuk kita… Dr. Is nak bersembang tentang pemberian Terapi
Profilaksis Isoniazid (Isoniazid Prophylaxis Therapy, IPT) di kalangan HIV positif bagi mencegah jangkitan tuberculosis (TB).

Berikut adalah antara points yang Dr. Is sampaikan kepada kami tentang latar belakang IPT:

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), HIV positif adalah antara faktor risiko utama untuk mendapat penyakit TB. Risiko ini adalah di antara 20-37 kali ganda berbanding mereka yang tiada jangkitan HIV. Di samping itu, lebih 25% kematian di kalangan HIV positif adalah berkaitan dengan penyakit TB.

Sejak tahun 1998, WHO dan UNAIDS telah menyarankan pemberian IPT sebagai salah satu strategi pencegahan penyakit TB bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti di kalangan HIV positif.

Pemberian IPT ini dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit TB sehingga 60% dan seterusnya mengurangkan kadar kematian disebabkan penyakit TB di kalangan HIV positif.

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat dan Teknikal AIDS Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang bersidang pada 26 April 2010 telah bersetuju dengan pelaksanaan Pemberian Terapi Profilaksis lsoniazid (lPT) di kalangan HIV positif.

Menurut Dr. Is, pada tahun 2009 di Malaysia, penyakit TB boleh dirawat sepenuhnya. Ini adalah kerana suntikan BCG yang kita perolehi semasa zaman childhood dulu hanya boleh cover kita daripada TB sebanyak 80%.  Namun begitu, pada masa kini, kuman TB menjadi resistant terhadap BCG yang ada di dalam tubuh badan kita.

Mengapa ini berlaku? Salah satu daripada puncanya adalah proses globalisasi. PATI atau imigran yang majoritinya datang dari Myanmar dipercayai membawa kuman TB tersebut disebabkan mereka tidak mendapat suntikan BCG seperti kita di Malaysia.



50% daripada PLHIV yang mempunyai TB mendapat penyakit TB itu disebabkan oleh imuniti badan yang rendah.  PLHIV yang terdedah kepada kuman atau pengidap TB mempunyai 40% chances untuk mendapat infection kuman TB berbanding individu normal dengan hanya 2% chances. That’s a pretty big figure.

Dr. Is juga menyatakan bahawa statistik penghidap TB mutakhir ini meningkat, manakala HIV pula menurun.  9 juta penduduk seluruh dunia sebenarnya adalah merupakan penghidap TB yang aktif setiap tahun. 12% daripada mereka pula dijangkiti HIV yang datang dari Asia Tenggara dan Afrika.

AHP juga turut mengajukan soalan kepada Dr. Is iaitu walaupun sekiranya seseorang PLHIV itu memiliki CD4 yang tinggi dan VL yang rendah, adakah dia masih turut mempunyai 40% chances untuk mendapat infection kuman TB tersebut, beliau menyatakan bahawa chances-nya kembali normal seperti non-PLHIV.

Untuk makluman semua, KKM menyarankan bahawa Isoniazid Prophylaxis Therapy atau IPT perlu diberikan kepada SEMUA PLHIV, kanak-kanak, dan seluruh isi rumah yang mempunyai ahli yang telah dijangkiti TB. IPT ini melibatkan dua jenis ubat iaitu Isoniozid 100 mg dan Pyridoxine HCI 10 mg.


Sila rujuk pekeliling Bil(15)KKM-171/BKP/07/35/0519 JLD 4

 
Inilah ubat tambahan yang perlu diambil oleh Encik Hubby sebagaimana yang disembangkan oleh Dr. Is. Dosage: Isoniozid 100 mg 3 biji sekali makan, 1 kali sehari. Pyridoxine HCI 10 mg 5 biji sekali makan, 1 kali sehari. Total: 8 biji sekali makan untuk IPT ini.

IPT bertindak untuk mencegah kuman TB daripada menjangkiti PLHIV. Pyridoxine HCI 10 mg adalah sejenis vitamin B6 yang bertindak untuk memelihara saraf.

Side effect? Dr. Is said, “minimum.” Depends on individual. Selepas sebulan IPT ini diambil atau dijalani, PLHIV perlu diambil sampel darah untuk ujian liver (hati). Ini adalah bagi melihat sama ada ianya memberi sebarang kesan terhadap fungsi hati. Selepas sebulan itu juga, IPT ini boleh dihentikan – for good.

Mari kita share pula tentang apa itu Latent TB Infection?

Apa itu Latent TB Infection? Jika diterjemahkan secara terus, ianya bermaksud Jangkitan TB Terpendam.  Latent TB Infection adalah merupakan jangkitan TB secara dormant atau pasif.

Kuman TB tersebut tidak aktif dan hanya mengeram di dalam tubuh badan manusia yang telah dijangkitinya. Jangkitan jenis ini tidak mempunyai sebarang simptom dan tidak menjangkiti orang lain. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai CD4 yang rendah boleh dijangkiti.

SEMUA PLHIV MESTI MEMULAKAN IPT. Jangan risau. Rawatan ini adalah FOC. Kita pun baru tau bahawa untuk sebarang penyakit berjangkit, ubat adalah FOC, walaupun kepada foreigners.

Alhamdulillah. Sesi sembang dengan Dr. Is berjalan lancar. Monitoring, consultation, pep-talk, everything went well and smooth. Semoga Dr. Is memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat di atas kejernihan hatinya membantu patientsnya yang memerlukan.

Encik Hubby juga memaklumkan kepada Dr. Is tentang kehendaknya untuk menangguhkan prosedur Bone Marrow Biopsy ke suatu tempoh yang belum dapat dipastikan. AHP mahu focus terhadap beberapa target peribadi dan demi kepentingan perjuangan komuniti.

Dr. Is bersetuju dan menghormatinya berdasarkan keperluan semasa yang tidak begitu mendesak.

After the fine appointment, we hang out, had drinks sambil gelak-gelak. After Encik Hubby solat Asar, beliau mula merempit sampai 210 km/jam kat LPT. Kita benci bila dia mula buat perangai begitu. Tak suka taw! Menghabiskan tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

Itu saja yang kita boleh share sebab Encik Hubby paksa kita buat entry ni. Encik Hubby sibuk sangat-sangat dengan macam-macam komitmen termasuk face-to-face counseling dengan sahabat-sahabat PLHIV yang tak putus-putus datang ke rumah kami atau pun through phone calls, e-mails, SMSes.


 

P/S: Sebeday Dr. Is seminggu after sebeday AHP. Sama tahun pulak tu… kih kih kih…


Prepared & published by: Puan Lifejacket