My Best Doctor,
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
Terasa terlalu lama aku tidak berkesempatan berkongsi rasa dengan para pembaca di blog. Syukur alhamdulillah aku disokong oleh ramai insan berhati mulia. Jadi, taklah blog ini terbiar begitu sahaja.
Sebenarnya bermacam-macam idea untuk dikongsi berlegar di fikiran tetapi kekangan dan kesibukan hanya Allah yang tahu. Idea yang berlapis dan saling bertindan itu juga kadangkala merimaskan kerana aku tidak dapat meluahkannya.
Malahan, sahabat-sahabat sendiri ramai yang bertanya kenapa aku tidak seaktif dulu berblog. Sebenarnya aku masih aktif tetapi bergerak di ‘belakang tabir’. Menyiapkan entry peribadi tidaklah semudah entry cut and paste.
Tak apalah, kita abaikan semua tu. Hari ini aku mahu mengajak para pembaca berfikir kembali tentang nikmat yang Allah berikan kepada kita sebagai seorang PLHIV.
Haaa… nikmat? Ya… nikmat! So, kenalah banyak-banyak bersyukur dan tingkatkan amal ibadah.
Yakinlah bahawa apabila kita clear tentang rahmat dan hikmah Allah pilih kita untuk diuji sebagai PLHIV, memahami HIV, mendapatkan rawatan secara teratur, dan faham cara menanganinya, tiada apa-apa yang perlu dirisaukan tentang HIV. Segala-galanya terlalu biasa dan normal. Nikmat jauh melebihi kesulitan.
Lagipun, hidup mana yang tak diuji? Bahkan kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w lebih berat ujianNya. Haa… tengok tu. Bila aku beri contoh begitu, kau orang selalu kata, “Nabi lain, saya lain bang... nabi, iman dia kuat, saya ni lemah!”
– Sila betulkan setting jika sahabat-sahabat cenderung berfikir secara negatif. Bahaya tu.
Kita sebenarnya cenderung untuk berfikir dan terlalu bersimpati kepada diri sendiri. Yup, itu bagus, tetapi kadangkala ianya menghilangkan rasional dan memenjarakan kita ke dalam situasi yang sangat-sangat memenatkan. Lemas dengan perasaan sendiri. Tak dapat pakcik nak tolong tu, dik. Ini namanya paranoid dan stigma dalaman.
Berdepan dengan ujian Allah, dan jika anda Muslim, sudah tentu antara kekuatan utama kita adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
Menjaga hubungan dengan Allah ialah dengan menunaikan segala perintah dan meninggalkan laranganNya. Qur'an, usaha, doa, redha, dan tawakal adalah sangat-sangat penting.
Hubungan sesama insan, ringkasnya ialah dengan cara memperbanyakkan memberi berbanding menerima. Cuba berdikari. Itu yang AO maksudkan jangan hanya mahu bersuap je tu. Bersikap ehsan dan empatilah sedikit, dan bantu sahabat-sahabat yang lain. Insya-Allah, daripada situ akan terbina kekuatan dalaman kita.
Hubungan sesama manusia juga merujuk kepada berbuat baik dan menghargai keluarga dengan penuh kasih dan sayang. Hargailah mereka yang tersayang sementara berkesempatan.
Tidak lupa juga dengan membandingkan penderitaan dan ujian kita dengan golongan yang lebih bernasib ‘malang’. Buka sedikit mata dan minda. Kita dapat lihat betapa ramai lagi yang lebih teruji, tetapi mereka tetap tabah dan berjuang.
Kalau gagal faham apa yang aku maksudkan, sesekali buatlah ziarah peribadi ke rumah-rumah perlindungan orang-orang tua dan terbiar, rumah anak-anak yatim dan PLHIV, dan pesakit-pesakit kronik yang dibuang keluarga, terlantar di kerusi roda, dan sebagainya.
Atau kalau susah-susah sangat, ambillah masa ziarah pesakit-pesakit kronik di hospital, jalan-jalan di wad ICU dan paling mudah cuba surf blog pesakit-pesakit kronik lain. Terasa kita jauh lebih beruntung daripada mereka. Bahkan kebanyakan mereka lebih teruk diuji tetapi masih mampu memberikan banyak inspirasi kepada kita.
Salah satu jenis penyakit yang turut menerima banyak diskriminasi, judgemental, dan stigma adalah pesakit Epilepsi.
Tahu apa itu Epilepsi?
Mudah cakap – sakit sawan. Di kebanyakan tempat, ada yang tergamak gabungkan 2 perkataan hebat ini untuk nama pesakit ini iaitu GILA + BABI = Penyakit GILA BABI atau Sawan Babi atau Sawan Tarik.
Pendek kata, memang pesakit epilepsi ni menjadi bahan cemuhan, ejekan, dan sindiran, dan contoh-contoh negatif segelintir anggota masyarakat.
Mereka juga menghadapi tekanan dan masalah, sama ada untuk bekerja, belajar, memandu, dan sebagainya termasuk berkahwin. Apa taknya, siapalah yang benar-benar sudi beristerikan atau bersuamikan pesakit GILA BABI!
Akhirnya, mereka dan keluarga mereka menelan kepahitan dan stigma yang mendalam. Kesedihan dan kesepian yang tidak bertepi sekalipun mereka mampu menjalani kehidupan sama seperti insan lain.
Risiko mereka diserang penyakit boleh berlaku dengan simptom / aura atau tanpa simptom. Boleh terjadi bila-bila masa termasuk ketika melintas jalan raya, mandi, memasak, mendukung bayi, dan berhibur bersama keluarga. Bayangkan…
Agak-agak teruk sangatkah kita yang diuji dengan HIV atau penyakit-penyakit kronik lain ni? Belum apa-apa tak habis-habis menyalahkan orang lain, meratap tak henti-henti seolah-olah kita sahajalah yang paling malang.
Antara pengunjung blog ini adalah pesakit epilepsi dan aku turut membantu mereka dalam bentuk memberi sokongan moral, rasa berguna dan diterima.
Salah seorangnya memerlukan aku berhubung terus dengan Doktor Iskandar Firzada bin Osman sama ada melalui SMS, call dan emel untuk mendapatkan pandangan dan nasihat pakar.
Salah seorangnya memerlukan aku berhubung terus dengan Doktor Iskandar Firzada bin Osman sama ada melalui SMS, call dan emel untuk mendapatkan pandangan dan nasihat pakar.
Dengan izin Dr. Iskandar Firzada bin Osman, kali ini aku sertakan emel aku bertanyakan pendapat beliau tentang risiko pesakit Epilepsi untuk merebut peluang di bidang pekerjaan. Lihatlah kesungguhan pesakit epilepsi ini untuk bangkit dan keikhlasan dan ketinggian hati budi Dr. Iskandar Firzada membantu insan-insan memerlukan tanpa mengira batasan tempat dan masa.
Terima kasih Dr. Iskandar Firzada:
Assalamualaikum,
Apa pandangan Dr. tentang epileptic yang beminat untuk terlibat dalam bidang OSHA / safety health and environment? Kekerapan serangan lebih kurang setahun sekali dan masih dalam rawatan.
Pesakit Epilepsy TIDAK DIGALAKKAN untuk memandu kenderaan, berenang, bekerja di tempat yang tinggi serta bekerja menggunakan peralatan yang mengeluarkan api atau peralatan menggunakan kuasa elektrik atau kuasa bahan api lain.
Ini adalah kerana serangan sawan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa perlu ada provokasi atau tanpa perlu ada gejala-gejala serta tanda-tanda yang ianya akan berlaku.
Kecuali jika sekiranya serangan sawan dikawal dengan ubat dan pesakit TIDAK mendapat sebarang serangan sawan selama 2 tahun berterusan.
Walau bagaimanapun, pesakit masih perlu meneruskan ubat serta tidak berseorangan ketika melakukan perkara-perkara yang disebut sebentar tadi. Untuk itu, tidak ada sebab mengapa seorang pesakit Epilepsi tidak boleh melibatkan diri di dalam bidang Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran (OSHA).
Tetapi, sebab mengapa masih lagi terdapat serangan sawan walau setahun sekali pun perlu diberi perhatian terutama sekali jika pesakit masih mengambil ubat anti-epilepsi.
Dr. Iskandar Firzada Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician
KLINIK KESIHATAN JAYA GADING
26070 KUANTAN
26070 KUANTAN