Saturday, September 10, 2011

PERHATIAN: SENARAI HARGA TERKINI DAN BEBERAPA MAKLUMAT BERKAITAN MENGENAI HAART SEHINGGA SEPTEMBER 2011


Kita sangat beruntung kerana Dr. Iskandar Firzada bin Osman (My best doctor!) sudi berkongsi maklumat mengenai senarai harga  terkini HAART, jenis-jenis dan kesan-kesan sampingannya serta pandangan beliau dalam isu tersebut. Mari baca emel beliau:

DR. ISKANDAR FIRZADA OSMAN
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician


Assalamualaikum,

Disertakan anggaran harga ubat HAART berdasarkan harga yang dibeli oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ubat generik lebih murah berbanding dari yang dikeluarkan oleh syarikat asal (original). Walau bagaimanapun, KKM HANYA akan membeli ubat generik yang telah melalui kajian bioequivalence sahaja dan yang didapati setanding dari segi keberkesanan, ketahanan dsb berbanding dengan ubat original.

Ini adalah kerana ada terdapat syarikat pengeluar yang hanya meniru formulari ubat original tanpa melaksanakan kajian bioequivalence.

Setakat hari ini dan telah sekian tahun KKM memberikan ubat HAART secara percuma kepada SEMUA pesakit yang mendapatkan rawatan di premis KKM.

Untuk kemudahan rawatan di Hospital Universiti, saya tak pasti. Saya juga tidak pasti kenapa ada pesakit yang terpaksa membeli sendiri satu dari 3 jenis ubat yang dibekalkan sebab setakat hari ini, KKM masih lagi membekalkan ubat HAART secara PERCUMA kepada semua pesakit.

Berkaitan 1st. line pula bermaksud ubat HAART yang diberikan untuk pertama kali kepada pesakit. Jika sekiranya pesakit didapati tidak response kepada ubat 1st. line disebabkan oleh virus HIV menjadi resistant, maka ubat 2nd. line akan digunakan.

Tetapi jika sekiranya pesakit tidak boleh mengambil ubat 1st. line yang diberikan disebabkan oleh kesan sampingan ubat tersebut, maka ubat lain akan digunakan tetapi masih lagi dianggap sebagai 1st. line sebab tiada bukti menunjukkan virus HIV menjadi resistant kepada ubat yang sebelum ini.

Cumanya, pesakit tidak boleh mengambil ubat tersebut disebabkan oleh kesan sampingan ubat yang tiada kaitan langsung dengan virus yang telah menjadi resistant.

Harap dapat membantu.

ISKANDAR
















AHP: Jutaan terima kasih kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman di atas segala keprihatinan dan perkongsian ini. Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan. Marilah kita hadiahkan doa semoga rahmat dan redhaNya yang  berkekalan untuk beliau sekeluarga.

p/s- sila klik gambar untuk imej yang lebih jelas.