Kali ini aku kongsikan beberapa info penting dan komen-komen tertentu yang pembaca kongsikan dalam beberapa entry yang telah lepas. Sayang rasanya jika info dan komen-komen tersebut tidak dibaca dan dimanafaatkan.
Untuk makluman, terdapat sedikit suntingan supaya ianya sesuai sebagai sebuah entry. Walau bagaimanapun bukan bermakna komen-komen lain tidak bagus. Semua komen aku hargai. Terima kasih dan jazakumullah khier...
Aku berharap semakin ramai pembaca yang sudi tampil memberikan info, sokongan dan nasihat di blog ini dan anggaplah blog ini milik kita bersama untuk saling bantu membantu dan sokong menyokong. Aku sekadar pemudahcaranya sahaja.
Berikan pandangan masing-masing terutama yang mempunyai pengalaman dan kemahiran tertentu berkaitan HIV, STD dan apa juga penyakit kronik. Insya-Allah ianya mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di sisiNya.
PERKONGSIAN 1:
Melalui entry yang bertajuk: TB & HIV: ELAK JUMPA BOMOH
Komen daripada Luka Rafieqa:
“Life can either be accepted or changed. If it is not accepted, it must be changed. If it cannot be changed, then it must be accepted.”
“Kepada PLHIV yang dalam rawatan TB dan sedang mengambil ubat TB. Tolong minum air sebanyak banyaknya. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Tolong ya demi kesihatan anda kerana ubat TB menyebabkan dihadrasi yang boleh menyebabkan kulit terbakar jadi gelap.”
Komen daripada Anonymous 1:
“Perubatan moden adalah merupakan ciri-ciri Perubatan Islam. Perubatan moden hari ini merupakan Perubatan Islam, jadi janganlah kita mudah terpengaruh dengan anggapan bahawa Perubatan Islam itu hanya menggunakan ayat-ayat al Qur’an semata-mata.
Jangan sesekali meninggalkan ubat dan rawatan HIV.
Dalam artikel di atas, kebal bermaksud:
"Pesakit TB perlu memakan ubat selama enam bulan berterusan. Bagaimanapun, kebanyakan mereka makan ubat tidak mengikut arahan doktor menjadikan kuman TB semakin kebal."

Kebal di atas bermaksud resisten. Apa-apa ubat pun kalau kita makan tidak mengikut habis waktu yang disarankan virus tersebut akan menjadi kebal.
Setiap virus ada waktu untuk betul-betul hapus oleh itu jika kita makan kemudian berasa sihat jangan kita fikir virus tersebut sudah mati sebaliknya virus tersebut hanya lemah. Bila kita tinggalkan ubat, virus tersebut kembali merawatkan dirinya dan menjadi semakin resisten terhadap ubat tersebut.

Dalam bahasa mudahnya "ubat tu tak lut kat virus tersebut". Jadi bakteria tersebut sudah ada memori untuk ingat kesan ubat dan mereka menjadi kuat.
Contoh kita berperang tapi hampir-hampir kalah. Kemudian pihak lawan meningalkan kita. Konon-kononnya kita pihak yang lemah. Untuk peperangan kali kedua kita dah tahu strategi mereka dan juga kita sudah memperbaiki strategi dan kelemahan kita untuk menang. Siapa yang menang? Tentulah kita sebab kita sudah tahu taktik mereka. Begitulah virus bertindak.
Bila mereka sudah kebal sesuatu ubat tentulah susah buat kita. Kita harus cari ubat yang lebih kuat untuk melawan mereka.

Contoh yang paling mudah adalah antibiotik. Oleh itu pesanan saya buat ibu-ibu dan juga bapa-bapa, jangan sesekali tidak menghabiskan antibiotik anak-anak anda.”
PERKONGSIAN 2:
Melalui entry yang bertajuk: HIV- KUMPULAN SOKONGAN & AHP GATHERING
Komen daripada Luka Rafieqa:
“HANYA UNTUK KES KES KECEMASAN
Kepada rakan rakan di Kuala Lumpur.
Kepada mereka yang kekurangan stok Combivir, Stocrin dan Novir
semasa di Hari Raya ini boleh hubungi saya terus di nombor: 019 635 3997 / 017 311 0306”
Peringatan AHP:
Sila fahami bahawa untuk rakan-rakan sekitar Kuala Lumpur dan untuk kes-kes kecemasan sahaja seperti terlepas tarikh temujanji untuk mengambil stok HAART dan sebagainya. Aku yakin bantuan ikhlas yang beliau tawarkan tidak terhad ketika Hari Raya sahaja kerana beliau seorang volunteer yang berpengalaman. Walau bagaimanapun, sila hormati keikhlasan dan hak privacy beliau sebagai tanda kita menghargai kesudian beliau memberikan nombor peribadi tersebut untuk dihubungi.
PERKONGSIAN 3:
Melalui entry yang bertajuk: INSURAN KESIHATAN DAN HIV
Komen daripada Anonymous:
“Salam,
Kita akan dikumpulkan di akhirat sana di dalam kumpulan yang mendapat ujian besar jadi tak perlulah rakan-rakan risau sebab dunia ini hanya sementara. Yang kekal hanya di sana juga.
Mesti ada sebab kenapa Allah beri ujian kepada orang-orang yang TERPILIH. Bukannya kita ini manusia yang tak pernah buat silap, jadi segalanya dalam rahsia Allah. Maka kita perlu REDHA dan hati tenang selalu.
Yang penting sekali, istiqamah solat dan baca Qur’an. Kalau kita sayangkan Allah, kita kena terima akur janji dengan Allah semasa perjanjian kita di Luh Mahfuz sebelum kita hadir ke dunia.
Mana ada orang nak mati dah dapat tahu awal-awal supaya buat amal ibadah? Hanya pembawa HIV yang mendapat keistimewaan ini. Jadi bersedia sahajalah kerana Allah sudah berikan clue dan hint yang padat dan berguna untuk dipraktik sebagai bekalan seadanya apabila dijemput ke sana nanti.
Bila kita tahu kita nak mati, tentu kita lebih dekat dengan Allah. Bukahkah hati yang sebegini yang Allah cari? Lagi pun di dunia lebih ramai manusia yang takutkan mati walhal malaikat maut datang setiap hari. Rasullulah pernah berpesan orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati.
Hanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Saya sudah hampir 13 tahun hidup dalam dunia HIV dan saya bersyukur, redha dan gembira. I love Allah. Wasallam.”