Saturday, September 10, 2011

HELPING HANDS: BEBERAPA INFO ASAS TENTANG HIV/ AIDS


Kali ini aku paparkan perkongsian info mengenai HIV/ AIDS daripada salah seorang sahabat pembaca blog kita ini tanpa sebarang suntingan. Aku berharap lebih ramai yang sudi berkongsi info sebegini. Walau bagaimanapun, seperti biasa setiap entry yang berkaitan dengan fakta adalah terbuka kepada pemurniaan di kalangan pembaca.

Semoga Allah memberikan beliau dengan balasan pahala atas perkongsian bermanafaat ini. Terima kasih:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1.      Adakah ada penawar untuk HIV?
Ada, tetapi belum jumpa secara klinikal

2.      Adakah HIV itu membunuh?
Tidak, ia hanyalah peringatan awal

3.      Apakah yang membunuh?
AIDS, ia membunuh

4.      Adakah ada ubat untuk AIDS?
Ada, treatment-treatment pencegahan

5.      Apakah kebarangkalian mendapat AIDS jika mendapat pencegahan awal?
Hampir-hampir tidak akan.

6.      Adakah ini bermaksud HIV tidak berbahaya?
Ya, jika mendapat rawatan awal

7.      Apa maksud pembawa HIV?
Mempunyai kandungan kuman HIV (viral load) dalam darah

8.      Apa maksudnya?
Jika banyak kuman HIV dalam darah, senang untuk berjangkit

9.      Bolehkah kita menurunkan viral load?
Boleh, jika mendapat treatment awal

10. Bolehkah viral load dihapuskan dalam darah?
Tidak, tetapi kandungan kuman boleh menurun ke tahap hampir-hampir zero.

11. Apakah kebarangkalian untuk menjangkiti orang setelah viral load hampir--hampir zero?
Hampir-hampir tidak akan. (virus terlalu sedikit)

12. Apakah kebarangkalian pasangan suami isteri menjangkiti setelah viral load hampir-hampir zero?
Hampir-hampir tidak akan. (virus terlalu sedikit)

13. Apakah kebarangkalian ibu HIV positif menjangkiti bayi tanpa treatment?
30%

14. Apakah kebarangkalian ibu HIV positif menjangkiti bayi dengan viral load hampir-hampir zero?
Hampir-hampir tidak akan. (virus terlalu sedikit untuk dipindahkan)

15. Bagaimana untuk mendapat viral load hampir-hampir zero?
Mendapatkan rawatan pencegahan HAART
Secara ilmu logik, HIV tidak berbahaya dan tidak membunuh. AIDS sangat berbahaya dan membunuh. AIDS boleh dicegah dengan mengambil rawatan pencegahan HAART yang mengurangkan kandungan virus HIV dalam darah sehingga ke tahap sifar (terlalu sedikit sehingga mesin tidak boleh detect).

Apabila kandungan virus HIV ini terlalu sedikit di dalam darah, adalah amat sukar untuk berlaku penjangkitan, dengan risiko yang hampir sifar. Untuk mengelakkan mendapat AIDS, status HIV positif adalah sebagai peringatan awal dan rawatan pencegahan boleh dibuat setelah mendapat nasihat doktor.

Namun, harus diingat rawatan ini adalah untuk seumur hidup. Ini tidak jauh berbeza dengan pesakit-pesakit kronik lain seperti pesakit diabetes yang harus memakan ubat setiap hari.

Leukimia masih belum dijumpai penawarnya. Kanser tiada penawarnya, boleh dibuang jika dirawat awal, dan membawa kematian jika tidak dirawat awal.

HIV masih belum dijumpai penawarnya, tetapi boleh dirawat sehingga hampir sifar dan tiada beza dengan manusia sihat, jika dirawat awal.

AIDS adalah syndrome yang membunuh, tetapi boleh dicegah, dan membawa kematian jika tidak dirawat awal.

PERIHAL BERKAHWIN

Bolehkah si lelaki HIV positif berkahwin dengan perempuan HIV negatif?

1.      Boleh, tetapi harus hukumnya kerana tidak sekufu (setaraf) dalam aspek kesihatan.
2.      Jika kamu berkahwin dengan seorang yang mandul yang diketahui sebelum pernikahan, bererti kamu redha dengan kekurangan dirinya. Bahkan tujuan utama berkahwin adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Adakah kamu fikir adil untuk menuntut fasakh sedangkan kamu sebelum itu redha dengan ketentuan Allah? Sebaliknya pula jika dirahsiakan di mana penindasan berlaku kepada pasangan.
3.      Malahan seseorang yang mandul, yang baik agamanya adalah lebih baik, kerana masih ada ikhtiar selepas berkahwin, janganlah kamu lupa dengan cerita perihal Nabi Zakaria yang mandul isterinya dan berkat doa, mendapat zuriat.
4.      Jadi, patutkah kamu berfikir bahawa pembawa HIV positif tidak berupaya mendapat zuriat, sedang ikhtiar nya melimpah ruah dan telah banyak membuahkan hasil, malahan secara klinikal berisiko yang hampir-hampir sifar.
5.      Sesungguhnya, berkahwinlah kamu kerana Allah semata-mata.

Bolehkah si lelaki mencegah daripada menjangkiti isteri?
Boleh, sebaik-baiknya berkahwin setelah viral load hampir-hampir sifar dengan mengambil rawatan HAART.
Bagaimana jika terlupa mengambil ubat?
Boleh menangguhkan nafkah batin dan membuat pemeriksaan viral
load. Jika sifar, datangilah isterimu.

Bolehkah pasangan mendapat zuriat?
Boleh, kerana zuriat tidak mendapat HIV jika si ibu negative.

WORST CASE

Bagaimana jika suami memindahkan HIV ke isteri dan seterusnya ke anak meskipun viral load sifar?

1.      Secara klinikalnya ini adalah keajaiban. Tetapi jika ditakdirkan, ikhtiar mendapat rawatan HAART untuk seisi keluarga perlu dibuat.

2.      Secara statistik, tiada beza antara pembawa HIV yang mendapat rawatan HAART dengan orang normal.
RAHMAT DAN NIKMAT

Allah itu Maha Adil.

1.      Pernahkah kamu terfikir akan nikmat Iman dan Islam?
2.      Akan nikmat dapat menghayati kehidupan?
3.      Akan nikmat menerima petunjuk?
4.      Akan nikmat diberi pertolongan untuk bertaubat?
5.      Akan nikmat menyembuhkan penyakit-penyakit hati?
6.      Akan nikmat menundukkan ego?
7.      Akan nikmat merendah diri dan mencari keikhlasan?
8.      Akan nikmat diberi semangat untuk menjalani kehidupan sihat?
9.      Akan nikmat mengingati mati?
10. Akan nikmat menyayangi orang-orang tersayang?
11. Akan nikmat berdikari?
12. Akan nikmat peringatan dan petunjuk sebelum kehilangan nikmat-nikmat lain?
13. Pernahkah kamu terfikir ada yang perlu dikorbankan penglihatan untuk mendapat nikmat petunjuk?
14. Ada yang seluruh hidup bergantung nasib akibat lumpuh untuk menikmati nikmat menghayati kehidupan?
15. Janganlah kita menjadi orang-orang yang setelah diberi petunjuk tidak bersyukur
16. Setelah diberi peluang menebus dosa, tidak bersabar.
17. Bersyukurlah, dan bersabar.

Penulis: Nuuun
Semoga Allah memberi kebaikan di dunia dan akhirat kepada penulis dan seluruh umat Islam.