Friday, September 09, 2011

LELAKI HIDAP HIV/AIDS FAIL SAMAN DISKRIMINASI


BEIJING 9 Sept - Seorang lelaki yang menghidap HIV/AIDS, memfailkan saman diskriminasi terhadap pihak berkuasa tempatan hari ini kerana enggan mengambilnya sebagai guru sekolah rendah.
Jika kesnya diterima oleh mahkamah, maka ia merupakan tuntutan kedua kes diskriminasi di negara China, di mana orang-orang yang dijangkiti HIV/AIDS sering didiskriminasikan walaupun sikap terbuka semakin meningkat.
Plaintif yang berusia 27 tahun itu dan dikenali sebagai Xiao Hai memaklumkan media AFP bahawa dia lulus dalam ujian dan temubual untuk pekerjaannya di barat daya wilayah Guizhou pada April lalu tetapi ditolak permohonan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.
“Mereka memaklumkan yang permohonan saya tidak diterima kerana didapati keputusan ujian kesihatan menunjukkan positif bagi HIV/AIDS.” katanya.
Tambahnya, Xiao Hai telah memfailkan tuntutan mahkamah semalam terhadap pihak berkuasa sumber manusia di wilayah Sandu Shui. – AFP
PenjualCendol - Selepas ini semua kawan dia saman dia pula kerana menimbulkan rasa takut untuk berkawan dengan dia.

AHP: Aku yakin pembawa HIV tersebut mengambil tindakan saman bukanlah disebabkan soal factor kewangan. Ianya lebih kepada sebagai satu usaha untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat sekalipun beliau sedar peluang untuk menang sangat tipis bahkan bakal berdepan dengan segala macam jenis prejudis, stigma, judgmental, dan pandangan sinis.
Terima kasih kepada tuan punya blog di atas (penjualcendol) yang bersikap prihatin menyiarkan berita ini sekalipun aku ‘kagum’ dengan komen beliau. Aku telah menjemput beliau melawat blog picisan kita ini dan terpulang kepada kewarasan akal budi beliau menilai. Kita hidup secara demokrasi.
Untuk makluman, punca asal entry beliau aku perolehi melalui Tranungkite. Bermakna pandangan beliau makin tersebar luas dan kita masih terkial-kial dalam usaha menyebarkan maklumat yang tepat kepada masyarakat. Allahu rabbi…
p/s- Teringat kes Allahyarham Mohd Asraff. Sedikit sebanyak isu yang berbangkit membuka mata sebahagian anggota masyarakat terhadap beberapa perkara yang mereka anggap mudah selama ini. Sebaliknya kes ‘Natasya’ dari Perlis yang berbangga dengan budak jantan (20 tahun) berebutkan beliau sehinggakan berlaku peristiwa simbah asid menjadi satu pukulan maut kepada sebahagian besar daripada golongan mak nyah yang berjuang berdepan dengan ujian Allah secara positif.