Tuesday, September 13, 2011

HIV DAN STDs: ISTERI MANGSA PENDERAAN SEKSUAL (TRUE STORY)



Firman Allah bermaksud:
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk". (QS Al Israa' : 32)

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Tidak kiralah dia berjimak dalam keadaan berdiri , duduk atau meniarap (suami menindih perempuan yang meniarap dilantai) selagi tempat masuk zakar adalah faraj.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Allah melaknat sesiapa yang berbuat dengan perbuatannya kaum Luth”. (Riwayat Ahmad)

Bercakap soal seks secara terbuka bukanlah budaya masyarakat kita. Ianya dianggap taboo sekalipun hakikatnya hubungan seks yang halal merupakan ibadah dan tanda luahan kasih sayang kepada pasangan.

Di sebaliknya anggapan taboo tersebut, anehnya bahan-bahan lucah berlambak di pasaran gelap dan mudah didapati. Era ICT menjadi satu cabaran besar kepada ibu bapa mengawal penyebaran maklumat secara negative. Ianya boleh diakses dengan mudah, hampir di mana sahaja asalkan mempunyai kemudahan internet, bluetooth dan sebagainya.

Itu belum termasuk segala macam produk berorientasikan seks seperti pelbagai jenis ubat penguat seks, urutan, makanan, minuman, alatan dan sebagainya. Tajuk-tajuk utama media cetak termasuk akhbar harian berbentuk tabloid hampir setiap hari menggunakan tajuk sensasi berbaur seks sebagai pelaris jualan.

Kononnya taboo tetapi sikap kemaruk yang ditunjukkan adalah memualkan. Seolah-olah tidak perkara lain yang lebih penting selain daripada soal seks. Hipokrasi hampir di mana-mana sahaja menyempitkan minda. Akibat taboo melulu jugalah ramai yang berkahwin puluhan tahun tetapi masih jahil dan gagal menikmati seks seumur hidup.

Sebagai seorang pembawa HIV yang sering berkongsi masalah dengan rakan-rakan senasib, aku tidak terkecuali menerima aduan dan masalah yang berkaitan dengan Sexually Transmitted Diseases (STDs).

Walaupun tiada kemahiran dalam bidang ini, ramai juga yang bertanyakan pendapatku. Maklumlah STDs dan HIV punya kaitan yang rapat.

Tetapi apa-apa pun dik, “Status pakcik sebagai pembawa HIV tidak ada kena mengena dengan STDs. Jauh sekali mempunyai ilmu di bidang perubatan dalam bidang tersebut.”

Yang aku ada hanyalah kesudian untuk mendengar dan berkongsi masalah tanpa diskriminasi. Di zaman hedonism dan fitnah ini, ada kemungkinan kita sebenarnya turut menjadi punca kepada kekhilafan mereka. Ianya mungkin akibat kegagalan kita berfikir dan bertindak landasan yang sepatutnya.  Jadi, jangan seronok sangat menuding jari.

Beberapa bulan yang lalu seorang pembaca menghubungiku melalui emel kerana terlalu bimbang dirinya dijangkiti HIV. Beliau yakin bahawa sudah terdapat pelbagai symptom HIV pada dirinya. Untuk memudahkan cerita, kita namakan beliau sebagai “Suzi.”

Suzi seorang isteri dan ibu yang berkelulusan tinggi dan punya karier yang baik. Suami beliau juga begitu dan mereka dianugerahkan 2 orang cahaya mata yang comel. Luarannya kehidupan Suzi serba sempurna.

Masalah Suzi berpunca selepas terlanjur berzina dengan suami orang. Opss… nanti dulu! Jangan cepat sangat menghukum, sila baca tanpa judgmental ya.

Selang beberapa minggu selepas keterlanjuran tersebut, Suzi mula mengalami beberapa gejala seperti demam berterusan, ulser bernanah di pipi dan gusi, batuk berkahak yang pekat, sesak nafas dan terdapat bintik air di vagina.

Berhampiran vagina Suzi, kulit menggelupas dan melecet sehingga mahu memakai seluar dalam pun Suzi tidak mampu akibat kesakitan. Badan pula sentiasa terasa sakit dan lenguh terutama di kedua belah lengan dan betis.

Bermacam pusat rawatan terkenal telah Suzi pergi. Malunya usah cerita tetapi semuanya terpaksa ditempuhi. Antara yang diperiksa adalah air mani, pap smear, HIV antigen dan antibodi, HPV, Gonorrhoea, syphilis, Chlamydia, pre-cancer triode , kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan Hepatitis.

Alhamdulillah semuanyanya negative tetapi Suzi tetap terpaksa meneruskan kehidupan dengan pelbagai masalah kesihatan yang diceritakan tadi. Suzi benar-benar dalam dilemma dan tertekan.

Pelbagai ubat dan antibiotic mahal juga telah dibeli tetapi kelihatan tidak berkesan. Kalau reda pun sekejap sahaja dan tidak lama kemudian penyakit kembali menyerang.

Walaupun begitu Suzi sering memuji ‘kebaikan’ suaminya. Akibat tertekan dengan rasa bersalah dan tidak sanggup menanggung dosa, Suzi mengambil keputusan untuk berterus terang tentang keterlanjurannya dan memohon ampun daripada suami.

Sebenarnya atas beberapa rasional, aku menyarankan supaya Suzi menangguhkan terlebih dahulu hajat tersebut sementara waktu tetapi hak mutlak membuat keputusan di tangan Suzi. Alhamdulillah suami Suzi memaafkan.

Kenapa aku menyarankan Suzi menangguhkan hajat memohon ampun terhadap suami?

Aku sebenarnya masih ragu-ragu Suzi mengalami segala symptoms penyakit akibat jangkitan melalui hubungan terlarang dalam tempoh yang sangat singkat. (anggaran 2,3 minggu selepas keterlanjurannya) Aku berpendapat jangkitan tersebut telah lama berlaku dan mungkin masih terdapat beberapa perkara yang Suzi cuba selindungkan.

Lebih menyedihkan, akibat daripada pelbagai tekanan tersebut, Suzi akhirnya dibuang kerja dengan alasan tidak dapat memberikan tumpuan terhadap tugas sedangkan sebelum ini majikan Suzi secara halus menjadikan Suzi sebagai ‘umpan’ untuk mendapatkan tender yang besar-besar kerana wajah dan susuk tubuhnya yang menawan.

Semakin lama berhubung melalui emel, akhirnya Suzi berterus-terang hidupnya menderita disebabkan suami dan masalah tersebut sudah terlalu lama ini dipendam.

Antara puncanya suami Suzi tidak mengambil berat soal agama, langsung tidak menunaikan solat, solat Jumaaat dan berpuasa.

Suami Suzi lebih seronok melepak bersama kawan-kawan sehingga lewat malam daripada berada di rumah bersama keluarga. Hubungannya dengan keluarga Suzi juga longgar disebabkan suaminya enggan mengubah cara hidup. Balik ke rumah mertua bagi suaminya adalah satu beban. Suzi sentiasa rasa keseorangan dan bersendirian menguruskan anak-anak tanpa sokongan suami.

Seperti yang aku jangka, Suzi mengaku telah lama didera dengan penderaan seksual yang berterusan. Suami Suzi sentiasa mahukan seks melalui dubur (anal).  Suzi mengadu betapa tersiksanya apabila setiap kali diminta begitu. Jika tidak dilayan, boleh bergaduh dan merajuk panjang.

Bayangkan sahaja zakar yang dimasukkan ke dalam faraj (tempat berkumpulnya segala kuman dan bakteria), dimasukkan pula ke dubur (yang lebih kaya dengan segala macam kuman dan bakteria@ laluan akhir segala macam ramuan sawi, taugeh, tempoyak dan ikan masin sebelum memasuki lubang tandas). No entry, jalan sehala tu bro...

Kemudian tanpa cucian dan bilasan, dimasukkan kembali ke faraj untuk melengkapkan segala kombinasi kumannya. Begitulah bila hidup bertuankan nafsu.

Bukan itu sahaja, setiap kali bersama, Suzi selalunya belum bersedia kerana suaminya hanya mahukan seks tanpa foreplay. Perasaan Suzi tidak dipedulikan. Akibatnya vagina Suzi sering sakit dan pedih. Bila begitu Suzi terpaksa guna pelincir, tak ada pelincir, guna baby oil dan kalau tak ada baby oil, guna minyak gamat.  Bayangkan minyak gamat untuk kegunaan luaran, disapukan di faraj dan dubur!  

Aku yakin inilah sebenarnya punca utama masalah kesihatan Suzi dan kebetulan apabila depress akibat terlanjur memberikan kesan berganda terhadap emosinya.

Bukan setakat itu sahaja, jantan keparat yang menidurinya (pun sudah berkahwin) mengugut untuk membocorkan rahsia mereka jika Suzi enggan terus melayan nafsu serakahnya tetapi Suzi tetap tidak menghiraukannya.

Anehnya, Suzi tertekan macamanapun, suami tetap mahukan seks seperti biasa. Dalam rawatan atau tanpa rawatan suaminya bagaikan tiada perasaan tetap mendera Suzi melalui seks.

Berdarah, pedih atau luka itu bukan masalah. Suzi dimanipulasi sepenuhnya sehingga pernah beberapa kali Suzi rasa ingin membunuh diri.

Nampaknya kejujuran Suzi mengaku segala kesilapannya terlanjur tidak menjadi kudis kepada suami. Kerana itulah diperingkat awal aku menyarankan supaya Suzi menangguhkan hasrat memohon ampun kerana bimbang isu tersebut dijadikan alasan untuk menyalahkan Suzi 100% sedangkan selama ini Suzi adalah mangsa.

Doktor berpendapat bahawa suami Suzi ‘tidak normal’ dan mengakui kemungkinan symptom sakit Suzi ada kaitannya dengan jangkitan kuman akibat hubungan seks dengan cara tersebut. Melecet dan bintik air di vagina mungkin akibat lepuhan dan tindakan kasar semasa melakukan seks tanpa air mazi yang mencukupi.  

Panjang lagi kisahnya tetapi secara ringkas Suzi telah melalui penderaan seks yang teruk sepanjang perkahwinannya. Suzi sekarang sedang mengalami trauma dan major depression. Kemampuan Suzi menahan penderitaan mungkin telah sampai ke kemuncaknya.

Bila tiada sebarang pendapatan, bergantung hidup kepada suami, sakit dan memikirkan masa depan anak-anak Suzi semakin keliru untuk berfikir secara rasional. Sehingga sekarang Suzi masih menanggung penderitaan dan aku sekadar menjadi teman setia mendengar luahannya apabila diperlukan.

Rumusan

Banyak isu yang saling berkait dalam kes Suzi. Antaranya kejahilan umat Islam terhadap peranan masing-masing. Tanggungjawab utama terletak di bahu suami kerana mereka adalah pemimpin dalam sesebuah rumahtangga. Suami sepatutnya memacu rumahtangga mencari keredhaan Allah bukannya membawa kepada laknatullah.

Tidak kurang pentingnya pemahaman lelaki dalam soal seks. Dalam soal ini aku bukanlah mahu mendakwa hebat dan tahu serba serbi. Malahan masih belajar dan jauh daripada sifat sempurna tetapi tidaklah terlalu naif dan kejam sehingga demi kepuasan nafsu sendiri sanggup bersikap selfish. Jauh sekali mendera dan menganiaya isteri sebegitu rupa.

Melalui perkahwinan, pasangan sepatutnya dapat menundukkan nafsu dengan cara yang diredhai Allah. Ada adab dan sunat-sunat tertentu. Jika berkahwin tetapi si suami cenderung mengamalkan liwat berbanding cara normal bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Beliau perlu mendapatkan rawatan.

Jika berterusan begitu, lambat laun musibah Allah akan menimpa keluarga. Alangkah malang jika tidak belajar peringatan Allah, musibah Kafarah bertukar menjadi Bala’.

Seks adalah luahan kasih sayang dan ibadah. Bersikap mendesak dan memaksa semasa melakukan hubungan seks adalah keterlaluan. Apatah lagi jika melakukan hubungan tanpa mengira penderitaan dan kesakitan yang sedang ditanggung isteri.

Orang yang bersikap begini hanya menggunakan fizikal isteri untuk mencapai kepuasan peribadi tetapi fikirannya menerawang ke tempat lain. Mereka melayan isteri seperti pelacur dan tidak mustahil mereka sebenarnya mengalami masalah jiwa yang kronik, atau bekas gay atau sekurang-kurangnya biseksual.

Bagi pasangan normal, foreplay sangat penting. Jika si suami memahami seks secara tepat, bukanlah sukar untuk menjadi ‘perkasa’ dan dipuji isteri. Ketepikan ego, bincang kehendak dan kecenderungan masing-masing secara terbuka. Bijak mengendali perasaan isteri supaya sentiasa berada di puncak tumpuan dan kenali G spot mereka. Jika perlu, dapatkan rawatan pakar.

Lakukan hubungan selepas isteri betul-betul bersedia atau merayu untuk memulakannya. Bukannya guna minyak gamat untuk sebagai pelincir. Agaknya golongan sebegini takkan faham bahawa isteri mampu mencapai klimaks sebelum suami memasukkan zakar dan menikmatinya beberapa kali pada setiap sessi hubungan intim sedangkan lelaki hanya sekali.

Akibat kejahilan tentang seks, lelaki cenderung guna dan telan macam-macam benda mengarut. Yang difikirkan cuma keseronokan sehinggakan  isteri sakit dan menderita pun masih ada berselera. Manusia yang tidak ada hati perut sahaja mampu bersikap begitu.

Aku nak cakap lebih-lebih pun serba salah. Entry inipun sudah jadi panjang berjela. Bimbang nanti aku dikatakan memandai-mandai atau tunjuk pandai. Cuma terus terang cakap, lelaki begitu tak layak kahwin.

Kepada kaum isteri, jangan takut menuntut hak anda jika terdera seperti Suzi. Jangan sampai deraan tersebut akhirnya mengancam keselamatan diri dan merosakkan iman serta aqidah! Silap-silap nanti, orang senang-senang sahaja membuat pelbagai andaian dan tuduhan bahawa andalah sebenarnya punca masalah.

p/s-
1.   Kehebatan sebenar lelaki diranjang bukanlah terletak pada size, rupa, berapa lama, berapa kerap, berapa anak dan berapa isteri tetapi terletak kepada kebijaksanaan menghargai dan menawan kelemahan wanita sehingga mereka rasa sangat-sangat dihargai dan disayangi.

2.   Utamakan kebersihan dan bacalah doa supaya iblis syaitan tidak tumpang sekaki mengauli isteri. Alangkah malang jika zuriat bercampur dengan iblis syaitan.