Fuhhh, lama rasanya tak berblog…!
Walaupun sentiasa memantau blog dan emel melalui handphone, tetapi aku memang betul-betul tak berkesempatan untuk respon atau update perkongsian terbaru. Ada macam-macam idea dan bahan nak dikongsi tetapi kemampuan sangat terbatas. Jadi, posting ringkas ini sahajalah dulu warm-up nya supaya rakan-rakan tidak tertanya-tanya.
Sepanjang minggu lalu ditakdirkan aku sibuk tahap gaban dengan macam-macam urusan. Banyak memandu jarak jauh. Purata waktu rehat dan tidur pula sekadar 2,3 jam setiap hari membuatkan badan terasa remuk. Pergi kerjapun macam ayam berak kapur. Bingung memanjang akibat keletihan. Begitulah lemahnya kita sebagai makhlukNya.
Alhamdulillah setelah kemaruk tidur hampir 3 hari, aku pelan-pelan normal kembali. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang call, SMS serta emel bertanya khabar, mendoakan dan memberikan sokongan. Syukur… rupa-rupanya aku mempunyai ramai sahabat yang cukup supportive dan menyayangi.
Kepada para pengunjung, rakan-rakan yang tak jemu-jemu menyokong dan membantu di blog. Jazakumullah khier… Gunakanlah segala perkongsian secara bermanafaat dan sebarkan nilai-nilai positif. Ini blog kita bersama.
Kepada pengirim emel yang bertimbun tu, insya-Allah pelan-pelan aku reply ikut priority ya. Bersabar dan jangan berkecil hati.
Selain itu, atas masalah teknikal, aku cuma dapat online pada waktu malam sekitar 1-2 jam. Kalau keadaan mengizinkan, mungkin ditambah1-2 jam lagi selepas solat Asyar.
Sampai bila? Sukar dipastikan kerana bergantung kepada faktor kewangan. PC yang aku selalu gunakan di rumah ini pun nampaknya sudah ada tanda-tanda diserang virus. Bila-bila masa boleh ‘kong’ tetapi aku bertahan supaya kita tidak terputus hubungan.
Tetapi itu bukan isu. Seperti yang aku selalu katakan, kekuatan sebenar kita datang dengan cara menjaga hubungan dengan Allah dan kekuatan dalaman individu.
Kepada sahabat-sahabat yang masih tercari-cari kekuatan, terus berjuang sama ada dengan atau tanpa blog ini. Aku bukan pakar dan bukan somebody. Jangan sesekali meletakkan pergantungan terhadap sesama insan kerana kemampuan makhluk ada had dan batasnya.
Aku sekadar memberi pandangan dan berkongsi cerita. Pandanganku boleh diterima dan tentu sahaja boleh ditolak. Yang berdepan dengan masalah dan boleh mengubahnya adalah terletak di tangan sendiri. Pilihlah sama ada mahu merana akibat virus/penyakit atau kerana bersikap negative terhadap ujian Allah.
Kepada sahabat-sahabat yang berhasrat berchatting (kaunseling online) harap maklum bahawa sepanjang minggu depan sebarang urusan berkaitan ditangguhkan sementara kerana aku terpaksa memberikan tumpuan membalas emel yang penting-penting. Semoga keadaan tersebut difahami.
Selain itu, aku berharap diterima sekadar seadanya sama seperti insan lain. Ada kekuatan dan ada kelemahan. Aku pun perlukan aura positif daripada para sahabat. Apapun ujian dan masalah kita, yang penting kita saling sokong menyokong, doa mendoakan dan bantu membantu.
Perjuangan mesti diteruskan selagi berkesempatan.