Thursday, September 29, 2011

CD4: TOV AND LEVEL 1 (FIRST RESULT)


29 September 2011 (Khamis)

HIV, HIV, HIV…. Balik-balik cerita pasal HIV. Tak ada cerita lain ke??

Hahaha…. Aku pun jemu juga. Sebenarnya aku tak rasapun aku ada HIV tetapi dah realitinya begitu, mestilah aku cerita tentang HIV. Nak buat macamana?

Semalam aku hantar SMS kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman.

Aku: “Assalamualaikum. Sekadar makluman, bekalan Kaletra saya cuma tinggal  8 hari sahaja lagi. Semoga Doktor sekeluarga bahagia selalu. Terima Kasih.”

Pagi tadi.

Dr. Iskandar: “Assalamualaikum. Boleh datang ke klinik (Farmasi) esok (Jumaat, 30/09/2011) atau (Isnin, 03/10/2011)? Saya tidak akan ada di klinik mulai besok sehingga 14/102011 sebab bertugas sebagai fasilitator kursus di HTAA. Walau bagaimanapun, Pegawai Farmasi saya akan menyediakan ubat tersebut, Insya-Allah.”

Dalam hati; “Alahai Dr. Iskandar tak ada… boring betul lah” - Sebenarnya antara motivasi dan perkara yang menyeronokkan aku untuk memandu ke klinik berkenaan selama sejam setengah adalah Dr. Iskandar.

Aku: “Insya-Allah saya datang petang besok atau Isnin. Laporan Perubatan telah diterima. Terima kasih. Hanya Allah dapat membalas kebaikan doktor”

Sebenarnya aku sangat teruja untuk bertemu Dr. Iskandar setelah menjalani ujian darah 2 minggu yang lalu. Ujian tersebut sangat penting untuk mengetahui keserasian kombinasi HAART selepas 3 bulan aku mengambilnya. Aku menganggapnya sebagai Level 1 perjuanganku dalam soal ini.

Heh, mestilah ada juga debarnya, maklumlah aku ni pesakit diabetes. Take-Off Value (TOV) ujian darah yang pertama sebelum memulakan rawatan tempohari, bacaan CD4 cuma 46 cells/uL dan viral load pula sekitar 24+++ ekor! (ada pendapat mengatakan itu belum didarab 9 (pain darah dalam tubuh manusia).

Tetapi apa-apapun kita usahakan yang terbaik. Kemudian barulah doa dan tawakal. Tak perlu banyak sangat mengandaikan itu ini. Hidup ini milik Allah. Insya-Allah tidak ada apa-apa yang merisaukan. Kalah sekalipun biar bermaruah!

Petang tadi, SMS ku berbunyi lagi.

Dr. Iskandar: “Assalamualaikum. Alhamdulillah, baru terima keputusan CD4. 64 cells/uL, peningkatan (41%) daripada sebelum ini iaitu 46 cells/uL (Normal value:380-1920 cells/uL).

Ratio CD4:CD8 juga naik 157% daripada 0.07 ke 0.18 (Normal value: 0.9-1.9). Agak perlahan tetapi yang penting ada peningkatan, menunjukkan tiada resistan. Kemungkinan sebab bermula agak lambat akibat kesan sampingan terhadap Nevirapine & Efavirenz mula-mula dahulu.

Insya-Allah 6 bulan nanti, akan ada peningkatan lagi. Nanti sila dapatkan terus ubat dari Pegawai Farmasi, Insya-Allah.”

Syukur kepadaMu ya Allah…

Aku: “Terima kasih banyak-banyak doktor. Saya sangat gembira & menjadikan saya lebih positif.”

Haa… tengok, aku tak kisah je kongsi hal terlalu personal begini dengan sahabat-sahabat asalkan ada manafaatnya. Tetapi biarlah atas kerelaanku sendiri. Janganlah sampai minta di khalayak umum begini, “Boleh tak AHP bagitahu result terkini ujian CD4 selepas mengambil HAART?” Tak manis tu bro…!

Jadi kepada rakan-rakan yang baru nak memulakan HAART, tak usahlah risau. Risiko ada di mana-mana. Apa-apa pun ada pro dan contra tetapi lebih baik mencuba daripada mengalah.

Walaupun peningkatannya sedikit, syukurlah. Sahabat-sahabat bayangkan sendiri risiko yang aku tanggung selama ini walaupun sentiasa nampak aktif berblog. Kalau CD4 sahabat-sahabat masih tinggi, beribu-ribu riban bacaannya, tak perlulah menggelabah tak tentu hala. Tak baik untuk kesihatan.

Aku percaya, antara punca hasil positif ini adalah berkat doa yang tidak putus-putus daripada para pembaca blog. Terima kasih dan jazakumullah khier…


Wednesday, September 28, 2011

HIV VS FIBROMYALGIA DAN CHRONIC FATIGUE SYNDROME (CFS)



Salah satu cara yang paling berkesan untuk menimbulkan rasa positif semasa berdepan dengan ujian Allah ialah membandingkan ujian yang kita tempuhi dengan ujian-ujian  insan lain yang lebih menderita, susah, miskin, keseorangan, terlantar dan sebagainya.

Menakjubkan apabila mereka tetap tabah dan mampu menyebarkan ribuan warna yang menyerikan alam. Derita di dalam, hanya Allah yang tahu.

Salah seorang sahabat yang sentiasa memberikan inspirasi begitu terhadapku ialah As. Beliau dipilih Allah dengan ujian penyakit kronik yang dinamakan Fibromylgia dan Chronic Fatigue Syndrome (CFS).  Bila membandingkan ujian yang beliau tempuhi dengan ujian yang aku lalui, aku jadi malu untuk mengeluh.

As masih bujang, baru sahaja menamatkan pengajian yang ada kena mengena dengan bidang perubatan dan ditakdirkan mempunyai karier sebagai tenaga professional dalam bidang yang lain.

Walaupun menderita dengan penyakit tersebut, beliau tidak keberatan dan sentiasa memberikan sokongan terhadap rakan-rakan pembawa HIV di blog kita ini. Kemuliaan hati dan ketabahan hati beliau sangat-sangat aku hargai.

Tahu apa itu Fibromylgia dan Chronic Fatigue Syndrome (CFS)? Jika tidak, sila klik nama penyakit untuk memahaminya secara ringkas.

Di sini aku mengambil kesempatan untuk berkongsi sekelumit daripada pelbagai cabaran dan ujian yang As tempuhi. Salah satunya dalam entry terbaru beliau (dengan izin) yang bertajuk: Seorang wanita.

Jadi, sambil-sambil kita mempelajari sesuatu daripada ketabahan dan pengalaman hidup beliau, apa kata berikanlah sedikit pandangan sebagai tanda sokongan. Bukan belas simpati yang beliau pinta kecuali sekadar berkongsi rasa dengan teman-teman yang beliau hargai.

Mari baca:


Entah, entri kali ini mungkin berbaur luahan seorang wanita itu. Andai ramai yang membaca, mungkin sisi-sisi tepi kehidupan dapat dilihat dengan minda yang lebih terbuka.

Aku sebagai wanita, orang sekeliling tidak akan bertanya tentang sumbangan aku pada masyarakat. Persoalannya lebih berkisar pada jodoh dan perkahwinan.

Sewaktu sedang belajar persoalan lebih kepada seputar perkara akademik. Baikkah atau bagaimana? Jika baik maka mereka tumpang gembira. Bila sudah habis belajar, soalannya sudah bekerja kah? Jika bekerja jurusan berbeza daripada kursus yang diambil, orang akan kata, kenapa ambil kursus yang susah dapat kerja?! Bila sudah kerja, orang akan tanya bila mahu kahwin?

Tapi soalannya takkan habis di situ. Kemudian isunya masuk perkara anak pula. Soalannya takkan pernah habis. Ramai manusia jadikan jawapan "sudah" sebagai kayu ukur kejayaan sebuah kehidupan seorang wanita itu.

Manusia, seringkali memandang pada hasilnya. Dan Allah memandang hanya pada usaha. Ada orang usaha sedikit tetapi dapat lebih. Ada orang usaha kuat habis upaya namun hasil tetap setakat cukup makan. Itulah indahnya pandangan Ilahi. Dan manusia akan terus dengan padangan mereka pada hasil, dan juga anugerah2 peringkat keduniaan yang seseorang itu sandang.

Berkisar tentang jodoh, usia aku masuk arena kemuncak pertanyaan dan suruhan untuk berkahwin. Normal. Cumanya seikhlas hati aku katakan, mahu petik calon sesuka hati bukan semudah memetik cili di tangkai. Dan masak spagetti jauh lebih mudah.

Apatah lagi dengan keadaan aku yang begini. Yup begini. Chronic pain yang jika aku sebut ramai akan ternganga apakah alien yang aku sebutkan tu. Yes, kalau rajin sila google Fibromyalgia. Kesakitan sepanjang masa di semua tempat serta emosi yang selalunya tidak stabil. Memang penat weh jika orang tu nak jaga aku dan ada di sisi tiap masa. Penat tengok aku. Which sepatutnya menjadi penyejuk mata pendamai hati. Yes, tiada siapa yang sanggup untuk me-mampu-kan diri.

Sukar nak cakap, tapi untuk memudahkan cerita supaya orang faham, aku akui aku setuju dengan kata-kata kamu. Seperti yang kamu harapkan, aku juga inginkan seseorang yang boleh bersama memikul beban kesakitan yang aku lalui tiap hari, seseorang yang boleh aku berkongsi derita, seseorang yang boleh memberi bahu menadah tangisan kesakitan aku saban waktu.

Memang mudah dan indah jika nak cakap, "mesti ada punya seseorang yang akan tahan semua ni dengan kamu". "Bila kahwin nanti akan lain, dia akan support kamu sepenuhnya tiap masa". Dan pelbagai lagi ayat2 indah. Indah. Imaginasi manusia memang hanya mahukan yang indah2 belaka.

Tahukah kamu bagaimana teruknya kesakitanku tiap saat dan tika? Tahukah kamu bagaimana emosi boleh bertukar deria? Seringkali waktu aku kesakitan dan kemurungan, sahabat2 terpaksa menarik aku kemas dalam dakapan hangat meredakan kepiluan dan kekusutan di jiwa. Dan biasanya tangisan aku akan terhambur di bahu mereka. Yup, aku menulis dengan birai mata menakung air, jiwa menahan sebak.

Kerna itu aku sentiasa berfikir, manusia, sejauh manakah mampu bertahan dengan emosiku yang selalu tak stabil. Manusia, sekuat manakah dia akan bertahan untuk menjaga seorang yang sentiasa kesakitan. Pasti ada masanya turut sama melenting dan meluah rasa perit menjaga seorang pesakit. Apatah lagi jika impian dan harapannya pada sebuah perkahwinan adalah yang indah dan mahukan seorang pendamping yang mampu memberi segala keperluan jiwa.

Tidak bermakna aku katakan mereka tidak baik. Dan tidak bermakna aku sahaja yang betul. Cumanya menjaga isteri yang sakit juga adalah ujian besar buatnya. Pasti dia akan jatuh jua pada kemuncak kepenatan. Penat emosi mungkin. Kerana fitrah kita ini yang cenderung untuk jadi begitu. Fitrah. Bukan salah seorang suami itu. Ia hanya fitrah.

Sahabat2 ku sudah masuk ke era pelepasan mungkin. Setelah perjalanan meraih sebuah ijazah sarjana muda berakhir. Maka berakhir jua kepenatan emosi mereka melihat diriku yang sentiasa kesakitan. Berakhir jua kepenatan pada sebuah penjagaan yang hampir sempurna buat sahabat yang sakit. Seriyes, aku selalunya untuk menjaga diri pun masih fail akibat kesakitan ini.

Jadi sejujurnya, aku tidak mahu menambah beban buat seseorang. Seseorang yang akan terpaksa menghadap diriku hampir tiap masa. Aku tidak mahu menyukarkan kehidupan seorang dia. Kerna apa yang dia damba selayaknya ada pada wanita-wanita yang jauh lebih baik. Yang tidak punyai sakit kronik sebelum perkahwinan. Jika sihat di awal perkahwinan, sayang dan cinta boleh meresap. Kemudiaanya waktu sakit, hati lebih terbuka untuk menjaga, kerana sayang yang beraja. Aku kira tidak mampu seketul hati itu untuk tiba-tiba menjaga isteri sakit yang baru hendak dikenali hati budinya. Boleh jadi anjakan paradigma begitu. Terkejut juga.

Aku sebenarnya sudah penat mahu menerangkan. Maka kamu baca sahajalah di sini. Mungkin kamu ada fahaman dan pendirian kamu, bahawa ia akan jadi yang indah-indah sahaja pasca perkahwinan buat seorang wanita yang sakit kronik sepertiku. Itu fikir imaginasi kamu. Bagaimana dengan logiknya?

Terima kasih atas segala perhatian daripada kamu atas kesakitan dan perlunya pada sebuah perkahwinan aku.

Demikian hidup ini adalah tautan daripada segala rasa. Tapi percayalah kesakitan yang diberi adalah kerna dia mahu kita sentiasa mengingatiNya. Dia mahu kita sentiasa merasa perlu kepadaNya..

Sepertinya perjuangan itu takkan berakhir, hingga kedua tapak kaki kita menginjak ke syurga..

Mahu ku singkap tabir hatiku yang kelabu, moganya ada ruang untuk cahayaMu!


p/s: Bila sudah habis ijazah muda, soalan seterusnya, bila mahu sambung belajar? -__- manusia...takkan habis.


AHP: Atas nama persahabatan dan tanda sokongan, coretkanlah sesuatu.

Tuesday, September 27, 2011

HIV: NEVER SURRENDER!


Fuhhh, lama rasanya tak berblog…!

Walaupun sentiasa memantau blog dan emel melalui handphone, tetapi aku memang betul-betul tak berkesempatan untuk respon atau update perkongsian terbaru. Ada macam-macam idea dan bahan nak dikongsi tetapi kemampuan sangat terbatas. Jadi, posting ringkas ini sahajalah dulu  warm-up nya supaya rakan-rakan tidak tertanya-tanya.

Sepanjang minggu lalu ditakdirkan aku sibuk tahap gaban dengan macam-macam urusan. Banyak memandu jarak jauh. Purata waktu rehat dan tidur pula sekadar 2,3 jam setiap hari membuatkan badan terasa remuk. Pergi kerjapun macam ayam berak kapur. Bingung memanjang akibat keletihan. Begitulah lemahnya kita sebagai makhlukNya.

Alhamdulillah setelah kemaruk tidur hampir 3 hari, aku pelan-pelan normal kembali. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang call, SMS serta emel bertanya khabar, mendoakan dan memberikan sokongan. Syukur… rupa-rupanya aku mempunyai ramai sahabat yang cukup supportive dan menyayangi.

Kepada para pengunjung, rakan-rakan yang tak jemu-jemu menyokong dan membantu di blog. Jazakumullah khier… Gunakanlah segala perkongsian secara bermanafaat dan sebarkan nilai-nilai positif. Ini blog kita bersama.

Kepada pengirim emel yang bertimbun tu, insya-Allah pelan-pelan aku reply ikut priority ya. Bersabar dan jangan berkecil hati.

Selain itu, atas masalah teknikal, aku cuma dapat online pada waktu malam sekitar 1-2 jam. Kalau keadaan mengizinkan, mungkin ditambah1-2 jam lagi selepas solat Asyar.

Sampai bila? Sukar dipastikan kerana bergantung kepada faktor kewangan. PC yang aku selalu gunakan di rumah ini pun nampaknya sudah ada tanda-tanda diserang virus. Bila-bila masa boleh ‘kong’ tetapi aku bertahan supaya kita tidak terputus hubungan.

Tetapi itu bukan isu. Seperti yang aku selalu katakan, kekuatan sebenar kita datang dengan cara menjaga hubungan dengan Allah dan kekuatan dalaman individu.

Kepada sahabat-sahabat yang masih tercari-cari kekuatan, terus berjuang sama ada dengan atau tanpa blog ini. Aku bukan pakar dan bukan somebody. Jangan sesekali meletakkan pergantungan terhadap sesama insan kerana kemampuan makhluk ada had dan batasnya.

Aku  sekadar memberi pandangan dan berkongsi cerita. Pandanganku boleh diterima dan tentu sahaja boleh ditolak. Yang berdepan dengan masalah dan boleh mengubahnya adalah terletak di tangan sendiri. Pilihlah sama ada mahu merana akibat virus/penyakit atau kerana bersikap negative terhadap ujian Allah.

Kepada sahabat-sahabat yang berhasrat berchatting (kaunseling online) harap maklum bahawa sepanjang minggu depan sebarang urusan berkaitan ditangguhkan sementara kerana aku terpaksa memberikan tumpuan membalas emel yang penting-penting. Semoga keadaan tersebut difahami.

Selain itu, aku berharap diterima sekadar seadanya  sama seperti insan lain. Ada kekuatan dan ada kelemahan. Aku pun perlukan aura positif daripada para sahabat. Apapun ujian dan masalah kita, yang penting kita saling sokong menyokong, doa mendoakan dan bantu membantu.

Perjuangan mesti diteruskan selagi berkesempatan.

Friday, September 23, 2011

DR ASRI-HAKIKAT DUKACITA (INDAHNYA UJIAN ALLAH)




Jazakallah khier kepada untuk mentorku As.
Nama sentiasa dalam doa sebagai hadiah dan tanda sokongan.

Thursday, September 22, 2011

TAZKIRAH KAMI SESAMA PEMBAWA HIV


Assalamualaikum wrh. wbk.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manafaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katakanlah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Huraian:
Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.

Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.

Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.

Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa...

Kesimpulan:

Innalillahiwainnailairojiu'n...           
Aku diuji lagi YA ALLAH!

Subhanallah...                                   
UJIAN apa yang KAU berikan ini?

Masya-ALLAH...                    
Mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi?

Astaghfirullahaa'zim...         
Maafkan aku Ya Allah, aku pertikaikan KEKUASAANMU,

AllahhuAkhbar...                  
Kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU,

Alhamdulillah...                                
Ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU.


AHP: Tazkirah ini hasil perkongsian Luka Rafieqa semasa memberi respon
dalam beberapa di blog ini. Jazakallah khier dan terima kasih Luka Rafieqa.
Semoga rahmat dan redhaNya yang berkekalan untuk kita semua.

 

BAGAIMANA CARANYA PASANGAN HIV INGIN MENDAPATKAN ZURIAT? (SAMBUNGAN)


Susulan daripada entry yang bertajuk BAGAIMANA CARANYA PASANGAN HIV INGIN MENDAPATKAN ZURIAT? / BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN (9), kita beruntung kerana entry tersebut mendapat respon atau pandangan  yang sungguh informative daripada seorang Doctor Sakit Puan yang prihatin.

Rugi rasanya jika maklumat berkenaan tidak dipublishkan kembali kerana ianya sangat berharga dan supaya lebih ramai pembaca dapat berkongsi maklumat tersebut. Mohon maaf kerana aku terpaksa melakukan sedikit editing terhadap pandangan asal untuk disesuaikan sebagai sebuah entry. Mari baca:


Assalamualaikum,

Saya ingin berkongsi pendapat tentang pasangan HIV yg ingin mendapatkan zuriat. Saya adalah Doktor Sakit Puan di salah sebuah Hospital Kerajaan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan TAHNIAH pada AHP atas sebuah blog yg saya rasa sangat produktif and inspiring. Semoga Allah membalas  segala ilmu yg dikongsi bersama, insya-Allah.

Antara cara untuk mengurangkan risiko jangkitan pada pasangan (Discordant couple --> salah seorang negative dan seorang positive) ialah:

1.         Sentiasa memakai kondom walaupun anda on HAART and with undetectable viral load.

2.         Jika inginkan kehamilan, pastikan viral load anda <50copies/ml(undetectable) dan rancang pada waktu kesuburan. i.e pada hari ke 13,15,17 datang haid.

Pada waktu ini adalah waktu paling subur bagi pasangan yang mempunyai kitaran haid yang tetap. Hari selebihnya dinasihatkan menggunakan kondom ketika bersama.

3.         Anda juga boleh mendapatkan nasihat Pakar Sakit Puan untuk rawatan IUI ( intauterine insemination) bagi mengurangkan risiko jangkitan terhadap pasangan anda (suami kepada isteri).

Walaupun begitu, masih terdapat risiko transmisi dalam air mani despite using proper IUI technique. Risioko itu however adalah sangat rendah.

4.         In vitro fertilisation adalah satu teknik persenyawaan di luar rahim, di mana embryo yg dihasilkan akan dimasukkan ke dalam rahim isteri. Kaedah ini adalah antara yang paling selamat namun sangat mahal. Approximately 15-20k untuk satu cycle treatment.

5.         Di negara luar, donor sperm bagi mereka yang tidak dijangkiti HIV boleh digunakan bersama telur isteri. Namun bagi negara Islam, adalah haram menggunakan air mani pasangan lain untuk tujuan itu.

Harap penjelasan ini dapat membantu.


Jazakallah khier, semoga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama beliau.

Tuesday, September 20, 2011

BAGAIMANA CARANYA PASANGAN HIV INGIN MENDAPATKAN ZURIAT? / BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN (9)

DR. ISKANDAR FIRZADA OSMAN
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician

Sejak semalam aku sebenarnya tak sedap badan. Barangkali kerana terlalu penat kerana banyak memandu dan jarak perjalanan yang jauh dalam sehari dua ni. Perjalanan jauh juga mengakibatkan aku sukar mengawal diet. Banyak pantang larang yang aku langgar. Bila begini, mulalah badan meragam. Air hidungpun asyik nak meleleh. Mungkin juga demam disebabkan netbook kena curi agaknya, huhu…

Okay, kali ni nak share cerita aku bertemu Dr. Iskandar Firzada bin Osman untuk ujian darah CD4 dan viral load pertama selepas badan aku serasi dengan kombinasi HAART (Combivir dan Kaletra). Kombinasi kali ini tidak menyebabkan aku mengalami alahan yang teruk seperti sebelum ini.

Walaupun serasi, tidak bermakna ianya tidak resistant. Maka ujian darah kali ini sangat penting. Seperti yang pernah aku maklumkan, mula-mula dulu berdebar juga memikirkannya. Tetapi setelah merenung bahawa memang fitrah manusia cuma mampu merancang dan berusaha, tak perlu aku resah gelisah. Serahkan sahaja segala-galanya kepada Allah. Apa nak hairan? Ada masalah, ada penyelesaian. Yang penting, selagi mampu terus berjuang.  

Seperti yang dijanjikan, pada 19. 9. 2011 (pagi Isnin) aku hadir ke KK berkenaan. Aku lihat Fail Rawatanku telah tersedia di Kaunter Pendaftaran. Bermakna kakitangan KK telah sedia maklum dan Dr. Iskandar memang menunggu kedatanganku.

Aku lihat ramai pesakit yang datang dengan pelbagai tujuan rawatan. Terasa seperti menganggu mereka yang lebih memerlukan rawatan kerana temujanjiku hanyalah untuk urusan ujian darah,  Apa nak kata, memang begitulah prosedurnya…

Setelah dijemput masuk dan saling bertanya khabar, Dr. Iskandar memulakan tugasnya. Sebenarnya aku seronok setiap kali berjumpa Dr. Iskandar tetapi aku faham beliau sedang bertugas. Jadi kita kenalah menghormati situasi tersebut secara professional.

Melihat Dr. Iskandar menjalankan tugasnya dengan dedikasi, aku selalu terfikir, jikalah HIV ini virus yang terlalu bahaya seperti yang difahami umum, kakitangan KKM dan doktorlah antara yang paling awal berisiko dijangkiti. Mereka yang menyentuh tubuh, memegang tabung darah, memberikan kaunseling dan merawat puluhan pembawa HIV setiap hari.  

Cuba bayangkan, apa jadi jika mereka bersikap diskriminasi dan judgmental terhadap pembawa HIV?

Untuk menjimatkan masa, mulutku sibuk bertanyakan beberapa perkara. (Sebenarnya aku ngeri untuk memikirkan dan memandang ‘setabung darah’ yang diambil dari lenganku)

Antaranya yang aku tanya:

1.   Jika hasil ujian darahku kali ini menunjukkan result CD4 makin turun dan viral load makin tinggi, apakah langkah rawatanku seterusnya? (soalan penakut ni sebenarnya, hehehe…)

Dr.Iskandar: Sepatutnya tidak berlaku begitu kecuali virus menjadi resistant akibat tidak mengikut jadual pengambilan HAART.
Jika ianya berlaku bermakna mungkin rawatan HAART 2nd line terpaksa dilakukan.

2.   Bagaimana jika pasangan HIV+ve ingin mendapatkan zuriat?

Dr. Iskandar: Tanpa HAART, risiko jangkitan ibu kepada anak adalah sekitar 30%. Tetapi jika viral load di bawah 20 copies ianya dianggap seolah-seolah tiada risiko. Satu-satunya cara untuk menurunkan viral load ke bawah 20 copies adalah dengan pengambilan HAART.

Virus tidak terdapat di dalam sperma tetapi hanya berada di dalam cecair badan pembawa HIV seperti darah, air mani dan air mazi.

Jadi, jika bakal bapa HIV +ve dan ibu HIV –ve maka bakal bapa perlu memulakan rawatan HAART sekalipun bacaan CD4nya masih tinggi untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada bakal ibu dan bayi.

Jika bakal ibu HIV +ve dan bapanya HIV –ve, maka bakal ibu perlu memulakan rawatan HAART sekalipun bacaan CD4nya masih tinggi untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada bakal bapa dan bayi.

Jika kedua-duanya HIV +ve, sudah tentulah sebaik-baiknya pasangan tersebut menjalani rawatan HAART sebelum mengambil keputusan untuk mendapatkan bayi.

Walau bagaimanapun harus diingat, jika salah seorang pasangan adalah HIV-ve, terdapat risiko minima jangkitan antara sesama pasangan dalam kes ini.

Bayi yang dilahirkan pula akan dipantau perkembangan kesihatannya selama setahun setengah sebelum dianggap bebas HIV sepenuhnya.

Dr. Iskandar memaklumkan bahawa keputusan ujian CD4 akan diketahui lebih kurang dalam jangkamasa 2 minggu dan viral load pula dalam anggaran sebulan.

Okay, itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Selebihnya adalah perbualan personal antara kami.

Sebelum berpisah, aku sempat menghadiahkan Buku Panduan Perkhidmatan kepada Dr. Iskandar yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk membantu para pembawa HIV yang memerlukan khidmat sokongan yang Luka Rafieqa berikan baru-baru ini. Ada sebuah lagi salinan dalam simpananku untuk aku kongsikan dengan pembaca blog nanti, insya-Allah…  


p/s-     Pendapat yang Dr. Iskandar berikan mungkin berbeza dengan pendapat Doktor-doktor Pakar Perubatan Keluarga yang lain berdasarkan kepakaran dan pengalaman masing-masing serta kefahaman aku terhadap penerangan Dr. Iskandar. Sila berikan pandangan dan tidak kira pro atau kontra. Yang penting, para pembaca boleh mendapatkan pelbagai variasi maklumat dan berhak memilih pendapat yang difikirkan terbaik.