Saturday, November 29, 2014

BENARKAH PLHIV TIDAK BOLEH MENGELAKKAN JANGKITAN KEPADA PASANGAN DAN MENDAPATKAN ZURIAT BEBAS HIV?





Soalan:

Untuk mendapatkan zuriat, adakah perlindungan (kondom) boleh diabaikan sejak awal memulakan hubungan intim pada "waktu subur isteri" ataupun hanya boleh ditanggalkan ketika mahu mencapai klimaks?


Jawapan:

"Waktu subur" isteri tidak boleh dikira atau diramal (predicted) berdasarkan bilangan hari semata-mata. Ianya agak subjektif.

Sebaik-baiknya bagi setiap pasangan yang berkahwin dengan people living with HIV (PLHIV) dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka hendaklah mengadakan hubungan intim dan melepaskan sperma ke dalam faraj setiap 3 hari sekali selepas tamat haid (menses).

Rasionalnya ialah sperma lelaki mampu bertahan selama 72 jam di dalam faraj dan uterus.




Nota:

Orang Melayu mengenali uterus sebagai "rahim". HIV hanya terdapat di dalam air mani, tetapi tidak ada dalam sperma.

Ovari (kilang telur) menghasilkan satu ovum (telur) sahaja setiap satu bulan dan ianya hanya mampu bertahan selama 24 jam (window period waktu subur).

Sebab itu, jika merancang untuk mendapatkan zuriat, sebaik-baiknya hubungan intim perlu dilakukan setiap 3 hari sekali selepas tamat haid.

Pada waktu tersebut, persoalan sama ada kondom masih perlu dipakai atau bilakah masa paling tepat untuk menanggalkan kondom sebenarnya tidak timbul.

Ianya atas pilihan masing-masing. Pada masa yang lain, gunakanlah kondom seperti biasa.




Hakikatnya, setiap kali mengadakan hubungan intim (penetration), risiko tetap ada walau sekecil mana pun.

Luka kecil yang tidak dapat dilihat atau tidak dapat diketahui (micro abrasion) ketika melakukan hubungan intim sentiasa ada dan kita tidak mengetahuinya kerana ianya berlaku di dalam faraj isteri.

Apa yang PENTING ialah PLHIV mesti mendapatkan rawatan HAART terlebih dahulu dan pastikan bacaan viral load (VL) adalah rendah.

"Rendah" yang dicadangkan ialah 1000 ke bawah kerana pada tahap ini, virus tidak mampu menjangkiti pasangan. Semakin rendah virus, semakin rendah risiko jangkitan. Sebaik-baiknya not detected.

Fakta bukan cerita atau auta!





Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Thursday, November 27, 2014

DIEBETES LEBIH BAHAYA BERBANDING HIV





HARI DIABETES SEDUNIA
(14 November)


Tahukah anda bahawa diabetes tanpa rawatan dan kawalan lebih bahaya berbanding HIV?

Jika tidak dikawal dan dirawat, diabetes mampu menyerang sistem pertahanan tubuh yang menyebabkan pelbagai penyakit kronik lain dengan pantas.

Antaranya buta, kerosakan buah pinggang, darah tinggi, mudah mendapat jangkitan kuman, tisu tubuh mati, impotent, dan penyakit saraf.

Bezanya diabetics tidak berdepan stigma, diskriminasi, dan judgemental seperti people living with HIV (PLHIV).

Menurut Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan (NHMS) 2011, 1 daripada 5 (22%) rakyat Malaysia adalah pengidap diabetes.


Mitos vs Fakta

Mitos:
Anda berisiko menghidap diabetes jika ibu bapa anda pernah mengalaminya.

Fakta:
Memang ada faktor genetik, tetapi banyak faktor lain yang memainkan peranan, khususnya pola gaya hidup seseorang. Seseorang itu belum tentu menghidap diabetes jika dia menjaga gaya hidupnya dengan baik dan rajin bersenam, walaupun ibu atau bapanya adalah diabetic.


Sumber:
Dr. Vijay Ananda Paramasvaran
Perunding Physician dan Endokrinologi
Hospital Pantai, Kuala Lumpur




Aku adalah seorang PLHIV dan seorang diabetic. Aku tahu bagaimana rasanya hidup bersama double trouble maker ini.

Sayangilah diri dan kesihatan anda. Mencegah lebih baik daripada merawat.





Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Wednesday, November 26, 2014

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-42



My Best Doctor
Dr. IskandarFirzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician


Date: 17 November 2014
Day: Monday
Time: 2.20 pm
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan

Routine check-up:

Weight: 73.1 kg
Blood pressure: 120/80 (normal)
Pulse rate: 60/min (regular)
Glucose: 5.9 (fasting)
Mouth: No oral candidiasis
Lung: Clear

Temujanji kali ini turut ditemani Kak Da dan Ummie disertai 3 orang sahabat komuniti atas keperluan masing-masing. Selesai routine check-up, aku meneruskan consultation dengan bertanyakan beberapa soalan yang diajukan oleh rakan-rakan komuniti.


Soalan 1:

Apa pendapat Dr. Iskandar tentang isu kanak-kanak yang telah beberapa kali diarahkan bertukar sekolah semata-mata disebabkan statusnya sebagai people living with HIV (PLHIV) yang berlaku baru-baru ini akibat anggapan bahawa kanak-kanak tersebut membahayakan kanak-kanak yang lain?




Jawapan:

Mengikut Konvensyen Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (1989) yang telah diratifikasikan oleh 177 negara, Artikel 28 menyatakan bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat pendidikan berasaskan prinsip ‘peluang yang sama’ (equal opportunity).

Dalam Artikel 29 pula ada menjelaskan matlamat sebenar pendidikan yang berhak diperolehi oleh kanak-kanak iaitu membangun jati diri, membangun kemampuan fizikal dan mental ke tahap potensinya yang maksimum, dan menyediakan kanak-kanak itu untuk mampu hidup aktif dan penuh tanggungjawab semasa dia dewasa.

Kanak-kanak PLHIV tersebut tidak membahayakan sesiapa pun.

AHP Pie:
Jelas bahawa isu tersebut sepatutnya tidak timbul, tetapi terdapat pihak yang mungkin berhujah bahawa mereka tidak menghalang kanak-kanak tersebut mendapat pendidikan, cuma kanak-kanak tersebut diarah bertukar sekolah atas sebab-sebab kemaslahatan dan kepentingan umum.

Persoalannya, apakah kemaslahatan dan kepentingan umum tersebut? Adakah di sekolah baru kelak, tidak timbul lagi isu yang sama?

Kanak-kanak tersebut dan ibu bapa angkatnya (non-PLHIV) boleh mengalami tekanan akibat diarahkan berpindah sekolah berulang kali dan bayangkan jika kita berada dalam situasi mereka. Adilkah kita membiarkan kanak-kanak tersebut didiskriminasi begitu?

Stigma, diskriminasi, dan judgmental merupakan pembunuh sebenar PLHIV.


Soalan 2:

Seorang rakan komuniti baru sahaja memulakan rawatan HAART. Doktor yang merawat beliau di Hospital Sungai Buloh (HSB) telah memberikan preskripsi Raltegravir. Disebabkan Raltegravir masih baru digunakan di Malaysia, apa pendapat Dr. Iskandar tentangnya?




Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, Raltegravir biasanya akan dipreskripsikan kepada PLHIV yang masih treatment naïve iaitu masih belum memulakan sebarang rawatan HAART.

Selain itu, ianya juga diberikan kepada PLHIV yang mengalami masalah atau tidak boleh tolerate dengan HAART regime terdahulu, contohnya tidak serasi.

Disebabkan ianya dikira masih baru, Raltegravir masih lagi mahal. Kelebihan Raltegravir ialah tidak mempunyai kesan sampingan, tidak memerlukan pemantauan khusus, dan tidak memerlukan kombinasi. Ianya seperti memakan vitamin. Tetapi kesan jangka panjang masih belum dapat dipastikan lagi.  

Jadi, penggunaannya masih belum menyeluruh ke seluruh negara. Disebabkan komuniti tersebut mendapat rawatan di HSB, Dr. Iskandar berpendapat, ianya adalah wajar kerana di HSB, terdapat ramai doktor pakar dalam bidang infectious disease (ID).


Soalan 3:

Apa pendapat terkini Dr. Iskandar tentang pengurusan jenazah berisiko?




Jawapan:

Seperti yang telah beberapa kali ditegaskan sebelum ini, pengurusan jenazah berisiko tidak perlu menggunakan sebarang campuran cecair peluntur (bleach), kecuali jenazah yang telah reput, kemalangan maut, atau terdapat luka terbuka, tidak kira jenazah tersebut PLHIV atau non-PLHIV. 

Penggunaan bleach pun sekadar sebagai standard of procedure (SOP) untuk mencegah jangkitan akibat pathogen, bukan disebabkan oleh HIV kerana HIV tidak berjangkit dengan cara tersebut.

Jika jenazah berdarah atau terdapat cecair badan yang mengalir, hanya selapisan plastik sahaja digunakan sebagai alas tambahan kepada kain kafan untuk memudahkan urusan pengkebumian dan mengelakkan aib jenazah.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga tidak lagi memantau pengurusan jenazah berisiko yang dikendalikan oleh para pengendali jenazah kerana pengurus jenazah terlatih sedia maklum menguruskannya. Cukup sekadar memakai pakaian pengurusan jenazah biasa sebagai Personal Protection Equipment (PPE).

Nota:
Tolong fahami perbezaan dan persamaan maksud antara Pengurusan Jenazah Berisiko dengan jenazah PLHIV.



Soalan 4:

Salah seorang rakan komuniti telah menjalani ujian renal function (ujian berkaitan fungsi buah pinggang atau ginjal). Keputusan ujian yang diterimanya telah membimbangkannya kerana beliau sedang menjalani rawatan HAART.



  
Jawapan:

Setelah melihat result ujian renal function yang disertakan, Dr. Iskandar berpendapat memang bacaan kandungan kolestrolnya agak tinggi, tetapi tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. 

Ianya bergantung kepada pola pemakanan, gaya hidup, dan faktor usia individu.

Mereka yang telah memulakan rawatan HAART tidak perlu risau tentang kesan HAART terhadap sistem tubuh, kecuali mereka yang mempunyai diabetes, darah tinggi, dan bacaan kolesterol. PLHIV yang turut mempunyai masalah kesihatan seperti yang dinyatakan, perlu dipantau dengan lebih kerap. 

Tahap kesihatan akan dipantau secara berkala dan jika perlu akan dirawat seberapa segera. 

Sesetengah kombinasi rawatan HAART seperti Efavirenz mungkin  memberi kesan penambahan kolesterol dalam badan.

Dr. Iskandar menyatakan bahawa antara kaedah terbaik yang patut dilakukan oleh rakan komuniti tersebut, termasuk sesiapa sahaja, adalah dengan cara berhenti merokok (jika merokok), sentiasa bersenam, dan kawal diet pemakanan, khususnya mengurangkan saturated fat (lemak tepu) atau low-density lipoproteins (LDL).




Soalan 5:

Apakah yang dimaksudkan dengan exposure prone procedure?


Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, dari sudut amalan pekerjaan di kalangan kakitangan penjagaan kesihatan (health care workers) seperti doktor, pembantu perubatan,  jururawat, dan lain-lain staf yang berhadapan dengan para pesakit, perlu dikenal pasti jika tugasan harian mereka itu terlibat dengan exposure prone procedure.

Exposure prone procedures (EPPs) are those where there is a risk that injury to the worker may result in exposure of the patient's open tissues to the blood of the worker. These procedures include those where the worker's gloved hands may be in contact with sharp instruments, needle tips or sharp tissues (spicules of bone or teeth) inside a patient's open body cavity, wound or confined anatomical space where the hands or fingertips may not be completely visible at all times.

Source: sini

Kakitangan kesihatan perlu memastikan sama ada prosedur merawat pesakit berisiko boleh mencederakan mereka. Sekiranya semua prosedur dipatuhi, mereka tidak sepatutnya cedera.Namun begitu, terdapat sesetengah keadaan, ianya mungkin berlaku di luar kawalan.




Contoh, jika rawatan yang dijalankan melibatkan tulang yang patah atau tajam, akibatnya mereka mungkin turut tercedera semasa merawat. Sekalipun langkah yang sepatutnya  telah diambil, risiko tetap ada kerana sesetengah keadaan, perawat tidak nampak kedudukan tulang patient yang patah itu dari luar badan.

Contoh lain, seorang dentist memeriksa gigi patient. Sebahagian tangannya perlu memasuki mulut patient. Dalam keadaan itu, dentist tersebut tidak dapat melihat tangannya yang terlindung daripada pandangan mata dan mungkin ketika itu jarinya terluka akibat terkena bahagian tertentu pada gigi yang rosak tersebut.




Secara umumnya situasi beginilah yang dinamakan exposure prone procedure dan banyak kes begini berlaku di bahagian kecemasan.


Soalan 5:

Adakah benar bahawa pelajar perubatan dan bakal nurses yang didiagnos sebagai PLHIV tidak akan ditawarkan untuk berkhidmat dalam KKM?


Jawapan:

Begitulah dasar terkini KKM, tetapi kepada pelajar perubatan peringkat diploma dan Ijazah Sarjana Muda atau degree asas sahaja.

Jika mereka telah ditawarkan atau sedang berkhidmat dengan KKM, dan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana atau Master, ianya tidak menjadi isu.

Cuma Master tersebut mungkin perlu ditukar kepada bidang lain yang tidak terlibat dengan exposure prone procedure demi menjaga kebajikan staf itu sendiri dan untuk mengelakkan salah faham.

Semua majikan, termasuk KKM, mempunyai hak untuk memilih pekerja. Contohnya, jika KKM enggan menerima seorang siswazah perubatan disebabkan beliau merupakan seorang PLHIV, maka senario itu kita tidak boleh namakan sebagai diskriminasi.




Tetapi, jika seseorang pengamal perubatan (doktor atau jururawat), contohnya, memang telah dilantik, atau sedia berada di dalam perkhidmatan, kemudian didapati HIV positif dalam perkhidmatan, dan dibuang kerja kerana status kesihatannya itu, barulah tepat jika kita menyatakan KKM melakukan diskriminasi.

KKM hanya boleh re-assign their duties atau memberikan tugasan lain kepada seseorang pengamal perubatan yang dikenal pasti positif HIV ketika berada di dalam perkhidmatan. Contohnya, pengamal perubatan itu akan ditempatkan di bahagian pengurusan atau yang tidak terlalu terlibat dengan patients.

Nota:
Sekali lagi diulangi, bukan kerana berisiko menjangkitkan HIV kepada patients kerana mereka tidak membahayakan sesiapa bahkan turut mampu menguruskan kes-kes exposure prone procedure apabila viral load mereka kekal rendah, tetapi demi kebajikan mereka sendiri dan mengelakkan salah faham.

Syarat utama prosedur kes-kes begini ialah kakitangan kesihatan terbabit perlu memastikan viral load HIV rendah, viral load Hepatitis-B adalah sifar, dan viral load Hepatitis-C rendah dan memastikan PPE diamalkan.

Bagaimana dengan kerahsiaan maklumat PLHIV tersebut ketika meneruskan perkhidmatan di sesebuah hospital kerana terdapat aduan yang mendakwa status kesihatan mereka telah disebarkan?

Hanya Ketua Jabatan yang boleh dan perlu mengetahui status positif HIV seseorang kakitangan di bawah seliaan beliau. Adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan kerahsiaan perkara tersebut.

Jika Ketua Jabatan mahu memberikan maklumat berkenaan kepada orang lain, kakitangan tersebut perlu dimaklumkan terlebih dahulu. Sekiranya berlaku kebocoran maklumat sulit tersebut, kakitangan terbabit boleh memberikan amaran untuk diambil tindakan kepada Ketua Jabatan dan kakitangan yang lain.


Soalan 6:

Suami kepada salah seorang rakan komuniti (Haikal – bukan nama sebenar) mengalami Cerebellar Ataxia. Penyakit ini menyebabkan sel otak Haikal semakin mengecut. Kini Haikal telah diletakkan di bawah status pool dalam perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam. Adakah penyakit ini bersifat genetik kerana ibu Haikal turut menderita penyakit yang sama?

Haikal kini mengalami tekanan. Adakah wujud peer support group yang khusus untuk Haikal?


Jawapan:

Itulah antara bukti yang menunjukkan bahawa PLHIV sebenarnya masih sangat beruntung, masih boleh dirawat, dan meneruskan kehidupan seperti biasa berbanding pesakit-pesakit kronik lain. Cuma bezanya stigma, diskriminasi dan judgemental sangat ketara terhadap PLHIV.

Cerebellar Ataxia memberi kesan terhadap otak patient. Patient akan mengalami masalah koordinasi terutama untuk mengawal pergerakan. Buat masa ini, memang tiada rawatan khusus yang boleh diberikan. Patients hanya mampu diberikan rawatan kaunseling dan fisioterapi. Fisioterapi pula hanyalah sekadar untuk melembutkan koordinasi tubuh patient dan melambatkan kesan serangan penyakit.




Cerebellar Ataxia tidak semestinya bersifat genetik. Untuk memastikannya, pemerhatian terhadap gen dan kromosom pesakit dan anak-anaknya perlu dilaksanakan. Namun begitu, ianya boleh dikatakan tidak perlu kerana jika sudah ditakdirkan berlaku, ianya tidak akan mengubah apa-apa dan tetap akan berlaku terhadap sesiapa sahaja.

Kesihatan itu terbahagi kepada 4:
·        Fizikal
·        Mental
·        Sosial
·        Psikologikal

Jika seseorang patient itu tidak boleh dirawat fizikalnya, beliau masih boleh dirawat dari segi psikologikalnya. Psikologi seseorang patient itu boleh dirawat melalui kaunseling.

Haikal atau ahli-ahli keluarganya boleh merujuk kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) di mana-mana Klinik Kesihatan untuk tujuan kaunseling dan mencadangkan peer support group yang sesuai.

Jika tiada support group, support pula tidak semestinya dalam bentuk kumpulan senasib sahaja kerana Cerebellar Ataxia jarang berlaku. Kaunselor, ahli keluarga, ahli kariah, dan rakan-rakan sangat membantu memulihkan semangat patient.


Soalan 7:

Bagi PLHIV yang mahu mendapatkan zuriat bebas HIV, dinasihatkan supaya viral load kurang daripada 1000 atau sebaik-baiknya tidak dapat dikesan (not detected)Sebaliknya, ada sebahagian doktor tetap mencadangkan pengasingan sperma dilakukan dengan alasan bahawa risiko jangkitan tetap berlaku. 

Sebelum ini, teknologi sedemikian hanya wujud di luar negara. Benarkah sudah sudah wujud kemudahan teknologi pengasingan sperma tersebut di Malaysia untuk tujuan memperolehi zuriat bebas HIV?




Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, ada kemungkinan teknologi pengasingan sperma seumpama itu sudah wujud di Malaysia. Walau bagaimanapun, bagi PLHIV yang mahu mendapatkan zuriat bebas HIV, cukup sekadar patuh kepada rawatan dan pastikan viral load adalah rendah atau not detected

Kerana itulah menjadi dasar KKM sekarang bahawa PLHIV yang baru berkahwin perlu diberi rawatan HAART serta-merta untuk mengelakkan jangkitan kepada pasangan dan bakal zuriat.

Langkah tersebut telah memadai dan terbukti mereka yang PATUH kepada rawatan tidak menjangkitkan virus kepada pasangan serta zuriat. Tetapi jika ada yang mahu mencuba dan mempunyai kemampuan kewangan, terpulang kepada pilihan masing-masing asalkan rawatan HAART telah diambil.


Soalan 8:

Mohon penjelasan sekali lagi tentang kemungkinan jangkitan HIV melalui kaedah berkucupan atau wet kiss.

Contoh lain, seorang PLHIV mempunyai luka terbuka pada tangannya tanpa sedar telah membantu merawat ulser di dalam mulut rakannya. Mungkinkah HIV daripada luka terbuka itu berjangkit melalui ulser berkenaan?


Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, secara teorinya, kemungkinan itu ada. Tetapi secara praktikalnya, masih tidak dapat dibuktikan. 

Ulser bukan merupakan luka terbuka, tetapi hanyalah kudis. Untuk contoh yang diberikan tadi, jangkitan HIV hanya boleh berlaku sekiranya luka terbuka pada tangannya itu memasuki salur darah rakan yang dirawatnya. Jika hanya sekadar menitik, jangkitan tidak boleh berlaku.

Bahagian bawah ulser terdapat selapisan perlindungan yang Allah jadikan untuk memastikan jangkitan tidak berlaku. Fitrah pemulihan sesuatu luka atau kudis itu adalah bermula dari bawah ke atas atau dari dalam ke luar.


Soalan 9:

Banyak persoalan daripada rakan komuniti yang terlalu risau apabila terlewat mengambil ubat HAART dari masa yang sepatutnya.




Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, dua perkara penting yang sangat perlu dijaga oleh PLHIV berkaitan dengan rawatan HAART ialah makan ubat tepat pada masanya (be punctual) dan jangan tinggalkan (don’t miss it).

Nota: 
Berdasarkan dua perkara tersebut, pandai-pandailah buat pertimbangan. Ada beberapa perkara tidak sesuai dikongsi secara umum untuk mengelakkan salah faham.




Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.

Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat professional dan cemerlang.


Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:
  
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com


Tuesday, November 25, 2014

JUMUD: VIRUS YANG LEBIH BAHAYA BERBANDING HIV





Aduan benar seorang wanita yang bakal berkahwin dengan people living with HIV (PLHIV).

"Assalamualaikum Abang Pie. Sihat hendaknya. Saja saya nak berkongsi cerita.

“Sabtu dan Ahad lepas, saya dan bakal suami berkursus kahwin di Lembah Klang. Alhamdulillah, sesi daripada ustaz-ustaz dan pegawai perubatan yang terlibat sangat menarik dan tidak mengantuk.

“Tetapi malangnya, apabila berkaitan persoalan HIV, semua peserta seolah-olah dimomokkan dan segalanya negatif tentang HIV.

“Ya, memang HIV berjangkit dan berbahaya kalau tidak dirawat dengan betul. Tetapi, mengapakah tidak diceritakan juga bahawa ada cara dan jalan penyelesaian tentang isu ini?

“Seolah-olah ada HIV dunia akan terus kiamat. Bahkan ada juga diceritakan seolah-olah menguruskan jenazah HIV itu sangat hina. Sedangkan setahu saya pengurusan jenazah berisiko terkini termasuk jenazah PLHIV sangat biasa.

“Saya tak pasti adakah ada pasangan lain yang sama kes dengan saya pada waktu itu.

“Inilah hakikat stigma dan judgemental masyarakat di luar sana, walaupun mereka dalam kalangan pengamal perubatan.

“Sedihnya hati saya. Akibatnya, tunang saya sangat down semalam. Nasib baik saja dia tidak tumbuk ustaz tu..."




Ustaz dan ustazah, jemputlah update, timba sedikit ilmu dalam bidang sains dan rawatan berkaitan ya. Penting kerana kita barisan depan membantu masyarakat. Bimbang timbul tuduhan dan fitnah nanti. Sains perubatan sudah berbeza.

Staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terlibat dalam kursus-kursus begini, selain menunjukkan masalah, lebih tepat cadangkan juga penyelesaian masalah secara ringkas. Jangan kita anggap semua peserta kursus adalah sama.

Jika kita bijak menggunakan kesempatan tersebut, di situlah peluang mendidik masyarakat mengelakkan HIV. Ramai (terutama suami) yang masih mengamalkan aktiviti berisiko dan didiagnos sebagai PLHIV selepas berkahwin. Akibatnya isteri dan anak-anak mungkin turut menjadi mangsa. Pandang jauh ke depan. 

Ilmu bersifat dinamik. Sesetengah ilmu yang dipelajari 5 tahun yang lalu mungkin telah tidak relevan. Al-Qur'an sahaja yang relevan sepanjang masa.

Apabila ada pihak yang menegur, bukan bermaksud mereka condemn dan tidak menghargai jasa kita. Jangan dianggap yang menegur semata-mata sengaja mencari pasal.





Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Monday, November 24, 2014

CAMPAKKAN SAHAJA "PESAKIT" HIV TU KE SUNGAI PAHANG




Tajuk berita, kalau Harian Metro, faham-faham sudahlah. Tetapi aku tidak ambil pusing sangat kerana yang aku fokus pada apa yang mahu disampaikan. 


Ketika berita ini keluar di Harian Metro dahulu, antara komen yang paling aku ingat ialah daripada seorang perempuan yang kelihatan sangat solehah dalam sebuah FB group yang berbunyi lebih kurang begini:

"Dahlah bini dua, menggatal lagi tu. Padan muka ada HIV. Mampus lagi bagus. Campak sahaja ke Sungai Pahang."

Sedangkan yang komen tersebut langsung tidak mengenaliku, tidak tahu hujung pangkal bagaimana aku hidup sebagai people living with HIV (PLHIV), dan tidak tahu bahawa kami sekeluarga sangat bahagia hidup bersama sejak dahulu hingga sekarang.

Aku sekadar "like" sahaja komennya dengan harapan dia sedar aku membaca komennya itu dan memaafkan sahaja segala komen menghina.




Tidakkah mereka terfikir sikap tersebut mungkin sangat melukakan infected people dan affected people?

Adakah sikap tersebut dapat menyekat penularan jangkitan HIV, dapat membantu PLHIV mendapatkan rawatan awal, dan dapat memulihkan semangat PLHIV untuk meneruskan kehidupan seperti biasa?

Bagi mereka, semua PLHIV ini semuanya individu yang sengaja mencari "penyakit", pendosa, dan hanya layak dibiarkan mati begitu sahaja.

Mereka tidak pernah sedar bahawa setiap hari terdapat ramai PLHIV yang hidup di sekeliling mereka dan berjasa kepada mereka termasuk dalam apa juga bidang profesional.

Begitulah resam dunia. Stigma, diskriminasi, dan judgemental adalah pembunuh sebenar PLHIV.





Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com