Menjadi seorang PLHIV terlalu biasa. Mereka yang tidak faham sahaja (sama ada PLHIV sendiri atau non-PLHIV) yang menjadikannya sangat sukar dan penuh stigma.
Kalau pembaca khususnya PLHIV mencari inspirasi dan panduan di sini, ianya mungkin boleh dicari dalam entries lama sepanjang 2011 terutama dalam kategori AKU. Di sana aku kongsikan pengalamanku pada peringkat awal diagnos (peringkat keliru) sehinggalah ke tahap sekarang.
Maaflah mulai 2012 ini aku agak kurang bercakap tentang emosi. Aku lebih selesa bercakap tentang fakta. Jadi jangan pelik jika entries mulai 2012 agak dingin. Emel leleh-leleh dan paranoid juga aku takkan layan.
Aku perlukan perkongsian positif. Mahukan bantuan, tunjukkan bahawa kita betul-betul bersedia membantu diri sendiri. Itulah perubahan sepanjang 2012 yang aku maksudkan. Aku tak larat melankolik.
Malahan dalam beberapa keadaan, aku lebih risaukan penyakit-penyakit kronikku yang lain iaitu diabetes, thrombocytopenia dan anemia berbanding HIV. Lagipun pun aku tak banyak sangat impian kecuali untuk mencari keredhaan Ilahi, menikmati kehidupan bersama family dan berbakti kepada komuniti.
Perkara yang di luar kawalan dan pemikiran manusia kita serahkan sahaja kepada Allah. Fikir sampai pecah kepala sekalipun, kalau takdirnya besok aku mati, mati juga. Takdir adalah urusan Allah. Urusan kita sekadar mampu merancang, berusaha dan berdoa. Tawakkal adalah pasti.
Insya-Allah dalam waktu terdekat aku akan kongsikan pandanganku berdasarkan pemerhatian dan pengalaman peribadi terhadap bakal pengantin PLHIV.
Entry seterusnya juga berkaitan prosedur, cabaran dan rintangan yang terpaksa PLHIV tempuhi semasa menguruskan proses perkahwinan mereka. Ianya hasil perkongsian dan pengalaman sebenar sahabat komuniti Positive Warriors.
Jumpa lagi, insyaAllah.