Maaf, aku memang berdepan dengan kesibukan melampau sejak kebelakangan ini sehingga tidak sempat menyediakan entry terbaru dan membalas emel (kecuali yang betul-betul urgent). Insya-Allah segalanya akan kembali normal dalam waktu terdekat.
Selagi berkesempatan, ditemani atau sendiri perjuangan tetap diteruskan setakat yang termampu. No retreat, no surrender. Tiada resah gelisah.
Selain HIV dan diabetes, aku juga mengidap penyakit-penyakit kronik lain iaitu Anaemia dan Thrombocytopenia, kali ini aku share sedikit info ringkas mengenai penyakit-penyakit tersebut untuk rujukan anak cucu.
APA ITU ANAEMIA?
Penyakit anaemia terjadi apabila kepekatan hemoglobin dalam darah di bawah paras normal mengikut usia dan jantina. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat di dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu. Kekurangan zat besi (iron) iaitu komponen penting hemoglobin adalah merupakan sebab biasa terjadinya anaemia.
Paras Haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 -> 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 -> 18.5g/dL untuk lelaki.
(Pemeriksaan haemoglobin adalah untuk menentukan sama ada anda menghidapi anaemia atau tidak dan boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.)
Jenis Anaemia yang biasa berlaku ialah:
1. Anaemia disebabkan kekurangan zat besi
2. Thalassaemia
Apakah Tanda-Tandanya?
1. Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata. Tidak bermaya, letih, dan lemah badan.
2. Pendek nafas apabila melakukan senaman.
3. Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak.
4. Angina pectoris iaitu suatu keadaan di mana berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi.
5. Palpitasi, iaitu suatu keadaan di mana denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luar biasa.
6. Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.
7. Penyakit demam kuning (jaundice) terjadi bagi kes hemolaitik anaemia.
Punca-puncanya?
1. Kekurangan vitamin atau zat galian terutamanya zat besi dan vitamin B12. Bagi wanita hamil yang memerlukan lebih zat besi; sekiranya pengambilan zat besi kurang, wanita tersebut akan mengalami anaemia, terutamanya semasa separuh kedua tempoh kehamilan.
2. Kekurangan pengeluaran sel darah merah, yang mana mungkin
disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh kekurangan asid folik.
3. Kecacatan sel darah merah yang disebabkan keturunan, seperti 'sickle cell anaemia' , 'haemolytic anaemia' iaitu kemusnahan luar biasa sel darah merah yang cepat tanpa diganti dengan lebih pengeluaran, dan penyakit 'thalassaemia'.
4. Kehilangan berlebihan darah (seperti darah haid yang keluar terlalu banyak, dan pendarahan ulser perut).
5. Terdapat sesetengah ubat yang memusnahkan sel darah merah atau mengakibatkan pendarahan dalam perut.
6. Penyakit yang memberi kesan kepada pengeluaran sel darah merah seperti penyakit leukemia.
7. Terdapat sesetengah rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi.
8. Bagi kanak-kanak, kecacingan terutamanya cacing kerawit.
Apakah Kesan Anaemia Kepada Kesihatan?
Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi. Anaemia boleh membawa maut!
Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada di dalam kandungan.
Rawatan
Bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi:
1. Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Thalassemia, dan Leukemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
2. Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi.
APA ITU THROMBOCYTOPENIA?
Lebih tepat ianya dikenali sebagai Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP).
ITP atau Idiopathic Thrombocytopenic Purpura adalah penyakit kekurangan platelet. Idiopatric bermaksud "tidak diketahui puncanya."
ITP atau Idiopathic Thrombocytopenic Purpura adalah penyakit kekurangan platelet. Idiopatric bermaksud "tidak diketahui puncanya."
Thrombocytopenic bermaksud "darah yang tidak cukup yang memiliki sel darah merah (trombosit)" dan Purpura bermaksud "memiliki luka yang sukar pulih".
Penyakit ini telah dikaji dan didapati tidak diketahui puncanya. Penyakit ini dibahagikan kepada dua klasifikasi:
1. Akut iaitu jika sembuh dalam jangka 6 bulan.
2. Kronik jika penyakit berterusan selama 6 bulan atau lebih.
Bagi penghidap penyakit ini, sel-sel darahnya berada dalam jumlah yang normal kecuali sel darah merah. Jumlah sel darah merah (platelet) adalah kecil, dan ia berfungsi untuk membekukan darah di bahagian tempat luka.
Jika sel-sel darah merah (platelet) kurang, ia akan menyebabkan darah akan terus mengalir tanpa henti. Selain itu, jika sel-sel darah ini sedikit, ia juga boleh mengakibatkan pendarahan dalam organ usus seseorang.
Punca IPT?
Penyebab penyakit ini masih tidak diketahui puncanya. Seseorang yang menderita penyakit ini akan mengalami satu masalah iaitu pemusnahan sel darah merah oleh antibodi yang telah wujud dalam tubuh badan.
Tanda-tanda Awal ITP?
Kebiasaannya, penghidap penyakit ini akan mengalami beberapa tanda yang menunjukkan mereka menghidap penyakit ITP. Tanda ITP boleh timbul secara tiba-tiba (akut) atau muncul secara perlahan (kronik). Antara tanda-tanda yang menunjukkan mereka menghidap penyakit ini ialah:
Punca IPT?
Penyebab penyakit ini masih tidak diketahui puncanya. Seseorang yang menderita penyakit ini akan mengalami satu masalah iaitu pemusnahan sel darah merah oleh antibodi yang telah wujud dalam tubuh badan.
Tanda-tanda Awal ITP?
Kebiasaannya, penghidap penyakit ini akan mengalami beberapa tanda yang menunjukkan mereka menghidap penyakit ITP. Tanda ITP boleh timbul secara tiba-tiba (akut) atau muncul secara perlahan (kronik). Antara tanda-tanda yang menunjukkan mereka menghidap penyakit ini ialah:
Dalam senario biasa, antibodi berfungsi untuk bertindak balas terhadap bakteria atau virus yang masuk ke dalam tubuh. Tetapi lain pula jika seseorang menghidap ITP kerana ia akan menyerang sel-sel darah merah.
1. Pendarahan pada hidung
2. Pendarahan pada pangkal gigi / gusi
3. Mengalami lebam di anggota badan
Diagnosis ITP
Setelah diselidik, mereka yang menghidap ITP mempunyai bilangan sel platelet kurang daripada 15,000/ml. Kajian ke atas tulang sum-sum (bone marrow examination) akan memastikan penyakit ITP.
Leukemia dan kegagalan sum-sum (bone marrow failure) hendaklah dibezakan daripada ITP, dan ini hanya dapat dipastikan melalui pemeriksaan sum-sum tulang.
Kebanyakan pakar bidang penyakit darah dapat mengenali penyakit ITP melalui sejarah dan rawatan pesakit tanpa perlu pemeriksaan sum-sum tulang.
Sumber: Google
AHP:
Maaf jika maklumat tidak berapa tepat. Terbuka kepada pemurnian.
Sedikit beza maksud penyakit akut dan kronik:
Akut: Timbul secara tiba-tiba (akut).
Kronik: Muncul secara perlahan (kronik).