KETOKOHAN Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai seorang ibu dan isteri sentiasa menjadi inspirasi wanita berjaya sama ada di dalam negara mahupun di persada antarabangsa.
Justeru, mengambil sempena nama beliau, Anugerah Tun Dr Siti Hasmah kembali semula pada tahun ini selepas penganjuran kali terakhirnya pada tahun 2008.
Anugerah yang dianjurkan oleh Yayasan Aids Malaysia (MAF) itu akan fokus dalam memberi penghargaan kepada individu atau organisasi yang banyak berjasa dan melakukan kerja amal dalam meningkatkan kesedaran mengenai HIV dan Aids.
Pada 2008, anugerah ini dimenangi oleh Yayasan PT yang cemerlang berkhidmat dan membantu insan istimewa bergelar pesakit HIV dan Aids di Kuala Lumpur.
Pada 2008, anugerah ini dimenangi oleh Yayasan PT yang cemerlang berkhidmat dan membantu insan istimewa bergelar pesakit HIV dan Aids di Kuala Lumpur.
Anugerah ini terbuka kepada individu dan organisasi berdaftar di Malaysia yang aktif serta secara positif tidak putus asa untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya dan masalah berkaitan HIV dan Aids.
Untuk pencalonan pada kali ini, mereka yang aktif sepanjang tempoh Januari 2010 hingga Disember tahun lalu layak untuk bertanding. Antara kriteria yang perlu ada untuk memasuki pertandingan ini ialah:
- calon mesti aktif dan terbabit dalam mana-mana bidang kerja seperti mencegah penyebaran HIV di Malaysia;
- meningkatkan kesedaran isu-isu HIV dan Aids; menyokong masyarakat yang hidup dengan HIV (termasuk rawatan, penjagaan dan program-program sokongan);
- menyokong masyarakat yang dipengaruhi dan terdedah kepada pesakit HIV;
- menegakkan hak asasi komuniti terbabit; dan
- memungut derma bagi golongan ini.
Pemenang Anugerah Tun Dr Siti Hasmah akan menerima wang tunai bernilai RM10,000, sijil kecemerlangan dan trofi yang direka eksklusif oleh pereka terkenal, Richard Mille.
Pemenang akan hanya diumumkan pada Majlis Makan Malam Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP 2012 bertempat di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, 22 Mac depan.
Menerusi penganjuran anugerah ini juga diharapkan dapat menggalakkan lebih banyak organisasi dan individu untuk tampil dengan semangat yang proaktif, inovatif dan komited kepada perjuangan mereka membantu pesakit HIV dan Aids.
Usaha ini turut diharapkan dapat mencapai sasaran sifar jangkitan HIV yang baru, sifar diskriminasi dan sifar kematian berkaitan Aids.
Untuk maklumat lanjut berhubung sejarah, senarai pemenang dan syarat penyertaan, layari laman web MAF di sini. Tarikh tutup penyertaan pada 24 Februari ini.

Sumber: sini
AHP: Salah seorang kumpulan Positive Warriors telah mencalonkan blog ini untuk menerima anugerah berkaitan. Spontan aku menolaknya kerana merasakan aku tidak layak, bahkan mencadangkan beberapa nama sahabat-sahabat yang lebih senior. Perjuangan aku pula pula bukan untuk mengejar apa-apa kepentingan. Terasa diri terlalu kerdil untuk sebuah perjuangan yang sangat besar.
Walau bagaimanapun selepas dinasihati, aku akur dengan kehendak dan sokongan mereka. Menang atau kalah bukanlah isu. Sekurang-kurangnya blog ini berkemungkinan lebih dikenali dan terdapat peluang menyebarkan maklumat positif kepada masyarakat untuk menentang salah faham terhadap HIV/ AIDS.
Aku juga terbuka menyebarkan maklumat tentang anugerah ini kepada individu yang difikirkan layak untuk dicalonkan oleh para pembaca. Tiada istilah bertanding di sini. Bersama berkongsi maklumat atas dasar perjuangan.