Sebenarnya aku juga selalu memberi sokongan kepada wanita PLHIV atau yang menerima impak akibat epidemic HIV seperti isteri-isteri kepada PLHIV serta ahli keluarga mereka (wanita).
Ramai yang bertanya apa perlunya aku memberikan perhatian kepada isteri-isteri PLHIV, tunangan atau teman wanita serta ahli keluarga mereka kerana focus aku sepatutnya lebih kepada PLHIV semata-mata.
Tidak perlu dipertikaikan kerana aku punya rasional tertentu dalam isu terbabit. Bagi aku, golongan PLHIV wanita, isteri mereka sama ada yang masih berstatus negatif dan bakal isteri adalah antara mangsa sebenar HIV.
Mereka sangat memerlukan sokongan dan kaunseling dan sering menjadi mangsa manipulasi keadaan dan ‘penganiayaan seksualiti.’
Apa itu ‘penganiayaan seksualiti’ yang dimaksudkan?
Maksudnya, mereka sangka suami atau bakal suami mereka lelaki straight. Jarang lelaki sanggup mengaku bahawa mereka adalah homoseksual atau biseksual. Mereka lebih rela mengaku sebagai bekas IDU atau pernah terbabas melakukan seks bebas dengan perempuan sebagai punca mereka mendapat jangkitan HIV.
Akibatnya, apabila berkahwin, mereka terabai nafkah batin, rasa tertipu, dan mengalami tekanan psikologi. Susah aku nak terangkan secara terperinci demi menjaga aib banyak pihak dan atas kepentingan dakwah. Bertanya kepada yang pakar atau berjumpa secara personal lebih baik.
Sebab itu, banyak kali aku kongsikan peringatan tersebut secara berlapik dalam entries tertentu. Tetapi, maklum sahajalah, orang sedang hangat bercinta dan bakal berkahwin... sebahagiannya sering hilang rasional. Bakal suami sendiri sahaja yang betul.
Cabaran berkahwin dengan PLHIV bukanlah setakat virus, stigma, diskriminasi, dan judgmental. HIV sangat mudah dirawat. Diskriminasi boleh dilawan dengan sikap yang positif.
Rahsia di sebalik rahsialah yang menjadi punca deraan mental dan manipulasi sama ada daripada suami, teman lelaki, bapa, dan keluarga.
Sesetengahnya ibu tunggal tanpa pekerjaan, anak-anak dara terbiar yang menjadi mangsa seks bapa sendiri, wanita gelandangan, tercicir dalam pelajaran, dan sebagainya. Paling tidak, suami atau pasangan sering merengek kerana enggan menggunakan kondom semasa melakukan hubungan intim.
Angkara suami juga, mereka terdedah dengan segala macam penyakit kelamin (STDs). Terpaksa menerima rawatan berkaitan dan berdepan dengan tekanan sinis semasa rawatan.
Jika mereka cuba berkongsi tekanan bersama suami, kadang-kadang isu tersebut boleh menjadi punca sengketa yang berpanjangan kerana suami terasa disindir atau dipersalahkan.
Mereka juga sering ditempelak keluarga mertua kerana ‘gagal’ melahirkan zuriat, sedangkan suami mereka yang enggan mendapatkan rawatan dan tidak betul-betul bersedia untuk menjadi seorang bapa.
Bukan sesuatu yang aneh apabila kebanyakan mereka memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga, menjaga suami mereka yang bersikap lembik, dan menguruskan anak-anak. Suami hanya tahu dibantu dalam setiap aspek.
Sesungguhnya, terlalu banyak versi cerita sedih dalam koleksi cerita-cerita sedih golongan PLHIV wanita atau yang menerima kesan akibat impak HIV. So, kepada PLHIV biasa ni, tak perlu kerap sangat menjadi Drama Queen. Buang karan je.
Kepada anggota masyarakat dan golongan agama khususnya, ingatlah, bahawa dengan sikap judgmental dan diskriminasi , betapa golongan yang sepatutnya dibela ini diabaikan dan teraniaya.
Siapa mampu menjawab soalan mereka di akhirat kelak apabila mereka mempersoalkan kita enggan menghulurkan tangan untuk mereka bangkit. Yang kita tahu – menghukum, menghukum dan menghukum.
Atas keperluan teresbut, aku bercadang membina rangkaian kumpulan sokongan kepada golongan PLHIV wanita dan yang menerima impaknya.
Untuk merealisasikannya, sudah tentu nama-nama besar seperti Kak Lela, Kak Jamaliah, Puan Seroja, Puan Norhayati, Puan CT , dan ramai lagi termasuk dalam senarai rujukanku.
Aku sangat beruntung kerana semasa menghadiri Empowerment Workshop For PLHIV 2 baru-baru ini berpeluang berkongsi pandangan bersama Kak Lela.
Rupa-rupanya Kak Lela sudahpun menubuhkan PEWAHIM dan mereka mempunyai akaun FaceBook (Secret Group) sendiri untuk membantu golongan PLHIV wanita dan kepada mereka yang menerima impaknya.
Bukan itu sahaja, mereka telah pun mempunyai sebuah Rumah Perlindungan untuk golongan berkenaan dan sedang aktif mengumpulkan keahlian dan sokongan. Syukur kepada Allah dan beruntunglah Iron Lady ini yang telah mengambil langkah pro aktif.
Rupa-rupanya Kak Lela sudahpun menubuhkan PEWAHIM dan mereka mempunyai akaun FaceBook (Secret Group) sendiri untuk membantu golongan PLHIV wanita dan kepada mereka yang menerima impaknya.
Bukan itu sahaja, mereka telah pun mempunyai sebuah Rumah Perlindungan untuk golongan berkenaan dan sedang aktif mengumpulkan keahlian dan sokongan. Syukur kepada Allah dan beruntunglah Iron Lady ini yang telah mengambil langkah pro aktif.
Kepada golongan PLHIV wanita (tulen sahaja tau!, hehehe… jangan marah) yang berminat dan menerima impak akibat HIV, Sila hubungi nombor dan e-mel yang disertakan untuk berkongsi sokongan dan menjadi ahli PEWAHIM atau FB. Aku sangat-sangat menggalakkannya. Hanya wanita yang lebih memahami keperluan wanita.
Mari kita kenali PEWAHIM:
PERSATUAN WAHIDAYAH MALAYSIA (PEWAHIM)
MISI
Untuk memperkasakan dan menjana Wanita Yang Hidup Dengan HIV (WHDA) di Malaysia dan memupuk perasaan kekitaan di kalangan WHDA dan keluarganya dengan penglibatan secara aktif dan komprehensif di dalam masyarakat.
TUJUAN
- Memainkan peranan utama dalam usaha-usaha membantu pihak berwajib bagi memantapkan program pencegahan, kawalan, dan rawatan HIV di Malaysia.
- Membantu usaha-usaha pihak berwajib untuk mengurangkan stigma dan diskriminasi khususnya untuk orang yang hidup dengan HIV/AIDS, kaum keluarga mereka serta ahli-ahli persatuan.
- Membantu pihak berwajib supaya suara dan hak mereka yang dijangkiti HIV/AIDS diberikan perhatian.
- Menyebarkan maklumat terkini tentang rawatan dan sokongan kepada ahli-ahli.
- Menerajui usaha untuk memastikan rawatan, bantuan dan sokongan untuk ahli-ahli serta keluarga mereka tidak terabai.
- Mengeratkan kerjasama dan jalinan bersama ahli-ahli dengan agensi kerajaan, pihak swasta, jabatan agama, dan badan-badan lain.
KEAHLIAN PERSATUAN
Keahlian Persatuan ini adalah dibahagikan kepada 2 kategori seperti berikut:
Ahli Biasa
Terbuka kepada semua wanita warga Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dan berstatus HIV positif.
Ahli Bersekutu
Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mereka yang menerima impak (kesan) epidemic HIV/AIDS di Malaysia khususnya keluarga rapat kepada ahli biasa Persatuan ini termasuk suami atau anak-anak yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Ahli bersekutu mempunyai hak yang sama seperti ahli biasa kecuali hak mengundi dan memegang jawatan dalam Persatuan.
Permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia menjadi ahli.
Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
PERSATUAN WAHIDAYAH MALAYSIA
PPM-010-10-11052012
No. 601, Jalan 1B/5,
Bandar Baru Sungai Buloh,
47600 Sungai Buloh,
Selangor.
No. Telefon: 019-259-5864 (Norlela)
No. Telefon: 017-366-5570 (Norhayati)
E-Mel: pewahim@gmail.com
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com
Along: insansepertiaku@yahoo.com
Survivor: survivorpng@yahoo.com
Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM.
Untuk menyertainya termasuk FB (secret group), sila hubungi:
pewahim@gmail.com
019-259-5864 (Norlela) Pengasas
017-366-5570 (Norhayati)