Sila klik imej untuk lebih jelas
Apabila aku katakan bahawa sesiapa sahaja yang menjalani pemindahan darah berisiko mendapat HIV, Hepatitis B, Hepatitis C dan Sifilis, ramai yang mempertikaikannya.
Mereka kata, mustahil ianya berlaku kerana setiap darah yang diterima telah melalui ujian dan saringan yang ketat. Macam-macam hujah mereka menolaknya.
Bukan setakat tidak percaya, bahkan ada yang mengatakan bahawa aku sebenarnya seorang biseksual atau heteroseksual yang sengaja menyembunyikan tingkah laku tersebut. Hahaha...
Suka hatilah, terpulang kepada kau orang. Tak kuasa aku nak layan. Nak percaya atau tidak, bukan masalah aku. Buat apa aku nak fikir? Yang penting isteri-isteriku, anak-anakku tahu.
Aku sendiri pun sebelum menjalani pemindahan darah tidak mempercayainya. Maklumlah risiko mendapat jangkitan virus dan kuman melalui cara tersebut hampir-hampir tiada dikongsikan secara terbuka.
Apa-apapun aku faham rasional ianya tidak diwar-warkan.
Sekadar perkongsian, sebelum menjalani pemindahan darah, aku diberikan BORANG PERSETUJUAN PEMINDAHAN DARAH ATAU KOMPONEN DARAH seperti di atas untuk ditandatangani.
Aku bertanya kepada jururawat dan doktor yang bertugas tentang peratusan risikonya. Ada yang kata sekitar 2.5% dan ada yang kata sekitar 3%.
Tak kisahlah berapa peratusan sebenar. Pokoknya tetap berisiko dan terbukti ianya adalah reality. Kalau tidak, tak perlu tandatangan apa-apa borang persetujuan akur risiko, kan?
Seperkara lagi, apabila dalam keadaan mendesak, apa lagi pilihan yang kita ada? Tambahan lagi, jika borang tersebut diserahkan pada saat-saat akhir.
Malahan ketika ditahan di wad, aku melihat sendiri seorang doktor pakar sehabis daya menolak desakan keluarga pesakit denggi yang mahu ayah mereka menjalani pemindahan darah akibat bacaan platelet yang rendah.
Doktor tersebut mendedahkan bahawa pemindahan darah hanyalah untuk kes yang betul-betul perlu sahaja kerana darah yang diterima berisiko terdedah dengan pelbagai jenis virus atau kuman termasuk HIV.
Menurut doktor tersebut lagi, darah yang diterima semasa kempen menderma darah yang biasa diadakan di tempat-tempat tumpuan awam adalah sangat berisiko terhadap pencemaran.
Syukur Alhamdulillah, selepas seminggu menjalani pemindahan darah, 2 kali ujian HIV ku masih menunjukkan negative result. Sekali melalui rapid test dan sekali melalui ujian ELISA.
Lebih kurang dua bulan lebih lebih selepas itu, syukur juga kerana aku akhirnya terpilih menjadi seorang PLHIV...
Sampai sekarang aku tertanya-tanya, kenapa doktor sibuk nak buat ujian HIV selepas aku menjalani pemindahan darah? Kenapa tidak sebelum? Apa simptom yang aku ada?
Peliknya fail rawatanku hilang serta-merta selepas itu. Kelakar dia orang ni. Heheheh...
Beginilah, tak payah kita panjang-panjangkan cerita perkara yang sudah berlaku. Aku malas nak berpolemik. Aku tak marah pun. Tak kisahlah ada HIV pun, apalah kecoh sangat sekadar menjadi seorang PLHIV? Bersepah lagi penyakit-penyakit kronik yang jauh lebih menderita.
BAGAIMANA RISIKO INI BOLEH BERLAKU?
Selepas membuat sedikit carian maklumat, mendapatkan pandangan daripada beberapa orang JTMP (Juruteknologi Makmal Perubatan) dan bertanyakan pandangan daripada beberapa orang doktor, aku mula clear tentang 2 perkara iaitu faktor machine error dan human error.
Kemungkinan 1:
Apabila penderma berisiko menderma darah dalam tempoh window period. Apa itu window period? Kau orang google lah sendiri. Dah banyak kali sangat aku kongsikan dalam blog ini.
Nasihat aku, kalau kau orang ada buat aktiviti berisiko dalam waktu terdekat, tolonglah jangan derma darah sebagai salah satu cara untuk mengetahui status kesihatan kau orang. Bimbang nanti, tak pasal-pasal ramai yang menjadi mangsa. Tak kasihan ke?
Kemungkinan 2:
Apabila kakitangan tersilap mematuhi method dan SOP (Standard Operating Procedure) seperti tersilap memasukkan bahan untuk mendiagnosis. Kesilapan paling mudah adalah ketika menandakan keputusan ujian.
Bekerja sambil mengelamun atau hilang focus, sepatutnya sample ditanda HIV +ve, tetapi ditanda HIV –ve. Hancur!!!
Setiap ujian haruslah mematuhi setiap piawaian yang telah ditetapkan bagi mendapatkan keputusan yang benar dengan menggunakan method ujian yang benar dan sampel yang benar.
Contoh:
Kepakaran JTMP adalah berbeza. JTMP yang tidak berpengalaman paling berisiko akan melakukan kesilapan sehingga menyebabkan keputusan ujian yang salah.
Kemungkinan 3:
Bahan reagent yang digunakan untuk mendapatkan hasil ujian rosak akibat penyimpanan yang tidak sempurna atau telah luput tarikh atau JTMP menggunakan reagent yang salah.
Kemungkinan 4:
Sampel yang rosak biasa berlaku. Sampel yang rosak biasanya akan ditolak.
Contoh:
Sel darah boleh pecah akibat cara yang salah ketika memasukkan darah ke dalam tube, seperti menekan picagari dengan kuat dan menggoncang tube dengan kuat boleh menyebabkan haemolysis.
Sampel yang tidak dilabel dengan baik juga biasanya akan ditolak.
Kemungkinan 5:
Sampel tidak dimasukkan ke dalam tabung uji yang betul. Biasanya tabung uji ada fungsi setiap satunya. Salah memasukkan darah atau sampel ke dalam bekas yang sepatutnya boleh merosakkan sampel.
Contoh:
Sampel darah untuk ujian diabetes dengan HIV adalah menggunakan tube yang berbeza.
Kemungkinan 6:
Machine error. Mesin hendaklah diselenggara dengan baik, proses calibration hendaklah dilakukan bagi memastikan keputusan ujian adalah benar.
Kesilapan mesin juga boleh berlaku apabila sel darah merah yang pecah akibat haemolysis boleh memberikan bacaan yang salah kepada keputusan ujian.
Walau bagimanapun, biasanya faktor Machine Error adalah sangat kecil berbanding faktor Human Error dan faktor-faktor lain.
Wallahu a’lam.
AHP: Sebenarnya ada beberapa lagi kemungkinan yang berlaku tetapi aku tak pandai untuk menghuraikan mengikut bahasa perubatan. Cukuplah ini sebagai perkongsian maklumat asas dan sebagai langkah untuk lebih berhati-hati kepada semua pihak.
Untuk maklumat tambahan, boleh rujuk link di blog sahabatku ini: Naj Mi
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:
Survivor: survivorpng@yahoo.com
Survivor: survivorpng@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com
AHP: positive4eva@gmail.com
AHP: positive4eva@gmail.com
Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM.
Untuk menyertainya FB PEWAHIM, sila hubungi:
pewahim@gmail.com
019-259-5864 (Norlela) Pengasas
017-366-5570 (Norhayati)
Link Perniagaan Online Komuniti: