4th July 2012
Kisah ini seminggu yang lalu tetapi baru sekarang dapat share atas faktor kesibukan. Kisahnya tentang kami pergi jumpa Dr. Is lagi!!! Me (Lifejacket), AHP, and Kak Da. Owh, Danial pun pergi juga.
Lambat sikit tiba di KK Jaya Gading. About 4 pm juga lah.
Routine check-up AHP. Weight ada turun sikit compared to the previous visit. Tekanan darah still normal, Alhamdulillah, 120/68.
As usual, Dr. Is kami hujani dengan soalan-soalan yang telah diperbincangkan terlebih dahulu di dalam kereta.
Salah satu kemusykilan AHP adalah keadaan lenguh-lenguh sendi, otot dan kaki yang dialami mutakhir ini. Kami meminta kepastian Dr. Is, adakah ianya berpunca daripada ubat yang diambil atau disebabkan oleh penyakit-penyakit kronik yang lain.
According to Dr. Is, ada kemungkinan ianya adalah berpunca daripada ubat pencegahan TB. So, about 3 months more to go. Sabar yea AHP.
Kami juga bertanya kepada Dr. Is sekiranya ubat Kaletra boleh menyebabkan seseorang PLHIV itu mendapat anaemia. He said NO. Kata Dr. Is, Zidovudine yang terdapat di dalam Combivir yang boleh menyebabkan seseorang PLHIV itu mendapat anaemia.
Kami juga ada bertanyakan tentang isu berkhatan kanak-kanak PLHIV. Apakah yang non-PLHIV perlu faham semasa menjaga kanak-kanak PLHIV yang telah berkhatan?
Persoalan ini agak menjurus kepada penggunaan minyak gamat yang telah menjadi kebiasaan digunakan oleh orang-orang Melayu.
Well, according to Dr. Is, in general, tidak kira siapa pun, PLHIV atau non-PLHIV, luka berkhatan atau luka biasa, any kinds of cuts and wounds, penggunaan minyak gamat sebenarnya tidak begitu digalakkan.
Basically, memang betul, kita baru sahaja membeli minyak gamat itu di kedai. Namun begitu, who can tell yang minyak gamat tersebut betul-betul fresh? Possibility yang boleh dipersoalkan adalah ianya mungkin telah disimpan di kedai tersebut untuk suatu jangka masa tertentu yang boleh menyebabkannya tidak lagi selamat terutama selepas dibuka.
Itu belum termasuk proses pembungkusan, nyah kuman, dan expiry date nya. Oleh itu, seboleh mungkin, khususnya untuk PLHIV, sila patuhi kaedah rawatan yang dinasihatkan oleh pihak KKM untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Kami juga ada bertanya tentang kisah salah seorang rakan PLHIV yang merupakan seorang ibu muda. Menurut ibu muda itu, doktor yang merawat beliau telah menghentikan rawatan HAART beliau setelah satu tahun setengah melahirkan anak dengan CD4 melebihi 1500.
Kami musykil sekiranya ibu muda itu akan mengalami resistance terhadap rawatan HAART sekiranya beliau perlu mengambilnya semula kelak.
According to Dr. Is, it is okay untuk ibu muda itu dihentikan rawatan HAART – IF – she is continuously monitored, and of course as long as her CD4 is high. BUT, jika Dr. Is yang in-charge ibu muda tersebut, beliau tidak akan menghentikan rawatan HAART dalam keadaan yang telah dinyatakan kerana Viral Load berisiko menyebabkan jangkitan kepada pasangan (suami).
Ibu PLHIV yang telah melahirkan anak perlu memastikan baby nya itu menjalani HIV test ketika baby itu baru lahir, ketika baby berusia 1 – 2 bulan, ketika baby berusia 4 – 6 bulan, dan yang terakhir selepas baby berusia 1 tahun 6 bulan atau 18 bulan.
AHP sangat menggemari makanan dan buah-buahan yang masam-masam. Memang sejak kecil, itulah kegemarannya. Passion AHP terhadap makanan yang masam still ada sehingga kini. To be at the safe side, kami pun mengajukan soalan kepada Dr. Is, sekiranya it is okay untuk AHP terus makan makanan yang masam-masam kegemarannya itu. Dr. Is said it is okay. But as usual, pastikan ubat dimakan accordingly.
So, the festival of ibadah is approaching. Kita suka!!! As usual, isu puasa adalah isu yang agak hot untuk diperbincangkan bagi mereka yang terikat dengan rawatan, tidak kira apa penyakit sekali pun. PLHIV dan rawatan HAART tidak terkecuali.
Insha-Allah, sekali lagi AHP akan update info tentang PLHIV, rawatan HAART dan puasa dalam sedikit waktu lagi. Sabar yea.
Soalan yang kelihatan agak kecil, tetapi kami fikirkan penting juga untuk ditanyakan. Ramadhan and Shawal, sentiasa associated dengan foods and beverages. So, Dr. Is, apakah makanan yang perlu dielakkan oleh seseorang PLHIV?
He said, in a matter of HIV, you can eat anything you want, just like a very healthy person. Tapi, untuk mereka yang tiada penyakit sampingan. Contohnya, jika anda penghidap anaemia, sudah tentu anda perlu elakkan teh dan kopi. Jika anda adalah diabetic, sudah tentu anda perlu mengurangkan makanan dan minuman yang berglukos tinggi. Jika anda penghidap gout, sudah tentu anda perlu mengelakkan seafood.
So on and so forth. So, what are you waiting for??? Go out and eat. Enjoy all sorts of food you can ever afford. Aaa... jangan lupa – wassatiyyah – bersederhanalah. Jangan la bila doktor dah beri green light, segala macam foods and drinks you all nak baham. Apa tu, Rasulullah kata, makan bila lapar, berhenti bila kenyang.
On behalf of my family – AHP, Kak Da, Danial, and Danish, I would like to convey our grand appreciation and thanks to our wonderful doctor, Dr. Iskandar Firzada bin Osman for his warmest hospitalities upon our visits and consultations. He truly listens, he cares, he gives 100% of himself and more. With a strong pride in all that he does. He gives of himself and goes beyond.
For all the staffs of Klinik Kesihatan Jaya Gading, thank you so much for everything. You made our hard days a lot easier for us. We appreciate all you did and thank you from the bottom of our hearts. We hope anyone going through the same thing finds you!
On behalf of my family – AHP, Kak Da, Danial, and Danish, I would like to convey our grand appreciation and thanks to our wonderful doctor, Dr. Iskandar Firzada bin Osman for his warmest hospitalities upon our visits and consultations. He truly listens, he cares, he gives 100% of himself and more. With a strong pride in all that he does. He gives of himself and goes beyond.
For all the staffs of Klinik Kesihatan Jaya Gading, thank you so much for everything. You made our hard days a lot easier for us. We appreciate all you did and thank you from the bottom of our hearts. We hope anyone going through the same thing finds you!
Published by: Lifejacket
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com
Along: insansepertiaku@yahoo.com
Survivor: survivorpng@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com
Along: insansepertiaku@yahoo.com
Survivor: survivorpng@yahoo.com
Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM.
Untuk menyertainya termasuk FB (Secret Group), sila hubungi:
pewahim@gmail.com
019-259-5864 (Norlela) Pengasas
017-366-5570 (Norhayati)
Link Perniagaan Online Komuniti: