Thursday, July 05, 2012

CATATAN SEORANG PLHIV SEMPENA NISFU SYAABAN (MESTI BACA)




Ramai yang beranggapan bahawa aku adalah antara muka senior dalam komuniti PLHIV. Daripada segi umur, memanglah aku antara yang senior tetapi sebagai PLHIV masih terlalu baru. Ramai yang muda-muda jauh lebih senior daripada aku.

Aku didiagnos sebagai PLHIV secara rasminya pada 28 Disember 2010. Bermakna belum pun 2 tahun aku bergelar PLHIV.

Itupun 2 kali ujian darahku mengesahkan aku negative. Sekali secara rapid test dan sekali lagi ujian ELISA. Kedua-duanya dijalankan lebih kurang 2 minggu selepas aku menjalani pemindahan darah di hospital.

Puncanya? Tak payahlah pening-pening kepala fikirkan, tak penting pun… Bukan setakat HIV. Ada lagi penyakit kronik lain yang aku dapat. Malas nak panjang-panjangkan cerita.

Pastinya aku bukan gay, bisexual dan transgender. Jauh sekali ex-IDU sekalipun zaman remajaku dulu memang huru-hara. Peminat trash dan heavy metal lah katakan…

So, apa pointnya?

Maksud aku tak perlulah tunggu masa yang terlalu lama untuk bangkit. Wake up!

AHP senang cakaplah, dia tak ada masalah kesihatan dan seksualiti macam kita… sokongan keluarga dia pun kuat! Kerjaya pun ok. Tak ada masalah stigma.

Amboi, amboi, amboi… sedapnya mulut kau bercakap Semah! Ooo… tak ada masalah kau kata ya. Mari sini aku cerita...

Masalah kesihatan dan kerjaya

Jangan kau orang ingat aku tak ada  masalah kesihatan langsung selain virus ini. Dah banyak kali aku bagitahu, selain HIV aku ada macam-macam penyakit kronik yang jauh lebih bahaya berbanding HIV.

Rasanya tak perlulah aku ceritakan satu-persatu. Tambah-tambah lagi umur pun dah pertengahan 40an. Umur muda kalau sakit yang sama mungkin berbeza ketahanan badannya. Kata orang kampung aku, badan dah lemau!

Kesemuanya menyumbang kepada rasa keletihan atau penat melampau. Sebab itu  doktor cadangkan supaya aku jalani Bone Marrow Biopsy lagi sekali. Aku je yang buat-buat tak faham dan minta tangguh.

Contoh, kalau kau orang penat, rehat dan tidur, insya-Allah keesokan paginya fresh semula. Lain bezanya dengan aku. Kepenatan aku rasa berganda berbanding orang lain. Hampir sepanjang masa aku letih lesu.

Duduk dan menaip lama-lama depan PC pun aku tak larat. Selain akan sakit-sakit badan, kakiku akan alami masalah foot swelling. Sejak ambil ubat pencegahan TB ni, nak melangkah pun sentiasa terasa longlai.

Itu baru sebahagian daripada masalah kesihatan. Kalau nak ikutkan, ber blog dan ber facebook pun aku tak larat. Nak berbalas emel dan SMS pun tak cukup masa. Nak bersosial dan rehat dengan family tak berapa sempat.

Komitmenku terhadap karier pula memang berat. Kerja aku biasa-biasa sahaja. Income pun tak besar macam kau orang, tapi memang sibuklah. Cuma bila dah lebih 20 tahun sebagai government servant ni aku jadi lali dengan asam garam kerjaya tu.

Sejak menjadi PLHIV, minat aku terhadap karier makin kurang, tapi komitmen kewangan masih berat. Aku lebih selesa karier yang ada kena-mengena dengan komuniti.

Stigma?

Hek tek kau aku tak ada masalah stigma!!!

Kau fikir bila gaji kau besar dan pangkat tinggi, karier kau hebat sangat? Karier orang lain yang bergaji kecil ni tak apa orang tahu status, begitu? Please la... 


Bila dah jadi PLHIV ni kebanyakan masyarakat pukul rata je. HIV masalah orang jahat-jahat,  tak layak masuk syurga dan sebagai kaffarah segala dosa.

“Enot... kau tau tak, terkejut aku dengan ‘ustaz’ dan kaunselor nama AHP tu. Alaa... yang ada dua bini tu. Dua-dua bini duduk serumah pulak tu. Entah apalah yang dibomohkannya. Kau tau, ‘sakit’ AIDS rupa-rupanya...”

“Ye ke Semah? Iskh… macam tak percaya je. Patutlah aku tengok dia makin kurus. Hari tu kan, aku nampak Si Mael yang hisap dadah tu pun ada duduk rumah dia berhari-hari. Perempuan, Pondan dan Mak Nyah entah dari mana-mana pun ada datang kau tau.”

“Astaghfirullahal adzhiim… dah lah hisap dadah, perempuan, pondan dan mak nyah semua disapunya. Sex maniac betul lah rupa-rupanya…”

“Peliklah, anak bininya tak kisah je kan? Memalukan betul, hancur nama keluarga dia. Kebanyakan ahli keluarganya dulu orang baik-baik, dalam bidang agama.…”

Hahaha… boleh kau orang bayangkan?

Kalaulah tak disandarkan kepada iman, aku lebih tension aku dapat HIV semata-mata akibat sikap ambil mudah orang lain, akibat human error dan machine error.

Keluarga yang supportive?

Syukur Alhamdulillah… tapi kena ingat, sehebat manapun isteri, kalau pendirian lelaki lembik macam agar-agar, tak larat isteri dan keluarga nak menyokong. Selagi mampu berdikari, kita kenalah bersikap positif. Janganlah sentiasa nak berdrama, melankolik dan paranoid melulu.

Jangan sentiasa fikir dan rasa orang sihat sahaja kena faham situasi kita. Kita pun kena faham situasi orang sihat. Buktikan kita mampu bangkit dan berdikari.

Eh, janganlah marah aku, kata aku takabbur pula. Aku sekadar share pengalaman. Bahkan sejak menjadi PLHIV, keluarga kami lebih bahagia. Lebih menghargai. Tak percaya? Kau orang tanyalah dia orang sendiri… komuniti bukan tak kenal dia orang.

Lelaki ni khalifah, mestilah ada ciri-ciri kepimpinan. Cuba tanya perempuan. Dia orang suka ke tak lelaki yang goyang pemikiran dan pendirian? Fitrahnya mereka mahu dipimpin dan dikuasai. Mahu difahami. Sebab tu mereka meroyan bila dapat suami serba-serbi nak dibantu atau buat tak peduli.

Ujian seksualiti?

Ya, aku akui tidak berdepan ujian tersebut, tetapi ini tidak bermaksud menganggap ujian yang kau orang tanggung sebagai sampah…

Syukur aku tak diuji seperti kau orang sebab kalau aku diuji sebagai homoseksual atau biseksual, mungkin aku lebih teruk berbanding kau orang.

Aku tidak pernah judge kau orang. Bahkan sahabat-sahabat rapat tahu bahawa aku seboleh-bolehnya mahu mereka akui dan terima dulu diri mereka adalah gay atau nyah.

Buang masa kau orang nak cover line. Apa yang nak dimalukan apabila kita berdepan dengan ujian tersebut? Ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Kadang-kadang kita ni lebih malu terhadap sesama makhluk berbanding Tuhan. Tu yang aku pelik. Belakang orang bukan main lagi kau orang projek, macamlah Tuhan tak nampak!

Rasional aku, terima hakikat diri dulu sebelum ke langkah seterusnya. Siapa pun kau orang, aku tidak pernah menganggap kau orang hina atau berbeza. Tetap sahabat-sahabatku yang disayangi. Sebab sayanglah aku memilih berada bersama kau orang. Hipokrit memualkan aku.

Aku bukan tak tahu kau orang segan sebab aku straight. Kau orang anggap aku tak faham. Kadang-kadang kau orang bengkek bila aku tegur perangai kau orang, tetapi teguran tu kewajipan aku. Nak pakai ke tidak, itu urusan kau orang. Hidayah urusan Allah.

Walau apa ujian pun, sebagai Muslim, kita mesti yakin bahawa ada masalah, ada penyelesaiannya. Itu janji Allah dan janji Allah bukan seperti janji sesama makhluk.

Cuma, kita tak bolehlah menganggap ujian seksualiti sebagai satu perkara yang mesti diterima begitu sahaja. Al-Qur’an dan Hadis telah tunjukkan garis panduan tertentu. Seksualiti bukannya ujian baru era IT. Ini ujian sejak zaman Nabi Lut lagi.

Tapi tak manislah secara terbuka kita rasa selesa dengan perkara-perkara yang Allah larang. Macam mana aku nak gelak kalau kalau kau orang buat lawak tentang aktiviti homoseksual depan aku…??? Hubungan suami isteri pun orang beriman takkan buat lawak begitu, inikan pulak sesama sejenis.

Dosa besar tetap dosa besar. Membantu jangan sampai jadi menggalakkan atau bersubahat, cik kak… Belakang aku, kau orang tanggung sendirilah. Aku tak mahu berdosa kering. Aku cuma malu kepada Allah. Dahlah aku ada HIV, masih selesa dalam maksiat? Nauzubillah…

Ringkasnya, ini ujian nafsu, ujian dunia. Susah untuk aku huraikan dalam satu entry. Buat 1 buku pun belum tentu orang nak terima. Janganlah  dek kerana ujian nafsu kita menyokong hak kebebasan LGBT mengikut akal acuan Barat. Akal mesti berpandukan iman.

Di sinilah pentingnya golongan agama duduk semeja dengan sahabat-sahabat yang menerima ujian ini tanpa judgmental. Membimbing mereka dengan penuh kasih sayang kerana bukan mereka tak mahukan agama.

Ramai homoseksual dan biseksual yang telah mampu membuktikan mereka berjaya berjihad melawan nafsu. Mereka adalah antara mujahid sebenar. Pedih dan peritnya mereka melawan tuntutan nafsu hanya Allah yang tahu.

OK, puas hati?

Maksud aku, itulah hakikatnya kalau nak ikutkan masalah dan kesibukan diri…

Untuk melawannya, macam-macam perkara aku terpaksa lakukan seperti kawal diet, konsisten dengan senaman dan berfikiran positif. Paling penting ialah menjaga hubungan dengan Allah. Mengadu dan bertawakal kepadaNya.

Apa perlunya AHP sibukkan diri bersama komuniti?

Buat apa berhabis masa, tenaga dan wang ringgit sedangkan lebih baik fokuskan kepada masalah sendiri?

Seperti selalu aku kata, semai impian seolah-olah akan hidup beribu tahun lagi. Dalam soal berbakti, anggaplah hari ini sebagai hari terakhir kita.

Apa-apa pun takdir Allah siapalah yang tahu. Semua orang pun akan mati dan beruntunglah kita diberi peringatan tersebut. Selagi diberi kesempatan berjuang, ambil peluang tersebut.

Cuba fikirkan sedalam-dalamnya kenapa aku memilih untuk berjuang demi komuniti sedangkan ada macam-macam kerenah di sebaliknya. Bosan dan teruk macam mana pun kenapa aku teruskan juga?

Setakat untuk diri sendiri, rasanya aku tak perlu menyibukkkan diri dalam komuniti kerana life aku memang sangat tenang dan damai. Aku juga tidak ada masalah menerima diriku sebagai PLHIV.

Aku ada keluarga yang sangat-sangat bahagia. Sokongan mereka sangat-sangat bagus. Aku ada doctor yang sangat-sangat hebat. Aku ada ramai sahabat yang sangat-sangat memahami.

Aku punya sumber kewangan yang memadai. Tak kaya tapi cukuplah ala kadar untuk keperluan sendiri. Syukur Alhamdulillah… Jauh sekali perlukan ibu ayam untuk taja keperluan peribadi. Nak apa lagi?

Barangkali kerana sering melihat aku terlalu sibuk dan sentiasa memikirkan urusan komuniti, anak sulungku kadangkala merungut kepada mak dan ummienya:

“Abah ni terlalu fikirkan pasal orang. Sepatutnya abah lebih baik tumpukan pada diri sendiri.”

Terpaksalah aku slow talk elok-elok dengan mereka.

“Ini mungkin antara peluang terakhir abah berbakti dan membuat pahala. Di sebalik segala masalah, terbuka macam-macam peluang. Pintu kebajikan yang sepatutnya dipikul dan ditinggalkan oleh golongan agama terbuka luas. Abah tak sanggup menyisihkan sahabat-sahabat abah semata-mata kerana stigma, judgmental dan diskriminasi.

“Abah tahu abah bukan sempurna, tetapi jika abah abaikan peluang ini, mungkin abah akan menyesal nanti. Hayat abah mungkin tak lama lagi. Izinkan abah lakukan sesuatu yang abah rasa bermakna untuk habiskan sisa-sisa hidup abah.”

“Ingat, mungkin di sebalik segala rahmat yang Allah beri kepada keluarga kita ialah apabila kita sentiasa cuba membantu insan-insan lain.”

Menjadi PLHIV mesti tahu banyak perkara berkaitan HIV?

Tak semestinya. Terpulang kepada kemampuan masing-masing. Yang penting jalani rawatan dan jaga kesihatan tu elok-elok. Bersikap positif. Kalau perlu makan HAART, makan seperti yang diarahkan. Fahami betul-betul cara jangkitan. Rasanya itu dah cukup sebagai asas.

Aku akui tak faham semua perkara berkaitan HIV terutama rawatan. Biarlah orang-orang cerdik sahaja tahu secara detail tentang itu.  Entah apa-apa juga tentang STDs kerana aku memang lembab dalam soal tersebut. Lagipun aku tak ada kena mengena dengan STDs sebab aku bukan pengamalnya. Yang aku tahu, ikut sahajalah apa doctor cakap. Aku percayakan doctor aku.

Info-info lain tu boleh kita google dan tanya bila perlu dan berkaitan sahaja. Info basic aku kumpulkan di blog ini. Google lah bila-bila masa. Doktor pun bukan tahu semua perkara.

PENTING, jangan sesekali kaitkan semua masalah atau penyakit yang kita alami related dengan HIV. Orang biasa pun ada masalah, ada masa demam dan sakit. Jangan sesekali negative thinking terhadap keadilan dan sifat Maha Pengasih Allah.

OK, itu sahaja kali ini. Kenapa AHP macam melalut sahaja kali ini? Hahaha… sebab aku pening dengan macam-macam perangai mengada-ngada sebahagian daripada PLHIV sendiri. Maaflah kalau terkasar bahasa.

AHP:
Aku akan tolong promote secara percuma link perniagaan online komuniti sebagai tanda sokongan. Sila sertakan link sahabat-sahabat untuk dipaparkan di sini. Kepada para pembaca, sila layari dan berikan sokongan. Buat permulaan, sila layari laman ini:




Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:

Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com
Along: insansepertiaku@yahoo.com
Survivor: survivorpng@yahoo.com


Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM.
Untuk menyertainya termasuk FB (Secret Group), sila hubungi:

pewahim@gmail.com
019-259-5864 (Norlela) Pengasas
017-366-5570 (Norhayati)