Tibi adalah satu penyakit respiratori (paru-paru) yang boleh mengancam nyawa sekiranya tidak dirawat dengan betul. TB adalah penyakit yang paling biasa di seluruh dunia oleh organisma jangkitan. Lebih 2 bilion orang di seluruh dunia didiagnos dengan TB setiap tahun. TB adalah satu penyakit yang bertanggungjawab atas kematian 3 juta orang setiap tahun.
Di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), TB hampir pupus 15 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, dengan epidemik HIV, kadar TB kini mula meningkat sekali lagi. Sejak 1992, jumlah kes TB mula menurun. Namun, di setengah kumpulan orang di AS, seperti pendatang ke AS dari negara-negara di mana kadar TB masih tinggi, kadar TB sedang meningkat. Pada tahun 2000, terdapat 17,531 kes TB. Walaupun nombor kes TB tetap menurun, ia masih merupakan satu penyakit kesihatan dan kematian yang tinggi antara penduduk AS yang dijangkiti HIV. Sebenarnya, TB adalah penyebab pertama kematian bagi orang dijangkiti HIV di seluruh dunia.
Bakteria yang menyebabkan TB ialah mycobacterium tuberculosis dan ia disebarkan daripada seorang ke seseorang melalui cecair mikroskopik yang dihasilkan di dalam paru-paru. Bakteria ini boleh berpindah daripada paru-paru seorang yang dijangkiti kepada seorang yang berdekatan. Sebaik sahaja ia masuk ke dalam paru-paru, bakteria ini memulakan jangkitan. Walaupun 150,000 orang di AS dijangkiti dengan bakteria ini, kebanyakan orang (90% dan 95%) mempunyai sistem imun yang sihat yang boleh menghalang bakteria ini daripada menyebabkan TB. Bagi orang HIV positif, sistem imun yang rosak membolehkan bakteria ini membiak dan menyebabkan penyakit aktif. Proses ini boleh mengambil beberapa bulan hingga bertahun, dan hanya mula aktif selepas sistem imun anda rosak. Bakteria mycobacterium boleh hidup dalam badan untuk bertahun-tahun lamanya dan hanya mula aktif apabila sistem imun kita mula rosak dan menyebabkan TB aktif.
Tibi biasanya menyebabkan penyakit respiratori. Bagi orang HIV positif, khususnya mereka yang mempunyai kiraan sel-T yang kurang daripada 200, bakteria ini boleh menjangkiti sisten limfatik (kelenjar dan limpa).
Berbanding dengan orang biasa yang dijangkiti TB, orang HIV positif yang mempunyai penyakit ini akan menampakkan simptom dengan cepat dan lebih teruk. Rawatan TB kepada pesakit HIV perlu lebih agresif agar dapat menghapuskan bakteria daripada badan.
Simptom dan Diagnosis
Batuk berpanjangan (lebih dari 2 minggu) adalah simptom utama tibi di samping berpeluh pada waktu malam, kesusutan berat badan, demam panas, dan kelesuan.
Untuk menguji jangkitan bakteria mycobacterium, satu ujian kulit PPD boleh dilakukan di klinik atau hospital. PPD (purified protein derivative) mengandungi bahan bakteria yang disuntik ke dalam kulit. Sekiranya seseorang terdedah kepada bakteria ini, sistem imun akan mengenali PPD dan sebagai tindakan, tempat suntikan akan menjadi bengkak. Sekiranya reaksi ini berlaku, maka anda PPD positif.
Keputusan positif PPD bermakna ujian yang lain diperlukan. X-ray dada (paru-paru), dilakukan untuk melihat kesan dan keaktifan jangkitan. Ujian darah bersama ujian kahak juga perlu dianalisa. Sekiranya bakteria ini dijumpai dalam sampel ini, ia mungkin diuji untuk ketahanan terhadap ubat-ubatan yang ada (ujian ini mungkin tidak dilakukan di Malaysia). Sekiranya anda mempunyai keputusan positif PPD tetapi tidak menunjukkan simptom TB aktif, anda dianggap mempunyai TB terpendam. Walaupun dengan TB terpendam, rawatan masih disyorkan untuk menghalang TB ini bertukar ke TB aktif. Rawatan mesti dimulakan bagi TB aktif dan biasanya merangkumi kombinasi antibiotik.
Bagi orang HIV positif, ujian PPD agak bermasalah. Seperti yang dibincangkan di atas, ujian PPD bukan untuk menunjukkan kehadiran bakteria mycobacterium, tetapi sebaliknya untuk melihat tanda-tanda sistem imun sedang menentang bakteria ini. Bagi pesakit HIV, pesakit dengan sistem imun yang rosak mungkin tidak dapat menentang jangkitan atau respon kepada ujian PPD. Dengan itu, bakteria masih wujud tetapi tidak dapat dikenali oleh sistem imun dan oleh itu tidak akan menampakkan hasil dalam ujian PPD.
Seseorang HIV positif dengan sistem imun yang rosak tidak boleh bergantung kepada ujian PPD dan diagnosis TB mungkin tidak akan dibuat sehingga simptom dilaporkan dan X-ray serta ujian darah dilakukan. Dalam keadaan di mana orang HIV positif hidup serumah atau bekerja dengan seseorang yang mempunyai TB aktif dan mungkin menyebarkan mycobacterium tuberculosis, adalah disyorkan orang HIV positif itu diasingkan dari orang dengan TB aktif dan memulakan rawatan.
Bagaimana TB terpendam dirawat?
Sekiranya anda ada TB terpendam iaitu ujian PPD positif tanpa simptom TB aktif, doktor anda akan memprekripsi salah satu rawatan:
Isoniazid (Nydrazid): Satu antibiotik yang paling efektif dalam mengawal TB. Ia boleh menyebabkan masalah kepada hati dan kekebasan pada tangan dan kaki (peripheral neuropathy). Ia biasanya diambil dengan ubat kedua, pyridoxine, untuk menghalang peripheral neuropathy. Anda mungkin diminta makan ubat ini (300mg) setiap hari selama sembilan bulan. Rawatan alternatif pula ialah ionazid diberi dua kali seminggu untuk selama sembilan bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya jadual dua kali seminggu digunakan, anda perlu melapor ke klinik untuk menerima ubat anda bagi memastikan anda tidak terlupa dos. Setengah orang hanya ambil ionazid untuk enam bulan. Walau bagaimanapun, ia tidak disyorkan bagi orang HIV positif.
Adalah penting untuk mengambil isoniazid dan pyridoxine mengikut nasihat doktor anda dan meneruskan pengambilannya sehingga doktor minta berhenti. Ini amat penting kerana bakteria boleh membentuk pertahanan terhadap isoniazid. Sekiranya berlaku pertahanan, anda akan mendapat TB aktif yang lebih sukar dirawat.
Rifampin (Rifadin): Hanya perlu diambil sekali sehari selama empat bulan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kebimbangan dalam pengambilan ubat ini dengan beberapa ubat anti-HIV. Rifampin boleh berinteraksi dengan protease inhibitors (PIs) dan NNRTIs (seperti Stocrin dan Nevirapine). Oleh itu, sebagai langkah keselamatan, biasanya orang HIV positif yang mengambil PI atau NNRTI, disyorkan menjalani rawatan isoniazid untuk selama sembilan bulan. Opsyen rifampin ini adalah lebih baik bagi orang yang sukar mengikuti rawatan ionazid yang susah dan lama serta tidak mengambil PI dan NNRTI. Sekiranya anda disuruh makan ubat rifampin, adalah penting untuk anda mengikut nasihat doktor anda dan mengambilnya seperti yang dikehendaki sehingga doktor anda suruh berhenti. Jangan hentikan rawatan dengan sendiri. Ini adalah penting untuk menghalang bakteria ini daripada membentuk pertahanan terhadap ubat ini. Sekiranya berlaku pertahanan terhadap ubat, anda akan mendapat TB aktif dan menjadi sukar untuk dirawat.
Bagaimana TB aktif dirawat?
TB aktif dirawat dengan menggunakan kombinasi antibiotik. Sama seperti HIV, di mana kombinasi tiga ubat anti-retrovirus digunakan untuk menghalang pertahanan ubat dan menyimpan bebanan virus pada tahap tidak dikesan, tibi biasanya dirawat dengan empat ubat untuk mengawal dan menghapuskan bakteria daripada badan.
Setengah orang dijangkiti oleh mycobacterium tuberculosis yang boleh bertahan terhadap satu atau lebih ubat yang biasa digunakan untuk rawatan tibi. Masalah ini kini menjadi lebih biasa di Amerika Syarikat termasuk kawasan dengan penduduk yang ramai seperti bandaraya New York. Akibatnya, ujian pertahanan bakteria terhadap ubat sebagai sebahagian daripada diagnosis TB adalah disyorkan.
Malangnya, pengesahan diagnosis dan pertahanan ubat-ubatan mengambil masa yang lama. "Pembiakan" mycobacterium tuberculosis di dalam tabung uji boleh mengambil masa lebih dari seminggu, dan pertahanan ubat selama sebulan. Oleh itu, rawatan biasanya dimulakan sekiranya simptom utama wujud (misalnya PPD positif, X-ray tidak normal).
Isoniazid (Nydrazid): Satu antibiotik yang paling efektif dalam mengawal TB. Ia boleh menyebabkan masalah kepada hati dan kekebasan pada tangan dan kaki (peripheral neuropathy). Ia biasanya diambil dengan ubat kedua, pyridoxine, untuk menghalang peripheral neuropathy.
Rifampin (Rifadin): Satu lagi antibiotik yang kuat. Ia boleh menyebabkan muntah, cirit-birit, ruam, masalah hati, kencing yang hitam bersama darah putih menurun dan platelet. Ia juga boleh berinteraksi dengan ubat anti-HIV. Oleh kerana tidak disyorkan ubat anti-HIV dihentikan bagi orang HIV positif, doktor anda mungkin menukar dos Rifampin atau ubat anti-HIV untuk memastikan rawatan dibuat dengan betul tanpa meningkatkan kesan sampingan. Sekiranya Rifampin tidak boleh digunakan, ubat alternatif iaitu Rifabutin boleh dipreskripsikan.
Pyrazinamide: Dos ubat ini bergantung kepada berat badan seseorang yang dirawat. Kesan sampingan adalah lebih kurang sama dengan Rifampin.
Ethambutol (Myambutol) atau Streptomycin: Seperti Pyrazinamide, dos kedua-dua ubat ini bergantung kepada berat badan orang yang dirawat. Ethambutol boleh mengakibatkan masalah penglihatan dan pendengaran.
Untuk membolehkan ubat-ubat ini senang dimakan, kombinasi ubat-ubat telah dibuatkan ke satu pil. Misalnya, Isoniazid dan Rifampin dibuat ke Rifamate, kapsul yang mengandungi kedua-dua ubat. Dua kapsul Rifamate dimakan dua kali sehari biasanya dengan antibiotik yang lain. Sekiranya doktor anda mengesyorkan Isoniazid, Rifampin dan Pyrazinamide, anda boleh mengambil Rifater, satu pil yang mengandungi ketiga-tiga ubat di atas. Bergantung kepada berat badan anda, and mungkin perlu mengambil empat, lima atau enam Rifater sekali sehari, selalunya dengan perut kosong.
Sekiranya pertahanan bakteria terhadap ubat wujud atau disyaki doktor (misalnya pendedahan kepada orang yang diketahui membentuk pertahanan terhadap ubat-ubatan) atau melalui ujian, ubat lain mungkin ditambahkan ke kombinasi ini. Misalnya, Capreomycin, Kanamycin, Amikacin, Ethionamide, Ciproflaxin, Ofloxacin, Lomefloxacin, Clofazimine, Cycloserine dan/atau Aminosalicylic Acid. Ubat-ubat ini juga boleh digunakan sebagai pengganti ubat anti-TB yang mengakibatkan kesan sampingan.
Terdapat tiga terapi untuk rawatan tibi menggunakan ubat-ubat ini:
Rawatan Biasa: Rawatan ini biasa digunakan untuk rawatan TB khususnya orang HIV positif. Bagi lapan minggu pertama rawatan, empat ubat yang disenaraikan di atas digunakn setiap hari. Selepas dua bulan terapi berlalu, Isoniazid dan Rifabutin disambungkan untuk 16 minggu lagi (4 bulan). Ubat-ubat ini boleh dimakan setiap hari atau dua hingga tiga kali seminggu. Sekiranya anda mempunyai sel-T kurang dari 100, para pakar mengesyorkan mengambil Rifabutin setiap hari atau tiga kali seminggu (tetapi tidak dua kali seminggu). Anda mungkin perlu pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat. Ini adalah untuk menentukan anda tidak terlupa makan ubat-ubat anda.
Terapi Alternatif Pertama: Bagi dua minggu yang pertama rawatan, empat ubat-ubat yang disenaraikan di atas digunakan setiap hari. Selepas tamat dua minggu, keempat-empat ubat yang sama dimakan dua kali seminggu untuk lapan minggu lagi. Selepas tamatnya lapan minggu, Isoniazid dan Rifabutin disambungkan untuk 16 minggu lagi (4 bulan).
Kedua-dua ubat ini boleh dimakan dua atau tiga kali seminggu. Seperti terapi biasa, anda mungkin perlu pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat anda setiap kali.
Terapi Alternatif Kedua: Untuk enam bulan berturut-turut, empat ubat yang disenaraikan di atas digunakan tiga kali seminggu. Dos setiap ubat akan sama untuk jangka masa enam bulan dan anda perlu makan kesemua empat ubat sehingga tamat terapi. Seperti terapi biasa, anda akan diminta pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat-ubat anda setiap kali.
Peringatan: Adalah penting anda mengambil medikasi anda seperti yang dinasihatkan oleh doktor dan menyambung rawatan sehingga doktor menasihatkan anda berhenti. Ini adalah untuk memastikan bakteria tidak membentuk pertahanan terhadap ubat-ubat yang digunakan pada masa rawatan. Sekiranya berlaku, TB mungkin kembali menyebabkan penyakit dan ini akan membuat rawatan lebih susah.
Sumber: Luka Rafieqa (forwarded e-mail)
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com
Along: insansepertiaku@yahoo.com
Survivor: survivorpng@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com
Along: insansepertiaku@yahoo.com
Survivor: survivorpng@yahoo.com
Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM.
Untuk menyertainya termasuk FB (Secret Group), sila hubungi:
pewahim@gmail.com
019-259-5864 (Norlela) Pengasas