Tuesday, July 17, 2012

ANTARA DILEMMA HIV POSITIF UNTUK MENUNAIKAN IBADAH HAJI





Terdapat beberapa isu kepada PLHIV yang bakal menunaikan haji terutama berkaitan rawatan, bekalan ubat dan pengisytiharan status kesihatan kepada pihak Tabung Haji.

Antara isu utama yang menjadi dilemma kepada PLHIV  ialah pengisytiharan status kesihatan.

Untuk mendapatkn 2nd  opinion, mari kita tanya pandangan Dr. Iskandar Firzada bin Osman.

Sila baca conversation e-mel antara Dr. Iskandar dengan Survivor AHP menggunakan akaun emelku berkaitan isu tersebut.

Assalamualaikum Doktor,

Saya ada seorang sahabat senasib yang baru memulakan rawatan HAART pada bulan MAC 2012 yang lalu dengan mengambil SLN 30. CD4 dan VL sebelum rawatan adalah 150 dan 501K.

Ujian darah terbaru pada bulan June, CD4 dan VL terkini menunjukkan bacaan yang semakin positif iaitu 235 dan 179K.

Saudara kita ini telah mendapat surat pengesahan dari Tabung Haji yang namanya telah disenaraikan sebagai salah seorang jemaah yang akan berangkat menunaikan haji pada tahun ini.

Kerisauan beliau ialah kerana di dalam Borang Penilaian Kesihatan, terdapat 2 bahagian. Pertama untuk diisi oleh jemaah sebagai pengakuan diri dan kedua oleh doktor panel.

Dalam bahagian pertama, jemaah perlu menyatakan status HIV sama ada Ya atau Tidak. Beliau seboleh-bolehnya ingin memilih TIDAK kerana pergi bersama sama ahli keluarga dan tidak mahu ahli keluarga ternampak status di dalam Buku Kesihatan tersebut.

Tiada pemeriksaan darah untuk HIV dalam bahagian pemeriksaan oleh doctor panel Tabung Haji.

Persoalan beliau ialah:

Apakah risiko dengan keadaan CD4 dan VL terkini beliau  untuk menunaikan haji pada tahun ini?

Apakah beliau boleh menyatakan TIDAK untuk status HIV kerana tidak mahu ahli keluarga yang lain tahu status sebenar beliau?

Apakah risiko lain sekiranya apa apa terjadi terhadap beliau semasa di Tanah Suci nanti jika menyembunyikan status HIV?

Apakah rasional pihak Tabung  Haji untuk tahu status seseorang jemaah itu sama ada HIV positif atau tidak dari segi pengurusan kesihatan jemaah di sana?

Seboleh-bolehnya saudara kita tetap ingin menunaikan haji pada tahun ini dan tidak mahu menangguhkan pemergiannya hanya semata-mata kerana status HIV.

Harap Doktor dapat memberi sedikit pandangan sekiranya tahu amalan perubatan Tabung Haji untuk kes kes sebegini kerana saya tiada kenalan dari Tabung Haji.

SURVIVOR AHP  


Assalamualaikum,

Disertakan Buku Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Jemaah Haji yang telah dikeluarkan / diterbitkan bersama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji Malaysia (TH).

Objektif pemeriksaan kesihatan bakal jemaah haji jelas diterangkan. Definisi'Clinical AIDS' juga dilampirkan bersama.

Pekerjaan ibadah haji merupakan pekerjaan ibadah fizikal. Sebab itu, hanya yang berkemampuan dari segi fizikal, mental/emosi dan sosial sahaja WAJIB mengerjakan ibadah haji.

Disebabkan keadaan di Tanah Suci penuh sesak dengan jutaan umat Islam dari pelosok dunia, maka kemungkinan untuk seseorang itu terdedah kepada pelbagai penyakit berjangkit amat tinggi.

Sebab itu, seseorang yang sedang mengalami AIDS tidak diluluskan untuk menunaikan haji. Walau bagaimanapun, PLHIV yang tidak mengalami masalah AIDS, boleh diluluskan. 

Implikasi tidak mengisytiharkan masalah HIV, dikhuatiri jika terputus bekalan ubat di sana kelak, sukar untuk mendapatkan bekalan. Begitu juga jika memerlukan rawatan berkaitan masalah HIV di sana kelak, perawat akan lambat memberikan rawatan yang khusus disebabkan tidak mengetahui status pesakit.

Implikasi ibadah pula, dikuathiri jika tidak jujur menyatakan masalah, akan mengurangkan / merosakkan pahala ibadah.

Wallahu a’lam. Harap dapat membantu, insya-Allah.

ISKANDAR


Assalamualaikum,

Terima kasih Doktor untuk info dan maklumat yang diberi.

Mengenai stock ubat, rasanya tiada masalah sebab sudah dibincangkan dengan Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan bekalan ubat yang mencukupi apabila mendapat surat penerbangan daripada pihak Tabung Haji nanti.

Masalahnya beliau tidak mahu ahli keluarga tahu status HIV. Adakah Buku Penilaian Kesihatan itu nanti akan disimpan oleh jemaah atau perlu dibawa oleh jemaah sepanjang masa berada di Tanah Suci?

Betul pendapat Doktor dan akan saya tekankan kepada sahabat kita itu mengenai kemungkinan terhadap risiko lambat menerima rawatan yang tepat jika keadaan memerlukan jika status kesihatan dirahsiakan.

Keikhlasan niat untuk beribadah juga adalah benar.

Terima kasih Doktor.

SURVIVOR AHP

 
Assalamualaikum,
Setelah pemeriksaan kesihatan bakal haji, Buku Rekod Kesihatan Jemaah Haji (BRKJH) mesti diserahkan kepada Pegawai Tabung Haji untuk diperiksa.

Tetapi, untuk bakal jemaah haji yang mempunyai masalah kesihatan tertentu serta sedang menjalani rawatan dengan pakar masing-masing, Pegawai Perubatan yang memeriksa untuk kali yang pertama akan memberikan cadangan supaya Pakar Perubatan yang merawat pesakit yang akan memberikan kebenaran atau meluluskan pemeriksaan kesihatan tersebut iaitu bakal jemaah haji akan membawa Buku Rekod Kesihatan Jemaah Haji dan berjumpa dengan Pakar masing-masing untuk meluluskan pemeriksaan kesihatan tersebut.

Kadangkala, semasa di airport, pihak Kastam atau pihak berkuasa akan bertanya tentang ubat yang dibawa serta bukti ubat tersebut adalah perlu dengan merujuk kepada Buku Rekod Kesihatan Jemaah Haji.

Perkara sebegini tidak berlaku kepada jemaah umrah sebab tidak ada pemerikasaan kesihatan wajib untuk jemaah umrah.

ISKANDAR


Assalamualaikum,

Terima kasih doktor atas segala kerjasama dan penjelasan. Ianya sangat-sangat membantu kami. Allah sahaja yang dapat membalasnya.

SURVIVOR AHP
<>
My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman

MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician


PENTING: PEKELILING PENTING URUSAN BERKAITAN (SILA KLIK)