Wednesday, May 21, 2014

PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER: IA AKAN MEMBAWA KEPADA PENJAGAAN YANG LEBIH KOMPREHENSIF




Saya merujuk kepada laporan "Kementerian memikirkan penjagaan kesihatan "rahim ke kubur'" (NST, 16 April) dan editorial "Kesinambungan Penjagaan Kesihatan" dan kandungan berita "Penjagaan Di rumah Untuk Pesakit kronik" (26 April).

Sebagai seorang doktor yang telah berkhidmat selama enam dekad, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan untuk cadangan-cadangan ini, yang amat penting untuk penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk semua.

Perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi satu anjakan paradigma dalam cara kesihatan dan penjagaan kesihatan dilihat dan dilaksanakan di dalam negara ini dan mempunyai faedah penting kepada pihak-pihak berkepentingan - orang ramai, kerajaan, dan penyedia penjagaan kesihatan.

Konsep doktor keluarga, tidak seperti di negara-negara maju, tidak dijumpai penerimaannya di Malaysia walaupun ia adalah asas kepada Deklarasi Alma-Ata 1978 "Kesihatan Untuk Semua", yang diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di mana Malaysia adalah salah sebuah negara yang menandatanganinya. Perisytiharan itu bertujuan untuk mencapai penjagaan kesihatan untuk semua rakyat menjelang tahun 2000.

Walau bagaimanapun, sistem penjagaan kesihatan kita adalah sesuatu yang boleh dibanggakan, terutamanya perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan luar bandar, imunisasi kanak-kanak, klinik kesihatan ibu dan anak.

Seiring dengan perubahan sosio-ekonomi sejak merdeka, sistem berkenaan telah memberi kesan kepada penurunan dalam kadar kematian bayi (penanda aras perkhidmatan kesihatan yang baik), yang setanding dengan kebanyakan negara-negara membangun. Selain itu, kita mempunyai penjagaan kesihatan hampir percuma di hospital-hospital kerajaan untuk sesiapa sahaja di negara ini.

Kepentingan penjagaan kesihatan primer yang telah ditonjolkan oleh WHO dalam laporan kesihatan dunia pada tahun 2008 yang bertajuk "Kini Lebih Daripada Sebelumnya". Dengan sistem penjagaan kesihatan primer, akan wujud pusat-pusat penjagaan – rumah, komuniti, dan institusi – dan tahap-tahap penjagaan – tidak formal, primer, sekunder dan tertier.

Melalui sistem sedemikian, pelbagai dimensi kesihatan dan penjagaan kesihatan boleh direalisasikan dengan lebih baik melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, penyembuhan atau kawalan penyakit dan pemulihan.

Doktor keluarga akan mempunyai peranan penting bukan sahaja untuk penjagaan berterusan tetapi juga penyelarasan penjagaan, terutama bagi pesakit dengan pelbagai penyakit di dalam populasi yang semakin berusia dan pengamal gaya hidup yang tidak sihat.

Selain itu, akses secara langsung ke sesebuah hospital kelak adalah untuk kes-kes kemalangan dan kecemasan dan melalui rujukan oleh doktor keluarga. Hospital-hospital kelak akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk melakukan tiga fungsi utama – perkhidmatan, pendidikan, dan penyelidikan.




Satu soalan yang dipertikaikan: Siapakah yang bertanggungjawab untuk kesihatan dan penjagaan kesihatan? Ia sepatutnya menjadi suatu tanggungjawab bersama di antara orang ramai dan kerajaan. Seseorang individu itu perlu bertanggungjawab untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan menjaga diri sendiri daripada penyakit-penyakit minor dan juga belajar untuk menjaga orang lain yang sakit. Kerajaan perlu menyediakan persekitaran yang menyokong, termasuk struktur-struktur, institusi-institusi dan pembiayaan, supaya kesihatan yang baik dan penjagaan kesihatan berkualiti dapat disediakan. Para penyedia penjagaan kesihatan perlu sentiasa meletakkan kepentingan pesakit sebagai keutamaan.

Dalam keadaan kesihatan awam di dunia secara umumnya adalah lebih baik berbanding beberapa dekad yang lalu, pada masa yang sama, keperluan untuk penjagaan juga telah meningkat.

Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, ini sebahagian besarnya adalah kesan  daripada populasi yang semakin panjang jangka hayatnya dan penyakit-penyakit kronik (NCD) menunjukkan peningkatan yang membimbangkan seperti penyakit jantung, kencing manis, kanser, penyakit paru-paru kronik, dan nyanyuk.

Adalah penting untuk kita semua untuk menerima idea bahawa kebanyakannya berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat, di mana kita bertanggungjawab secara peribadi. Kita juga perlu sedar bahawa kemajuan di dalam pengetahuan dan teknologi perubatan membantu memanjangkan hayat pesakit selama bertahun-tahun pada kenaikan kos penjagaan dan kadang-kadang membawa kepada dilema-dilema moral – (untuk merawat atau tidak merawat).

Walaupun benar bahawa manusia hidup lebih lama, kebanyakan mereka hidup dengan satu atau lebih penyakit. Jadi, teras penjagaan berterusan untuk warga tua yang sakit atau yang tidak sakit atau mereka yang mempunyai NCD, perlu menjaga diri sendiri dan juga penjagaan oleh keluarga dengan sokongan daripada kerajaan atau komuniti. Satu lagi masalah ialah pembiayaan. Tanpa pembiayaan yang adil, penjagaan kesihatan yang berkualiti tidak akan tercapai.


Datuk Seri Dr T. Devaraj, Penang



Artikel asal sila rujuk di sini:

Diterjemah secara bebas oleh bukan seorang medical practitioner
AHP Pie yang English peringkat SPMnya hampir failed. Ha ha ha…



Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group).Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com