Wednesday, May 07, 2014

HIV: BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-36


My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician



Date: 24 April 2014
Day: Thursday
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan
Time: 4.21 pm

Seperti biasa, aku ditemani Kak Da dan Ummie. Routine check-up iaitu weight, blood pressure, body temperature, dan mouth.

Weight: 70.1 kg (naik sikit)
Blood pressure: 118/70 (normal)
Pulse rate: 72
Temperature: 36.5°C
Glucose: 11 (3 hours after meal)
Mouth: No oral candidiasis

Dr. Iskandar turut berkongsi maklumat tentang keputusan ujian darah yang dijalankan semasa temujanji sebelum ini:

LDL Cholesterol: 2.05 (normal) [normal is < 2.5]
* LDL = Low-density lipoprotein
* LDL cholesterol = bad cholesterol
Heart: OK
Heart enzyme: OK
Kidney (serum creatinine): 61 (normal) [normal range is 60 – 120]
White blood cell (WBC): 2.6
Random blood sugar (RBS): 9.3

Aku mengadu kepada Dr. Iskandar tentang selera makanku yang kian menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Sama ada breakfast, lunch, dan dinner, sama sahaja. Sekiranya aku dinner awal dalam kuantiti yang terkawal atau sedikit, pada lewat malam aku sangat sukar melawan rasa lapar. Ianya tidak berkaitan dengan gejala hipo, tetapi rasa lapar yang biasa.

Dr. Iskandar menyatakan bahawa setakat ini bacaan gula ku masih dikira terkawal. Tetapi, walau bagaimanapun, beberapa tips yang telah beberapa kali dikongsikan sebelum ini untuk menjaga paras gula dalam darah perlu aku ambil berat.

Berikut adalah beberapa pertanyaan dan jawapan umum yang elok dikongsikan kepada pembaca sebagai makluman bersama:


Soalan:

Apakah pandangan Dr. Iskandar tentang wabak MERS-CoV yang menjadi isu bagi mereka yang berhajat menunaikan umrah dalam waktu terdekat, khususnya terhadap Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA)? Adakah lebih baik supaya mereka menangguhkan hasrat tersebut?

Jawapan:

MERS-CoV adalah merupakan sejenis novel virus atau virus baru yang tidak pernah ditemui sebelum ini.

Menurut World Health Organization (WHO), coronavirus adalah keluarga virus yang besar yang melibatkan virus-virus yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia, daripada selsema biasa kepada SARS. Virus-virus di dalam keluarga ini juga menyebabkan beberapa penyakit terhadap haiwan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), MERS-CoV menyebabkan jangkitan saluran pernafasan akut di kalangan manusia. Gejala utama adalah demam, batuk, dan kesukaran untuk bernafas. Kebanyakan kes mengalami radang paru-paru (pneumonia). Pihak WHO menyatakan punca jangkitan dan cara jangkitan bagi MERS-CoV ini masih lagi belum dapat dikenalpasti.

Pihak WHO juga menegaskan bahawa tiada vaksin untuk MERS-CoV pada ketika ini. Kebanyakan kes jangkitan MERS-CoV adalah ringan. Bagi individu yang kurang daya tahan jangkitan, gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk yang tidak lazim (atypical).

Coronavirus tidak akan tinggal tetap di dalam tubuh manusia yang sudah dijangkitinya. Ini disebabkan Allah telah jadikan tubuh manusia berkemampuan menghasilkan antibodi sendiri yang akan menghapuskan virus tersebut.

MERS-CoV pula merupakan virus baru yang masih belum ada sesiapa pun yang dapat develop antibodi terhadapnya. Sama sahaja keadaannya seperti H1N1 suatu masa dahulu yang merupakan virus baru. Lama-kelamaan, semakin ramai orang menghidap H1N1 dan akhirnya penyakit itu menjadi biasa kerana ianya tidak menjadi pathogenic dan virulence tidak lagi begitu teruk.

* pathogenic: infective; able to cause disease
* virulence: extreme harmfulness (as the capacity of a microorganism to cause disease

Bagi kes MERS-CoV yang ditemui di Johor baru-baru ini, walaupun masih tiada ubat, tetapi pihak KKM telah menjalankan usaha supportive kerana dijangkakan bahawa tubuh badan manusia akan melawan virus tersebut.

Menurut Dr. Iskandar lagi, tiada keperluan untuk sesiapa sahaja yang mahu mengerjakan ibadah umrah dalam waktu terdekat ini untuk menangguhkan niat mereka itu ke suatu waktu yang lain. Kita tidak tahu sehingga bila MERS-CoV akan berjaya dibasmi secara total.

Oleh itu, ODHA yang bakal menunaikan umrah boleh meneruskan rancangan tersebut, tetapi sudah tentu dengan mengambil langkah-langkah pencegahan yang telah dinasihatkan oleh pihak KKM. Kawasan Mekah lebih dibimbangi mendedahkan jangkitan berbanding Madinah kerana terlalu ramai orang tertumpu di sana.

Virus bukanlah seperti bakteria yang boleh dibunuh (vaksin). Virus (apa-apa virus pun) mempunyai tempoh dan jangka hayat sendiri. Pelbagai virus baru yang muncul ada kaitannya dengan pengambilan antibiotik. Ianya menyebabkan virus baru muncul apabila mula resistant dengan antibiotik ciptaan manusia berbanding antibodi tubuh secara semulajadi.

Dr. Iskandar menasihatkan ODHA supaya mengambil rawatan Bactrim sebelum bertolak ke Tanah Suci sekalipun mereka pernah mengambilnya suatu ketika dahulu. Bactrim perlu diambil 2 biji sekali sehari selepas makan. Kesan sampingan yang mungkin berlaku adalah rashes. Sama ada rashes itu temporary atau permanent adalah bergantung kepada jenis rashes dan biologi individu.

Selain itu, suntikan Influenza dan Pneumococcal juga dinasihatkan kepada para ODHA untuk mengambilnya sebagai langkah berjaga-jaga. Suntikan Influenza akan mula efektif selepas 2 minggu pengambilannya.

Bagi suntikan Pneumococcal pula, ODHA yang mahu mengambilnya hendaklah mempunyai CD4 melebihi 200. Pneumococcal tidak memberi sebarang respon sekiranya ODHA dengan CD4 kurang 200 mengambilnya.

Bukan ODHA yang dinasihatkan untuk mengambil suntikan Pneumococcal adalah mereka yang menghidap penyakit kronik tanpa mengira usia dan mereka yang berusia 65 tahun ke atas, tidak kira sama ada mereka menghidap penyakit kronik atau pun tidak.

PENTING: Menurut Dr. Iskandar, ODHA (atau sesiapa juga yang perlu membawa bekalan ubat yang banyak) sepanjang berada di luar negara, mereka hendaklah mendapat surat pengesahan keperluan pengambilan dan membawa ubat-ubatan tersebut daripada doktor di tempat rawatan masing-masing bagi tujuan mengelakkan masalah semasa pemeriksaan kastam dan imigresen.

Pernah berlaku satu kes di Johor. Seorang ODHA pergi menunaikan umrah dengan membawa bekalan ubat yang banyak, tetapi enggan membawa surat pengesahan doktor kerana tidak mahu orang lain mengetahui status HIV positifnya. Akibatnya, kesemua bekalan ubat HAART yang dibawanya telah dirampas semasa berada di Arab Saudi. Bayangkan bahayanya situasi tersebut kepada ODHA kerana mereka perlu mengambil ubat pada masa yang tetap.

Soalan:

Aku mahu mendapatkan pandangan Dr. Iskandar terhadap 2 jenis kaedah rawatan penagihan dadah yang popular yang diamalkan di Malaysia. 1 kaedah Cold Turkey dan 1 lagi kaedah Methadone terhadap bekas penyalahguna dadah secara suntikan (ex-IDU).

Secara jujurnya aku lebih cenderung kepada rawatan pemulihan dengan kaedah Cold Turkey. Kaedah Cold Turkey telah membuktikan ramai ex-IDU mampu pulih sepenuhnya.

Tetapi aku mahu faham kelebihan pengambilan Methadone dan kenapa ianya diamalkan sedangkan tempoh pengambilan Methadone mengambil masa yang lama untuk dihentikan. Akhirnya seolah-olah seperti mereka ketagih dan bergantung pula kepada Methadone.

Jawapan:


Menurut Dr. Iskandar, methadone adalah sejenis opiat (opiate) yang bersifat long acting. Seorang penagih dadah tegar mempunyai saraf di dalam otaknya yang seolah-olah telah tumbuh reseptor tambahan yang lain seperti tanduk. Reseptor tambahan tersebut wujud bagi membolehkan opiat masuk ke dalam otak. Malangnya, reseptor tambahan tersebut tidak boleh hilang (kerosakan kekal di bahagian saraf otak).


Reseptor di dalam saraf otak seorang penyalahguna dadah tegar


Contoh reseptor yang berlaku di dalam otak


Methadone yang mereka ambil di klinik-klinik kesihatan bukanlah bertindak untuk merawat ketagihan mereka secara mendadak, tetapi sebagai satu usaha penggantian (substitution) supaya mereka tidak terlibat dengan pengambilan dadah yang lebih merbahaya dan dalam masa yang sama mengurangkan kadar ketagihan.

Heroine atau morphine yang diambil oleh seseorang pengguna dadah hanya akan mengambil masa 3 jam sahaja untuk bertahan di dalam tubuh. Selepas tempoh tersebut, pengguna dadah akan mendapatkan lagi dose seterusnya dan kekerapannya semakin bertambah dari semasa ke semasa untuk mendapatkan kesan yang sama.

Tetapi, methadone mampu bertahan selama 24 jam di dalam tubuh. Methadone digunakan bagi mengelakkan rasa gian atau craving terhadap dadah di kalangan pengguna dadah akibat reseptor yang telah dinyatakan.


Methadone


Menurut Dr. Iskandar, KK Jaya Gading menghadkan hanya 100 clients sahaja untuk pengambilan methadone. Seboleh mungkin, pihak KK akan berusaha untuk mengurangkan dos methadone tersebut di kalangan bekas penyalahguna dadah. Contohnya, selepas tempoh tertentu, pengguna methadone akan dinasihatkan supaya mengurangkan dos daripada 60 mg kepada 55 mg dan lihat bagaimana keadaan tersebut selepas itu.


Methadone perlu diambil dengan penyeliaan KKM


Methadone ini diberikan sebagai dadah gantian kerana terbukti bahawa bekas penyalah guna dadah dapat menjalani hidup seperti biasa; dapat bekerja dan berkeluarga.

Terdapat kes di mana seorang pengguna methadone mahu pergi melaksanakan ibadah umrah. Bagi meneruskan pengambilan methadone, pengguna tersebut perlu diberikan surat pengesahan doktor dan senarai arahan untuk menyediakan bancuhan methadone berkenaan daripada cecair yang pekat kepada cair.

Pihak KK Jaya Gading telah mencadangkan supaya beliau cuba mengurangkan dos methadone sebelum ke Arab Saudi dan seterusnya tidak mengambil methadone dalam tempoh ibadah umrah tersebut. Sekembalinya pengguna itu ke tanah air, beliau telah membuat keputusan untuk menghentikan terus pengambilan methadone.

1 kes lain pula melibatkan seorang pengguna yang terpaksa membawa anaknya setiap hari ke KK Jaya Gading untuk mengambil mengambil methadone kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anaknya itu di rumah. Lama-kelamaan, pengguna tersebut merasa malu dengan anaknya sendiri yang sentiasa bertanya tujuan mereka pergi ke KK setiap hari. Pengguna itu telah memohon untuk mengurangkan dos methadone. Pihak KK telah mengurangkan dos methadone itu sedikit demi sedikit. Akhirnya, pengguna methadone berkenaan tidak perlu lagi mengambilnya.

Menurut Dr. Iskandar, semuanya bergantung kepada willpower seseorang. Kerohanian adalah aspek yang paling penting bagi seseorang yang mahu berubah.


Siapa yang mempunyai willpower? Kucing atau anjing?


Willpower: the ability to control yourself; strong determination that allows you to do something difficult (such as to lose weight or quit smoking) (Sumber)




Berbeza pula dengan proses cold turkey. Menurut Wikipedia, "cold turkey" describes the actions of a person who abruptly gives up a habit or addiction rather than gradually easing the process through gradual reduction or by using replacement medication.Dalam bahasa mudahnya, cold turkey bermaksud satu tindakan seseorang yang menghentikan sesuatu tabiat kebiasaannya secara mendadak. (Sumber)




Para pengguna dadah yang berada di pusat-pusat pemulihan dadah menggunakan kaedah cold turkey. Di situ, mereka akan melawan rasa ketagihan dan bertahan seboleh mungkin untuk survive tanpa dadah. Tetapi, sejurus selepas tamat tempoh pemulihan dan dibenarkan keluar, sebahagian daripada mereka akan kembali mencari dadah semula. Itulah perkara yang tidak dapat difahami dan menimbulkan judgemental di kalangan masyarakat jika mereka tidak memahami kesan reseptor terhadap penyalahguna dadah. Penyalahguna dadah bukanlah penjenayah. Mereka adalah pesakit. Ada kaitannya juga dengan willpower yang telah dinyatakan.


Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.

Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat profesional dan cemerlang.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group).Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com