Bagi orang-orang yang
beriman, solat adalah penyelesaian segala permasalahan hidup termasuk dapat mengelakkan
penularan jangkitan HIV dan memberikan kekuatan menghadapi ujian Allah kepada
yang telah dijangkiti.
Berdasarkan sedikit pengalaman
peribadi membantu rakan-rakan senasib, rasa sukar untuk bangkit dan melawan pelbagai
tekanan termasuk stigma, diskriminasi, dan judgemental
adalah disebabkan kita gagal meletakkan penilaian Allah (dalam erti kata yang
sebenar-benarnya) jauh melebihi kebergantungan kepada sesama makhluk. Sudahnya
ada akan timbul pelbagai ujian lain yang tidak pernah putus sepanjang hayat.
Jika kelihatan ‘kuat’ sekali pun, sekadar ‘kekuatan bermusim’ yang sangat
rapuh.
Mukmin sejati akan sentiasa berjuang
walaupun berjuta ujian dan berjaya melepasi satu demi satu halangan. Mereka kelihatan mudah sahaja menghadapi segala ujian, sedangkan jika kita berada di tempat mereka, barulah
kita tahu betapa besar ujian mereka dan belum belum tentu kita mampu
menghadapinya.
Baiklah, mari kita cuba cari
hikmah di sebalik peristiwa Isra’ Mikraj secara ringkas.
Isra' Mikraj adalah salah
satu mukjizat Rasulullah S.A.W. Melalui peristiwa Isra'
Mikraj, kefardhuan solat yang mengandungi hikmah yang sangat besar telah
diwajibkan kepada semua umat Islam.
Firman Allah yang berbunyi:
Firman Allah yang berbunyi:
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah al-Israk: 1)
ANTARA KEPENTINGAN SOLAT:
Solat asas Islam, iman, dan amal
Nabi S.A.W bersabda:
"Solat adalah TIANG/ ASAS agama, barangsiapa yang
menegakkannya, maka ia telah menegakkan agamanya dan barangsiapa yang
merobohkannya, bererti ia telah merobohkan agamanya."
Solat mencegah kemungkaran dan membentuk kemuliaan akhlak
Allah SWT berfirman:
"Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya
sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar." (Surah al-Ankabut: 45)
Sifat keji dan mungkar ada yang disedari dan tidak disedari. Yang tidak disedari lebih menakutkan kerana ianya mungkin bala' daripada Allah.
Contoh-contoh sifat mungkar (yang tidak disedari) dan menghampiri sifat-sifat kebesaran Allah:
A. Ujub, riya', dan takabbur
B. Buruk sangka
C. Penyakit rohani / hati
D. Cinta dunia melebihi akhirat
E. Selesa dengan maksiat
Solat penyelesaian
segala ujian Allah
Allah SWT berfirman:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang KHUSYU’, (iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya." (Surah al-Baqarah: 46)
Solat membentuk keperibadian mulia termasuk 2 sifat penting iaitu iaitu syukur dan sabar
Rasulullah SAW bersabda:
"Iman terbahagi kepada dua, separuh dalam sabar dan separuh lagi dalam syukur."
(Hadith Riwayat al-Baihaqi)
Syukur dan sabar juga dapat membentuk diri menjadi seorang yang berjiwa besar dan tahan uji.
CELAAN & AMARAN ALLAH KEPADA GOLONGAN YANG CUAI/ LALAI DALAM SOLAT
Firman Allah SWT:
Syukur dan sabar juga dapat membentuk diri menjadi seorang yang berjiwa besar dan tahan uji.
CELAAN & AMARAN ALLAH KEPADA GOLONGAN YANG CUAI/ LALAI DALAM SOLAT
Firman Allah SWT:
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai daripada solatnya." (Surah al-Maun: 4-5)
Contoh-contoh sikap cuai atau lalai dalam solat yang mengakibatkan solat tidak berfungsi mencegah perkara-perkara keji dan maksiat:
A. Tidak menghiraukan
B. Tidak berhati-hati
C. Berlengah-lengah
D. Sering terlupa
E. Asyik dengan sesuatu perkara dan tidak mengambil berat
DOA SUPAYA DIRI DAN KELUARGA KEKAL MENUNAIKAN SOLAT
AMAL SETIAP KALI BERDOA
Doa Nabi Ibrahim.
Doa Nabi Ibrahim.
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
Itu sahaja. Semoga catatan ringkas ini ada manfaatnya kepada
para pembaca.
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
Info
Berkaitan:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun:
Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
Para pembaca boleh
berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret
Group).Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors
Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang
berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com