Memandangkan musim cuti persekolahan pertengahan
tahun telah tiba, aku menerima banyak pertanyaan daripada ODHA yang berhasrat
melaksanakan tuntutan ibadah umrah. Sebenarnya telah banyak tips berkaitan
telah aku kongsikan dalam entries
sebelum ini, tetapi memandangkan soalan ini semakin popular dan bukan semua
orang rajin membaca, tips yang lebih ringkas ini aku sediakan untuk semua termasuk
bukan ODHA.
Sebelum pergi
- Selain suntikan meningococcal,
elok juga mempertimbangkan suntikan pencegahan pneumonia iaitu pneumococcal dan influenza. Tetapi,
suntikan pneumococcal hanya berfungsi
jika bacaan CD4 ODHA melebihi 200 sahaja.
- ODHA juga elok mengambil semula Bactrim sebelum berangkat. Semua langkah pencegahan jangkitan ini adalah untuk mengelakkan pelbagai risiko jangkitan penyakit terutama yang tersebar melalui udara atau sentuhan. Mencegah jangkitan wabak MERS-Cov perlu diberi perhatian.
- Sediakan dan memakai mask sangat penting terutama di kawasan sesak dan kurangkan bersentuhan. Jika memilih untuk menggunakan nasal filter, sila pastikan tidak bernafas melalui mulut.
- Hand sanitizer elok dibawa dan digunakan dengan kerap. Begitu juga bekalan ubat-ubatan ringan yang lain. Cuci tangan sekerap yang boleh.
- Kepada ODHA yang perlu membawa bekalan HAART, selain membawa bekalan yang mencukupi, sangat penting membawa surat rasmi daripada pihak KKM (doktor) yang menyatakan anda memerlukan ubat-ubatan tersebut untuk mengelakkan masalah dengan pihak Kastam di negara berkenaan.
- Surat / kad yang menyatakan anda mungkin mengalami alahan terhadap ubat-ubatan tertentu juga perlu dibawa jika berkaitan.

Semasa di Mekah dan Madinah
- Jika kurang cergas, fokus kepada ibadah umrah wajib sahaja dan kurangkn aktiviti ziarah terutama ke ladang unta. Elakkan bersesak-sesak di tempat awam tanpa sebab yang penting. Lebih afdhal memperbanyakkan tawaf sunat dan solat fardhu berjamaah di Masjidil Haram berbanding berlumba-lumba memperbanyakkan bilangan umrah.
- Memandangkan suhu mencecah lebih 40°C di sana sekarang, minum air kosong secara kerap dan mencukupi adalah sangat penting untuk mengurangkan risiko dehydration. Tetapi, elok kurangkan mandi kerana suhu badan yang kerap bertukar bahaya kepada kesihatan (suhu panas di sana biasanya tidak menyebabkan berpeluh tengik seperti di Malaysia).
- Kebetulan air zam-zam mudah diperolehi dan penuh dengan segala penawar. Cuba minum air zam-zam sahaja sepanjang masa di sana. Baca doa memohon shifa’ sebelum meminumnya.
- Elakkan membeli minuman dan makanan yang terdedah atau kurang bersih untuk mengurangkan risiko keracunan makanan. Makan dan minum dengan kadar yang perlu sahaja.
- ODHA yang mempunyai diabetes, sila pastikan kawal bacaan gula dengan baik. Kecergasan dan imuniti tubuh semakin lemah jika bacaan gula tidak dikawal.
- Pilih alas kaki atau selipar yang tidak serap haba dan jika alahan dengan bahan pencuci lantai (kawasan dalam masjid sentiasa dibersihkan dengan bahan pencuci kimia), sila pakai alas kaki khas yang ada dijual di sana dan sesuai untuk digunakan semasa tawaf. Terdapat fatwa yang membenarkan pemakaian mask atas sebab-sebab dharorah (Kesihatan).
- Jika anda menunaikan umrah pada musim sejuk, sila bawa
pakaian yang bersesuaian.
Selebihnya berdoa dan bertawakkal kepada Allah. InsyaAllah urusan ibadah umrah akan dipermudahkan kerana anda adalah tetamu-Nya. WA.
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
Info
Berkaitan:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun:
Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
Para pembaca boleh
berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret
Group).Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors
Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang
berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com