Tuesday, January 31, 2012

JEMPUTAN JAMUAN POT LUCK LUKA RAFIEQA




Salam...
Siapa FREE esok... jom kita POT LUCK kat rumah LR...
High Tea 12pm to 4pm
Sorry... yang KL jer... yang jauh nak datang pun boleh jer...

Sembang Santai... 019-6353997 

Salam Perjuangan
Bersama Kita Adalah Penyelesaian 
 


AHP:

Kepada sahabat-sahabat yang tinggal di kawasan KL, sama ada sahabat lama atau sahabat baru dialu-alukan hadir. Jangan segan-segan, ambillah peluang ini untuk saling mengukuhkan silaturrahim dan berkongsi pengalaman.

Mohon maaf kerana belum berkesempatan membalas setiap emel dan respon terhadap komen-komen yang diterima dalam beberapa hari ini atas kekangan waktu. Apa-apa pun, perjuangan mesti diteruskan.


p/s- Fieqa, jealous ah!!!

Mizan, Azri, Sha, Laila, Harry, Uzzi, Pyschonuts, Mahathir, Seroja, Kak Jamaliah, apa lagi... Pakat-pakat serbu sambil bawa karipap seketul dua, hehehe...

Sunday, January 29, 2012

KKM PERLU TINGKATKAN SISTEM PENYIMPANAN FAIL RAWATAN & HAK KERAHSIAAN PEMBAWA HIV


Entry kali ini aku copy daripada blog sahabatku Noharasinosuke. Memandangkan cara penulisannya semakin membina dan kritis (sesuai dengan konsep blogku), aku kongsikan di sini sebagai renungan bersama.

Terdapat sedikit editing dalam penggunaan istilah iaitu daripada pesakit HIV kepada PLHIV kerana aku rasa istilah PLHIV lebih tepat. Pembawa HIV bukan pesakit tetapi virus telah berada di tubuh mereka. Virus tersebut pula dapat dikawal dan mereka mampu hidup sihat seperti insan lain.

Mari baca:

Salam semua.....

Saya ni bukan le ahli parlimen nak kupaskan pasal isu ni..tapi tertarik utnuk meluahkan apa yang saya rasa sepatutnya.....

Mula2 nak ucapkan terima kasih kepada KKM keran sudi merawat PLHIV....jutaan terima kasih yang tidak terhingga...Namun disebalik rasa bersyukur itu ada juga sebenarnya rasa ketidak puasan hati berkaitan rawatan yang dijalankan kepada sesetengah PLHIV......

Apa yang x puas hati????

Korong pernah tanya x, kat mana Doktor ID letakan fail rawatan korang???? Sapa je yang boleh tengok dan sejauh mana kerahsiaan maklumat korang terjaga????.....

Baru2 ni aku bawak seoarng rakan senasib untuk memulakan rawatn nya disebuah klinik kesihatan yang tak perlu aku sebutkan namanya......secara ringkas aku tengok cara penyimpanan fail mereka bagi PLHIV di klinik kesihatan tersebut memang boleh dikatakan tahap HAMPEH.....korang nak tahu kenapa???

Macam ni, lepas kwan aku dah selesai jumpa DR pakar untuk mula rawatan, dia suruh kawan aku ni dapatkan sedikit kaunseling dengan seorang pegawai KKM...aku pun ikot lah sekali masuk bilik dia....Terperanjat aku bila aku tengok FAIL pesakit2 ID especially HIV melambak atas meja dia, atas SOFA pun ada bertimbun..kuang3.....

Dalam hati aku kata biar betul klinik ni? dah xde almari lagi ke nak beli untuk simpan fail macam nie? Bukan ke semua maklumat pesakit tersebut adalah rahsia dri pengetahuan orang lain?...Habis kalau dah sampai atas SOFA, so UOLS faham2 lah kan...benda tu jadi rahsia ke x?...heheheh..kesian betul PLHIV  tu semua......

Tolong lah jaga privasi kami ni sikit...kalau semua orang luar boleh terima PLHIV macam patient lain xpe lah jugak..sempat lah nak GLAMOUR.. ni kena maki dan caci adalah...so pokoknya aku memang x puas hati.....

Untuk maklumat korg....di tempat aku, fail nye xde pulak diletak besepah macam tu....lega lah jugak...sebab hanya DR dan MA je yang akan tgok fail tu..dan aku juga....hehheheh....

Korang tahu x..bahaya kalau fail2 macam tu x disimpan dengan elok....alamatnya jadilah macam rakan senasib aku ni, yang terpaksa menukar rawatan ke satu tempat lain... sebabnya, ramai orang ambil number telefon dia dan buat kacau dengan dia....
baik2 benda tu x heboh..takot2 heboh satu tempatt rawatan tu....huh..x rela DEN.....Korang RELA KE?????kalau rela x pe lah.....hahahahah

Jadi haraplah KKM dapat buat satu STANDARD yang khusus bagi tujuan pemfailan bagi PLHIV x kira lah kat HOSPITAL besar ke, POLIKLINIK ke, klinik kesihatan ke, supaya segala maklumat sulit ni terjaga....

kami ni x mintak lebih2...cuma harap lah KKM lebih bersikap Professional dalam hal2 sebegini....buat dan hantarlah kakitangan KKM ke mana2 latihan....mantapkan sikit kaedah menguruskan maklumat pesakit ye.......mudah2an...amin

P/S: So korang lepas nie, intai2 sikit kat mana Doktor korang simpan fail macam mana ye.....hehehehehe...


AHP: Sama-samalah kita fikir apa-apa yang patut. Aku terima satu kes di sebuah klinik yang lain, PLHIV wanita dikacau oleh staf klinik tersebut sendiri melalui SMS. Diceritanya macam-macam maklumat yang dia tahu tentang PLHIV tersebut.

Terdapat unsur-unsur mahu mengambil kesempatan kerana bagi sesetengah orang PLHIV ni murah sangat dan sesuka hati melakukan seks bebas seperti anjing agaknya.

Tertekan punya pasal PLHIV wanita tersebut terpaksa bertukar pusat rawatan yang lebih jauh. Jauhpun beliau rela daripada diperlakukan begitu. Itu bagi yang berkemampuan. Kalau tak mampu?

Saturday, January 28, 2012

10 MAK NYAH TUNAI UMRAH



Tajuk asal berita ini ialah: “10 MAK NYAH TERBUKA HATI TUNAI UMRAH” tetapi aku tak berapa selesa dengan tajuk tersebut maka aku tukar kepada “10 MAK NYAH TUNAI UMRAH.” Tau kenapa? Cuba fikir-fikirkan.

IPOH: Keazaman tinggi berubah ditunjukkan lebih 10 mak nyah yang terbuka hati ke Tanah Suci Makkah menunaikan umrah.

Rombongan berkenaan diketuai Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ustaz Hanafi Abdul Malek sebagai mutawif dan individu yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.

Difahamkan, semua mak nyah berkenaan mendapat sinar hidayah selepas tertarik dengan pendekatan ceramah motivasi disampaikan Ustaz Hanafi yang sering dilantik sebagai fasilitator Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang tahun lalu.

Hanafi berkata, dia cukup berbesar hati dan berbangga dapat membawa semua mak nyah berkenaan mengerjakan umrah di Tanah Suci menerusi khidmat syarikat Rabbani Travel and Tour Sdn Bhd yang turut memberikan kursus persediaan.

“Mereka teruja menunaikan umrah dan sanggup mengeluarkan kos RM5,000 setiap seorang.

“Saya memastikan mereka menjalani ibadat umrah ini dengan sempurna selain membuat persediaan awal sebelum berangkat ke Makkah tidak lama lagi,” katanya.

Hanafi berkata, keinginan menunaikan umrah ditunjukkan mak nyah itu harus dipuji dan wajar dijadikan contoh setiap manusia berhak berubah dan mendekati Allah.

Program berkenaan dibantu penolong khas, Ustaz Hanafidan Zubir Asadi Mohamad yang teruja bagi membawa golongan mak nyah itu mendekatkan diri ke rumah Allah.

Zubir berkata, mereka mengumpul seramai mungkin peserta menerusi program umrah itu.

“Kami masih membuka penyertaan sebelum akhir bulan Februari ini. Besar kemungkinan program umrah berkenaan dijalankan pertengahan Mac depan,” katanya.

Sumber: sini


AHP: Sesiapa sahaja yang normal tentu ada rasa mahu melakukan kebaikan. Bukan dia, kau, kamu atau awak tetapi KITA yang perlu membimbing atau menyokong  sesiapa sahaja yang memerlukan ke arah itu.


JEMPUTAN KE PROGRAM USRAH BULANAN KOMUNITI




KENDALIAN:
GROUP FB TAMAN FIRDAUSI DENGAN KERJASAMA JAWI

TARIKH:
29 JANUARI 2012

HARI:
AHAD

MASA:
9.30 A.M. - 12.30 P.M.

TEMPAT:
DEWAN HADHARI PUSAT ISLAM, KL
(BERHADAPAN DENGAN MASJID NEGARA KL)

FASILITATOR:
USTAZ JAMAL MAHFODZ
(PENCERAMAH & BRAINSTORMING)
EN. MOHAMAD RAFFIE BIN JAAFAR
(KESUKARELAWAN)


Terbuka kepada semua dan tiada bayaran dikenakan.
Juadah selepas kelas disediakan Insya-Allah.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 
Luka Rafieqa (019 6353997)


AHP: Secara peribadi aku sangat tertarik untuk menghadiri sesi usrah kali ini terutama dengan adanya sesi brainstorming (lampas otak) dan ceramah kesukarelawan tetapi apakan daya... Uwaaa!!!


Friday, January 27, 2012

HIV & SIHIR (BEZA BOMOH & PERUBATAN ISLAM SECARA ASAS)




Eh, apa kena mengena blog AHP ni dengan sihir, betul tak? Sepintas lalu memang tak ada. Tetapi, berdasarkan Islamic study, apa-apa virus pun pasti ada jin dan syaitan yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan mental, fizikal, rohani, dan jasmani kita. 


Kebetulan, khutbah Jumaat di Pahang hari ini membahaskan tentang ciri-ciri perubatan Islam. Aku yakin, ramai pula PLHIV pada peringkat awal diagnos ghairah untuk mencuba bermacam-macam kaedah perubatan terutama yang mendakwa perubatan Islam.


Jadi aku share forwarded email daripada bro Fareez Fauzi berkaitan isu ini. Walaupun ada beberapa fakta tidak disertakan rujukan yang authentic, ianya tetap boleh dijadikan asas amalan dan renungan. Tahap tinggi, jumpa pakar!
Mari baca:
Ni nota yang sempat dicatatkan dari kelas Ustazah Dr Fatma El-Zahra. Beliau bercakap mengenai sihir. Sambungan dari kelas beliau sebelum ini.

Dr. Fatma amanahkan anak murid dia untuk sampaikan kepada kaum keluarga dan sahabat handai. So, I want to share this knowledge to you all, since kita pun terdedah dengan perbuatan sihir ni everyday.
Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu etc. Manusia ni pegi kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al-Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.

Bagaimana kita nak tahu orang yang kita ‘minta tolong’ tu adalah tukang sihir?


  • Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelikat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate.
  • Bomoh ni akan minta binatang ‘pelik’ like ayam hitam ke, kambing putih ke etc.
  • They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampuradukkan / menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan memasukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.
  • They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. They do not reflect as orang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you believe there are people who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said that cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmu tu. 
Bagaimana Kita Tahu Kena Sihir?

  • Cannot sleep at night
  • Suka ketawa sendiri
  • Tak suka mandi
  • Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!
  • Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
  • Able to speak in different language secara tiba-tiba!

Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?



Cara 1:


Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib - read loudly, not in heart!

"Maasyaa Allahu kaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi ‘aliiyil ‘azhiim” 

Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah. 

Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak? 

Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don’t just laugh it off. Cepat-cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.
 
Cara 2:

Turut perintah Allah.
Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandi hadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don’t prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya

Cara 3:

Lebihkan zikir.
Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu
Surah al-Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari “Aamanarasul. …” 

Cara 4:

Amalkan doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan etc. 

Note! : “Arasy” atau tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis ‘bisnes’ keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing in tandas! Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin. 
 
Cara 5:

Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang . So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah waktu maghrib. Time to change! 

Cara 6:

Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah.
Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah setiap pagi.

Cara 7:

Setiap malam sebelum tidur dan setiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.

Cara 8:

Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah al-Kauthar.

Cara 9:

Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be from your own doings.



Mencegah Dan Berubat Orang Kena Sihir 

1.         Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca: 

Bismillaahi (3x)
A ‘uudzu bi ‘iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru 
Ertinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaan Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya khuatirkan. 
Bacalah ayat di atas 7 kali. 

2.         Kemudian baca doa:  ”Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi
            antasysyaafii laasyaifaa-aillaa syifaa uka. Syifaa-an laa yughaadiru
            saqomaa” 
Ertinya: Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan melainkan kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi. 


Merawat Orang yang Kena Sihir 

Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin takut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most preferred. It is a symbolic action to hancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun bidara ini, baca: 

1.         Ayatul Kursi
2.         Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..)
3.         Qul ~ Ahad
4.         Qul ~ Falaq 


AHP: Thanks bro Fareez Fauzi.
 

Thursday, January 26, 2012

POSITIVE WARRIORS GATHERING (REHAT MINDA DAN KUKUHKAN UKHWAH) DI PENANG






Kumpulan Positive Warriors akan mengadakan pertemuan pada:

Tarikh:            2-5 Jun 2012

Hari:                Sabtu-Selasa

Tempat:          Batu Feringghi, Pulau Pinang.

Tetamu Istimewa:
LR, Atuk, Kak Jamaliah PTF dan Puan Seroja.

Jemputan:      Terbuka kepada semua ahli kumpulan Positive Warriors
(PLHIV dan Non-PLHIV) serta keluarga.
                        (Bukan ahli kumpulan Positive Warriors turut dipertimbangkan bergantung kepada kekosongan)

Bayaran:         RM 200 (Dua Ratus Ringgit sekeluarga)
                        RM 100 (Satu Ratus Ringgit individu)


Tentatif Program:


2 Jun 2012
(Sabtu)
                       
2:00 pm – 4:00 pm: Pendaftaran
4:30 pm – 5:30 pm: Minum Petang & Taklimat urusetia
7:30 pm:                    Solat Jamak & Qasar berjemaah
8:30 pm:                    Makan malam dan Sesi Taaruf
10:30 pm:                  Minum


3 Jun 2012
(Ahad)

5:30 am:                    Solat Subuh berjemaah
                                    Tazkirah ringkas
7:30 am:                    Sarapan pagi
8:30 am:                    Lawatan 1

5:30 pm – 6:30 pm: Sukaneka
7:30 pm:                    Solat Jamak & Qasar berjemaah
8:30 pm:                    Makan Malam Perdana
10:30 pm:                  Minum malam


4 Jun 2012
(Isnin)

5:30 am:                    Solat Subuh berjemaah
                                    Tazkirah ringkas
7:30 am:                    Sarapan pagi

8:30 am:                    Sesi Santai Bersama Personaliti
                        -Atuk
                        -Luka Rafieqa
                        -Kak Jamaliah PTF
                        -Puan Seroja

10:30 am:                  Minum dan Rehat
11:00 – 12:00 pm:   Brainstorming

1:30 pm:                    Solat Jamak & Qasar berjemaah
2:30 pm:                    Lawatan 2 (ke Pusat Komuniti berdekatan)
8:30 pm:                    Lawatan 3


5 Jun 2012
(Selasa)

5:30 am:                    Solat Subuh berjemaah
Tazkirah Ringkas
7:30 am:                    Sarapan pagi
8:30 am:                    Lawatan 4 / Aktiviti bebas

12:30 pm:                  Bersurai


Perhatian:

  • Semua tarikh adalah tertakluk kepada perubahan penganjur.
  • Penginapan adalah banglo dua tingkat. Perempuan tingkat atas. Lelaki tingkat bawah.
  • Tentatif program adalah cadangan semata-mata dan tertakluk kepada pandangan dan respon komuniti.
  • Setakat ini lebih 10 orang telah mengesahkan kehadiran.
  • Terhad kepada 20 orang tetamu tetapi boleh diuruskan jika permintaan melebihi kapasiti.
  • Untuk confirmation dan cadangan lanjut, sila hubungi Urusetia:

fareez701777@hotmail.com (Bro. Fareez Fauzi)
survivorpng@yahoo.com (Mr. Survivor)


  • Kepada yang betul-betul berminat untuk hadir tetapi mengalami masalah kewangan, sila hubungi AHP (positive4eva@gmail.com) untuk diuruskan bantuan yang patut.
  • SILA BERIKAN KOMEN DAN RESPON ANDA UNTUK PENAMBAHBAIKAN PROGRAM DI RUANGAN KOMEN ENTRY INI.

Sekian, terima kasih.