Friday, August 03, 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PERASMIAN PUSAT PERLINDUNGAN WANITA PLHIV (WAHIDAYAH)



Para pembaca yang belum mengetahui apa itu PEWAHIM, sila klik sini.

Antara golongan PLHIV yang sangat rapat di hatiku ialah golongan wanita dan kanak-kanak. Mereka terdiri daripada isteri-isteri yang teraniya, remaja, dan kanak-kanak yang didiagnos sejak lahir.

Itu belum termasuk ahli keluarga dan golongan yang menerima impak daripada HIV seperti ahli keluarga atau wanita-wanita non-PLHIV yang bakal berkahwin dengan PLHIV.

Ramai yang tahu menghukum, tetapi hanya segelintir yang dapat melihat dengan mata hati betapa menderitanya golongan ini.

Sebagai contoh, aku pernah berdepan dengan kes seorang remaja bawah umur yang gagal mendapat rawatan akibat keluarganya enggan membenarkan remaja tersebut hadir ke hospital.

Setelah disiasat, barulah terbongkar rahsia sebenar bahawa remaja tersebut menjadi mangsa kerakusan nafsu bapanya sendiri sehingga dijangkiti HIV dan pihak keluarga mahu menjaga aib mereka sehingga sanggup mengabaikan nasib remaja tersebut.

Kanak-kanak? Usah ceritalah. Ada yang enggan diterima keluarga, dijual, ditinggalkan di hospital, tiada pakaian, makanan, perlindungan, rawatan, dan sebagainya.

Kalau setakat wanita PLHIV yang dihalau keluarga tanpa pekerjaan dan pembelaan adalah perkara biasa. Setakat wanita PLHIV didera zahir dan batin oleh suami sendiri adalah biasa. Setakat diabaikan akibat masalah seksualiti suami adalah biasa. Setakat dipukul dan menjadi punching bag si suami pun perkara yang sangat-sangat biasa. Dicemuh masyarakat lagilah biasa.

Sedangkan dalam kebanyakan kes, aku lihat golongan wanita sangat telus dan masih sudi menerima hakikat status suami mereka PLHIV. Kaya dengan kasih sayang tanpa syarat demi suami dan anak-anak. Lebih ketara berdikari, mencari pertolongan dan tabah untuk melindungi keluarga.

Mereka adalah serikandi sejati yang sering membuatkan air mataku mengalir. Sudah tentu penghargaan ini tidak terkecuali kepada 2 orang wanita cantik penyejuk mata dalam hidupku iaitu Kak Da dan Lifejacket (isteri-isteriku yang tercinta).

Disebabkan simpati dengan golongan wanita PLHIV dan yang menerima impak daripada HIV, aku berhasrat membina komuniti khas untuk mereka saling berkongsi sokongan. Antara yang terawal aku tanyakan pendapat ialah Kak Ella (Norlela Mokhtar).

Alhamdulillah, rupa-rupanya Kak Ella telah pun bergerak 10 langkah ke depan. Mempunyai group FB (secret group) untuk membantu golongan ini dan baru sahaja mengusahakan sebuah Pusat Perlindungan Wanita PLHIV yang dinamakan WAHIDAYAH.

Baru-baru ini, Kak Ella menghubungiku untuk berkongsi maklumat ini dan menjemput para pembaca yang prihatin untuk hadir bagi berkongsi sokongan ke  Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian WAHIDAYAH.

Mari kita baca e-mel Kak Ella dengan sedikit suntingan untuk aku sesuaikan sebagai sebuah entry:

Assalamualaikum AHP,

Akak memohon jasa baik AHP untuk memanjangkan jemputan PEWAHIM kepada semua insan prihatin sempena MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PERASMIAN PUSAT PERLINDUNGAN WAHIDAYAH.


Tarikh:
4 Ogos 2012

Tempat:
No. 601, Jalan 1B/5, Bandar Baru Sungai Buloh,
47600 Sungai Buloh, Selangor.

Agenda:

3.00 - 5.00 petang - Jemputan Wanita HIV dan Keluarga
Sesi Ilmu - HIV, Wanita dan Islam
Wanita dan Islam - Ustazah Hafizatul Akmal dari MAIS
Wanita dan HIV - Norlela Mokhtar - Pengerusi PEWAHIM
5.00 petang - Pendaftaran Para Jemputan VVIP, Media, Artis Jemputan,
Para Jemputan Khas (ODHA)

5.30 petang – Persembahan MAULID Anak-Anak Akademi Tahfiz Al-Hidayah
6.30 petang - Majlis Perasmian
7.15 malam - Majlis Berbuka
8.00 malam - Solat Maghrib dan Solat Terawih
10.00 malam - Moureh dan Majlis Bersurai

Pihak JAKIM turut hadir untuk memberikan sedikit sumbangan.

Untuk makluman AHP, selain daripada beberapa orang penghuni yang ada sekarang, WAHIDAYAH baru sahaja menerima kemasukan seorang wanita dan bayi berusia 6 bulan. Minggu depan, akan ada dua orang lagi ibu mengandung yang akan diterima masuk.

Akak juga sedang mempertimbangkan permohonan kemasukan 2 orang lagi wanita yang belum dapat dipastikan soal anak kedua-dua wanita tersebut.

Disebabkan kami tidak mempunyai dana khas bagi menampung keperluan harian Pusat Perlindungan ini, kami amat-amat memerlukan bantuan segera membantu mereka.

Sumbangan kewangan bolehlah disalurkan ke akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)

Segala sumbangan sangat-sangat dihargai dan dapat membantu mereka menjalani kehidupan secara ala kadar sebagai insan biasa.

Sekian, Terima Kasih.


Itu sahaja, semoga ramai pembaca yang terbuka pintu hati untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan perasmian WAHIDAYAH serta menghulurkan bantuan.

Insya-Allah, aku sekeluarga bersama beberapa sahabat rapat akan turut berada di sana dari petang sehingga selesai solat Tarawih sebagai tanda sokongan.


Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:
Survivor: survivorpng@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com 
AHP: positive4eva@gmail.com

Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM.
Untuk menyertainya FB PEWAHIM, (secret group) sila hubungi:

pewahim@gmail.com
019-259-5864 (Norlela) Pengasas

No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)