Tuesday, August 07, 2012

KEPENTINGAN MEMAKAN UBAT MENGIKUT JADUAL


Pengenalan

Rawatan HIV adalah satu perkongsian. Sebagaimana anda bergantung kepada anti-retroviral (ARV), anda terbukti selamat dan berkesan – ubat-ubatan anda tidak boleh bekerja sendirian – anda perlu memakan ubat anda mengikut jadual untuk membolehkannya memastikan anda sihat. Ini dipanggil “ketaatan rawatan”.

Secara kasar, ketaatan bermakna, memakan ubat anda setiap kali anda harus mengambilnya. Tepat seperti yang ditentukan oleh doktor anda atau diterangkan oleh farmasi. Misalnya, dengan perut kosong, sebelum masuk tidur dan lain-lain.

Ketaatan rawatan mungkin pada dasarnya agak senang, tetapi hakikatnya, tidak. Kajian telah menunjukkan bahawa doktor juga mempunyai masalah memakan ubat mengikut jadual pada jangka masa pendek.

Di sini akan dibincangkan kepentingan ketaatan rawatan, isu-isu yang boleh mencegah ketaatan dan cara-cara mengatasinya.

Ketaatan adalah amat penting dalam rawatan jangkitan HIV. Selepas HIV memasuki badan anda, virus ini mula aktif, dan mencari sel CD4 untuk dijangkiti supaya ia dapat membiak.

Tujuan rawatan HIV adalah untuk menyekat proses ini agar bebanan virus dapat dikawal dalam tahap paling rendah atau tidak dapat di kesan dan sel CD4 tinggi.

Untuk menyekat pembiakan dan salinan HIV serta mengawal tahap bebanan virus, aras ubat mesti dikekalkan tinggi iaitu 24 jam sehari, setiap hari. Sekiranya aras ubat terlalu rendah, HIV boleh membiak dan menyalin.

Sekiranya ini berlaku dan aras ubat di dalam darah terlalu rendah, virus ini boleh menukar struktur (bermutasi) dan boleh menahan satu atau kesemua ubat yang diambil. Ini dipanggil “tahanan rawatan” dan bila ia berlaku rawatan ubat-ubat tidak lagi berkesan.

Virus yang boleh bertahan ini juga boleh disebarkan kepada orang lain dan orang itu akan menghadapi masalah dalam rawatannya.


Perkara-perkara yang anda harus tahu sebelum memulakan rawatan

Selepas fasa dijangkiti di mana anda mungkin sihat tanpa rawatan atau lawatan ke klinik ID. Namun, bagi mereka yang berhubung dengan doktor and menyimpan janji temu dengan doktor, berbagai-bagai ujian darah, lebih-lebih lagi ujian darah CD4/CD8 dan bebanan virus (viral load) akan diaturkan oleh doktor.

Maka akan tiba satu masa dalam kajian laporan ujian darah anda, di mana doktor akan memberitahu anda bahawa anda perlu memulakan rawatan. Pada masa ini, doktor akan menjelaskan ubat-ubat yang perlu diambil dan juga keperluan ketaatan kepada jadual waktu untuk memakan ubat.

Dadah anti-HIV mesti dimakan pada masa yang spesifik untuk menentukan aras ubat yang tinggi serta sama ada dimakan dengan makanan atau perut kosong. Adalah penting untuk memikirkan tentang ketaatan rawatan kerana anda bukan diminta mengambil ubat-ubat ini untuk seminggu dua tetapi seumur hidup.

Kegagalan mengikut jangka waktu yang ditetapkan boleh mengakibat kekacauan dalam kebolehan ubat-ubatan memberi kesan. Sekiranya virus mula bertahan dengan ubat yang anda ambil, anda mungkin diminta menukar ubat-ubatan yang lebih mahal atau sukar diambil.

Sesetengah ubat-ubatan diberi secara percuma oleh hospital kerajaan, tetapi sesetengahnya pula, khususnya ubat-ubatan pilihan kedua dan ketiga yang lebih mahal perlu dibeli oleh pesakit.

Oleh itu, sebelum anda merosakkan keberkesanan ubat-ubatan percuma anda, ingatlah tentang kepentingan ketaatan rawatan dan penentangan virus akibat kegagalan anda mengikut jadual yang dinasihatkan oleh doktor.


Sumber: Luka Rafieqa melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group)


Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:

Survivor: survivorpng@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com 
AHP: positive4eva@gmail.com


Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM.
Untuk menyertainya FB PEWAHIM, (secret group) sila hubungi:

pewahim@gmail.com
019-259-5864 (Norlela) Pengasas

No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)