Aku semasa
pembentangan mengenai kesedaran Stigma dan Diskriminasi
Sebenarnya segala maklumat asas tentang HIV, rawatan dan
pengalaman peringkat awal aku berdepan dengan hakikat hidup sebagai Orang Yang
Hidup dengan HIV (ODHA) telah aku kongsikan di blog ini. Terpulang kepada
pembaca untuk mencarinya.
Aku juga tidak berapa selesa berkongsi maklumat jika
maklumat tersebut sekadar cut & paste
daripada mana-mana artikel lain, kecuali betul-betul memerlukan. Bagi aku,
ianya menghilangkan originality perkongsian
daripada dasar hati aku sebagai ODHA.
Sekarang, masaku pula terlalu banyak dihabiskan dengan
segala macam urusan komuniti dan pengurusan NGO sehingga mengekang peluangku untuk
berkongsi pengalaman secara kerap di blog seperti dahulu.
Jadi, perkongsian pengalamanku lebih banyak berkisar
tentang usaha untuk memperkasakan keyakinan ODHA sendiri supaya berani tampil
secara terbuka menentang stigma, diskriminasi, judgmental, dan paranoia.
Memang ada yang menganggap mudah perananku kerana hanya
hadir berkongsi pengalaman melalui pelbagai sesi sharing secara terbuka dengan masyarakat awam berbanding melakukan outreach dan peers support secara direct
terhadap komuniti.
Walaupun aku kurang berkesempatan melakukan outreach dan peers support secara direct,
tetapi sokongan terhadap insan-insan memerlukan tetap aku jalankan secara online dan pelbagai kemudahan komunikasi
yang lain. Tekanan untuk aku bergerak ke mana-mana pula sebenarnya melibatkan banyak
perkara tertentu.
Menentang stigma, diskriminasi, dan judgmental secara terbuka sangat penting kerana kesemuanya lebih
menyakitkan ODHA berbanding rawatan dan peluang hidup sihat. HIV tidak membunuh
ODHA, sebaliknya stigma dan diskriminasilah pembunuh sebenar.
Alangkah angkuh dan malangnya apabila menganggap bahawa
ODHA adalah manusia-manusia yang patut dicampak sesuka hati, disisihkan,
dipersendakan, dan dijadikan bahan jenaka oleh masyarakat (khususnya umat
Islam), sedangkan syurga dan neraka milik Allah. Setiap orang akan dipersoalkan
di akhirat kelak tentang tindakan yang kita ambil untuk membantu sesama insan.
Adakah pasti bahawa syurga itu milik kita sekalipun tanpa HIV?
Dalam keangkuhan tersebut terserlahlah kejahilan sendiri
tentang agama dan maklumat yang tepat untuk mencegah penularan HIV. Masih ramai
yang menganggap bahawa bergaul, bersentuhan, berkongsi makanan, memakan makanan
yang disediakan oleh ODHA, dan sebagainya akan menyebabkan mereka dijangkiti.
Ada pula kononnya mendakwa pisau cukur yang mungkin digunakan
untuk mencukur ODHA di kedai-kedai gunting rambut akan menjangkitkan HIV
sedangkan yang ditakuti ialah penyakit-penyakit lain yang 100 kali lebih mudah
berjangkit seperti hepatitis. Pasangan yang berkahwin dengan ODHA pula katanya
perlu menyediakan stok berkotak-kotak kondom sebagai langkah pencegahan. Cliche...!
Akal mereka tidak mampu untuk mengaitkan isu HIV ini
sebenarnya boleh melibatkan permasalahan yang lebih besar seperti aqidah,
fitnah, dan penganiayaan terhadap sesama umat Islam. Mereka hanya nampak ODHA
adalah ‘orang-orang yang keji dan berdosa’, tetapi tidak pernah nampak betapa
banyak salah faham di sebaliknya. Kepada yang bersikap sombong dan menghakimi
ini, aku doakan semoga Allah membukakan hijab pemikiran mereka dan memberi
mereka laluan mudah ke syurga.
Kali ini aku ingin kongsikan pengalamanku menghadiri seminar
kesedaran “Stigma dan Diskriminasi HIV & AIDS 2013” di Auditorium JOTIC,
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) baru-baru ini. Kehadiranku adalah sebagai
seorang speaker mewakili Pertubuhan
Positive Warriors Malaysia (PPWM) dalam program yang telah dianjurkan oleh MBJB
bersama Pertubuhan Kebajikan Sinar Sofia (PKSS), Johor Bahru. Anggaran jemputan
peserta sekitar 180 orang.
Ucapan perasmian oleh
Tuan Haji Abdul Ghazali bin Karim,
Pengarah Khidmat Pengurusan Jabatan Pentadbiran MPJB
yang mewakili Datuk
Bandar
Ianya telah dijalankan pada 22 Ogos 2013 (Khamis) yang
melibatkan kakitangan MPJB, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pelbagai
komuniti sokongan, ketua-ketua masyarakat, para pelajar IPT, dan jemputan-jemputan
khas.
Tuan Pengasas
Pertubuhan Kebajikan Sinar Sofia
bersama isteri dan
Ustaz Asri bin Jaafar (MAIJ)
Selain menyebarkan kefahaman mengenai HIV dan AIDS serta keburukan Stigma dan Diskriminasi, ianya juga merupakan medan kepada PKSS untuk memperkenalkan peranan mereka dalam usaha membantu komuniti sekitar Johor Bahru.
Melalui pemerhatianku, isu HIV dan AIDS masih agak taboo sekitar
Johor Bahru sekalipun pembangunan fizikalnya antara yang terhebat di Malaysia. Sebenarnya,
apabila kita semakin bersikap taboo terhadap isu HIV, semakin berisikolah
tersebarnya HIV, stigma, diskriminasi, dan judgmental.
Sebaliknya 1 perkara yang positif ialah usaha MBJB, KKM,
dan PKSS serta keterbukaan sikap para peserta menampakkan bahawa program
tersebut telah mencapai objektif yang membanggakan. Semua pihak yang menjayakan
seminar ini telah memainkan peranan dengan cukup cemerlang.
Dr Shahidan bin
Haron,
Ketua Penolong
Pengarah Kanan Unit HIV/STI,
Jabatan Kesihatan
Negeri Johor
Melalui seminar ini, aku berpeluang bertemu beberapa ahli
keluarga komuniti yang sedia berhubung dengan aku selama ini, mendengar
pelbagai pandangan dan menjalin silaturrahim dengan pelbagai pihak. Dalam
keadaan tertentu, aku terasa diriku sangat kerdil berbanding usaha-usaha yang
telah sedia diperjuangkan tanpa henti oleh komuniti sokongan sekitar Johor
termasuk PKSS.
S/N Azni
binti Mohamad,
Hospital
Sultanah Aminah Johor Bahru, Klinik Perubatan (I.D)
Alangkah bagus jika lebih
ramai ODHA berani tampil berkongsi pengalaman secara terbuka, positif, dan
disertai dengan sokongan daripada pihak KKM, golongan agamawan, NGO, dan ketua-ketua
masyarakat untuk menentang salah faham tentang HIV dan AIDS. Ianya sangat
berkesan dan program-program sebegini sepatutnya dijadikan kaedah utama untuk
mendidik masyarakat.
Di kesempatan ini aku mengucapkan terima kasih dan
tahniah kepada Datuk Bandar dan MBJB, Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Johor, Majlis
Agama Islam Johor (MAIJ), pertubuhan-pertubuhan sokongan, Institut Perguruan
Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jawatankuasa-Jawatankuasa Penduduk
setempat dan semua pihak yang terlibat. Mohon maaf atas segala kelemahan diri
dan semoga dapat menjalin kerjasama berkekalan untuk meneruskan usaha murni ini
demi agama, bangsa dan negara.
Sebahagian daripada
para peserta seminar
Diharapkan perkongsian ini dapat meningkatkan sedikit lagi
kefahaman masyarakat tentang isu berkaitan HIV. Getting to Zero. Zero jangkitan baru, zero jangkitan kepada zuriat
dan zero AIDS berteraskan nilai-nilai Islam, Melayu dan kekeluargaan.
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info Berkaitan:
Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/
NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors
Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP
Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Mizan Mirza: positivelypositive77@gmail.com
Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com
Arm Ly: psychonutsbeast@gmail.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com
NGO Sokongan:
Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @
017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (open
group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi
Sokongan khusus kepada komuniti wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (secret group) sila
hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)