Sunday, May 05, 2013

HIV: MEMAHAMI KAITAN TPPA DENGAN TEKANAN KEHIDUPAN SEBAGAI ORANG YANG HIDUP DENGAN HIV (ODHA) SECARA MUDAH


Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA)


Sumber dari sini


Apa itu Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA)?

Ia merupakan satu perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (US) dan 10 lagi negara-negara Asia Pasific (Australia, Brunei, Canada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, dan Vietnam).

Perbincangan tentang perjanjian perdagangan ini telah dimulakan sejak awak 2010 lagi, dengan US menjadi hos utama. Ia dijangka ditandatangani pada Oktober 2013.

Terdapat banyak isu yang dibincangkan dalam perjanjian tersebut walaupun perinciannya masih menjadi rahsia sehingga hari ini. Antara perkara utama dalam TPPA yang diketahui umum adalah akses pasaran, akta pelaburan, telekomunikasi, kerjasama kastam, harta intelek, dan hakcipta terhadap barang-barang kawalan. Negara-negara yang menandatangani perjanjian ini akan tertakluk kepada perkara-perkara yang dipersetujui dalam pengurusan negara masing-masing.

Contohnya, dalam TPPA dinyatakan perlu dikenakan sekatan terhadap bunga hidup yang ingin diimport dari Papua New Guinea. Jika Malaysia menandatangani TPPA, maka seperti 10 negara lain, kita tidak akan boleh mengimport bunga dari Papua New Guinea.

Jadi, apa kaitan perjanjian ini terhadap kita semua?

Untuk pengetahuan semua, kebanyakan kajian dan penemuan ubat-ubatan dalam pelbagai bidang penyakit bermula dari US. Syarikat-syarikat gergasi mereka telah mengeluarkan ubat-ubatan untuk penyakit-penyakit kronik seperti kanser, HIV, hepatitis, viral infection, dan STD. Syarikat-syarikat ini merupakan pengeluar asal ubat-ubatan tersebut dan mereka telah menjadikan ia hakcipta mereka.

Walaupun ubat-ubatan ini berasal dari syarikat-syarikat asal di US, tapi seiring dengan perkembangan semasa, banyak syarikat dari negara-negara lain telah berjaya mengeluarkan ubat yang sama dengan kos yang lebih murah.

Dalam TPPA, dinyatakan bahawa setiap negara hendaklah membeli ubat original sahaja untuk melindungi hakcipta asal. Sekiranya ada pihak dalam negara tersebut cuba membeli ubat yang tidak original, tindakan undang-undang boleh diambil.

Dengan menandatangani TPPA, Malaysia secara automatiknya akan mematuhi perjanjian untuk hanya membeli ubat-ubatan dari syarikat asal. Kita tidak lagi boleh membeli ubat-ubatan dari syarikat-syarikat lain, dan kos untuk membeli ubat original adalah hampir 100 peratus lebih mahal.


Apa kesannya kepada kita?

Apabila kita hanya boleh membeli ubat-ubatan ini daripada syarikat asal, dan dilarang membeli dari negara-negara lain, kos mendapatkan ubat-ubatan akan menjadi sangat tinggi.

Jika kini kerajaan Malaysia mampu memberi ubat-ubatan ini secara percuma kepada pesakit-pesakit kronik berkaitan, dengan peningkatan harga nanti mungkin kerajaan tidak lagi mampu mengedarkannya secara percuma. Akibatnya para pesakit yang memerlukan ubat-ubatan ini perlu mengeluarkan duit sendiri kerana kerajaan tidak lagi mampu menanggung kos ubat-ubatan ini.

Keadaan tersebut tentunya akan menyukarkan sebahagian besar pesakit di dalam negara kita. Majoriti rakyat kita masih lagi berpendapatan rendah dan sederhana, dan kos untuk mendapatkan ubat-ubatan adalah sangat tinggi.

Jadi bayangkanlah jika seorang petani yang menghidap kanser hati yang memerlukan ubat bernilai RM5000 sebulan, dan kerajaan tidak mampu menyediakannya. Bagaimanakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?

Untuk pembawa HIV, ubat HAART adalah sesuatu yang amat diperlukan sehingga akhir nyawa. Sedia maklum bahawa HAART memang terkenal dengan harganya yang sangat mahal, sekalipun sekarang Malaysia masih mendapatkan bekalan dari negara pengeluar lain (generic). Cuba bayangkan jika kita hanya boleh membeli ubat original yang harganya 100 kali lebih tinggi.


Apa yang harus kita lakukan?

Sebagai seorang yang pasti akan terkena tempias TPPA ini, kita perlu mengumpulkan suara untuk menolak perjanjian ini ditandatangani. Mungkin kita semua tidak cukup arif atau mempunyai pengaruh yang kuat untuk berdebat di meja bulat, tapi kita boleh melakukan sesuatu.

Satukan hati dan suara, dan nyatakan pendirian kita. Biar mereka di atas sana (kerajaan, NGO, pemimpin masyarakat) tahu kesusahan kita apabila TPPA ini ditandatangani.

Sila masuk ke laman web 
ini dan tandatangani petisyen menolak TPPA di Malaysia.
http://www.gopetition.com/petitions/suspend-tppa-and-eu-malaysia-fta-talks.html

Ia tidak mengambil masa yang lama. Mudah dan senang. Ambil berat dan ambil kisah. Jangan sekadar mendengar dan tidak melakukan apa-apa. Untuk memperbaiki nasib kita juga bukan?







Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/

NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com

NGO Sokongan:

Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org/
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (open group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi

Sokongan khusus kepada komuniti wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (secret group) sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)