Monday, April 29, 2013

HIV: PROGRAM PENGUKUHAN PLHIV (ODHA)




Ustaz Hanafiah bin Abdul Malek (Sifu Hanafi)

Pada 23 hingga 25 April 2013 yang lalu, aku, Kak Da dan Ummie telah menghadiri Program Pengukuhan PLHIV di Starpoints Hotel, Kuala Lumpur anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Yayasan Ihtimam Malaysia serta Majlis AIDS Malaysia.

Aku dijemput sebagai penceramah dan peserta untuk berkongsi pengalaman dalam dua slot khas. Penyertaan melibatkan ahli-ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), infected, affected, supporters, volunteers, NGOs sokongan seperti Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI), wakil Persatuan Cahaya Harapan Negeri Kedah dan Perlis, Rumah Solehah, NSEP Gemas Negeri Sembilan, PEWAHIM, Persatuan Sinar Sofia Johor Baharu, di samping beberapa orang pemerhati.

Kehadiran peserta adalah daripada seluruh Semenanjung. Mereka bersatu hati dengan tekad yang sama iaitu untuk menguatkan jaringan sokongan, menimba ilmu sebagai bakal pemimpin pelapis komuniti, di samping mengeratkan silaturrahim.

Panduan asasnya adalah Manual HIV/ AIDS & Islam yang diterbitkan oleh pihak JAKIM kerana Islam, Melayu dan kekeluargaan adalah prinsip perjuangan PPWM.

Prof. Madya Dato’ Dr. Faisal bin Ibrahim

Para penceramahnya hebat-hebat belaka. Antaranya Ustaz Zakuan bin Sawai, Ketua Penolong Pengarah (K), Bahagian KSK, JAKIM; Prof. Madya Dato’ Dr. Faisal bin Ibrahim, Universiti Putra Malaysia; Ustaz Hanafiah bin Abdul Malek (Sifu Hanafi), Pengarah Al-Iman Motivation; dan Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamad Syapik, Ketua Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.

Tidak ketinggalan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh professional volunteers seperti Luka Rafieqa dan sedikit sentuhan azimat oleh Roslan (Atok).

Secara peribadi aku paling berminat dengan sesi perkongsian oleh Ustaz Zakuan bin Sawai iaitu Pengenalan HIV/AIDS & Islam, Prof. Madya Dato’ Dr. Faisal bin Ibrahim iaitu Stigma Dan Diskriminasi dan Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamad Syapik iaitu Khusnul Khatimah. Kupasan Prof. Madya Dato’ Dr. Faisal tentang isu stigma dan diskriminasi sangat mendalam.

Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamad Syapik

Sudah tentu sesi paling ditunggu-tunggu adalah sesi yang dikendalikan oleh Sifu Hanafi yang nampaknya sangat rapat di hati majoriti peserta untuk mengenal jati diri.

Kehadiran peserta pula adalah memuaskan walaupun ianya dianjurkan semasa hari bekerja. Komuniti yang tinggal berhampiran sanggup menghadirkan diri sebagai tanda sokongan pada waktu petang atau malam menyertai mana-mana program yang dijalankan ketika itu.

Wartawan Utusan Malaysia dan Berita Harian

Selain daripada aktiviti yang dinyatakan, program tersebut turut mendapat liputan media utama seperti TV AlHijrah, Utusan Malaysia dan Berita Harian serta media online iaitu Putar-putar.com.

Dua orang komuniti yang berstatus HIV positif telah tampil secara terbuka berkongsi pengalaman tentang peluang hidup sihat dan bahagia sama seperti insan lain. Diharapkan berita tersebut dapat memberi sedikit impak pendidikan bermanfaat kepada masyarakat untuk menentang stigma, diskriminasi, dan judgemental.

Walau bagaimanapun, sesuai dengan tajuk program iaitu Program Pengukuhan PLHIV, aku berdoa semoga para peserta yang hadir dapat berkongsi dan menyebarkan ilmu kepada komuniti dan masyarakat.

Ilmu yang diperolehi melalui program yang melibatkan perbelanjaan yang tinggi, tempat yang selesa, dan dihadiri oleh penceramah yang hebat-hebat bukan sekadar diguna pakai untuk diri sendiri.

Input yang diperolehi diharapkan terus mengalir menjadi amal bakti untuk memperjuangkan nasib komuniti. Diharapkan segala penyesalan terhadap kisah silam dipandang sebagai satu didikan Allah untuk menjadi insan yang lebih baik. Kita mampu berjuang dengan cara dan kapasiti masing-masing. Yang penting adalah usaha, kesungguhan dan keikhlasan yang tidak mengenal lelah.

Bagi pihak PPWM, aku mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kepada pihak JAKIM, Yayasan Ihtimam, dan MAC atas kerjasama menganjurkan program yang sangat bermakna ini.

Sifu Hanafi, AHP Pie, Kak Da, Ummie, Ustaz Zakuan

Begitu juga kepada semua penceramah, pihak urusetia, supporters, volunteers, pemerhati, NGOs sokongan dan pihak media. Tidak ketinggalan kepada semua barisan Majlis Tertinggi dan Exco PPWM yang bertungkus-lumus memastikan program ini terlaksana dan para peserta yang hadir.

Jazakumullah kheir. Akhir kata, marilah kita bersatu berjuang menentang stigma, diskriminasi, dan judgmental. Ianya merupakan penganiayaan, kezaliman, dan fitnah kepada komuniti yang berdepan dengan ujian Allah.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP



Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/

NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com

NGO Sokongan:

Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org/
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (open group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi

Sokongan khusus kepada komuniti wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (secret group) sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)