Thursday, February 26, 2015

DISKRIMINASI TERHADAP PLHIV ADA DI MANA-MANA






Berita bertarikh 24 Februari yang disiarkan dalam akhbar Metro Edisi Utara ini menarik perhatianku.

Tajuknya cukup sensasi; "Buru penghidap AIDS" dan berlaku pula di Arab Saudi, sebuah negara Islam yang yang mempunyai 2 buah kota suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah. Ironinya Islam adalah cara hidup yang indah, selamat, kasih sayang, serba sempurna untuk seisi alam tanpa sempadan masa dan status kesihatan. Sedikit pun tiada diskriminasi.

Seperti yang aku selalu perjuangkan bahawa people living with HIV (PLHIV) yang menjalani rawatan mampu sahaja meneruskan kehidupan seperti biasa. Bahkan PLHIV tersebut mungkin lebih sihat berbanding non-PLHIV dan tidak membahayakan sesiapa.

Begitu juga tahap AIDS. Ianya hanya merujuk kepada situasi kesihatan PLHIV tersebut untuk tujuan rawatan. AIDS dan HIV hanya membahayakan PLHIV tersebut sendiri, bukan membahayakan individu lain. AIDS tetap boleh dirawat dan dipulihkan. Yang penting ialah rawatan dan KEPATUHAN kepada rawatan.

Cara jangkitan pula sangat terhad. Tidak pernah terjadi jangkitan akibat makanan disediakan oleh tukang masak yang positif HIV. Bukanlah dengan sekadar berkongsi makanan, bersentuhan, dan terkena darah PLHIV di LUAR TUBUH boleh menyebabkan HIV akan berjangkit.

Tidak masuk akal HIV boleh berjangkit melalui gigitan nyamuk, makanan dalam tin, berkongsi kolam renang, memakai tuala wanita yang dicemari dengan HIV, dan melalui hubungan kasual. Jika berlaku, tolong berikan statistik dan sumbernya.

Ramai sahaja chef dan tukang masak di restoran terkenal yang sebenarnya berstatus PLHIV. Kita sahaja yang tidak menyedarinya kerana mereka sihat seperti orang lain.

Ingatlah, tanpa disedari, setiap hari, masyarakat sentiasa bergaul, berurusan dan dibantu oleh PLHIV daripada pelbagai latar golongan profesional. Cuma ramai yang tidak perasan kerana dalam mind setting mereka, PLHIV adalah individu yang berkudis, tidak berupaya, terlantar, dan sebagainya.




Apakah punca terjadinya sikap tersebut?

-
Terlalu bergantung kepada sumber yang lapuk dan sarcasm yang mengakibatkan stigma, judgemental, dan salah faham.

-
Kononnya PLHIV hanyalah golongan pendosa dan layak menerima balasan akibat perbuatan jahat mereka.

-
Tidak faham bahawa salah faham tersebut meninggalkan kesan sangat negatif terhadap:


1.
infected people (individu yang dijangkiti)

2.
affected people (keluarga rapat mereka)

3.
mangsa jangkitan akibat perbuatan pasangan suami atau isteri

4.
anak-anak yang turut dijangkiti kerana ibu bapa mereka PLHIV yang enggan menjalani rawatan

5.
mangsa jangkitan akibat pemindahan darah atau transplant organ

Apabila pembaca membaca berita begini, maka makin suburlah segala stigma, diskriminasi, dan judgemental yang cuba dihalang. Kita mahukan info yang positif untuk membimbing masyarakat supaya faham tentang HIV dan untuk memberi peluang yang adil kepada PLHIV serta affected people meneruskan kehidupan seperti biasa. Penggunaan istilah PENGHIDAP AIDS tidak tepat dalam penyiaran berita tersebut. 

Hak sesebuah negara untuk menetapkan peraturan mengikut acuan pemikiran mereka, tetapi info yang negatif begini tidaklah perlu disebarkan. Untuk apa? Sedangkan kita tahu faktanya mengelirukan dan menimbulkan salah faham. 

Mungkin PLHIV tersebut mengambil tindakan berkenaan akibat terkejut apabila didiagnos sebagai PLHIV atau tahu beliau mungkin didiskriminasikan kerana berstatus positif HIV.

Bahkan terdapat juga kemungkinan bahawa PLHIV tersebut nekad bertindak demikian demi survival hidup untuk mencari rezeki halal dan kerana beliau tahu beliau tidak membahayakan individu lain melalui penyediaan makanan.

Jika PLHIV tersebut salah di sisi undang-undang negara berkenaan atas sebab-sebab lain, undang-undang perlu dilaksanakan. Tetapi, jika hanya semata-mata disebabkan status kesihatannya, ianya tidak adil. Tidak pernah pula aku jumpa dalil naqli dalam al-Qur'an yang mendiskriminasikan PLHIV dan terdapat hukum yang menunjukkan individu berstatus positif HIV merupakan satu dosa dan kesalahan jenayah. Inilah realitinya nilai keadilan di sisi mata manusia. 

Apa-apa pun, kita perlu menghormati pendirian negara-negara tertentu yang enggan menerima PLHIV bekerja di negara mereka. Malaysia sebenarnya mempunyai dasar yang agak terbuka dalam soal ini. Terpulang kepada PLHIV sendiri membuktikan diri mereka lebih baik sekalipun hidup dengan HIV positif. Merungut tidak akan menyelesaikan masalah dan diharapkan suatu hari nanti usaha-usaha murni untuk meningkatkan kefahaman masyarakat membuahkan hasil.

Jangan nafikan bahawa dalam sesetengah keadaan, kita mungkin turut memiliki "saham" jika terdapat PLHIV yang mengambil jalan mudah untuk menukar agama, meneruskan aktiviti berisiko yang bertentangan dengan nilai moral dan agama demi kelangsungan hidup. Menghukum memang mudah berbanding menyantuni mereka.

Mudah sahaja menyelesaikan masalah HIV ini sebenarnya.

Hentikan stigma, diskriminasi, dan judgemental. PLHIV akan selesa meneruskan kehidupan seperti biasa, mendapatkan rawatan dan mengelakkan mereka membahayakan pasangan dan bakal zuriat. Affected people pun tidak menerima tekanan. Simple!

Apabila faham HIV, faham pula cara mengelakkan jangkitan. Semoga keprihatinan kita mengukuhkan nilai Degree, Master, dan PhD yang kita miliki. Sikap negatif yang menyulitkan keadaan.

Links di bawah boleh dirujuk sebagai panduan kepada PLHIV yang berhasrat untuk bekerja atau menetap di luar negara. Berfikir panjang sebelum mebuat sebarang keputusan:



Getting to Zero.
Wallahu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Monday, February 23, 2015

HIV: TAKUTKAN RAWATAN HAART?





Trooottt... trooottt!!!


-
Hello, awak ni siapa? Saya nak tanya tentang HIV.
(sambil menangis teresak-esak)

-
Assalamualaikum. Siapa yang bercakap? Nak bercakap dengan siapa? Kalau nak bercakap dengan saya, tolong perkenalkan diri dan tempat tinggal.

-
Waalaikumussalam. Saya Tom Harlem dari Pahang. Saya dapat nombor awak dari blog. Awak doktor?

-
Saya bukan doktor. Saya PLHIV, penulis blog tu.

-
PLHIV tu apa?

-
People Living With HIV (PLHIV).

-
Awak ni ada HIV lah?

-
Ya.
(Aku masih cuba bersabar)

-
Saya takut nak mulakan rawatan HAART. Saya risaukan kesan sampingannya.

-
Contoh?

-
Saya Google dan banyak baca bahawa rawatan tersebut mengakibatkan kesan sampingan yang teruk. Steven Johnson, kulit kehitaman, kurus kering, muntah, kulit pecah-pecah, dan macam-macam lagi.

-
Google mesti berdasarkan sumber yang valid dan terkini. Jangan bergantung kepada sumber atau pendapat lebih daripada 5 tahun yang lalu kerana rawatan bersifat sangat dinamik.

Kesan sampingan awal tidak semestinya berlaku dan ianya subjektif. Biasanya, kesan sampingan awal berlaku ketika tubuh baru cuba menyesuaikan diri dengan ubat yang baru diambil.

Ada yang mempunyai sedikit kesan sampingan peringkat awal dan ada yang langsung tidak mempunyai sebarang masalah.

Umpama orang baru mula cuba makan durian. Pada peringkat permulaan, mereka mungkin mengalami pening kepala. Tetapi, setelah tempoh tertentu, ianya tidak berlaku lagi. Sama sahaja dengan mana-mana pesakit kronik yang baru memulakan rawatan.

Atau mungkin disebabkan alahan dengan kandungan tertentu dalam ubat tersebut seperti kandungan sulfur dan sebagainya. Bergantung kepada tubuh masing-masing.

Ubat HAART telah dikaji dan diuji serta diberikan mengikut dos yang mampu ditanggung oleh tubuh manusia.

Doktor akan sentiasa pantau dari semasa ke semasa. Tidak perlu takut dan jangan bergantung kepada maklumat yang tidak tepat.

Peluang hidup sihat dan rawatan awal lebih baik berbanding lewat. Jika berlaku sedikit cabaran pada peringkat awal, jangan dijadikan halangan. Mudah cakap, betulkan mind setting. Jangan fikir terlalu jauh.

Saya sendiri lalui rawatan HAART. Biasa-biasa sahaja. Anggap seperti makan jamu awet muda, sudahlah. Manfaatnya jauh melebihi sedikit cabaran peringkat awal.

Yang penting ialah fikiran dan sikap kita. Ada masalah, ada penyelesaiannya. Allah tidak pernah menyusahkan kita. Terpulang kepada kita untuk berfikir.

-
Ada tips tak untuk menghadapinya? Saya takutlah. Saya tidak yakin. Macam mana dengan karier saya, anak isteri saya, dan jika keluarga saya tahu?

-
Cuba bertenang. One by one. Ikut steps. Bukan semua masalah dapat diselesaikan dalam satu hari. Tips lain saya akan kongsi selepas memulakan rawatan. Maaf bertanya, sudah berapa lama diagnosed?

-
Saya belum jalani rapid test... sebab saya takut walaupun saya sentiasa melakukan aktiviti berisiko!


(Adeihhh!!! Panjang lebar aku terangkan. Rupa-rupanya rapid test pun belum buat. Kenapalah setiap hari ada saja aku jumpa kes sebegini? Sob... sob... sob!!!)




Test dulu, dapatkan result, dan barulah fikir langkah seterusnya. Tolonglah faham dan sayangi diri dan keluarga sendiri. Hentikanlah aktiviti berisiko. Sampai bila mahu begitu dan bertuhankan nafsu? Hidup kita bukan menongkat langit. 

Ketahui status kesihatan dan dapatkan rawatan awal adalah lebih baik untuk diri sendiri, untuk mengelakkan jangkitan kepada pasangan dan zuriat. Cukup-cukuplah menzalami diri dan keluarga sendiri.





Getting to Zero.
Wallahu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:


Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Friday, February 20, 2015

HIV: MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT. TIADA DIAGNOS ONLINE!





Antara punca jangkitan utama jangkitan HIV adalah sikap ambil mudah dan merasakan pasti diri atau keluarga kita tidak berkaitan. "Itu hanya isu golongan tertentu."

Apabila terdedah atau melakukan aktiviti berisiko, hanya melalui rapid test sahaja caranya untuk tahu status kesihatan. Jangan bergantung kepada simptom kerana simptom sangat subjektif. Bahkan ada yang tidak mengalami sebarang simptom dan tanpa sedar telah menjangkitkannya kepada pasangan.

Tahu awal dan rawatan awal adalah yang terbaik. Past is past!

Kes 1:

Troott... trottt...!

-
Assalamualaikum, abang. Saya nak tanya sikit boleh?

-
Waalaikumussalam. Tolong perkenalkan diri dan tempat tinggal sekarang.

(Tujuan untuk senang berkomunikasi dan memudahkan urusan bantuan / sokongan jika diperlukan di kawasan berdekatan)

-
Saya Pie, tinggal di Temerloh. Saya nak bertanya kepada abang tentang HIV. Saya gatal pada kulit sehinnga saya tidak tahan untuk menggaru dan meninggalkan kesan merah pada kulit. Dan ada nodus limfa di bahagian leher. Tapi saya belum membuat HIV test lagi. Saya rasa takut dan hilang keyakinan diri sekiranya keputusan saya positif.

-
Test dulu, dapat result baru saya boleh berikan pandangan dan fikirkan bantuan yang perlu JIKA positif. Wallahu A'lam.

-
Okay abang. Terima kasih. Tapi saya tidak ada flu seperti demam dan sebagainya.

-
Jawapan saya tetap sama. Test dulu. Wallahu A'lam.

-
OK.

Kes 2:

Troott... trottt...!

Bla, bla, bla... yada, yada, yada...
(Seperti di atas)

-
Boleh bagitahu saya apa aktiviti berisiko yang telah Pie lakukan?

(Tujuan untuk menilai kefahaman dan setakat mana kebenaran tentang aktiviti berisiko yang dikatakannya. Maklumlah simptom yang digambarkannya terlalu banyak).

-
Saya telah meraba kemaluan pasangan saya dan sering berkongsi makanan serta minuman dengannya. Sejak itu saya cukup risau jika dia ada HIV dan menjangkitkannya kepada saya.

 (Walaupun ketika itu aku boleh tahu tahap pendedahannya terhadap risiko tetapi masih ada 2 kemungkinan:

1. Berbohong tentang aktiviti berisiko sebenar yang telah dilakukan.
2. Anxiety disorder.

-
Saya cadangkan Pie jalani rapid test dulu. Sila jalani juga ujian STI (sexually transmitted infections). Jika HIV positif, baru boleh saya bantu. Selain itu, sila baca entries WAJIB blog saya.

(Tujuannya untuk kepastian dan untuk memberikannya rasa "serik." Belajar daripada pengalaman).

-
Tapi saya takut bang!

-
Saya tidak tahu cara untuk membuat Pie berani. Hanya ujian HIV sahaja cara untuk tahu. Wallahu A'lam.

-
Bang, tolonglah. Bagaimana untuk jadikan saya kuat dan tabah?!

-
Taubat nasuha, jaga solat 5 waktu, solat dhuha, baca Qur'an dan lagi bagus kalau tambah solat tahajjud.

-
Saya tak mampu buat semua tu, bang!

-
Saya pun tak mampu nak tolong. Assalamualaikum.




Maaf ya. Aku memang tidak mampu melayan soal emosi dan perlu fokus terhadap ramai lagi yang betul-betul memerlukan pertolongan. Bersikap negatif tidak akan membawa kita ke mana-mana.


Getting to Zero.
Wallahu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Friday, February 13, 2015

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-44




My Best Doctor
Dr. IskandarFirzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician


Maaf perkongsian pengalaman ini lambat dipaparkan disebabkan aku sekeluarga antara yang diuji dengan banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini. Walau bagaimanapun, faktanya masih relevan.


Date: 9 January 2015
Day: Friday
Time: 3.59 pm
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan

Routine check-up:

Weight: 74.8 kg
Blood pressure: 120/76 (normal)
Pulse rate: 66/min (regular)
Glucose: 11.5 (random)
Temperature: 36.5°C
Mouth: No oral candidiasis
No jaundice

Temujanji kali ini turut ditemani Kak Da, Ummie, dan Danial.

Dr. Iskandar mengingatkan aku tentang ujian darah yang perlu aku jalani pada 26 Januari 2015, waktu pagi.

Selesai routine check-up, aku meneruskan consultation dengan bertanyakan beberapa soalan yang diajukan oleh rakan-rakan komuniti. Untuk urusan peribadi, tiada apa yang mahu aku tanyakan.


Soalan 1:

Secara asasnya, tiada risiko jangkitan HIV di pusat rawatan dialisis. Walau bagaimanapun, adakah hanya hospital-hospital tertentu sahaja yang menyediakan rawatan dialisis untuk people living with HIV (PLHIV) atau adakah ianya boleh dilakukan di mana-mana sahaja hospital yang menyediakan kemudahan tersebut?




Jawapan:

Pusat rawatan dialisis terdapat di semua hospital kerajaan. Sama ada seseorang individu itu PLHIV atau tidak, keperluan menjalani rawatan dialisis tetap perlu dipenuhi.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga (precaution) dan untuk mengelakkan sebarang pertikaian, beberapa langkah perlu dipertimbangkan khusus kepada jenis-jenis penyakit yang berjangkit melalui darah seperti Hepatitis B, Hepatitis C, dan HIV.

Prosedur khas tertentu perlu dipatuhi. Contohnya, mungkin pihak hospital menyediakan mesin khas untuk patients yang disebut tadi atau mungkin perlu diberi giliran terakhir menggunakan mesin rawatan dialisis pada hari berkenaan.

Standard of procedure (S.O.P.) yang terlibat ialah setiap mesin yang telah digunakan akan dipastikan selamat untuk digunakan oleh patients seterusnya. Tiada isu besar untuk perkara ini, kecuali pusat rawatan dialisis swasta.

Pusat rawatan dialisis swasta menjalankan perniagaan yang berasaskan keuntungan. Mereka perlu memaksimumkan penggunaan mesin-mesin rawatan dialisis mereka.

Jika ada mesin yang hanya dikhaskan untuk patients Hepatitis atau HIV sahaja, mungkin pendapatan mereka akan berkurangan kerana tidak ramai pesakit dalam kategori tersebut yang memerlukannya.

Patients ginjal tidak boleh pergi begitu sahaja ke mana-mana pusat rawatan dialisis swasta yang mereka mahu. Pusat rawatan dialisis swasta bukanlah klinik kerajaan.

Hanya nephrologist (pakar penjagaan dan rawatan ginjal) dari hospital yang boleh merujuk mereka kepada pusat rawatan dialisis swasta tertentu. Ini kerana terdapat kuota tertentu di pusat rawatan dialisis swasta.

Nephrologist berkenaan juga tahu pusat rawatan dialisis swasta tertentu yang boleh menerima PLHIV.

Pusat rawatan dialisis swasta perlu menerima patients dari hospital kerajaan. Ini kerana pusat rawatan dialisis swasta diberi subsidi oleh pihak kerajaan. Kerajaan sekadar outsource rawatan dialisis kepada pihak swasta.


Soalan 2:

Apakah pendapat doktor tentang pengambilan ubat penahan sakit atau painkillers yang kuat di kalangan PLHIV?

Jawapan:

HAART tidak berinteraksi dengan kebanyakan ubat yang lain. Contohnya, seorang PLHIV yang demam dan menjalani rawatan HAART boleh mengambil antibiotik.

Painkillers seperti Panadol™ dan Celebrex™ mempunyai kesan yang sama.


Analgesic Ladder


Paracetamol atau PCM (contohnya Panadol™), NSAID, dan COX2 inhibitors adalah peringkat pertama painkillers yang mempunyai keberkesanan yang sama.

Bezanya adalah jangka masa painkillers tersebut berada di dalam tubuh. PCM bertahan selama 6 jam di dalam tubuh; NSAID 12 jam atau 24 jam; dan COX2 inhibitors 24 jam.

Beza yang lain adalah kesan painkillers tersebut terhadap organ dalaman tubuh jika diambil tanpa kawalan. NSAID mungkin memberi kesan sampingan terhadap perut dan ginjal. COX2 inhibitors pula mungkin memberi kesan sampingan terhadap jantung.

Painkillers pada peringkat ini boleh dibeli dengan mudah di farmasi tempatan.

Adalah sangat digalakkan untuk yang memerlukan hanya mengambil Panadol™ Actifast sahaja untuk mengurangkan kesakitan. Selepas 6 jam, jika masih sakit, kita boleh mengambilnya lagi. Selepas 6 jam, jika sudah tidak sakit, ianya memadai.


Soalan 3:

Puan X telah menjalani pemeriksaan dengan doktor tentang kesuburan. Persoalannya, doktor telah melarang Puan X dan suami melakukan hubungan intim dalam tempoh sebulan sebelum ujian dijalankan. Betulkah begitu?

Jawapan:

Doktor pakar obstetrics and gynaecology (O&G) atau sakit puan perlu memeriksa tahap kesuburan Puan X.

Antara prosedur yang perlu dijalankan adalah hysterosalpingogram (HSG).

hysterosalpingogram (HSG) is an X-ray test that looks at the inside of the uterus and fallopian tubes and the area around them. It often is done for women who are having a hard time becoming pregnant (infertile).

Sumber: sini




HSG ini tidak membolehkan Puan X untuk membuat hubungan kelamin selama seminggu untuk memastikan ujian tersebut lebih tepat.

Selain itu, ujian tahap kesuburan turut melibatkan ujian darah dan pemantauan kitaran haid. Jika kitaran haid adalah tetap (regular), maka tahap kesuburan adalah baik dan membuktikan hormon adalah bagus.

Ujian darah perlu dilakukan sebanyak 3 kali:

Kali pertama: Hari pertama haid
Kali kedua: Hari ke-14 selepas hari pertama haid
Kali ketiga: Hari ke-21 selepas hari pertama haid

Pemeriksaan terhadap suami juga boleh dijalankan. Sampel air mani (semen) akan diuji. Tiada larangan kepada Puan X dan suami untuk melakukan hubungan kelamin. Bahkan ujian ini boleh dijalankan di mana-mana klinik kesihatan sahaja.


Soalan 4:

Adakah merbahaya jika seseorang individu itu dijangkiti denggi untuk kali ketiga?




Jawapan:

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus serotype yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3, dan DEN 4.

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja. Bermakna, kita tidak akan dijangkiti denggi jenis yang sama pada kali kedua.

Secara umumnya, akibat tindak balas (cross reactivity) di antara keempat-empat jenis virus tersebut, demam denggi untuk virus yang seterusnya akan menjadi lebih teruk.

Jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh dijangkiti lebih daripada sekali seumur hidupnya.


Soalan 5:

Bolehkah herpes disembuhkan?




Jawapan:

Setakat ini, tidak ada penawar untuk herpes. Apabila seseorang itu mempunyai virus herpes, ianya akan kekal di dalam tubuh. Virus tersebut akan hidup pasif (dormant) dalam sel-sel saraf sehingga sesuatu menyebabkannya aktif kembali.

Walau bagaimanapun, rawatan Aciclovir boleh digunakan untuk merawat herpes. Aciclovir akan menekan (suppress) virus herpes daripada terus merebak.

Menurut Akta Penyakit Berjangkit, mereka yang mempunyai herpes mesti memaklumkan perkara tersebut kepada pasangan masing-masing. Jika tidak, pihak hospital akan memaklumkannya kepada pasangan tersebut.


Wallahu’alam.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.




Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat professional dan cemerlang.


Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:
  
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com