Date: 12 February 2014
Day: Wednesday
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan
Time: 5.06 pm
Seperti mana biasa, aku ditemani Kak Da dan Ummie. Pertemuan dengan Dr. Iskandar sentiasa dimulakan dengan routine check-up iaitu weight, blood pressure, body temperature, dan mouth.
Weight: 71.2 kg
Blood pressure: 118/66
Temperature: 36.2°C
Mouth: No
oral candidiasis
Aku mengambil kesempatan bertanya kepada Dr. Iskandar
tentang kadar blood pressure normal dan
HbA1c ideal. Beliau memberitahu bahawa kadar blood pressure normal adalah < 140/90, manakala HbA1c ideal
adalah < 6.5. Alhamdulillaah. Menurut Dr. Iskandar, setakat ini kadar blood pressure dan HbA1c ku sentiasa
normal dan ideal.
Memandangkan bacaan blood pressure agak rendah berbanding normal, aku meminta
penjelasan lanjut daripada Dr. Iskandar.
Dr. Iskandar menerangkan bahawa kadar blood pressure yang rendah adalah jika
berserta dengan simptom. Contoh simptom tersebut adalah hypertension. Sekiranya kadar blood
pressure yang rendah seperti 90/40 atau 80/40 tetapi hadir tanpa simptom, then it should be alright.
Dr. Iskandar juga memberikan sedikit kaunseling tentang
kombinasi dan regime terbaru rawatan
HAART yang dicadangkan berdasarkan kondusi tertentu kesihatanku. Regime Combivir iaitu kombinasi
Zidovudine dan Lamivudine yang ku ambil sekarang ada kemungkinan telah
menyebabkan sel darah merahku berkurang.
(U.P: Lain individu, lain kesan sampingan)
Dr. Iskandar menyarankan agar aku mengambil regime baru iaitu Tenofovir untuk
menggantikan Combivir selain Kaletra sedia ada. Diharapkan agar gabungan regime Tenofovir ini lebih serasi kerana
ia sepatutnya tidak mengurangkan sel darah merah dan akan dapat meningkatkan semula
sel darah merahku.
Ianya perlu diambil pada waktu pagi, selepas atau
sebelum makan. Ubat ini tidak boleh terdedah secara direct kepada cahaya matahari, tetapi tidak menjadi masalah andai sesekali
terpaksa ditinggalkan dalam kenderaan semasa parking waktu tengah hari.
Oleh itu, jadual rawatan HAART terbaruku adalah sebiji
Tenofovir pada waktu malam, sebiji Lamivudine pagi dan sebiji malam, dua biji
Kaletra pagi dan dua biji malam.
Untuk memulakan regime
terbaru ini bukanlah satu masalah kepadaku. Jika dibaca senarai kemungkinan long term side effects yang terdapat pada
medication guide, memanglah ada
pelbagai kemungkinan negatif. Tetapi hakikatnya, apa sahaja ubatan atau makanan
yang diambil secara berterusan akan memberikan kesan sampingan. Hidup memang
sentiasa berdepan risiko dalam apa jua perkara. Aku tidak mahu serabutkan fikiran
dengan perkara yang di luar kawalan. Berusaha itu WAJIB.
Metformin (ubat diabetes) pula kekal seperti biasa
iaitu sebiji pagi dan sebiji malam. Ianya perlu diambil berserta dengan
hidangan yang sedang dimakan. Selain itu, terdapat beberapa biji vitamin lain
yang perlu diambil berdasarkan kondusi kesihatan semasa. Semua senarai
ubat-ubatan @ jamu awet muda tersebut sedap sehingga menjilat jari, hehehe…
(U.P: Ubat diabetes perlu dimakan sebaik sahaja
selepas sarapan pagi dan makan malam. Bukan selepas setengah jam makan dan
sebagainya seperti yang diamalkan oleh kebanyakan pesakit diabetes.)
Aku seterusnya meluahkan beberapa perkara yang sedang dihadapi
kepada Dr. Iskandar untuk mendapatkan pandangan dan nasihat profesional beliau.
Aku akur kebelakangan ini sentiasa berdepan dengan stress, fizikal terasa
semakin lemah, letih lesu, ketidakselesaan pada otot, dan insomnia.
Sebahagian daripada stress tersebut adalah akibat
tekanan birokrasi di tempat kerja yang tidak sesuai aku kongsikan secara
terbuka. Apabila aku bersikap terbuka dengan statusku sebagai Orang Yang Hidup
Dengan HIV (ODHA) dan kelihatan sentiasa bergerak aktif ke seluruh negara sedangkan
aku seorang penjawat awam, sudah tentu ada tekanan-tekanan tertentu yang perlu
diterima.
Dr. Iskandar mencadangkan beberapa cara penyelesaian. Menurut
beliau, ada kemungkinan rasa lesu dan lemah yang ku alami berkaitan dengan
stress. Situasi tersebut diistilahkan sebagai psychosomatic.
Psychosomatic means mind
(psyche) and body (soma). A psychosomatic disorder is a disease which involves
both mind and body. Some physical diseases are thought to be particularly prone
to be made worse by mental factors such as stress and anxiety. Your current
mental state can affect how bad a physical disease is at any given time.
(Source)
Secara umumnya, psychosomatic
adalah penyakit yang melibatkan minda dan tubuh badan. Sesetengah penyakit
fizikal berkemungkinan menjadi lebih teruk akibat faktor mental seperti tekanan
dan kebimbangan. Keadaan mental seseorang itu boleh memberikan kesan kepada
sesuatu penyakit fizikal yang dialami (klasiknya ayat aku... huhu…).
Psychosomatic ini biasanya apabila seseorang pesakit
yang sebenarnya sedang mengalami stress, tetapi mengadu mengalami kesakitan
fizikal yang lain. Di samping itu, Dr. Iskandar juga menyatakan bahawa aku
sedang mengalami adjustment disorder
(gangguan pelarasan) jadual harian atau tekanan semasa.
Aku dinasihatkan supaya prioritize dan adjust mind
setting dengan beberapa perkara baru untuk menangani stress dan mesti cope dengan keadaan yang sedemikian.
Jika perlu, Dr. Iskandar sekali lagi mentioned tentang pencen pilihan atas
alasan perubatan atau medical board
sebagaimana yang pernah dinyatakan pada pertemuan sebelum ini. (Sila rujuk entry
Bertemu Dr. Iskandar Kali Ke-33)
Sejujurnya, bukanlah soal jalan penyelesaian yang aku
perlukan. Tetapi aku perlukan 2nd opinion
sebelum membuat keputusan terbaik dan selesa berkongsi rasa tersebut dengan
seseorang (doktor) yang dipercayai dan memahami. Segala ujian dan penyelesaian
adalah atas keputusanku sendiri. Aku yang bertanggungjawab terhadap keputusan
hidupku. Disebabkan ODHA sering berdepan tekanan tertentu, rawatan kaunseling
dan farmakologi memang saling berkait.
Berkenaan dengan insomnia, Dr. Iskandar sekali lagi menerangkan
tentang sleep hygiene. Menurut Dr.
Iskandar, untuk mendapatkan tidur yang mencukupi pada waktu malam, aku perlu
aktif pada waktu siang. Nap atau
tidur seketika pada waktu siang tidak mengapa, tetapi jangan sleep atau tidur lama.
Bilik yang digunakan untuk tidur pada waktu malam juga
hendaklah berada dalam suasana untuk tidur sahaja, bukannya sebagai kamar
menonton televisyen, bilik bacaan, aktif menggunakan telefon bimbit atau komputer,
atau sebarang aktiviti lain selain daripada untuk tidur.
Soalan-soalan umum
Pendapat Dr. Iskandar tentang
SIGNAGE
Seterusnya, aku meminta pandangan Dr. Iskandar tentang
amalan sesetengah hospital yang meletakkan simbol-simbol tertentu (signage) di kepala katil wad pesakit atau
pada kad rawatan tertentu yang menunjukkan bahawa pesakit tersebut menghidap
penyakit-penyakit tertentu khususnya ODHA.
Dr. Iskandar menyatakan
bahawa tindakan tersebut adalah suatu diskriminasi dan tidak boleh dilakukan
sama sekali. Sekiranya pesakit tersebut memang “merbahaya” dan mempunyai risiko
untuk menjangkitkan sebarang kuman kepada individu lain, maka beliau boleh
sahaja ditempatkan di Isolation Room.
Kakitangan KKM perlu mengamalkan
universal precaution dan merawat
semua pesakit secara saksama. Ianya adalah merupakan standard of procedure (SOP) KKM.
Pihak Malaysian AIDS Council (MAC) sepatutnya bertanggungjawab
memperjuangkan perkara ini.
Epileptic
Aku juga sempat bertanya satu soalan daripada salah
seorang ahli komuniti kepada Dr. Iskandar. Ianya berkaitan dengan seorang epileptic yang mahu memohon lesen
memandu.
Menurut Dr. Iskandar, epilepsi berlaku pada bila-bila
masa sahaja, tidak dapat dikawal, dan tidak mempunyai sebarang trigger. Seorang epileptic tidak boleh sama sekali dipertanggungjawabkan untuk
mengoperasikan sebarang mesin yang berat. Itulah antara rasional mengapa
seseorang yang mahu memohon sebarang jawatan perlu memaklumkan tentang status
kesihatan mereka kepada pihak majikan.
Seorang epileptic
memang tidak boleh diberikan lesen memandu oleh pihak Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ). Undang-undang tersebut dikuatkuasakan ekoran daripada definisi
epilepsi. Walau bagaimanapun, sekiranya seorang epileptic itu telah bebas atau tidak lagi pernah mengalami sebarang
siri epilepsi selama dua tahun berturut-turut dengan rawatan dan perakuan
daripada pihak doktor, maka permohonan lesen memandu boleh dipertimbangkan.
sila
share
Itu sahaja
perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua.
Jazakumullah kheir kathira
kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading,
Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat profesional dan cemerlang.
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
Info Berkaitan:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga
dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk
menyertai, sila hubungi admins yang berikut: