Saturday, February 18, 2012

HIV: SIKAP KITA





Dalam lama saya berkhidmat di AHP atau Aku HIV positif. Bagi saya ianya merupakan suatu pengalaman yang sangat menarik, sungguh seronok dan tidak ada galang gantinya dengan yang lain. Di sini saya mula kenal erti kehidupan dari kaca mata orang lain, seumpama baru terdedah dengan realiti masyarakat. Kalau dulu, saya hanya dalam dunia yang tersendiri, sekarang tidak lagi. Saya jumpa banyak insan yang diduga Allah, bukan sahaja PLHIV, bahkan sakit-sakit kronik yang lain. Saya tidak mampu menukar pengalaman atau pun menanggung kesusahan sahabat-sahabat saya yang diduga ini, namun berkawan dengan mereka menyedarkan saya langit itu tinggi atau rendah, menyedarkan saya bumi yang saya pijak ini bagaimana keadaan tanahnya, sama ada berpasir atau pun lembut dek alas rumput yang menghijau.

Namun, jauh di sudut hati saya, saya terkilan dengan beberapa sikap manusia yang mudah mengambil jalan mudah. Ada di antara pengunjung yang datang tanpa salam dan ucapan manis, bertanya pelbagai soalan pelik. Mahu dilayan bagai raja. Malulah sikit dengan sikap sebegitu. Mana adab sebagai seorang 1Malaysia yang konon-kononnya dibanggakan dengan pelbagai budaya? Saya yakin sama ada budaya Cina, India, mahupun Iban, apatah lagi Melayu mesti ada budaya beradab. Kita masyarakat timur yang kaya dengan budaya sopan-santun.

Saya langsung tidak marah andai yang bertanya itu pertama kali, tidak tahu khazanah apa yang terkandung di dalam blog AHP. Langsung saya tidak marah, bahkan jika mereka dikasari, saya yang akan membela mereka. Namun, layanan saya tidak dianggap sebagai satu peluang untuk mereka mengenali blog tersebut dengan lebih baik, tetapi diambil kesempatan. Kesempatan yang bagaimana? Kesempatan bertanya pelbagai soalan seperti anak burung yang membuka mulut hanya menunggu si ibu memasukkan cacing ke dalam mulut. Sudah diberi link untuk dibaca tetapi tidak mahu baca. Bila saya tanya sudah baca? Jawabnya baca tapi masih bertanya soalan yang sama. Apa ni? Haprak pun tak dak... baca apa?


Itulah sikap pengunjung dan saya tahu mereka majoritinya adalah Melayu, jarang berbahasa asing dan datang meninggalkan komen di blog tersebut kalau adapun perkongsian positif yang akan dikongsi. Nak bukti? Saya boleh tunjukkan bukti beberapa non-Muslim termasuk muallaf HIV positif yang datang berkongsi sesuatu yang positif, biarpun mereka tidak selalu berkunjung ke blog tersebut.

Marah dah terkilan saya boleh saya pendamkan namun untuk apa? Masyarakat dan bangsa saya asyik merengek meminta dikasihani. Manja dan malas itu dijadikan budaya hanya mahu dibelai-belai disayang-sayang. Tolonglah, saya bukan manusia begitu! Saya bersikap profesional dan mahu membantu dengan cara memberikan jaring atau pancing ikan, bukannya dengan cara memberikan ikan.

Saya yakin luahan hati saya tidak dibaca mereka. Ye lah, nak baca info HIV pun malas, asyik nak tanya je, manalah nak baca bebelan saya. Yang rajin baca dan memberikan kritikan, pandangan dan sokongan adalah orang yang sama, asyik-asyik muka yang sama. Bukan muak, tapi saya sedia maklum akan potensi diri mereka yang berjaya bangkit daripada kemelut diri. Tidak percaya? Pergilah sang malas, ko baca link-link di tepi sebelah kanan blog AHP. Owh, tak nampak. Mungkin kerana menggunakan komputer berjenama. Mungkin tidak seperti saya yang hanya menggunakan peralatan lekeh! Malas sudah saya melayan anak-anak burung ini, biarlah mereka mati kelaparan!


Saya cabar para pengunjung yang baru datang cari maklumat dan berkongsi dengan kami. Apa macam, ada brand ka? Tak payah la korang… Baik masuk lubang tikus dan menyorok dalam lubang tuh. Biar takut dan kering dalam lubang tikus dek kerana takutkan bayang-bayang kucing.

Saya juga ada keinginan nak berkongsi maklumat dengan PLHIV dan users yang baru, bertukar maklumat yang baru dan merasa sesuatu yang baru… Takkkkkk! Ni hampeh… Habuk pun tarak. Yang ada hanyalah anak kecil menangis merengek minta susu.

Berdikarilah wahai anak bangsaku. Jadilah seseorang yang orang lain boleh bergantung kepada kamu, yang orang boleh harapkan kamu, yang orang lain merasa bila kau komen saja, semua orang nak baca, bukannya MENYAMPAH atau MENYUMPAH!!!

Ini bukan marah. Ini teguran buat users baru yang asyik nak disuap. Ini hanyalah luahan hati berbentuk perjudian yang belum tentu dibaca oleh pemalas-pemalas negara.


BYE.

Sumber: sini
Republished by: Lifejacket