Tuesday, February 14, 2012

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN (14)

My best doctor. 
Dr. Iskandar Firzada bin Osman.

MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician


Semalam 13 Februari 2012 (Isnin) aku hadir ke Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan bertemu Dr. Iskandar sebagai PLHIV untuk kali yang ke 14 bagi menjalani ujian darah untuk CD4 count dan HbA1c.

CD4 dah ramai yang tahu kalau rajin baca blog ni. HbA1c mungkin kurang sikit. Apa maksud HbA1c tu?

Maksud HbA1c ialah hemoglobin A1c, haemoglobin A1c terglikosilat, glikohemoglobin A1c atau ujian A1c. Ianya merupakan ujian makmal yang mengemukakan purata glukosa darah untuk jangkamasa merangkumi dua - tiga bulan.

Secara khusus, ia mengukur bilangan molekul glukosa yang terikat kepada hemoglobin, suatu bahan dalam sel darah merah. Orang yang tidak mengalami diabetes biasanya mempunyai takat HbA1c kurang daripada 6 peratus. Ini bermakna kurang daripada 6 peratus molekul hemoglobin terikat secara kekal kepada glukosa.

Berdasarkan kepada hasil kajian, kawalan ketat glukosa dalam darah boleh mengurangkan risiko terhadap kerosakan mata, buah pinggang dan penyakit saraf akibat diabetes.

Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan supaya penghidap diabetes cuba mengawal takat HbA1c di bawah 7 peratus.

(Wah, amacam, ada macam pandai tak aku cerita pasal HbA1c? Hahaha… manalah aku tahu sangat semua tu, aku google je!)

Pada temujanji kali ini tak banyak topik secara khusus yang kami bincangkan kerana aku baru sahaja menghadiri temujanji dan kaunseling sebelum ini. Ada bebarapa maklumat yang aku minta pendapat Dr. Iskandar tetapi maklumat-maklumat tersebut akan aku selitkan di sana sini dalam entry berikutnya.

Entry kali ini lebih kepada dokumentasi pertemuan aku dengan Dr. Iskandar secara formal untuk dikongsi bersama para pembaca blog ini.

Jumpa lagi selepas ini dengan entry yang bertajuk: “HIV: DEDIKASI KHAS UNTUK PAPA”