Saturday, September 21, 2013

PENAWAR HEPATITIS



Bersama Haji Lokman Abdul Hamid


Soalan:

Assalamualaikum Saya pengidap hepatitis lebih 3 tahun. Mengikut doktor saya dijangkiti virus hepatitis, tetapi saya sendiri tidak tahu punca dan bagaimana. Kini perut saya besar seperti busung. Mata dan kulit saya menjadi kuning. Doktor mengatakan hati saya berparut dan mengeras. Adakah masih ada harapan untuk saya sembuh dengan cara rawatan Al-Quran?


Jawapan:

Waalaikumussalam. Insya-Allah penyakit hepatitis boleh diubati jika diizin Allah. Terdapat tiga jenis hepatitis iaitu hepatitis A, B dan C. Penyakit hepatitis boleh jadi kronik sehingga sirosis (penyakit hati kronik) dan mungkin boleh menular menjadi kanser hati.




Statistik

Mengikut statistik Yayasan Hati Malaysia (MLF), satu daripada 20 rakyat Malaysia menghidap penyakit berkaitan hati. Lelaki paling ramai penghidap hepatitis yang mendedahkan kepada penyakit barah hati.

Terdapat 2.5 juta rakyat negara ini dikesan menghidapinya, kebanyakannya lelaki. Sabah dan Sarawak mencatatkan kadar tertinggi bagi penghidap virus hepatitis B, manakala Kelantan pula Hepatitis A. Lima hingga lapan peratus rakyat Malaysia pembawa Hepatitis B.

Penyakit hepatitis dihidapi kira-kira 350 juta orang seluruh dunia. Lelaki lebih ramai menghidap barah hati mungkin disebabkan mereka kurang mementingkan kebersihan serta tidak mengamalkan pemakanan sihat.

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, hampir setiap hari kami merawat pesakit hepatitis sehingga pesakit kanser hati tahap empat. Dengan izin Allah ramai pesakit beransur sembuh dan boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.




Pengenalan

Hepatitis bermaksud kecederaan kepada hati dengan keradangan sel hati disebabkan jangkitan virus hepatitis. Hati adalah kelenjar terbesar dalam badan manusia yang terdiri daripada beribu-ribu lobul, setiap lobul terdiri daripada sel hati yang menjadi asas metabolik hati.

Hati adalah salah satu organ penting dalam badan manusia dan mempunyai pelbagai fungsi termasuk detoksifikasi (bertanggungjawab menapis bahan toksik); penyimpan vitamin A, D, K, B12 dan mineral; sintesis protein (membuat asid amino tertentu - blok pembinaan protein).

Hati turut berfungsi mengeluarkan biokimia yang diperlukan untuk pencernaan seperti hempedu; mengekalkan tahap glukosa dalam darah; menghasilkan 80 peratus daripada kolesterol badan; mengurai sel-sel darah merah; mengeluarkan hormone; dan menghasilkan urea (bahan utama air kencing).

Hepatitis boleh sembuh dengan sendiri tanpa sebarang kesan atau boleh bertambah buruk sehingga menjadi parut hati. Hepatitis akut akan sembuh dalam masa kurang enam bulan, manakala hepatitis kronik mengambil masa lebih lama. Terdapat lima jenis hepatitis lazim dihidapi manusia disebabkan oleh virus hepatitis A, B, C, D, dan E:

Hepatitis A – disebabkan makanan atau minuman yang dijangkiti dengan virus HAV (Virus Hepatitis A). Seks oral dan anal juga boleh menjadi penyebab. Hampir semua yang menghidap Hepatitis A pulih penuh dan tidak membawa kepada penyakit kronik.

Hepatitis B –disebabkan Virus Hepatitis B dan disebarkan melalui sentuhan dengan darah dijangkiti, air mani, dan cecair badan lain. Hepatitis B juga boleh dijangkiti oleh ibu kepada anak, perkongsian jarum suntikan dadah dan gigitan.

Hepatitis C – merebak melalui sentuhan langsung dengan darah orang yang berpenyakit. Ini disebabkan virus HCV (Virus Hepatitis C). Hati boleh bengkak dan rosak. Tidak seperti Hepatitis B, risiko kanser hati meningkat pada penghidap sirosis dan hanya 20 peratus pesakit HEP C mendapat sirosis.

Hepatitis D – hanya orang yang sudah dijangkiti Hepatitis B boleh dijangkiti Hepatitis D. Ia disebabkan HDV virus (Hepatitis D Virus). Jangkitan melalui sentuhan dengan darah dijangkiti, hubungan seks tanpa perlindungan, dan penembusan kulit dengan jarum dijangkiti.

Hepatitis E – seseorang boleh dijangkiti melalui air minuman mengandungi HEV (Virus Hepatitis E). Hati bengkak tetapi tidak ada kesan jangka panjang. Jangkitan juga boleh melalui seks-oral.

Ada penyakit Hepatitis X dan G, iaitu hepatitis virus yang tidak diketahui dan selain dari A,B,C,D dan E. Biasanya tidak terdapat tanda atau tandanya sangat sederhana.


Tanda-tanda Penyakit Hepatitis

Fasa awal hepatitis dipanggil fasa akut, tanda seperti berikut:
- Cirit-birit
- Selsema ringan
- Keletihan
- Hilang selera makan
- Demam ringan
- Otot atau sakit sendi
- Loya
- Sakit perut
- Muntah
- Berat badan turun




Rawatan Moden

Rawatan diberi bergantung kepada keadaan pesakit dan tahap kronik penyakit. Rawatan termasuk suntikan, cryosurgery, pemulihan hati, kimoterapi dan pemindahan hati.

Hepatitis A – Tiada rawatan khusus bagi Hepatitis A. Doktor akan menasihati pesakit untuk menahan diri daripada alkohol dan dadah semasa pemulihan. Sebahagian besar pesakit pulih secara spontan.

Hepatitis B – Pesakit dengan Hepatitis B perlu berehat dan makan makanan tinggi protein dan karbohidrat. Ini untuk membaiki sel hati yang rosak, serta melindungi hati. Jika ini tidak mencukupi, doktor mungkin memberi ubat antiviral.

Hepatitis C – Seorang pesakit Hepatitis C akan diberi pegylated interferon dan ribavirin.
Pesakit Hepatitis C kronik yang menerima rawatan HCV standard boleh mendapat manfaat ketara dengan mengambil vitamin tambahan B12.

Hepatitis D atau E – Setakat ini, tidak ada rawatan berkesan untuk Hepatitis D atau E.


Rawatan Al-Quran

Daripada penerangan di atas, dapat kita fahami serba sedikit tentang hepatitis yang berkaitan dengan kebersihan, pemakanan dan gaya hidup.

Kebersihan dan kesucian disebut berulang kali dalam Al-Qur’an. Rasulullah SAW menempatkan kebersihan sebahagian daripada iman.

“Kebersihan adalah sebahagian daripada (cabang) keimanan.” (H.R Muslim no: 223)

Hadis ini sangat tepat menggambarkan bahawa kebersihan dalam Islam sangat penting. Selain itu, ada beberapa ayat Al-Qur’an dan hadis menyebut bahawa Allah mencintai kebersihan.

“Sesungguhnya Islam itu bersih, hendaklah kamu mewujudkan kebersihan kerana sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali orang yang bersih.” (H.R. Khatib)

Dari segi pemakanan, cukup banyak ayat Allah memperingatkan kita pentingnya pemakanan seimbang. Bila kita menghindari makanan tidak baik, maka akan dihasilkan tulang sihat, otot kuat, saluran darah bersih, otak cerdas, paru-paru dan hati bersih, jantung dapat mengepam darah dengan baik.

Dan diperintah manusia untuk selalu memperhati makanannya, seperti firman Allah:

“Maka seharusnya manusia memperhatikan makanannya.” (Abasa [80]: 24)

Ini kerana manusia yang ingin sihat jasmani rohani, salah satu faktor yang menunjang adalah makanan. Pemakanan tidak terkawal akan mengganggu fungsi tubuh hingga boleh penyakit hati seperti hepatitis, kegemukan (obesiti), ketumbuhan, dan kanser.




Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit hepatitis akan diberi ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah untuk penyembuhan. Ayat tersebut adalah:

Surah Hud ayat 65 hingga 77
Surah Yunus ayat 71 hingga 89
Surah Ar-Rad ayat 16 hingga 34
Surah An-Nahl ayat 90 hingga 102
Surah As-Soffat ayat 22 hingga 47
Surah Yunus ayat 55 hingga 70.

Pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Hud tiga kali pada malam dan surah kedua iaitu surah Yunus tiga kali pada siang. Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu berdoa kepada Allah untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah seterusnya.


Penutup

Kepada semua pesakit hepatitis, jangan berputus asa mencari cara dan berikhtiar untuk berubat. Janganlah menganggap penyakit ini tidak dapat sembuh dan berserah kepada takdir. Yakinlah pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencari.

“Berubatlah, kerana tiada satu penyakit yang diturunkan Allah, kecuali diturunkan pula ubat penawarnya, selain dari satu penyakit, iaitu mati.” (HR Abu Daud dan At-Tirmidzi dari sahabat Nabi Usamah bin Syuraik)


Sumber: Mingguan Malaysia, Ahad, 15 September 2013



Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/

NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com

NGO Sokongan:

Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Mahabbah: 018-207-0953 (EncikHamli) @ 017-311-0306 (EncikRaffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (open group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi

Sokongan khusus kepada komuniti wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (secret group) sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)



Monday, September 16, 2013

HIV: BEBERAPA CABARAN APABILA BERJUANG SECARA TERBUKA MEMBELA KOMUNITI





Seperti yang aku pernah maklumkan sebelum ini, bahawa apabila aku berjuang secara terbuka dengan statusku sebagai seorang Orang Yang hidup Dengan HIV dalam masyarakat (ODHA), sebenarnya ianya bukanlah mudah. Tambahan lagi aku juga mengheret keluargaku turut serta.

Ramai yang beranggapan ianya mudah bagiku berdasarkan rasional mereka yang tersendiri, tetapi hanya kami yang menempuhinya sahaja yang faham situasi sebenar. Setakat ‘jatuh saham’ sudah memang dijangka sejak awal.

Tekanan menjadi berganda kerana aku sentiasa berdepan dengan beberapa masalah kesihatan sedia ada, tekanan kewangan, mesti menjaga nama baik tugas hakikiku (karier), dan sebagainya.

Dalam perjuangan, setakat tidak mampu membayar pelbagai bil, ansuran bulanan kereta, atau terputus duit belanja harian keluarga adalah perkara biasa. Setakat hilang kawan adalah biasa. Setakat disalah anggap membela golongan ‘berdosa’ adalah biasa. Setakat berlakon kuat umpama ‘Superman’ sekalipun sangat-sangat turut memerlukan sokongan dan kepenatan adalah perkara biasa. Dipandang mudah kerana hanya memperjuangkan isu stigma, diskriminasi, paranoia, dan judgemental terhadap komuniti adalah biasa.

Itu tidak termasuk segala macam umpat cela, kerenah, dan fitnah daripada segelintir komuniti sendiri atas sebab-sebab kemiskinan peribadi diri dan gagal melihat perjuangan dalam skop yang lebih luas. Tidak kurang yang mengambil kesempatan tanpa mempedulikan sedikitpun keadaan yang perlu aku tanggung.

Masa-masa berkualiti untuk diri sendiri dan bersama keluarga juga sering terabai. Tetapi, jika seseorang pejuang hanya memikirkan soal diri dan keluarga sendiri, jawapannya nikmat Islam dan iman tidak akan kita rasai sekarang.




Antara yang paling menyakitkan apabila ada yang menganggap bahawa aku berjuang untuk glamour dan mencari sumber pendapatan sampingan. Barangkali kerana aku tidak suka mengadu masalah remeh-temeh dan kelihatan ‘sedikit berharta’, maka semuanya dianggap mudah.

Aku tahu betapa sakitnya stigma, diskriminasi, paranoia, dan judgemental berbanding rawatan yang perlu dilalui oleh ODHA. Lantaran itu aku tidak sanggup membiarkan diri dan komuniti disakiti dengan cara tersebut. Sikap menghukum lebih jelas songsang daripada nilai sebenar Islam yang menjadi rahmat untuk seluruh alam. Memperjuangkan nasib golongan yang teraniaya dan miskin ilmu juga adalah satu jihad yang sangat besar dalam zaman fitnah ini.

Dalam kebanyakan sharing, events, dan program yang aku hadiri ianya adalah atas tanggungjawab untuk menerangkan salah faham masyarakat terhadap isu-isu HIV. Ianya untuk membantu supaya ODHA diterima sebagai anggota biasa dalam masyarakat. Lillahi Taala.

Melalui perjuangan ini (ODHA sendiri yang tampil terbuka menerangkan situasi sebenar), sedikit sebanyak mula dapat membuka mata masyarakat. Malahan aku sudah mula menerima beberapa jemputan daripada pihak masjid dan sekolah-sekolah.

Aku lihat peluang mendapatkan pahala melalui medan ini seumpama berada di sebuah gudang emas tanpa persaingan. Tidak ramai yang merebutnya dan mustahil peluang tersebut aku sia-siakan. Alhamdulillah perjuangan tersebut jugalah yang membuatkan aku rasa ingin terus bernyawa dan bersemangat untuk hidup.

Sekadar perkongsian, majoriti jemputan yang aku hadiri adalah dengan perbelanjaan sendiri. Memang terdapat sedikit imbuhan. Katakanlah RM100, tetapi perbelanjaan yang aku keluarkan sendiri untuk urusan pengangkutan, makan minum, dan penginapan mencecah RM200. Itu tidak termasuk kepenatan yang aku alami sehingga berhari-hari akibat perjalanan yang jauh dan aktiviti yang padat bertemu pelbagai pihak. Bayangkan jika sekurang-kurangnya aku menghadiri sebanyak 10 jemputan sebulan.

Semua cabaran tersebut tidak aku pedulikan kerana aku yakin dan lebih percaya bahawa Allah sebaik-baik perencana, bahkan kepuasan yang Allah berikan jauh tidak ternilai.

Sedikit imbuhan kewangan setimpal yang aku dapat hanyalah melalui beberapa program yang dianjurkan oleh pihak JAKIM dan MAC. Itupun sangat jarang berbanding dengan jemputan-jemputan lain yang jauh lebih banyak.

Sebahagian daripada cabaran yang aku kongsikan tadi bukanlah bermakna aku mahu menagih simpati, tetapi aku mahu pembaca memahami betapa pentingnya ikhlas dalam perjuangan. Jika mahu melepaskan diri sendiri, untuk apa aku menyakitkan diri dengan semua ini? Cabaran-cabaran tersebut juga bukanlah cabaran utamaku dalam perjuangan.

Antara cabaran utama ialah kekangan untuk aku meneruskan perjuangan. Ada 2 kekangan utama.
  1. Kekangan disebabkan oleh keupayaan kesihatan diri yang dapat dirasakan semakin hari semakin merosot (bukan disebabkan HIV) tetapi disebabkan faktor-faktor masalah kesihatan disebabkan oleh beberapa penyakit kronik lain.
  2. Kekangan untuk mendapatkan kebenaran bergerak bebas oleh majikan lantaran kerenah birokrasi

Cabaran pertama, aku tidak gusar kerana ianya lebih kepada ketentuan Tuhan. Kemampuan yang kita ada hanyalah berusaha sebaik mungkin, berdoa, dan bertawakkal. Selebihnya ketentuan Allah.




Cabaran kedua memang membuat aku semakin hari semakin tertekan. Dikekang daripada terus berjuang secara halus umpama memenjarakan aku ke satu ruang gelap yang sangat sempit.

Bayangkan setiap kali menghadiri jemputan mana-mana program, aku terpaksa memaklumkan kepada pihak majikan. Walaupun majikan aku sangat menyokong dan memahami, tetapi aku dan beliau terikat pula dengan birokrasi Jabatan dan Kementerian kerana aku memang seorang penjawat awam walaupun aku hanya memperkenalkan diri sebagai seorang ODHA, blogger, dan mewakili Pertubuhan Positive Warriors Malaysia.

Ditambah dengan salah anggap bahawa aku menghadiri jemputan-jemputan tersebut dan mendapat bayaran tinggi seperti mana-mana kakitangan yang terlibat dengan consultants tertentu berasaskan keuntungan, maka makin ramailah pihak yang sakit mata.

Mahu atau tidak, pilihan yang aku ada hanyalah melalui permohonan keluar Cuti Tanpa Gaji. Itu sahaja pilihan yang aku ada. Take it or leave it!




Aku keluar bukan untuk bercuti. Aku keluar bukan untuk berseronok-seronok. Aku keluar bukan untuk mencari pendapatan sampingan. Aku keluar untuk educate masyarakat. Aku keluar untuk membantu golongan yang memerlukan. Aku keluar untuk bantu masyarakat faham isu sebenar HIV. Aku keluar untuk menaikkan imej majikan, Jabatan dan Kementerian. Aku keluar untuk rasa terus hidup! Adakah kau faham? Uwaaa!!!

Aku keluar menggunakan kewangan sendiri, terpaksa menangguh bayaran itu ini dan kadangkala hingga terpaksa berhutang-piutang, kau orang masih tergamak mahu potong gaji aku yang ciput itu? Sampainya hati.

Adalah mudah pelbagai individu dan pihak memberikan berbagai cadangan sekalipun mereka seringkali tidak pernah turun pun ke medan juang sebagai pejuang sebenar. Kadangkala hanya gah dan hebat di laman-laman sosial bermain kata-kata penuh sindiran dan emosi. Pedulikanlah, langsung tidak menyakitkan aku tetapi menghalang aku meneruskan perjuangan dengan masa dan kesempatan yang sangat terhad memang tidak adil!

Baiklah, hanya ada 2 penyelesaian yang aku nampak sekarang. Aku akan mohon jasa baik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), JAKIM, dan MAC untuk mengeluarkan surat sokongan rasmi khas kepada Kementerianku supaya diberi pertimbangan khas untuk mendapat sedikit kelonggaran cuti apabila aku menghadiri apa juga program untuk membantu masyarakat. Itu pun jika mereka yakin aku ada peranannya.

Bagi aku, kebenaran dan nilai kemanusiaan lebih tinggi daripada birokrasi. Bukankah kita digalakkan mengamalkan budaya sebagai Masyarakat Penyayang merentasi semua agama dan bangsa yang dipantau direct oleh Jabatan Perdana Menteri?

Penyelesaian kedua, aku terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama setahun atau dua tahun untuk berjuang sebagai volunteer sepenuh masa bergantung kepada kemampuan kesihatanku. Susah payah biarlah aku tanggung sendiri. Hendak makan apa pun, tidak menyusahkan orang lain. Rezeki Allah yang tentukan. Senang, tidak payah kecoh-kecoh.
                                                                                                                                     
Daripada menjadi rungutan dan cemuhan orang, aku akan buktikan bahawa Allah juga yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Jika sudah sampai ajalku dalam tempoh tersebut, aku pergi dalam keadaan puas hati kerana berada di medan perjuangan. Aku bersedia jika itu yang terpaksa dipilih.

Bukan bermaksud bercakap besar, jika aku menarik diri daripada perjuangan ini, bukan aku yang rugi tetapi komuniti dan negara yang rugi. Memang ramai pejuang di luar sana, tetapi namakan seorang yang tampil secara terbuka dengan statusku ini bersama keluarga.

Usah berbohong, jika pejuang tersebut hadir dengan nilai dan keperibadian tertentu yang dapat dihidu oleh masyarakat, awal-awal lagi mental block menyukarkan maklumat yang ingin disampaikan dapat diterima walaupun ianya betul dan tepat.

Insya-Allah dalam tempoh 2 tahun, perjuanganku secara terbuka ini akan memberikan sedikit impak tertentu untuk kebaikan masyarakat.

“Kau mampu patahkan sayapku,
Kau mampu tambatkan kedua kakiku,
Tapi kau tak akan dapat,
Mematahkan semangatku untuk hidup.”

Never retreat, never surrender!



Aku hamba-Nya yang dhaif
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/

NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com

NGO Sokongan:

Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Mahabbah: 018-207-0953 (EncikHamli) @ 017-311-0306 (EncikRaffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (open group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi

Sokongan khusus kepada komuniti wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (secret group) sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)


Thursday, September 12, 2013

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-31



My Best Doctor
Dr. IskandarFirzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician



Date: 28 August 2013
Day: Wednesday
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan
Time: 4.45 pm

Alhamdulillaah, kami (aku, Kak Da dan Ummie) tiba di KK Jaya Gading pada jam 4.45 pm. It was my routine check-up with Dr. Iskandar Firzada bin Osman. Aku juga mahu mengambil bekalan ubat disebabkan bekalan ubat yang sedia ada telah hampir habis.

Pertemuan dengan Dr. Iskandar dimulakan dengan routine check-up iaitu menimbang berat badan, blood pressure, body temperature, dan mouth. Bacaan glucose yang telah kuambil terlebih dahulu di rumah pada waktu pagi – tinggi!

Sebenarnya aku malu untuk memberitahu Dr. Iskandar tentang bacaan glucose harianku yang tinggi itu, tetapi bercakap jujur adalah adalah wajib. Ianya memudahkan doktor untuk memantau kesihatan dan merawat setiap client.

Seterusnya Dr. Iskandar memaklumkan keputusan ujian HbA1c terbaruku iaitu 5.3%. Alhamdulillaah, bacaan tersebut adalah baik untuk seorang diabetic sepertiku. Bacaan normal adalah < 6.5%.

Bacaan HbA1c adalah jauh lebih penting dan accurate berbanding bacaan glucose yang biasa. Apabila tahu sahaja keputusan itu, keinginan nakalku mula berimaginasi. Aku mula berkira-kira mahu celebrate berita baik ini dengan segelas teh tarik selepas temujanji. Penat menahan selera daripada menikmatinya.

Sedikit info:  Berkaitan gajet (gajet ke?) untuk mengukur atau mengetahui blood pressure, blood pressure monitor manual adalah lebih accurate berbanding blood pressure automatik. Jika mahu menggunakan blood pressure monitor automatik, jenama yang paling disyorkan adalah OMRON. Walau bagaimanapun, blood pressure monitor tersebut perlu sentiasa being calibrated untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

Berikut adalah keputusan segala pemantauanku secara umum:

Weight: 74.3 kg (decreased from the previous one)
Glucose: 9.3
HbA1c: 5.3% (normal is < 6.5%)
Blood pressure: 121/72 (normal)
Body temperature: 36.5°C
Mouth: No candidiasis

Selepas urusan peribadi, aku meneruskan dengan beberapa pertanyaan bagi pihak komuniti. Hanya ada dua soalan sahaja yang perlu ditanyakan kepada Dr. Iskandar kali ini.

Soalan 1:

Jika Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA) dan telah menjalani ARV (HAART) mengambil protein shake atau weight gainer, adakah pengambilan supplement food tersebut akan menyebabkan gangguan terhadap rawatannya?

Jawapan:

Secara klinikal, sebarang supplement food sepatutnya tidak akan menyebabkan gangguan terhadap rawatan ARV mana-mana individu.

Tetapi ada kemungkinan dalam kes-kes tertentu, pengambilan supplement food boleh menyebabkan gangguan terhadap beberapa jenis pengambilan antibiotik yang sedang dijalankan (tidak kira ODHA atau bukan ODHA).

Situasi lain yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil sebarang supplement food adalah, jika individu tersebut mengalami kidney failure (kegagalan buah pinggang). Situasi ini memerlukan seseorang client menjalani dialysis dan perlu mengawal pengambilan protein dan air.


Soalan 2:

Individu ini sangat yakin yang beliau mempunyai HIV. Keyakinan tersebut telah berlanjutan sejak sekian lama, sudah bertahun-tahun lamanya. Daripada bujang, sehinggalah berkahwin dan mempunyai zuriat. Individu tersebut mendakwa mempunyai pelbagai symptoms yang related dengan HIV. Berpuluh kali menjalani HIV rapid test dalam purata 4 – 6 kali seminggu. Keputusannya tetap negatif. Anehnya beliau juga mendakwa mempunyai beberapa symptoms jangkitan penyakit lain termasuk herpes.

Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, situasi ini boleh diklasifikasikan sebagai psychologically disturbed atau gangguan dari segi psikologi. Ianya mungkin berlaku akibat trauma dan ketakutan melampau akibat keterlanjuran silam. Secara saintifik, ianya dipanggil hypochondriasis. Keputusan HIV rapid test yang diperolehi itu dipanggil sebagai seronegatif. Gangguan ini berbeza dengan sindrom Munchausen yang jauh lebih serius.

Individu yang mengalami hypochondriasis mengalami kecelaruan emosi. Mereka memerlukan penerangan dan bukti yang terperinci berkenaan symptoms yang mereka alami.


Hypochondriasis or hypochondria (sometimes referred to as health phobia or health anxiety) refers to excessive preoccupancy or worry about having a serious illness. This debilitating condition is the result of an inaccurate perception of the body’s condition despite the absence of an actual medical condition. An individual suffering from hypochondriasis is known as a hypochondriac. Hypochondriacs become unduly alarmed about any physical symptoms they detect, no matter how minor the symptom may be. They are convinced that they have or are about to be diagnosed with a serious illness. Even sounds produced by organs in the body, such as those made by the intestines, seem like symptoms of a very serious illness to patients dealing with hypochondriasis. Often, hypochondria persists even after a physician has evaluated a person and reassured them that their concerns about symptoms do not have an underlying medical basis or, if there is a medical illness, their concerns are far in excess of what is appropriate for the level of disease. Many hypochondriacs focus on a particular symptom as the catalyst of their worrying, such as gastro-intestinal problems, palpitations, or muscle fatigue. The duration of these symptoms and preoccupation is 6 months or longer.


se·ro·neg·a·tive  (adj.)
Showing a negative reaction to a test on blood serum for a disease, especially syphilis or AIDS.
The American Heritage® Dictionary of the English Language, Fourth Edition copyright ©2000 by Houghton Mifflin Company.Updated in 2009.Published by Houghton Mifflin Company. All rights reserved.

seronegative (adj.)
(Medicine) (of a person whose blood has been tested for a specific disease, such as AIDS) showing no serological reaction indicating the presence of the disease
Collins English Dictionary – Complete and Unabridged © HarperCollins Publishers 1991, 1994, 1998, 2000, 2003


Munchausen (MOON-chow-zun) syndrome is a serious mental disorder in which someone with a deep need for attention pretends to be sick or gets sick or injured on purpose. People with Munchausen syndrome may make up symptoms, push for risky operations, or try to rig laboratory test results to try to win sympathy and concern.

Munchausen syndrome belongs to a group of conditions, called factitious disorders that are either made up or self-inflicted. Factitious disorders can be psychological or physical. Munchausen syndrome refers to the most severe and chronic physical form of factitious disorder.

Munchausen syndrome is a mysterious and hard to treat disorder. However, medical help is critical for preventing serious injury and even death caused by the self-harm typical of Munchausen syndrome.



Soalan 3:

Ini pula soalan daripada aku sendiri. Kali ini aku telah mengambil keputusan untuk berterus-terang dengan Dr. Iskandar tentang keadaan diriku yang telah kembali merokok sejak tahun lepas. Kesibukan yang melampau, pelbagai tekanan berkaitan urusan komuniti yang tidak berkesudahan, too many journeys, dan rehat yang tidak mencukupi telah membuatkan aku kembali merokok. Perkara ini aku rahsiakan daripada pengetahuan Dr. Iskandar sebelum ini.

Tetapi memandangkan keadaanku yang terus-terusan terdedah kepada triggers yang menyukarkan aku memberhentikan kembali tabiat merokok, aku merasakan sudah sampai masanya aku memaklumkan perkara ini dan meminta pandangan professional daripada Dr. Iskandar memandangkan beliau adalah physician yang bertanggungjawab memantau tahap kesihatanku.

Aku rasa cukup terseksa dengan keinginan untuk merokok sekalipun aku akui ianya sangat buruk. Bahkan sepanjang Ramadhan yang lalu aku telah berjaya memberhentikannya.

Alhamdulillaah, Doktor Iskandar sangat memahami dan dengan penuh keprihatinan memberikan nasihat serta beberapa tips bagi menangani tabiat buruk tersebut. Walau bagaimanapun, sebelum dibantu, sempat jugalah aku ditegur kerana kembali merokok selepas sekian lama berhenti. Teguran tersebut aku terima dan hanya mampu tergelak mendengarnya kerana memang salah sendiri.

Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, masalah ketagihan merokok terbahagi kepada dua iaitu psychological dependence dan nicotine dependence.

Psychological dependence adalah keadaan di mana seseorang individu itu mahu merokok disebabkan oleh tekanan atau pengaruh keadaan sekeliling. Individu tersebut dipanggil social smoker. Social smoker biasanya boleh mengatasi keinginan terhadap rokok dengan cara mengunyah gula-gula getah khas (chewing gum).

Nicotine dependence pula adalah keadaan di mana seseorang individu itu mahu merokok memang disebabkan dia selesa dengan bahan merbahaya yang terdapat di dalam rokok itu iaitu nikotin. Mereka ini adalah nicotine addict.

Psychological Addiction to Nicotine
Smoking habits go beyond nicotine addiction.

As the addiction to nicotine sets in, the brain connects your daily routines with cravings to make sure you get a steady flow of nicotine. So there are certain activities, people and places that we learn to associate with tobacco use. These associations act together with nicotine addiction to reinforce your dependence on tobacco.

That's why normal everyday activities can trigger the urge to smoke. If you're drinking coffee, or talking on the phone and craving a smoke, it's really your brain looking for a nicotine fix. You may learn to use a cigarette to feel comfortable in social situations, or when tense or bored. You may develop an oral fixation that cigarettes satisfy. To quit smoking you need to overcome both your addiction to nicotine and your personal smoking habits.


Bagi mereka yang mengalami nicotine dependence, Dr. Iskandar menyarankan mereka menggunakan nicotine patch iaitu Nicorette.

Nicotine patch adalah sejenis pelekat atau plaster yang mengandungi nikotin gantian. Patch ini perlu dilekatkan pada bahagian badan dan biasanya pada bahagian lengan. Ianya dikenali sebagai dermal patch.

Patch ini perlu dipakai secara bergilir (alternately) iaitu sehari di lengan kanan, sehari di lengan kiri untuk mengelakkan alahan kulit, dan begitulah seterusnya. Patch ini boleh dibawa bersama ketika mandi, tetapi pastikan ianya tidak terkena sabun. Sabun boleh menyebabkan nikotin gantian yang terkandung di dalam patch tersebut hilang. Patch ini perlu dipakai pada waktu pagi dan dicabut sebelum tidur.


Nicorette patch terdiri daripada tiga dos yang perlu diambil sehingga tamat, iaitu dos 5 mg, 10 mg, dan 15 mg. Dos 15 mg perlu dimulakan selama 8 minggu setiap hari. Kemudian, diikuti dengan dos 10 mg yang perlu diambil selama 4 minggu. Akhir sekali, dos 5 mg perlu diambil selama 4 minggu.



Di penghujung sesi kaunseling, akhirnya timbullah soalan cepu emas daripada Dr. Iskandar yang aku cuba elakkan selama ini. Dr. Iskandar bertanya sekiranya aku masih mahu bertemu dengan haematologist yang pernah kutemui dahulu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan berkaitan dengan masalah sel darahku. Menurut beliau, haematologist tersebut ada bertanya status kesihatanku kepada Dr. Iskandar untuk follow-up consultation.

Mereka perlu menjalankan kajian kerana kondusi kesihatanku adalah rare, tanpa sebarang jangkitan penyakit opportunistic dan sangat aktif bergerak sekalipun bacaan CD4 aku sangat rendah atau tiada peningkatan.

Atas dasar memahami dan menghormati keprihatinan tanggungjawab mereka terhadap client, perkara pertama yang aku tanyakan kembali kepada Dr. Iskandar adalah adakah pertemuan tersebut memungkinkan aku menjalani prosedur Bone Marrow Biopsy sekali lagi.

Aku sebenarnya serik dan bimbang jika biopsy tersebut akan menyebabkan aku terpaksa melalui beberapa rawatan lain yang menyebabkan peluang untuk membantu komuniti tertutup. Aku sudah tua, sedia maklum bahawa bila-bila masa sahaja boleh collapsed, tetapi aku cuma mahu menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada untuk menyumbang sesuatu kepada agama, komuniti dan masyarakat.

Jika dengan rawatan tertentu boleh menyebabkan aku berisiko terlantar dengan lebih cepat, baik aku abaikan sahaja. Mati, sesiapa pun selagi bernama makhluk akan mati. Aku tidak sanggup mengenangkan betapa teruknya allahyarham abang sulungku yang kembali ke rahmatullah semasa menjalani rawatan kanser prostate beberapa tahun yang lampau.

Menurut Dr. Iskandar, bone marrow menghasilkan sel darah merah (RBC), sel darah putih (WBC), dan platelet. Sekiranya dua daripada tiga sel darah tersebut adalah rendah, keadaan itu dipanggil bicytopenia. Sekiranya ketiga-tiga sel darah tersebut adalah rendah, keadaan itu dipanggil pancytopenia. Aku mengalami bicytopenia di mana dua sel darahku adalah rendah iaitu WBC dan platelet. Platelet yang rendah pula dipanggil thrombocytopenia.

Apabila aku cuba mengaitkannya dengan kemungkinan kanser, Dr. Iskandar menyatakan bahawa hanya jika WBC yang tinggi sahaja yang boleh menyebabkan kanser iaitu leukaemia.

Bicytopenia yang kualami tidak dapat ditentukan dengan jelas puncanya. Ini adalah kerana haemoglobin dan buah pinggangku adalah di dalam keadaan yang normal dan baik. Menurut haematologist tersebut, ianya ada kemungkinan disebabkan oleh HIV yang ada di dalam darahku sekalipun Viral Load adalah not detected.

Sejujurnya aku agak tertekan dengan keadaan tersebut kerana seperti yang sentiasa aku sorokkan di hadapan sahabat-sahabat ialah masalah beberapa penyakit kronikku yang jauh lebih bahaya berbanding HIV.

Walau bagaimanapun, apalah yang mahu dikeluh kesahkan sangat tentang ujian hidup ini. Setiap insan diuji dengan berbagai-bagai cara sebagai tanda kasih sayang-Nya. Nikmati sahaja perjalanan hidup kita yang sementara ini dengan senyuman. Perjuangan jalan terus.

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Akhir kata, jazakumullah kheir kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman semua kakitangan  KK Jaya Gading, Kuantan atas keprihatinan yang sungguh tinggi. Sikap professional dan komitmen mereka memang terbaik. Jom, pekena teh tarik!

Aku hamba-Nya yang dhaif
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/

NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
NomborAkaun: 5560 5750 3949
NamaPemegangAkaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com

NGO Sokongan:

Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Mahabbah: 018-207-0953 (EncikHamli) @ 017-311-0306 (EncikRaffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (open group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi

Sokongan khusus kepada komuniti wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (secret group) sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)