Sunday, February 12, 2012

PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PASANGAN PLHIV DAN CABARANNYA





Antara ramai sahabat komuniti yang berkahwin dengan PLHIV, ZS adalah salah seorangnya. ZS memang wanita yang sangat istimewa. Siapa ZS tu, apa istimewanya?

Dah tentulah ZS bukan nama sebenar, hahaha…

ZS bukanlah seorang PLHIV, tetapi suami ZS. Kesudian dan keikhlasan ZS menerima insan PLHIV sebagai suami sangat menyentuh hati. Suami ZS pula aku yakin seorang yang bersikap positif. Jadi mereka berjaya melayari rumahtangga dengan bahagia, insya-Allah…

ZS bukanlah orang sebarangan. ZS dan suami mempunyai karier professional di bidang tertentu, anak kepada seorang VVIP. Comel lote macam anak patung. Pendek kata, kalau ZS tak ambil peduli tentang PLHIV pun ZS tak rugi apa-apa.

ZS sangat merendah diri dan berjiwa besar. Walaupun masih malu-malu, tetapi ZS sentiasa sudi memberikan 2nd opinion kepada bakal pengantin pasangan PLHIV apabila aku minta pertolongan untuk berkongsi pengalaman dan nasihat. Ramai juga pasangan telah ZS bantu sehingga berjaya membina masjid.

Kebanyakan yang ZS bantu menghubungi aku semula dan memuji keperibadian mulia ZS.

Entry tentang perkahwinan ZS pernah aku kongsikan di sini. Aku sekeluarga hadir ke majlis perkahwinan mereka bersama LR, Azri, D, dan Rusyida & family. Ketika itu kami yang lebih teruja berbanding orang lain.

Sebenarnya, pada peringkat awal dulu, aku agak berdebar jika ZS suami isteri gagal menyesuaikan diri dengan alam rumahtangga. Maklumlah berkahwin dengan insan PLHIV bukannya sebarang orang boleh faham dan terima.

Alhamdulillah, sekarang aku semakin yakin dengan kebahagiaan rumahtangga mereka. Mungkin ini berkat keikhlasan mereka suami isteri mencari keredhaan Allah. Keadaan ini menyebabkan aku turut bahagia serta bersyukur.

Tak sia-sia rasanya kami membantu setakat yang termampu. Sama-sama kita doakan kebahagiaan dunia akhirat buat insan yang berhati mulia ini.

Baru-baru ini aku menerima emel daripada ZS yang sudi berkongsi pengalaman dan cabaran berkaitan prosedur permohonan kebenaran berkahwin dan pengesahan status ujian HIV dengan pihak KKM dan Jabatan Agama Islam Negeri.

Aku memang tercari-cari info ini kerana sebelum ini aku, seorang hamba Allah turut berkongsi pengalaman yang hampir sama. Masalahnya apabila aku cari semula di kotak emel untuk dipublishkan, entah ke mana pula hilangnya emel tersebut. Agaknya aku ‘terdeleted’ semasa membersihkan kotak emelku.

Kiranya perkongsian ZS ini umpama pertolongan Allah kepada mereka yang tercari-cari panduan asas mengenai prosedur berkenaan.

Aku publishkan perkongsian pengalaman ZS dengan sedikit editing untuk disesuaikan sebagai entry.

Pengalaman ZS ini adalah semasa berurusan dengan pihak hospital dan Jabatan Agama Islam sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor. Apa-apapun, kepada pasangan PLHIV lain yang bakal berkahwin, maklumat ini boleh dijadikan panduan asas kepada yang memerlukan.

Pesanan ikhlas aku kepada non-PLHIV, bersedialah dengan bermacam-macam tekanan mental dan kerenah birokrasi apabila memilih untuk berkahwin dengan PLHIV.

Kalau tak sanggup, rasa berisiko, dan asyik nak diungkit kesilapan lampau mereka, tak payahlah terima. Senang cerita kahwin sahajalah dengan orang lain yang sudi.

Bahagia derita adalah atas usaha sendiri dan pertolongan Allah, tak kira kepada pasangan ada PLHIV atau tidak. Maaf, ada sebab kenapa aku berkata begitu.

Terima kasih ZS, ianya sangat-sangat bermakna. Semoga pahalanya akan berterusan dan mendatangkan manfaat kepada semua muslimin dan muslimah yang memerlukan. ZS adalah antara pasangan dan insan istimewa yang membanggakan dan sangat-sangat diperlukan di sini.

Mari baca:

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah yang Maha Bijaksana, terangkanlah hatiku dan mudahkanlah urusanku serta rungkaikan simpulan pada lidahku, semoga mereka memahami perbicaraanku. Amin.

Assalamualaikum saudara AHP,

Pantasnya masa berlalu setelah hampir 3 bulan sejak kali terakhir saya menulis email kepada saudara. Dengan izin Allah, saya mendapat ilham daripadaNya untuk berkongsi kisah yang memberi kesedaran kepada saya. Saya berharap dengan perkongsian saya yang tidak seberapa ini dapat membantu segelintir insan yang buntu mencari jawapan penyelesaian.

Baru2 ini saya bertemu dengan Cik Aisyah (bukan nama sebenar) yang memerlukan panduan untuk meneruskan pernikahan walaupun setelah mengetahui bahawa tunangnya adalah seorang HIV positif.

Seperti saya, keputusannya ingin meneruskan pernikahan adalah dengan kehendak dirinya sendiri tanpa paksaan daripada mana2 pihak. Beliau sgt berfikiran positif dan saya pasti beliau telah memahami apakah impaknya meneruskan pernikahan ini.

Seperti saya juga, beliau dan tunangnya telah mengambil keputusan untuk menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan keluarga masing2, memandangkan kesan buruknya lebih memudaratkan daripada kebaikannya.

Permasalahan yang dihadapi oleh Cik Aisyah dan tunangnya ini adalah berkenaan dengan borang keputusan ujian saringan HIV. Beliau dan tunangnya telah membuat ujian saringan HIV di salah sebuah klinik kerajaan di Wilayah Persekutuan.

Beliau menceritakan betapa sukarnya untuk mendapatkan keputusan HIV yang ditandatangani oleh doktor / pegawai perubatan sehingga hampir 2 bulan beliau menghadapi kesukaran memperoleh keputusan HIV yang telah ditandatangani.

Beliau menceritakan pengalaman pahit di klinik tersebut apabila jururawat di makmal tidak memberikan kerjasama untuk menghubunginya setelah keputusan HIV dikeluarkan. Malah, jururawat tersebut telah menghebahkan keputusan HIV positif tunangnya kepada staf2 lain di klinik tersebut.

Bukan itu sahaja, beliau telah dipandang serong oleh jururawat di klinik tersebut yang juga mempertikaikan keputusannya untuk meneruskan perkahwinan.

Apa yang saya sesali, doktor di klinik tersebut juga tidak dapat memberikan khidmat nasihat sepenuhnya dan kurang pasti dalam memberikan jawapan serta hanya merujuk pada 'slaid' apabila diajukan soalan oleh Cik Aisyah.

Lebih menyulitkan pihak Cik Aisyah ialah apabila borang ujian HIV tunangnya telah dicop dengan perkataan 'reaktif'. Hal ini menyukarkan pihaknya untuk mendapatkan persetujuan pihak keluarga dan pengurusan borang2 lain.

Seperti yang telah kita sedia maklum, pengurusan borang nikah memerlukan tandatangan wali, 2 orang saksi, penolong pendaftar nikah kariah masjid dan pendaftar nikah di jabatan agama Islam negeri.

Di manakah terletaknya 'keputusan anda adalah rahsia' seperti yang diwar2kan di dalam iklan di kaca TV apabila cop 'reaktif' jelas terpampang pada borang keputusan saringan HIV dan menjadi tontonan semua pihak yang terlibat untuk pengesahan borang2 pernikahan?

Borang saringan HIV inilah juga yang telah menyukarkan saya dan menyebabkan saya menemui jalan buntu semasa menguruskan borang pernikahan saya suatu masa dahulu.

Alhamdulillah, setiap masalah ada jalannya. Mujurlah saya dipertemukan dengan Dr. Khadijah (bukan nama sebenar) di Hospital Besar Kuala Lumpur yang sangat banyak membantu saya dulu.

Saya dimaklumkan oleh Dr. Khadijah bahawa borang keputusan HIV tidak perlu ditanda/dicop 'reaktif' atau tidak reaktif. Pemohon nikah boleh mendapatkan borang ujian saringan HIV terus dari klinik kerajaan, iaitu borang yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Jika diamati, tidak ada ruangan atau kotak untuk ditandakan 'reaktif' atau 'tidak reaktif' pada borang ini. Berbeza dangan borang saringan HIV yang terdapat pada lamab web JAWI/JAIS, kotak 'reaktif' atau 'tidak reaktif' perlu diisi oleh pegawai perubatan.

Oleh itu, bagi kes pemohon HIV positif yang tidak mahu keputusan HIV-nya menjadi tontonan orang ramai, bolehlah mendapatkan borang ujian saringan HIV yang dikeluarkan oleh KKM di klinik kerajaan.

Tetapi, walaupun Cik Aisyah telah menggunakan borang dari KKM, jururawat tersebut berkeras untuk mengecop 'tidak reaktif' pada borangnya dan membiarkan kosong pada borang pasangan Cik Aisyah. Hal ini pastinya menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli keluarga masing2 kerana borang keputusan HIV masing2 jelas kelihatan berbeza.

Sekali lagi, saya memanjat kesyukuran pada Ilahi kerana saya dipertemukan dengan Cik Aminah (bukan nama sebenar), seorang jururawat di HKL yang banyak membantu saya semasa saya dalam kesusahan menguruskan borang HIV dahulu.

Saya memberikan nombor telefon jururawat Cik Aminah kepada Cik Aisyah untuk mendapatkan bantuan. Saya menasihatkan Cik Aisyah untuk memperkenalkan dirinya melalui nama saya dan menceritakan masalah yang dihadapinya pada Cik Aminah.

Dengan izin Allah, jururawat Cik Aminah terus memberikan tarikh appointment secepat mungkin dan menguruskan borang HIV Cik Aisyah tanpa sebarang tanda atau cop 'reaktif' atau 'tidak reaktif' seperti borang saya dahulu.

Perlu difahami, KKM mempunyai saluran tersendiri utk berkomunikasi dengan jabatan agama Islam mengenai keputusan HIV individu bagi menjaga institusi kekeluargaan Islam.

Oleh itu, borang ujian saringan HIV tersebut hanyalah sebagai bukti bahawa pemohon telah menjalani ujian HIV. Keputusan reaktif atau tidak reaktif itu tidak penting dalam urusan pernikahan dan tidak wajar menjadi tontonan orang ramai.

Alhamdulillah, hari ini saya berasa sangat gembira dan bersyukur apabila mendapat berita bahawa urusan borang nikah tunang Cik Aisyah telah diluluskan oleh JAIS.

Untuk pengetahuan, JAIS atau JAWI atau mana2 jabatan agama Islam (setakat hari ini) tidak akan membantah mana2 pemohon HIV yang ingin meneruskan pernikahan. Malah, urusan di JAWI/JAIS untuk pemohon HIV adalah SAMA seperti pemohon2 lain. Tidak ada sesi kaunseling yang melibatkan kaum keluarga dan sebagainya seperti yang saya pernah terbaca pada carta aliran proses nikah untuk tahun2 sebelum ini.

Namun begitu, pemohon yang ingin bernikah dengan pasangan yang menghidapi HIV perlulah meneliti dan memahami kesan baik dan buruk yang akan dihadapi setelah berkahwin.

Jangan kerana mengikut emosi dan nafsu cinta pada si dia sehingga menjadi buta, tetapi cintalah pada DIA yang kekal kerana kebahagiaan itu juga adalah hak milik Allah sepenuhnya. Dia yang menentukan kebahagiaan kita, tidak kira dengan siapapun yang kita kahwini.

Saya juga ingin menegaskan pendirian saya bahawa keputusan HIV itu seharusnya dirahsiakan kerana itu adalah hak individu masing2. Saya kesal dengan tindakan sesetengah pihak perubatan yang indah khabar dari rupa. Hebahan di kaca TV, media dan banner 'keputusan anda adalah rahsia' harus dipersoalkan. Saya berharap setiap individu sama ada PLHIV ataupun tidak, perlu tahu hak mereka dan pertahankan hak mereka apabila berhadapan dengan kes seperti yang dialami oleh Cik Aisyah.

Bersama-samalah kita berdoa agar hasrat Cik Aisyah dan pasangannya untuk mendirikan masjid menjadi kenyataan. Amin.

Saudara AHP,

Andainya terdapat mana2 insan terutamanya kaum Hawa yang memerlukan bantuan, tolong berikan nombor telefon terbaru saya. Saya bukanlah ustazah, bukan pula kaunselor yang berkelayakan. Saya hanyalah seorang muslimat yang ingin membantu orang lain terutama saudara seagama dengan saya yang terkapai2 mendapatkan bantuan seperti saya dahulu. Insya-Allah, saya akan membantu sebaik mungkin. Wsalam.

-ZS-


Thursday, February 09, 2012

HIV: PESANAN RINGKAS KEPADA BAKAL PENGANTIN PLHIV (18SX)





Kali ni aku nak kongsi lagi pandangan merapuku terhadap PLHIV yang bakal berkahwin. Kenapa? Kerana kebelakangan ini, aku banyak menerima berita gembira dan jemputan daripada sahabat-sahabat PLHIV yang bakal mendirikan rumahtangga.

Lagipun sebelum ini aku dah share entries berkaitan pengantin baru dan pengantin lama PLHIV. Untuk adil, kita sembang-sembang dengan bakal pengantinlah pulak!

Ingat ya, aku bercakap ni kepada golongan yang bakal berkahwin. Yang dah lama kahwin dan melakukan kesilapan tu, itu perkara yang dah berlalu. Hanya Tuhan yang tahu betapa mereka menderita kerana gagal memaafkan diri akibat kesilapan lampau. 

Kahwin Dengan PLHIV

Kita bersikap terbuka. Majority PLHIV yang melayari blog ini terdiri daripada golongan yang terdedah kepada risiko jangkitan kerana pernah melakukan hubungan seks yang tidak selamat sama ada homoseksual, biseksual atau heteroseksual. Aku yakin penagih dadah suntikan jalanan (IDU) tak ada masa nak cari info di sini.

Pembaca setia blog ini pasti faham bahawa PLHIV boleh berkahwin sama seperti insan lain sama ada sesama PLHIV atau salah seorang non-PLHIV. Risiko jangkitan terhadap pasangan non-PLHIV boleh dihindari.

Bahkan ada caranya untuk mendapatkan bayi bebas HIV. Kepada yang tak faham, rajin-rajinlah buat sedikit carian mengikut kategori yang tertera di wall blog.

Walaupun tumpang gembira, tetapi banyak juga berita sedih yang aku terima di sebalik berita gembira tersebut. Aku yang rekomen, hujung-hujung masalah terbeban atas batu jemala patik juga. Kalau aku tahu, baik aku sahaja yang kahwin. Hahaha…

Berita sedih tersebutlah yang membuatkan aku frust tertonggeng (sambil memasukkan kepala ke bawah bantal sepanjang hari). Kesudahannya aku tak tahu sama ada mahu bergembira atau berduka.

Jadi, maaflah jika pandanganku agak kasar dan kritis terhadap PLHIV sendiri. Aku tidak tujukan direct kepada mana-mana individu. Lagipun ramai juga pasangan yang berkahwin dengan PLHIV hidup bahagia. Aku bercakap secara umum, sebagai langkah peringatan dan cuba meminimakan risiko.


Masalah pasangan yang berkahwin kebanyakannya berpunca daripada sikap PLHIV mengikut character dan attitude masing-masing. Semua pandangan ini berdasarkan pemerhatianku terhadap kes-kes perkahwinan pasangan PLHIV yang aku bantu.

Aku harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan asas kepada bakal isteri PLHIV. Bukan aku tak sokong kahwin dengan PLHIV, tetapi tersalah pilih, merana seumur hidup.

Tapi normal lah kan. Pasangan tanpa HIV pun begitu juga. Allah Maha Adil, ada pula cabaran dalam bentuk yang lain.

Sekali lagi, mohon ampun dan maaf kerana bukan niatku untuk menyinggung sesiapa. Kalau sesuai, pakai. Tak sesuai, abaikan. Tak rugi apa-apapun.

Apa Isunya Jika PLHIV Nak Berkahwin?

Tak ada isu. Walau bagaimanapun, yang paling penting ialah apa tujuan utama nak kahwin? Ikut sunnah? Cover line? Desperate? Cuba-cuba? Desakan keluarga? Keperluan psikologi dan pengiktirafan masyarakat atau apa? Adakah jika berkahwin kita benar-benar bersedia untuk berubah, sanggup menjaga amanah terhadap sebuah perkahwinan?

Kalau bersungguh-sungguh mahu berubah, Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Jujur terhadap diri sendiri, teruskan sahaja. Ada cabaran, ada penyelesaiannya. Aku sokong 100%. Masalah timbul apabila berlaku sebaliknya.

Homoseksual

Kalau dah tahu diri tu pure gay, tak payahlah sekadar cuba-cuba nak kahwin. Buat apa berkahwin kalau nafsu terhadap isteri tak ada langsung. Takkan setakat nak onani together-gether sepanjang hayat! (Maaf)

Aku tak menghina dan memandang mudah terhadap kecenderungan seksualiti individu. Bahkan aku cukup simpati dengan ujian Allah yang perlu dihadapi. Orang cetek akal sahaja yang mudah menghukum dan menganggap fitrah manusia semuanya sama.

Ujian terhadap kecenderungan seksualiti ni sama seperti mereka yang diuji sebagai orang kurang upaya, mengalami kecacatan pancaindera, kecacatan fizikal, penyakit-penyakit kronik, dan sebagainya.

Bukankah jika betul-betul tidak bernafsu terhadap isteri, lebih baik kita focus untuk menjaga kesihatan diri dan berdepan dengan ujian Allah? Berjihad melawan nafsu. Zalim menganiaya mereka yang sudi berkorban untuk kita.

Biseksual

Andai biseksual pula, buatlah decision awal-awal bahawa kita akan tinggalkan perkara yang di luar fitrah tersebut. Salah dan silap lain cerita kerana setiap manusia ada kelemahan tetapi malangnya memang terdapat yang tak pernah berhajat nak ubah apa-apa.

Bila berkahwin, masih leka mengejar anak-anak ikan untuk diratah di belakang isteri. Isteri sangka suaminya jujur berkawan dan melepak bersama rakan-rakan lelaki tulen. 

Lagi malang bila tak clear tentang pilihan hidup, berbulan-bulan kahwin masih tak berupaya menunaikan nafkah batin. Diri sendiri confuse dan tak dapat menikmati proses hubungan intim tersebut sepenuhnya.

Heteroseksual

Ramai juga yang pernah mengamalkan seks bebas sebelum mereka menjadi seorang PLHIV. Barang yang lepas tak dapat nak diubah. Walaupun berzina itu berdosa besar dan menghilangkan kemanisan alam rumahtangga, sekurang-kurangnya Allah masih sayang kita dengan kafarah sebagai PLHIV.

Taubat dan belajar daripada kesilapan. Bila didiagnos HIV positif dan mahu berkahwin, takkan tak mahu berubah juga.

PLHIV Enggan Ambil HAART

CD4 yang tinggi adalah bagus untuk imuniti individu tetapi Viral Load yang rendah sangat penting untuk mengelakkan risiko jangkitan terhadap pasangan dan bayi. Penggunaan kondom adalah mandatory. Setakat ini, satu-satunya cara secara klinikal untuk kurangkan jumlah virus adalah melalui HAART.

Masalahnya apabila doktor dah cadangkan ambil HAART, ada pula yang enggan dengan macam-macam alasan sendiri. Entahlah, tak larat aku nak nasihat banyak kali. Nak nasihat apa lagi kerana masing-masing belajar tinggi. Ini hak dan keadilan untuk isteri. Janganlah bersikap selfish dan mengambil risiko!

Aku bimbang jika tanpa sedar, akibat denial terhadap reality hidup, golongan begini mencipta macam-macam teori dan andaian di fikiran mereka. Mereka cuba alih isu dengan memikirkan macam-macam kelemahan pasangan sebagai escapism.

Mereka terlupa dengan kelemahan diri sendiri. Baru kahwin sehari dua dah nak fikir pasal cerai-berai. Tension… memang tension aku dibuatnya!

Fikir-fikirkanlah tentang erti sabar, pahala mendidik isteri, konsep dan method dakwah, kaunseling, psikologi, naluri, fitrah, emosi, hikmah wa mauizatun hasanah, fiqh perbandingan, dan sebagainya. Google dan cari sahajalah kitab-kitab muktabar. Isteri tu amanah Allah.

Macam mana nak berjuang di medan yang lebih besar jika medan kecil begitupun cepat benar mengalah?

Ya, jodoh ketentuan Allah. Boleh difahami jika dah bertahun-tahun mencuba andai jodoh tak kekal dan tiada keserasian.  Janganlah sampai inai masih dijari, dah kecoh nak bercerai? Manis bulan madu bertukar menjadi tangis bulan madu…

Pleaselah, jangan sampai tanpa sedar kita diuji Allah dengan takabbur terhadap pendapat sendiri. Sikap begini jauh lebih bahaya daripada HIV.

Paranoid

Huh, ini sikap paling sinonim. Paranoid terhadap HIV, rawatan, risaukan status diri atau enggan berkongsi dan bergaul sesama komuniti. Semua ni paranoid dan stigma dalaman PLHIV sendiri.

Macam-macam jenis paranoid ni dan kebanyakannya kerana gagal memahami serta menguasai maklumat asas mengenai HIV. Dah kita ada HIV, kenali sikit penyakit kita dik…

Akibat paranoid lah, ada kes yang dah hampir setengah tahun kahwin masih gagal menjalin hubungan intim. Kononnya risaukan risiko jangkitan. Bila aku pelawa jumpa untuk sesi kaunseling, tahu pula malu dan takut-takut.

Hahaha... tau pula rasa tercabar untuk buka kelemahan diri depan isteri tetapi peliknya aniaya isteri tak kisah pula. Ego tak bertempat!

Hello brader, aku ada 2 orang isteri OK? Dua-dua non-PLHIV tetapi kami tetap meneruskan kehidupan rumahtangga seperti biasa tanpa apa-apa masalah.

Paranoid ni bagi aku kerana tidak betul-betul tawakkal dengan takdir Allah walaupun ada yang mendakwa mereka sedang mencari keredhaan Allah. Kalau kita dah ambil ubat dan pencegahan, tawakkal lah.

Kalau tak mahu ambil ubat dan tak mahu pula pakai kondom, memanglah kita takut. Bila takut, macam mana nak concentrate? Bila tak concentrate, macam mana nak erection? Kalau dah tak erection, macam mana tak anti klimaks?

Paranoid juga berkait rapat dengan mentaliti subsidi. Apa itu mentaliti subsidi? Asyik nak bergantung dan mengharapkan pertolongan orang lain.

Semua nak dipujuk rayu dan dibelai. Sepatutnya kita yang bermasalah sendiri perlu bold, tampil ke depan menunjukkan contoh terbaik kepada pasangan sebaliknya kita sibuk berselindung di bawah ketiak pasangan supaya sentiasa dipujuk rayu.

Suami manja mengalahkan isteri, perghh… aku memang tak suka! Manja-manja sayang tu aku fahamlah. Sesekali OK, tetapi kalau sepanjang masa, KO. Bukan isteri sahaja yang boring, aku pun tak larat nak bantu.

Paranoid akhirnya membawa kepada ‘perasan bagus.’ Akibat perasan bagus mulalah enggan bergaul dan berkongsi dengan komuniti. Kononnya bimbang maklumat diri bocor, risau orang lain tahu karier, tersebar maklumat peribadi dan sebagainya.

Aduhai, kenapalah buruk sangka sangat? Sesama komunitilah lebih memahami masalah komuniti. Kau ingat diri dan karier kau tu bagus sangat? Kalau kau pandai, bersepah yang lagi pandai. Kalau kau banyak harta, lebih ramai yang banyak harta. Kalau kau berpangkat, bersepah yang pangkatnya tinggi-tinggi.

Ramai yang berhubung dengan aku terdiri daripada para ustaz, ustazah, bekas pelajar tahfiz, macam-macam jenis jurutera, pensyarah universiti, reporter, SB, tentera, doktor, lawyer, nurse, office-boy, VIP, guru, yang ada Master, ada PhD, dan entah apa-apa lagi. Jangan nak perasan baguslah…

Terserah jika tak nak join, tak ada sesiapa boleh paksa. Kita hormati pendirian dan perbezaan masing-masing. Risiko tanggung sendiri. Aku tak kuasa nak bergaduh dalam perkara remah-temeh dan khilafiah.

Jadi, apa-apa hal, buatlah ikut cara dan keselesaan sendiri asal jangan dianiaya pasangan masing-masing akibat sikap tersebut.

PLHIV Berhati Kering

Berhati kering yang aku maksudkan bukan sahaja kerana kedegilan dan enggan menerima nasihat orang lain, tetapi segelintir PLHIV yang kekal aktif menyebarkan virus sesuka hati. Bertuhankan nafsu.

Mula-mula dapat HIV bukan main insaf dan tak tinggal sejadah. Tetapi, bila dah serasi, sibuk kembali ke tabiat lama dan tidak ada rasa gentar langsung terhadap peringatan Allah, malahan selesa menyebarkan virus sesuka hati.

Golongan begini bukan sahaja tak layak kahwin tetapi elok masukkan sahaja ke dalam penjara. Masalahnya mereka sangat pandai berpura-pura. Jadi berhati-hatilah.

Penutup

Akhir kata kepada semua bakal pasangan PLHIV, sama ada sesama PLHIV atau non-PLHIV, fikirlah dulu dalam-dalam jika berhasrat mahu meneruskan perkahwinan dengan PLHIV.

Kalau mereka negative thinking dan bersikap negative seperti yang aku kongsikan ni, tak payahlah pening-peningkan kepala. Tak perlulah kahwin dengan mereka kerana kasih sayang membuta tuli. Tak guna kahwin selagi tuan punya badan enggan membantu diri sendiri.

Biarlah malu sekarang kerana membatalkan perkahwinan selepas segala persiapan dan kad jemputan telah diedar daripada berdosa, menderita dan timbul fitnah berganda pada kemudian hari. Perkahwinan bukan seperti main pondok-pondok dan masak-masak pada zaman kita kecil-kecil dulu.

Kalau mereka punya sikap positif dan belajar daripada kesilapan, why not? Teruskan. Aku sokong sepenuhnya.

Selamat menempuh alam rumahtangga. Semoga bahagia bawa ke syurga dan dikurniakan zuriat yang menjadi menjadi penyejuk mata serta pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa sehingga berdozen-dozen!

Tetapi kalau tak sudi, jangan disebar dan dijaja aib mereka. Mohon maaf dari hamba (AHP).
 

HIV POSITIF: PERUBAHAN PENDEKATAN BLOG AHP MULAI 2012


Menjadi seorang PLHIV terlalu biasa. Mereka yang tidak faham sahaja (sama ada PLHIV sendiri atau non-PLHIV) yang menjadikannya sangat sukar dan penuh stigma.

Kalau pembaca khususnya PLHIV mencari inspirasi dan panduan di sini, ianya mungkin boleh dicari dalam entries lama sepanjang 2011 terutama dalam kategori AKU. Di sana aku kongsikan pengalamanku pada peringkat awal diagnos (peringkat keliru) sehinggalah ke tahap sekarang.

Maaflah mulai 2012 ini aku agak kurang bercakap tentang emosi. Aku lebih selesa bercakap tentang fakta. Jadi jangan pelik jika entries mulai 2012 agak dingin. Emel leleh-leleh dan paranoid juga aku takkan layan.

Aku perlukan perkongsian positif. Mahukan bantuan, tunjukkan bahawa kita betul-betul bersedia membantu diri sendiri. Itulah perubahan sepanjang 2012 yang aku maksudkan. Aku tak larat melankolik.

Malahan dalam beberapa keadaan, aku lebih risaukan penyakit-penyakit kronikku yang lain iaitu diabetes, thrombocytopenia dan anemia berbanding HIV. Lagipun pun aku tak banyak sangat impian kecuali untuk mencari keredhaan Ilahi, menikmati kehidupan bersama family dan berbakti kepada komuniti.

Perkara yang di luar kawalan dan pemikiran manusia kita serahkan sahaja kepada Allah. Fikir sampai pecah kepala sekalipun, kalau takdirnya besok aku mati, mati juga. Takdir adalah urusan Allah. Urusan kita sekadar mampu merancang, berusaha dan berdoa. Tawakkal adalah pasti.

Insya-Allah dalam waktu terdekat aku akan kongsikan pandanganku berdasarkan pemerhatian dan pengalaman peribadi terhadap bakal pengantin PLHIV.

Entry seterusnya juga berkaitan prosedur, cabaran dan rintangan yang terpaksa PLHIV tempuhi  semasa menguruskan proses perkahwinan mereka. Ianya hasil perkongsian dan pengalaman sebenar sahabat komuniti Positive Warriors.

Jumpa lagi, insyaAllah.
 

Wednesday, February 08, 2012

BEBERAPA FAKTA ASAS MENGENAI ANAEMIA DAN THROMBOCYTOPENIA

Maaf, aku memang berdepan dengan kesibukan melampau sejak kebelakangan ini sehingga tidak sempat menyediakan entry terbaru dan membalas emel (kecuali yang betul-betul urgent). Insya-Allah segalanya akan kembali normal dalam waktu terdekat.

Selagi berkesempatan, ditemani atau sendiri perjuangan tetap diteruskan setakat yang termampu. No retreat, no surrender. Tiada resah gelisah.

Selain HIV dan diabetes, aku juga mengidap penyakit-penyakit kronik lain iaitu Anaemia dan Thrombocytopenia, kali ini aku share sedikit info ringkas mengenai penyakit-penyakit tersebut untuk rujukan anak cucu.  





APA ITU ANAEMIA?

Penyakit anaemia terjadi apabila kepekatan hemoglobin dalam darah di bawah paras normal mengikut usia dan jantina. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat di dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu. Kekurangan zat besi (iron) iaitu komponen penting hemoglobin adalah merupakan sebab biasa terjadinya anaemia.

Paras Haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 -> 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 -> 18.5g/dL untuk lelaki.

(Pemeriksaan haemoglobin adalah untuk menentukan sama ada anda menghidapi anaemia atau tidak dan boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.)

 Jenis Anaemia yang biasa berlaku ialah:
1.      Anaemia disebabkan kekurangan zat besi
2.      Thalassaemia

Apakah Tanda-Tandanya?

1.   Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata. Tidak bermaya, letih, dan lemah badan.
2.   Pendek nafas apabila melakukan senaman.
3.   Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak.
4.   Angina pectoris iaitu suatu keadaan di mana berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi.
5.   Palpitasi, iaitu suatu keadaan di mana denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luar biasa.
6.   Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.
7.   Penyakit demam kuning (jaundice) terjadi bagi kes hemolaitik anaemia.

Punca-puncanya?

1.   Kekurangan vitamin atau zat galian terutamanya zat besi dan vitamin B12. Bagi wanita hamil yang memerlukan lebih zat besi; sekiranya pengambilan zat besi kurang, wanita tersebut akan mengalami anaemia, terutamanya semasa separuh kedua tempoh kehamilan.
2.   Kekurangan pengeluaran sel darah merah, yang mana mungkin
disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh kekurangan asid folik.
3.   Kecacatan sel darah merah yang disebabkan keturunan, seperti 'sickle cell anaemia' , 'haemolytic anaemia' iaitu kemusnahan luar biasa sel darah merah yang cepat tanpa diganti dengan lebih pengeluaran, dan penyakit 'thalassaemia'.
4.   Kehilangan berlebihan darah (seperti darah haid yang keluar terlalu banyak, dan pendarahan ulser perut).
5.   Terdapat sesetengah ubat yang memusnahkan sel darah merah atau mengakibatkan pendarahan dalam perut.
6.   Penyakit yang memberi kesan kepada pengeluaran sel darah merah seperti penyakit leukemia.
7.   Terdapat sesetengah rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi.
8.   Bagi kanak-kanak, kecacingan terutamanya cacing kerawit.

Apakah Kesan Anaemia Kepada Kesihatan?

Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi. Anaemia boleh membawa maut!

Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada di dalam kandungan.

Rawatan

Bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi:

1.   Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Thalassemia, dan Leukemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
2.   Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi.






APA ITU THROMBOCYTOPENIA?

Lebih tepat ianya dikenali sebagai Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP).

ITP atau Idiopathic Thrombocytopenic Purpura adalah penyakit kekurangan platelet. Idiopatric bermaksud "tidak diketahui puncanya."

Thrombocytopenic bermaksud "darah yang tidak cukup yang memiliki sel darah merah (trombosit)" dan Purpura bermaksud "memiliki luka yang sukar pulih".

Penyakit ini telah dikaji dan didapati tidak diketahui puncanya. Penyakit ini dibahagikan kepada dua klasifikasi:

1.      Akut iaitu jika sembuh dalam jangka 6 bulan.
2.      Kronik jika penyakit berterusan selama 6 bulan atau lebih.

Bagi penghidap penyakit ini, sel-sel darahnya berada dalam jumlah yang normal kecuali sel darah merah. Jumlah sel darah merah (platelet) adalah kecil, dan ia berfungsi untuk membekukan darah di bahagian tempat luka.

Jika sel-sel darah merah (platelet) kurang, ia akan menyebabkan darah akan terus mengalir tanpa henti. Selain itu, jika sel-sel darah ini sedikit, ia juga boleh mengakibatkan pendarahan dalam organ usus seseorang.

Punca IPT?

Penyebab penyakit ini masih tidak diketahui puncanya. Seseorang yang menderita penyakit ini akan mengalami satu masalah iaitu pemusnahan sel darah merah oleh antibodi yang telah wujud dalam tubuh badan.

 
Tanda-tanda Awal ITP?

Kebiasaannya, penghidap penyakit ini akan mengalami beberapa tanda yang menunjukkan mereka menghidap penyakit ITP. Tanda ITP boleh timbul secara tiba-tiba (akut) atau muncul secara perlahan (kronik). Antara tanda-tanda yang menunjukkan mereka menghidap penyakit ini ialah:

Dalam senario biasa, antibodi berfungsi untuk bertindak balas terhadap bakteria atau virus yang masuk ke dalam tubuh. Tetapi lain pula jika seseorang menghidap ITP kerana ia akan menyerang sel-sel darah merah.

1.      Pendarahan pada hidung
2.      Pendarahan pada pangkal gigi / gusi
3.      Mengalami lebam di anggota badan

Diagnosis ITP

Setelah diselidik, mereka yang menghidap ITP mempunyai bilangan sel platelet kurang daripada 15,000/ml. Kajian ke atas tulang sum-sum (bone marrow examination) akan memastikan penyakit ITP.
 

Leukemia dan kegagalan sum-sum (bone marrow failure) hendaklah dibezakan daripada ITP, dan ini hanya dapat dipastikan melalui pemeriksaan sum-sum tulang.

Kebanyakan pakar bidang penyakit darah dapat mengenali penyakit ITP melalui sejarah dan rawatan pesakit tanpa perlu pemeriksaan sum-sum tulang.

Sumber: Google

AHP:

Maaf jika maklumat tidak berapa tepat. Terbuka kepada pemurnian.

Sedikit beza maksud penyakit akut dan kronik:
Akut:  Timbul secara tiba-tiba (akut).
Kronik: Muncul secara perlahan (kronik).