Wednesday, July 02, 2014

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-37 (RAWAT TENAGA BATIN DENGAN BERJAYA)



 My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician


He he he… abaikan tentang rawat tenaga batin tersebut. Aku sengaja mentioned untuk mengusik mereka yang Google atau mencari maklumat-maklumat yang tidak berfaedah. Lebih baik mereka membaca maklumat tentang isu berkaitan yang difahami secara profesional yang aku kongsikan di dalam entry ini daripada melakukan perkara bukan-bukan.
  
Temujanji ini hampir 2 bulan yang lalu, tetapi aku tidak berkesempatan menaip perkongsian pengalaman tersebut dengan para pembaca disebabkan oleh pelbagai kekangan. Tidak mengapalah. Dalam soal ini, kita terpaksa bersetuju bahawa better late than never. Biar genting, jangan putus. Ikut kemampuan yang ada.

Date: 8 May 2014
Day: Thursday
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan

Kali ini, aku ditemani Kak Da, Danish, dan Danial. Berikut adalah result routine check-up yang dijalankan:

Blood pressure: 110/70 (normal)
Pulse rate: 60/min
Glucose: 4.7
Temperature: 36.6°C
Mouth: No oral candidiasis

Aku memberitahu Dr. Iskandar tentang keadaan diriku yang agak kurang fit a few days back. Out of the blue, baru-baru ini aku melakukan banyak aktiviti fizikal lasak secara mendadak kerana serabut melihat keadaan sekeliling rumahku yang berselerak disebabkan oleh sedikit kerja-kerja pengubahsuaian.

Akibatnya anggota badan lesu dan otot-ototku sakit sehingga tidak selesa semasa hadir bekerja. Aku memang kurang melakukan aktiviti fizikal secara lasak semenjak menjalani bone marrow biopsy dan dimaklumkan bacaan platelet dalam darahku rendah.

Aku juga sekali-sekala mengalami demam, tetapi segera menelan PCM. Sudah tentu keadaan tersebut mendatangkan tekanan kerana aku seolah-olah tidak boleh kelihatan sakit sedikit pun kerana aku terbuka dengan statusku sebagai Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA). Down dan kurang sihat sahaja, pelbagai andaian yang timbul, sedangkan sesiapa sahaja terutama yang seusia denganku akan menghadapi situasi yang sama.

Begitulah penampilan ‘sihat’  yang mahu dilihat oleh masyarakat. Aku juga sentiasa menjadi “kayu pengukur” terhadap kemampuan ODHA hidup normal dalam masyarakat. Ditakdirkan aku demam dan dimasukkan ke hospital, cuba bayangkan. Bagi yang tidak faham, semua ODHA akan terima tanggapan yang sama…

All of the agonizing pain hanya aku yang merasa. Masyarakat, terutamanya colleagues biasanya hanya menerima keadaanku, tetapi tidak memahami.

Menurut Dr. Iskandar, definisi sihat adalah mengikut mata yang memandang. Physically, yes, I am fine. Tetapi biochemically, I am not fit. Suka atau tidak, aku mesti redha dan menghadapinya dengan tabah. Sekurang-kurangnya ianya memberikan inspirasi kepada insan lain.

Aku mengambil kesempatan consultation kali ini sebagaimana biasa dengan bertanyakan beberapa soalan daripada rakan-rakan, sama ada komuniti atau supporters.


Soalan 1:

Apakah kesan lain penggunaan ubat perancang kehamilan? Salah seorang rakan (bukan ODHA) telah mengambil Implanon untuk mencegah kehamilan selama 3 tahun. Akibatnya, perut sentiasa sakit. Selepas 3 tahun, beliau mengambil suntikan untuk mencegah kehamilan. Suntikan tersebut perlu dilakukan setiap 3 bulan. Setakat ini 2 kali suntikan telah diambil. Beliau tidak mengambil sebarang pil; hanya suntikan sahaja.

Beliau juga tidak datang haid sejak Disember 2013. Beliau telah 2 kali membuat pregnancy tests dan keputusannya adalah negatif. Isunya, mengapa perut beliau sentiasa sakit dan tiada haid?

Jawapan:






Apa itu Implanon?
Implanon is a birth control (contraceptive) implant for women. Implanon is a flexible plastic rod about the size of a matchstick that is placed under the skin of the upper arm. It releases a low, steady dose of a progestational hormone to thicken cervical mucus and thin the lining of the uterus (endometrium). Implanon typically suppresses ovulation as well.

Menurut Dr. Iskandar, Implanon tidak menyebabkan sakit perut atau haid terganggu. Suntikan itu pula memang ada menyebabkan gangguan haid, tetapi bukan sakit perut. Gangguan haid bergantung kepada badan individu.

Tidak datang haid boleh disebabkan oleh dua keadaan iaitu hamil atau tidak hamil. Pemeriksaan dengan doktor perlu dibuat kerana hormon atau ovari mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut  untuk mengenalpasti puncanya.

Dr. Iskandar menasihatkan supaya beliau membuat ujian pemeriksaan Pap Smear dan ultrasound sebagai langkah berjaga-jaga.


Soalan 2:
(RAWATAN TENAGA BATIN)

Ada seorang rakan komuniti beranggapan bahawa selepas beliau mengambil HAART, beliau mempunyai masalah dengan fungsi seksualnya iaitu kurang aktif atau tidak berminat dalam hubungan kelamin. Adakah HAART menjadi punca masalah tersebut?

Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, setakat ini, jika dipantau dari sudut ADR atau adverse drug reaction, rawatan HAART tidak boleh menyebabkan decrease or loss of libido (pengurangan atau kehilangan keinginan seksual) atau erectile dysfunction (mati pucuk).

ADR bermaksud reaksi ubat-ubatan yang tidak dikehendaki, tidak menyenangkan, membahayakan, atau merugikan yang terjadi disebabkan oleh penggunaannya pada dos yang normal dengan tujuan untuk pencegahan, diagnosis, dan rawatan.

Sekiranya seseorang ODHA mengambil rawatan HAART dan mengalami decrease or loss of libido, beliau mungkin mengalami gangguan psikologi seperti terlalu takut untuk melakukannya kerana bimbang pasangannya akan turut terjangkit HIV atau kecenderungan seksualiti tertentu.

ODHA  juga tidak sepatutnya melakukan hubungan kelamin selepas mengambil Stocrin kerana kesan sampingannya pada sesetengah ODHA ialah mungkin menyebabkan aktiviti seksual tidak dapat dijalankan dengan sepenuh tumpuan.

Menurut Dr. Iskandar lagi, jika seseorang ODHA yang mengambil rawatan HAART ada mengalami erection pada waktu pagi, maka dia tidak mengalami masalah decrease or loss of libido atau erectile dysfunction. Jika keadaan decrease of libido masih berlaku, maka ODHA tersebut mungkin mengalami androgen deficiency.


Androgen adalah hormon seksual. Androgen deficiency pada lelaki berlaku apabila tubuhnya mempunyai tahap hormon lelaki yang rendah, khasnya testosterone. Pengurangan ini mungkin disebabkan oleh masalah pada testis, kelenjar pituitary, atau hypothalamus. Rawatan yang boleh dilakukan adalah terapi gantian testosterone. Androgen deficiency ini adalah seolah-olah keadaan ketika seseorang lelaki itu mengalami andropause (male menopause). Andropause berlaku disebabkan oleh faktor usia.

Viagra hanya membantu menegangkan zakar sahaja. Jika masih tidak bernafsu untuk melakukan aktiviti seksual atau sedang mengalami andropause, maka pengambilan Viagra itu adalah tidak berkesan dan sia-sia.

Dr. Iskandar menyarankan sesiapa yang berdepan isu yang sama mendapatkan kaunseling lanjut untuk beberapa cadangan penyelesaian. Jika bersifat sementara, biasanya berkaitan dengan stress sahaja.


Soalan 3:

Soalan kali ini adalah berkaitan dengan anakku, Danish. Ianya adalah berkenaan dengan tonsillitis dan demam yang biasa dihadapinya.

Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, sekiranya dalam masa 1 tahun, Danish menghadapi demam dan tonsillitis sebanyak 6 kali atau lebih, dia dinasihatkan supaya membuang tonsil tersebut. Beliau turut memeriksa keadaan tonsil Danish. Danish disahkan mempunyai tonsillitis gred 3.




Mereka yang mempunyai tonsillitis akan mengalami kesakitan yang sangat teruk apabila demam, bukan sahaja pada bahagian tonsil tersebut, malah pada keseluruhan anggota badan juga. Sekiranya mereka demam, pesakit tonsillitis dikehendaki terus berjumpa dengan doktor serta-merta. Antibiotik akan diberikan.

Prosedur membuang tonsil tersebut hanya melibatkan pembedahan ringkas sahaja. Bius umum akan diberikan iaitu totally fainted. Tonsil tetap akan ada kerana hanya tonsil yang besar akan dibuang. Pesakit diminta untuk memberitahu pihak klinik lebih awal tentang persetujuan membuat pembedahan tersebut bagi tujuan schedule for the surgery. Walau bagaimanapun, pembedahan tidak boleh dilakukan sekiranya pesakit sedang demam.


Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua.
Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat profesional dan cemerlang.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:
  
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com