My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada
bin Osman
MD
(USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM
(Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow
in Adolescent Health (Melbourne)
Family
Medicine Specialist / Primary Care Physician
Date: 19 June 2014
Day: Thursday
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan
Time: 4.03 pm
Kali ini, aku
ditemani Kak Da, Ummie, dan Danial. Routine
check-up:
Weight: 72 kg (naik banyak!)
Blood pressure: 126/76 (normal)
Pulse rate: 72/min
Glucose: 9.6 (taken by
Dr. Iskandar)
Mouth: No oral
candidiasis
Setiap kali sebelum
hadir temujanji, aku memantau sendiri bacaan gula terlebih dahulu di rumah pada
sebelah pagi. Kali ini bacaannya 5.5 (fasting).
Tidak sabar untuk aku maklumkan resultnya
kepada doktor. Konon-konon aku dapat kawal gula walaupun kalau buat ujian HbA1c,
kemungkinan besar aku kantoi kerana memang kebelakangan ini selera makanku semakin susah dikawal.
Tetapi, tiba-tiba
sahaja Dr. Iskandar buat ‘spot check’.
Adeihh... sudah tentu keputusan bacaan menunjukkan bacaan gula yang tinggi
kerana aku memang makan macam-macam sejak pagi. (Untuk elakkan salah faham,
temujanji ini beberapa hari sebelum puasa Ramadhan tahun ini.) Aku mengaku kepada
Dr. Iskandar, aku memang susah nak kawal diet walaupun tahu diabetes lebih bahaya berbanding HIV. Nasihat Dr. Iskandar, tiada jalan lain kecuali prihatin dengan apa yang aku makan.
Sesi kaunseling dan
sharing
Aku memaklumkan Dr.
Iskandar tentang keadaanku yang mengalami insomnia kronik. Jadual tidur siang
dan malam bertukar semenjak aku kembali ke Malaysia selepas 2 minggu berada di
luar negara akibat Jetlag. Kesibukan jadual harianku dengan urusan komuniti pula memang tiada hentinya sebaik sahaja aku pulang.
Apabila susah tidur, atau
semakin lewat dapat tidur, aku akan tertekan kerana bimbang mendatangkan salah
faham kepada colleagues kerana pernah
dituduh sengaja datang lewat bekerja. Keadaan ini menambahkan lagi kesukaran
kepadaku untuk tidur.
Pada waktu siang
pula, aku hanya dapat tidur di antara 1 hingga 3 jam sahaja jika tiada gangguan.
Selain gangguan insomnia, Alhamdulillah tiada apa-apa masalah. Selera makanku
sangat baik. Kesihatan fizikalku juga secara umumnya baik.
Dr. Iskandar memahami
situasi tersebut dan memberikan aku ubat tidur sebagai salah satu cara untuk
membantu membetulkan kitar tidurku yang tidak mengikuti jam biologi asal. (Aku
lupa nama ubat tidur tersebut). Ubat tidur perlu diambil sebiji selepas jam 10
malam selama seminggu. Aku juga perlu tidur selepas merasa mengantuk. Driving and handling heavy machinery are not
allowed selepas memakan ubat tersebut.
Seterusnya aku
bertanyakan beberapa soalan yang dikemukakan oleh sahabat komuniti kepada Dr.
Iskandar.
Soalan 1:
Seorang pembaca blog
dan rakan Facebookku mendakwa pada
dirinya telah wujud simptom-simpton AIDS sedangkan beliau mendakwa baharu
sahaja terdedah kepada risiko. Berpuluh kali diterangkan, masih enggan menerima
penerangan kerana beliau mendakwa semasa beliau membuat HIV rapid test di sebuah lab yang menunjukkan keputusan negatif,
tetapi doktor di klinik panel tempat beliau bekerja menyatakan bahawa hasil
ujian tersebut masih belum konklusif kerana HIV boleh berada di dalam tubuh
badan manusia selama bertahun-tahun tanpa antibodi.
Sekali seseorang itu
terdedah, dia perlu selalu membuat rapid
test kerana keputusannya tidak
boleh dianggap sebagai konklusif. Beliau keliru dengan penerangan doktor
tersebut. Pembaca ini juga mendakwa telah banyak kali membuat rapid test dalam tempoh window period sehingga tepat 90 hari
dari tarikh terakhir beliau terdedah kepada risiko jangkitan.
Jawapan:
Apa itu window period?
Mari kita ulangkaji.
Window period adalah satu jangka masa di antara bermulanya
jangkitan HIV dan munculnya antibodi yang boleh dikesan kepada virus tersebut.
Di dalam kes ujian antibodi HIV yang paling
sensitif dicadangkan mutakhir ini, window
period adalah di antara tiga ke empat minggu. Jangka masa ini walau
bagaimanapun boleh menjadi lebih panjang.
Menurut Dr. Iskandar,
mereka yang sentiasa melakukan atau terdedah kepada aktiviti berisiko perlu
membuat rapid test. Tempoh masa untuk
membuat ujian saringan (rapid test) dari
tarikh pendedahan terhadap aktiviti berisiko berlaku adalah 90 hari.
Jadi, sepatutnya
dalam tempoh 90 hari, antibody memang
dapat dikesan. Simptom AIDS tidak akan muncul dengan begitu pantas. Sekiranya
seseorang itu menghidap AIDS berdasarkan simptom-simptom yang didakwa, sudah
tentu ujiannya reactive.
Dr. Iskandar
menerangkan ianya berkemungkinan melibatkan aspek psikologi. Terdapat empat peringkat dilema
sebegini iaitu anxiety, hypochondria, Munchausen syndrome, dan Munchausen
syndrome by proxy.
Anxiety
Kerisauan. Tekanan
boleh datang daripada sebarang peristiwa atau pemikiran yang membuatkan
seseorang itu kecewa, marah, atau gementar. Anxiety
adalah satu perasaan takut, tidak selesa, dan risau. Punca simptom-simptom ini
tidak sentiasa diketahui.
Hypochondria
Hypochondria menyebabkan seseorang itu menjadi obsessed dengan idea bahawa dia
mempunyai penyakit yang serius atau mengancam nyawa yang masih belum didiagnos
lagi. Ini menyebabkan anxiety yang
signifikan yang berterusan selama berbulan-bulan atau lebih, walaupun tidak
terdapat bukti perubatan yang jelas bahawa dia mempunyai masalah kesihatan yang
serius.
Munchausen syndrome
Sindrom ini merupakan
satu kecelaruan mental yang serius di mana seseorang itu memperdayakan orang
lain dengan berlagak sakit atau menjadi sakit dengan sengaja, atau mencederakan
dirinya sendiri. Sindrom ini menyebabkan seseorang itu mengada-adakan simptom-simptom
atau menjalani ujian-ujian perubatan untuk meyakinkan orang lain bahawa
rawatan, seperti pembedahan berisiko tinggi adalah diperlukan.
Munchausen by proxy syndrome
Sindrom ini adalah
satu bentuk penderaan kanak-kanak yang jarang berlaku dan melibatkan satu penipuan
yang melampau tentang penyakit atau simptom-simptom oleh ibu bapa atau penjaga
utama. Ianya juga dikenali sebagai ‘penderaan kanak-kanak dari segi perubatan’
(medical child abuse). “By proxy” menunjukkan ibu, bapa atau
penjaga yang menipu atau membesar-besarkan simptom-simptom pada seorang
kanak-kanak, bukan pada dirinya sendiri.
Penyelesaiannya, jika
seseorang itu tidak yakin dengan status kesihatan dirinya dan sentiasa
tertanya-tanya sama ada dia telah dijangkiti HIV atau tidak, walaupun beberapa rapid tests sentiasa menunjukkan keputusan
negatif, dia mungkin mengalami hypochondria.
Untuk kes ini, kita hanya boleh membantu memberikan nasihat dan motivasi kepadanya
supaya dia yakin bahawa dirinya tidak dijangkiti HIV. Jika dia terus-terusan
tidak yakin, maka terpulanglah kepadanya untuk membuat seberapa banyak rapid tests yang dia mahu.
Walau bagaimanapun, apabila
berdepan isu sebegini, Dr. Iskandar mencadangkan supaya aku mencadangkan kepada
pembaca tersebut supaya memanjangkan tempoh di antara satu ujian dengan satu
ujian yang lain. Contohnya, jika seseorang itu membuat rapid test setiap minggu, cadangkan kepadanya membuat rapid test setiap bulan, setiap dua
bulan dan seterusnya dengan harapan supaya klien berkenaan dapat bertenang.
(Nota AHP: Terbukti
akhirnya pembaca tersebut tidak bercakap benar apabila tidak memberikan tarikh
yang tepat melakukan aktiviti berisiko dan bukannya sekali melakukan aktiviti
berisiko.)
Soalan 2:
Bolehkah seorang PLHIV
menukar klinik kesihatan di mana dia menerima rawatan ke klinik kesihatan lain
yang berada di luar dari kawasan mastautinnya?
Jawapan:
Menurut Dr. Iskandar,
semua klinik kesihatan mesti menerima sebarang kes RVD (retroviral diseases). Para pesakit boleh mendapatkan rawatan di
mana-mana klinik kesihatan yang mereka mahu. Sekiranya pesakit mahu menukar
klinik kesihatan, beliau boleh pergi ke klinik kesihatan yang lain dan memaklumkan
pertukaran itu kepada pihak klinik kesihatan yang baru. Pihak klinik kesihatan
yang baru akan meminta fail pesakit tersebut daripada pihak klinik kesihatan
yang sebelumnya.
Tidak ada sebarang
sempadan bagi klinik kesihatan. Yang ada cuma kawasan operasi iaitu ruang
lingkup kawasan yang perlu diperiksa oleh pihak klinik kesihatan tersebut.
Soalan 3:
Seorang rakan
komuniti turut bertanyakan soalan tentang asthma
atau lelah. Beliau mengalami batuk berkahak selepas pulang dari luar negara.
Jawapan:
Apa itu asma?
Menurut Dr. Iskandar,
asma biasanya difahami dengan 1 cara sahaja iaitu apabila pesakit terasa sesak
nafas (kesukaran untuk bernafas). Sedangkan asma sebenarnya adalah satu
gangguan yang menyebabkan laluan udara paru-paru membengkak dan menyempit,
seterusnya menyebabkan empat keadaan sama ada semput (wheezing), sesak nafas (shortness
of breath), sesak dada (chest
tightness), dan batuk (coughing).
Asma juga sering dirujuk sebagai suatu radang kronik (chronic inflammatory).
Sesiapa sahaja yang
mengalami asma akan mengalami mana-mana atau keempat-empat keadaan yang
disebutkan tadi. Oleh itu, adalah penting bagi penghidap asma untuk menggunakan
inhaler yang telah dibekalkan oleh
doktor. Pesakit perlu mematuhi arahan penggunaan inhaler yang telah diberikan oleh doktor.
Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada
manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk
saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.
Jazakumullah khair
kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya
Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat profesional dan
cemerlang.
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
Info
Berkaitan:
Laman Web Rasmi PPWM:
Facebook Fanpage PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun:
Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
Para pembaca boleh
berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret
Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors
Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang
berikut:
Abd. Shukor Mohd
Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com