Friday, April 11, 2014

HIV: STIGMA VS RACISM




sila share


Definisi Stigma dan Racism

Stigma: Sifat atau sesuatu yang menjatuhkan maruah, kecelaan, keaiban.

Stigmatization adalah sikap merendahkan, mendiskriminasi, atau menyebabkan orang hilang kepercayaan terhadap seseorang atau kelompok yang memiliki atribut (ciri-ciri-ciri tertentu) sehingga menimbulkan pandangan buruk masyarakat.

Dalam konteks psikososial, stigma memiliki makna yang menggambarkan ciri negatif yang melekat pada seseorang, biasanya kerana faktor persekitaran atau perbuatan yang pernah dilakukan sehingga individu tersebut dianggap jijik oleh orang ramai.

Racism: Fahaman perkauman atau ras.

Racist adalah orang yang membangkitkan perkauman. Racial bermaksud bersifat perkauman, berkaitan bangsa atau ras. Racially bermaksud secara perkauman, atau dari segi bangsa.

Kaitan Stigma dan Racism

Stigma terhadap Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA) sangat hampir dengan sikap racismStigma ini turut berlaku terhadap lain-lain pesakit kronik lain seperti terhadap pesakit epilepsi, hepatitis, thalessemia, mental, (malahan pesakit kusta dan taun suatu ketika dahulu) dan sebagainya.  Orang yang bersikap stigma dan racism cenderung meletakkan segala punca kelemahan  mereka terhadap orang lain sebagai escapism untuk menutup kelemahan sendiri dalam pelbagai perkara.

Contoh: Mereka merasakan bangsa, kaum atau golongan yang dibenci menyebabkan mereka tidak selamat dan terancam. Disebabkan paradigma tersebut, mereka akan melabel bangsa, kaum atau golongan tersebut sebagai penipu, bodoh, pemalas, pengotor, punca jenayah, pemonopoli, dan sebagainya, sedangkan apa juga sikap negatif bergantung kepada sikap individu, bukan kerana dilahirkan sebagai bangsa, kaum  atau kerana hidup dengan virus atau penyakit-penyakit tertentu. Tidak mustahil jika badan mereka berbau busuk pun diletakkan punca kesalahannya terhadap golongan yang dibenci.  

Lantas mereka cenderung menghukum, cuba menyakiti, memfitnah, menghapuskan, menganiaya, mendiskriminasi, dan paranoid; termasuk kepada ahli keluarga atau sesiapa yang rapat dengan individu yang mereka stigmatize.

Mereka menganggap individu yang dibenci dan sesiapa sahaja yang rapat dengan individu tersebut mendatangkan bahaya kepada mereka, masyarakat, atau negara, sedangkan ianya sekadar andaian dan cermin kejahilan dalam menguasai ilmu dan menilai kehidupan. Mereka tidak sedar bahawa golongan yang dibenci mungkin banyak memberi sumbangan dan jasa tertentu kepada semua pihak termasuk terhadap mereka.

Sikap negatif ini telah wujud sepanjang ketamadunan manusia dan punca pertelingkahan sehingga ke tahap berbunuh-bunuhan selama ribuan tahun. Ada pihak yang mengambil peluang terhadap sikap negatif ini dengan mengeksploitasinya sebagai senjata demi survival tertentu. 




Pandangan Islam Terhadap Racism

Prinsip Islam mementingkan keadilan tanpa mengenal batasan bangsa, warna kulit, rupa, dan kedudukan.

Firman Allah (maksudnya): 
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat: 13)

Nabi S.A.W sendiri memuji sikap tolong-menolong antara pelbagai bangsa. Baginda pernah bersabda:

“Sesungguhnya kaum al-‘Asy’ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka di dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bilal bin Rabah R.A., seorang yang berkulit hitam, berasal daripada status hamba abdi yang dihina telah menduduki tempat yang tinggi dalam Islam. Sehingga setiap Muslim apabila menyebut sahaja azan untuk solat akan teringat sejarah Bilal yang bertugas sebagai Mu’azzin (tukang azan) Nabi S.A.W sehingga orang Melayu memanggil “Tok Bilal” kepada tukang azan.

Sabda Nabi S.A.W lagi: 

“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah, tiada kelebihan orang Arab ke atas a’jam (yang bukan Arab), atau a’jam ke atas orang Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah, melainkan KETAQWAAN.” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hadis Hasan oleh al-Albani)


sila share

Sisipan

Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal yang bertajuk “I Have A Dream”:

“I have a dream that my four little children will one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character.

Persoalannya

Bagaimana dengan pendirian kita?

Aku telah cuba sampaikan, terpulang kepada penerimaan masing-masing dan kita punya kewajipan sendiri menjawabnya di akhirat kelak.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com