Tuesday, December 23, 2014

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-43



My Best Doctor
Dr. IskandarFirzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician


Date: 17 December 2014
Day: Wednesday
Time: 3.11 pm
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan

Routine check-up:

Weight: 75 kg (Naik 2 kg dalam masa sebulan!) Uwaaa!!!
Blood pressure: 126/76 (normal)
Pulse rate: 72/min (regular)
Glucose: 9.3 (random)
Mouth: No oral candidiasis

Temujanji kali ini turut ditemani Kak Da dan Ummie disertai sepasang sahabat komuniti atas keperluan masing-masing.

Dr. Iskandar mengingatkan aku untuk hadir ke klinik bagi membuat ujian CD4/CD8 dan Viral Load (VL),  pada hari Isnin 26 Januari 2015.  Ujian ini perlu dilakukan setahun sekali sebagai pemantauan biasa.

Selesai routine check-up, aku meneruskan consultation dengan bertanyakan beberapa soalan yang diajukan oleh rakan-rakan komuniti.


Soalan 1:

Seorang sahabat komuniti yang kini menjalani rawatan (kaunseling dan observasi umum) di sebuah hospital di negeri lain berhasrat mahu berpindah pusat rawatan ke KK Jaya Gading atas sebab-sebab tertentu. Beliau masih lagi belum dicadangkan memulakan rawatan HAART.

Jawapan:

Sebelum membuat keputusan tersebut, patients perlu mempertimbangkan kemampuan masing-masing untuk memberikan komitmen di tempat baru seperti mematuhi rawatan dan hadir temujanji .

Kesemua hospital kerajaan dan klinik kesihatan kerajaan di Malaysia tidak mengenal sempadan atau borderless. Mana-mana patients boleh mendapatkan rawatan dari mana-mana hospital atau klinik kesihatan kerajaan yang dikehendakinya.




Apa yang penting adalah surat rujukan daripada doktor yang merawat di pusat rawatan semasa. Surat rujukan tersebut perlulah mengandungi kesemua maklumat asas yang berkaitan.


Soalan 2:

Ritsu (bukan nama sebenar) adalah salah seorang sahabat komuniti wanita yang telah 13 tahun hidup sebagai people living with HIV (PLHIV).  Suaminya non-PLHIV.

Ritsu pernah 3 – 4 kali hamil dan menggugurkan kesemua kandungannya kerana khuatir bayinya dijangkiti HIV. Situasi tersebut berlaku akibat naïf kerana kurang maklumat yang tepat tentang HIV dan rawatan. Beliau turut pernah mengalami pelbagai komplikasi seperti:

·        collapsed selama 45 hari dan koma 7 hari pada tahun 2012 dengan bilangan CD4 hanya 13 dan jutaan viral load, akibat tidak menjalani rawatan ketika itu
·        pernah menjalani spinal fluid tap atau diambil air tulang belakang
·        mendakwa mengalami lenguh di bahagian pinggang dan sering lupa selepas menjalani spinal fluid tap
·        mempunyai 8 – 9 bisul di otak (brain abscess), diberi ubat oleh doktor sebelum membuat keputusan untuk pembedahan otak, tetapi kesemua bisul sembuh pada Disember 2012 selepas menjalani CT scan
·        mengalami tekanan darah tinggi

Ritsu kena telah menjalani rawatan HAART dan sihat. Sangat mahukan zuriat sendiri tetapi doktor yang merawatnya memberitahu bahawa tekanan darah tinggi yang dialami olehnya boleh membahayakan bakal bayi yang dikandung. Bayi tersebut juga dikatakan mungkin akan terencat akal akibat pengambilan air tulang belakang sebelum ini.

Dengan segala sejarah yang dinyatakan, adakah Ritsu masih mempunyai peluang untuk melahirkan bayi yang sihat? Jika tidak, apakah saranan penyelesaiannya?




Jawapan:

Yang penting ialah Ritsu perlu menjalani rawatan dan virus undetected. 

Sejarah pengguguran bayi, spinal fluid tap atau bone marrow biopsy, dan brain abscess (bisul di otak) yang pernah dialami oleh Ritsu tidak mengurangkan peluangnya untuk melahirkan bayi yang sihat dan tidak cacat.


Spinal fluid tap
A spinal tap is a procedure performed when a doctor or health care professional needs to evaluate the cerebrospinal fluid (also known as spinal fluid or CSF). Spinal tap is also referred to as a lumbar puncture, or LP.
Sumber: sini


Bone marrow biopsy
A bone marrow biopsy is a procedure that takes a small sample of the marrow inside your bones for testing in a laboratory. This test is used to see if you have an infection, disease, or other problem in your bone marrow. Bone marrow is the spongy tissue found inside your bones
Sumber: sini


Brain abscess
A brain abscess is a collection of pus, immune cells, and other material in the brain, usually from a bacterial or fungal infection.
Sumber: sini


CT scan
A computed tomography (CT) scan is an imaging method that uses x-rays to create pictures of cross-sections of the body.
Sumber: sini


Walau bagaimanapun, tekanan darah tinggi yang dialami oleh Ritsu memang merupakan salah satu sebab beliau tidak digalakkan hamil dan berisiko terdedah kepada pelbagai kemungkinan. Contohnya, Ritsu boleh mengalami sawan sekiranya terus hamil jika tekanan darah tinggi tidak dikawal dengan baik.

Penyelesaiannya, Ritsu dinasihatkan pergi ke mana-mana hospital atau klinik kesihatan kerajaan dan memohon untuk menyertai pre-pregnancy care plan (rancangan penjagaan pra-kehamilan).

Jika di hospital, plan ini dijalankan di pre-pregnancy care clinic (klinik penjagaan pra-kehamilan) oleh doktor pakar obstetrics and gynaecology (O&G) atau sakit puan.

Pre-pregnancy care plan ini membolehkan pihak perawat memantau tahap kesihatan Ritsu untuk hamil dan sepanjang tempoh kehamilan.

Mengapa pre-pregnancy care plan penting untuk wanita yang mahu hamil?

Sebenarnya pre-pregnancy care plan perlu kepada setiap wanita sama ada statusnya PLHIV atau tidak kerana kadang-kadang terdapat wanita yang sebelum hamil tidak menghidap diabetis tetapi perubahan hormon dan diet menyebabkan kandungan glucose meningkat mendadak. 

Atau, wanita diabetics mumgkin hanya memerlukan metformin untuk mengawal kandungan glucose sebelum hamil tetapi semasa hamil, mereka perlu mengambil suntikan insulin sepanjang tempoh kehamilan untuk kawalan yang lebih terperinci.

Begitu juga dengan penghidap tekanan darah tinggi. Semasa hamil, wanita yang mengalami tekanan darah tinggi ada kemungkinan perlu ditukar jenis ubat untuk mengawal tekanan darah tingginya berbanding ubat yang biasa diambil sebelum kehamilan. Pihak perawat akan memberikan ubat yang sesuai dalam tempoh pre-pregnancy care plan tersebut.

Pre-pregnancy care plan turut melibatkan wanita di dalam reproductive age group atau kumpulan usia boleh hamil (sebelum menopaus). Mereka yang mengalami masalah kesihatan perlu disahkan sihat sebelum dibenarkan untuk hamil.


Soalan 3:

Shouji (bukan nama sebenar), salah seorang sahabat komuniti mengalami masalah kekurangan berat badan. Shouji telah memulakan rawatan HAART dan berusia awal 30an. Shouji mahu menambahkan berat badan melalui pengambilan makanan tambahan (supplement) seperti minyak kelapa dara, habbatus sauda’, dan protein.


Walau bagaimanapun, doktor yang merawat Shouji tidak menggalakkannya untuk mengambil high protein supplement kerana ianya boleh membebankan ginjalnya. Benarkah begitu dan apakah cadangan penyelesaiannya?

Jawapan:

Shouji perlu mengenali kemampuan tubuh sendiri yang sedang menjalani rawatan. Contoh, jika turut menghidap diabertis, perlu kurangkan glucose, jika gout, elakkan makanan yang tinggi kandungan asic uric, jika ada masalah ginjal, kurangkan makanan yang tinggi kandungan protein dan sebagainya.

Sebaik-baiknya, Shouji perlu mendapatkan nasihat daripada Pegawai Sains (Pemakanan) di mana-mana hospital atau klinik kesihatan kerajaan. 

Pegawai berkenaan akan mengambil kira pelbagai aspek bagi menentukan kesesuaian makanan yang perlu diambil oleh Shouji untuk menambahkan berat badan. Antaranya termasuklah pengukuran berat badan, dan pengiraan BMI serta kandungan lemak dalam badan.

Sebenarnya, PLHIV boleh mengambil apa saja diet termasuk berprotein tinggi. Shouji mungkin tidak digalakkan untuk mengambil high protein disebabkan oleh masalah ginjal melalui ujian pemantauan darah yang telah dilakukan oleh doktor yang merawat beliau.

Secara asasnya, Shouji perlu mengamalkan senaman dan makanan yang sesuai untuk menambahkan berat badan. Ramai yang tidak tahu bahawa senaman turut boleh meningkatkan berat badan jika diamalkan dengan cara yang betul dan sesuai dengan diet harian.

Shouji boleh mendapatkan surat rujukan daripada doktor yang merawatnya untuk berjumpa dengan Pegawai Sains (Pemakanan).

Contoh Borang Rujukan Runding Cara Pemakanan



Soalan 4:



Apa pendapat doktor tentang isu HIV yang dikatakan semakin lemah yang disiarkan dalam akhbar tersebut?

Jawapan:

Memang ada kemungkinan, tetapi peluang atau cara untuk dijangkiti dan rawatan masih sama. Cuma, proses yang menyebabkan AIDS akan menjadi semakin lambat.

Ciri-ciri AIDS:
·        tanda-tanda dan gejala
·        CD4 kurang daripada 200 atau dikenali sebagai biochemical AIDS

Contoh:

Diabetes yang tidak dikawal dikenali juga sebagai AIDS kerana mereka mudah mendapat jangkitan kuman, sama seperti mereka yang mengalami AIDS yang disebabkan oleh HIV.

Mereka yang mengalami kanser juga mengalami kurang sistem daya pertahanan tubuh, sama seperti mereka yang mengalami AIDS yang disebabkan oleh HIV.

Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) dan Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) adalah sama situasinya dengan AIDS bagi individu yang lemah dan lumpuh imuniti tubuh akibat diserang pelbagai virus yang jauh lebih mudah tersebar dan sukar dirawat berbanding HIV. 

AIDS bagi PLHIV sekadar istilah biasa untuk merujuk kepada kondusi rawatan yang diperlukan, masih boleh dirawat dan bukan semata-mata bergantung kepada bacaan CD4. 

Semua anggota masyarakat perlu mengubah persepsi tentang maksud sebenar AIDS untuk mengelakkan salah faham.  


Soalan 5:

Ryuzo (bukan nama sebenar) adalah salah seorang sahabat komuniti yang merupakan seorang PLHIV dan juga houseman (telah mendapat tawaran tetapi masih belum dilantik sebagai doktor).

Kini Ryuzo diarahkan bercuti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Berkemungkinan Ryuzo tidak akan dilantik sebagai doktor disebabkan oleh status kesihatannya dan tidak akan diberikan lesen untuk meneruskan perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, Ryuzo telah pun membuat permohonan rayuan kepada pihak KKM.

Tidak adakah cara untuk Ryuzo diterima sebagai doktor oleh pihak KKM?




Jawapan:

Ryuzo merupakan seorang temporary doctor atau houseman. Polisi KKM menyatakan bahawa semua bakal kakitangan perlu menjalani saringan Hepatitis dan HIV sebelum diterima perkhidmatan mereka. Ryuzo pula telah didapati positif HIV.

Di dalam kaedah perjawatan, selagi seseorang itu masih belum disahkan lantikannya walaupun telah ditawarkan tempat untuk berkhidmat, pihak majikan mempunyai hak sama ada untuk menerima seseorang itu atau tidak di dalam perkhidmatan berkaitan. 

Lantikan dan tawaran adalah berbeza.

Situasi sekarang, graduan dalam bidang perubatan adalah melebihi permintaan. Pihak KKM mempunyai lebih banyak pilihan berbanding dahulu dan ada kemungkinan graduan baru yang layak sekalipun hanya akan ditawarkan perkhidmatan berasaskan kontrak.

Bagi doktor-doktor pakar dari luar negara pula, kontrak mereka tidak akan diperbaharui, kecuali yang sedang berkhidmat di Sabah dan Sarawak kerana masih terdapat kekurangan doktor pakar di sana.

Ryuzo boleh merayu tetapi turut dicadangkan memohon jawatan dalam bidang lain yang sesuai dengan kelayakan.


Soalan 6:

Seorang komuniti mengambil rawatan HAART dan salah satu kombinasinya ialah Efavirenz (Stocrin). Bagi sesetengah individu, Stocrin akan mengakibatkan kesan khayal dan disarankan mengambilnya sebelum tidur pada waktu malam.




Kekangannya ialah, komuniti tersebut tidak dapat mengambilnya menjelang waktu tidur normal kerana beliau hanya mula tidur selepas pukul 7 pagi kerana terlibat dalam bidang perniagaan (restoran) yang beroperasi sejak lewat petang sehingga awal pagi.

Akibatnya beliau sering lewat atau abai mematuhi waktu yang betul untuk memakan ubat dan bertanyakan penyelesaiannya kepadaku. Aku menyarankan supaya beliau mengambilnya menjelang waktu tidur (lebih kurang pukul 6 pagi) kerana jadual tidur atau rehatnya tidak sama dengan jadual orang biasa secara tetap. Benarkah begitu?

Jawapan:

Ya, betul.


Beberapa info penting:

1.
Sebelum meneruskan niat berkahwin dan mendapat zuriat, syarat utama PLHIV ialah mesti mendapatkan rawatan. Dengan rawatan, terutamanya apabila viral load undetected, risiko jangkitan kepada pasangan dan zuriat dapat dielakkan.

2.
Sperma lelaki mampu bertahan selama 3 hari (72 jam) dalam rahim wanita (uterus). Dalam tempoh 3 hari selepas air mani dipancutkan, tiada sperma dalam air mani lelaki kerana ianya mengambil masa 3 hari semula untuk dihasilkan. Telur wanita pula hanya mampu bertahan selama 24 jam sahaja. Kerana itu, waktu subur isteri dikira setiap 3 hari selepas kedatangan haid.

3.
Beguk (Epidemic Parotitis) dan demam campak (chicken pox) boleh menyebabkan (tidak semestinya) seseorang lelaki hilang keupayaan untuk menghasilkan sperma. Namun jangkitannya dapat dicegah melalui pemberian vaksin semasa bayi.

4.
Darah yang diperlukan untuk ujian darah bagi mengetahui jumlah CD4/CD8 dan viral load biasanya adalah sebanyak 10 cc sahaja, tetapi jumlah darah dalam tubuh seseorang adalah sebanyak 5 liter.

5.
Tujuan pemberitahuan status kesihatan sebagai PLHIV kepada mana-mana doktor yang merawat sebenarnya adalah bertujuan untuk melindungi patients tersebut sendiri, bukan kerana risaukan jangkitan kepada perawat.

Contohnya, mungkin doktor akan memberikan ubat-ubatan atau antibiotik yang tidak sesuai diberikan kepada seseorang PLHIV dengan kondusi kesihatan tertentu.

Masalah yang timbul ialah pihak perawat dan patients sendiri tidak betul-betul memahami kewajarannya dan tidak bersikap profesional yang mengakibatkan berlakunya pelbagai salah faham dan kebocoran kerahsiaan.  



Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.




Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat profesional dan cemerlang.


Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com


Sunday, December 21, 2014

ADAKAH IANYA HIV ATAU ANXIETY DISORDER?





Majoriti masyarakat awam tahu bahawa cara jangkitan hanya melalui 4 cara sahaja:

1.      Berkongsi alat suntikan yang tercemar virus.
2.      Melalui seks tidak selamat.
3.      Bapa kepada ibu dan kepada anak jika tanpa rawatan.
4.      Pemindahan darah atau organ yang tercemar virus.

Mengikut fakta dan statistiknya, itu sahaja tentang cara jangkitan HIV. Jika berteori, sesiapa sahaja boleh berteori.

Ramai yang menghubungiku bukan hanya kerana mereka telah dijangkiti, tetapi disebabkan bermacam-macam kerisauan berkaitan HIV, walaupun kebanyakannya tidak masuk akal.

Puas diterangkan bahawa tidak mungkin mereka dijangkiti kerana perbuatan-perbuatan yang mereka anggap 'berisiko' tersebut, tetapi mereka enggan terima.

Sehinggakan ada beberapa orang sejak bujang sehingga beranak-pinak pun masih beranggapan mereka dijangkiti HIV. 

Tekanan begini secara tidak langsung turut memberi kesan psikologi kepada pasangan dan anak-anak. Kebanyakan mereka hebat dalam hujah-hujah "googling".

Mereka yakin mereka adalah people living with HIV (PLHIV) dan mendakwa mereka memang mengalami pelbagai simptom walaupun berkali-kali ujian darah HIV telah membuktikan tidak.

Jika begitu, apakah kemungkinan yang lain?

Aku bukanlah doktor dan pakar psikologi, tetapi berdasarkan pengalaman dan pembacaan, ianya berkemungkinan besar berkaitan dengan Anxiety Disorder.

Jadi, sharing ini elok untuk direnungi oleh pihak yang mengalaminya.




Anxiety

Setiap individu pasti pernah mengalami rasa cemas, gelisah, dan panik. Rasa cemas adalah sebahagian daripada emosi normal manusia.

Ketika kecil, kita sangat cemas pada hari pertama ke sekolah rendah, cemas kerana bakal menduduki peperiksaan penting dan sebagainya.

Apabila dewasa, kita cemas ketika menanti hari pernikahan, cemas ketika perlu membuat sebuah keputusan penting, dan lain-lain.

Stress begini (eustress) sebenarnya bagus untuk kita bersedia sebelum menjalani sesuatu perkara besar atau penting.

Ianya hanya memudaratkan apabila keterlaluan (distress).




Jika rasa cemas tersebut menjadi sangat ketara dan di luar kawalan, ini bukan lagi rasa cemas yang normal.

Dalam istilah psikologinya, gangguan ini sering disebut sebagai Anxiety Disorders.


Apakah yang dimaksudkan dengan anxiety disorders

Anxiety disorders adalah sejenis gangguan psikiatri yang serius. Ianya boleh dirawat.

Nota: Jangan gunakan istilah pesakit mental atau gila.

Individu yang mengalami gangguan ini biasanya memiliki rasa cemas yang berlebihan, dan seringkali rasa cemas ini merosakkan dirinya.


Beberapa jenis anxiety disorders:


Panic Disorders

Individu yang mengalami gangguan kepanikan ini biasanya diserang rasa panik secara tiba-tiba dan terjadi berulang kali.

Mereka mungkin berpeluh, sakit dada, palpitasi (detak jantung tidak teratur), dan sukar bernafas seperti diserang penyakit jantung.




Obsessive-Compulsive Disorders (OCD)

Individu yang mengalami OCD ini biasanya memiliki gangguan fikiran yang konstan dengan ketakutan-ketakutan tertentu secara berlebihan sehingga mendorongnya untuk melakukan ritual tertentu.

Contohnya, individu yang takut kepada kuman secara berlebihan sering kali berfikiran bahawa ada banyak kuman atau virus di sekelilingnya yang akan menjangkiti, sehingga setiap kali ia menyentuh sesuatu, ia harus segera mencuci tangan atau menggunakan pembersih tangan.


Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD)

Individu dengan gangguan PTSD ini biasanya pernah mengalami trauma atau peristiwa yang sangat mengerikan seperti pencabulan seksual atau penderaan mental dan fizikal, kematian tidak terduga orang yang dicintai, atau bencana alam.




Social Anxiety Disorders

Sering disebut juga sebagai fobia sosial, iaitu kecemasan berlebihan seseorang terhadap lingkungan sosialnya.

Individu dengan gangguan ini biasanya takut dengan penilaian orang lain, takut diejek, takut tidak diterima oleh teman-temannya, dan sebagainya.

(AHP Pie – Adakah sebahagian PLHIV  turut mengalami social anxiety disorders? Jika betul, kenapa? He he he... jangan marah! Gurau sahaja).


Specific Phobias

Biasanya, individu yang mengalami gangguan ini memiliki ketakutan-ketakutan terhadap hal-hal tertentu. Contohnya takut ketinggian, takut jarum, takut darah, takut ular, takut menaiki kapal terbang, dan sebagainya.




Generalized Anxiety Disorder

Rasa runsing yang berlebihan, tidak realistik walaupun tiada kaitan dengan ketakutan tersebut. Orang-orang demikian sering kali mengalami halusinasi.


Gejala umum anxiety disorders:

Kepanikan/kecemasan yang berlebihan:

Kerisauan yang tidak terkawal, cenderung obsesif terhadap sesuatu, sering mengalami atau dihantui pengalaman trauma, mimpi-mimpi buruk, perilaku ritual yang tidak normal, berpeluh, sesak nafas, palpitasi, tidak mampu bertenang atau diam, sering mengalami ketegangan otot, mual, pening, susut berat badan, rasa kebas dan cirit birit.




PENTING:

Individu yang mengalami anxiety disorders, jika mereka fikir mereka berisiko dijangkiti HIV, mereka akan yakin semua gejala umum anxiety disorder adalah simptom kepada jangkitan HIV. Kaunselor biasa sukar menenangkan mereka.


Apa penyebabnya?

Disebabkan gangguan kecemasan ini merupakan salah satu bentuk daripada gejala gangguan psikiatri, penyebabnya mungkin disebabkan oleh apa-apa sahaja seperti longgar pegangan agama, kurang perhatian, terlalu dilindungi, ketidakseimbangan kimia dalam tubuh, perubahan struktur otak, persekitaran yang sentiasa stress, trauma dan fobia, dan sebagainya.

Hanya doktor dalam bidang berkaitan layak mendiagnos mereka. Orang awam tidak berhak menilai bahawa individu dengan gejala-gejala seperti yang telah disebutkan di atas telah mengalami anxiety disorders ini. Doktor memerlukan reset dan observasi (pemantauan) terhadap perilaku patients.


Bagaimana cara mengatasinya?

Gangguan kecemasan ini boleh dirawat secara kaunseling dan rawatan farmakologi.  Contoh, pemberian ubat-ubatan anti-depression, psikoterapi, terapi perilaku, terapi relaksasi, dan diet.

Bagi umat Islam, menjaga hubungan dengan Allah, istiqamah dengan solat dan al-Qur'an serta solat-solat sunat sangat penting.






Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Saturday, December 20, 2014

HIV: KEPENTINGAN DAN KESAN RAWATAN HAART




Rawatan highly active antiretroviral therapy (HAART) adalah rawatan yang diberikan kepada people living with HIV (PLHIV) apabila CD4 (sejenis sel darah putih yang menentang jangkitan penyakit) mencecah bawah 500.

Rawatan ini adalah rawatan seumur hidup di mana PLHIV tersebut perlu mengambil kombinasi pil tertentu setiap hari mengikut waktu yang ditetapkan.

Impak rawatan HAART ini boleh dilihat sejak ia diperkenalkan pada tahun 1980an di United States of America (USA), di mana kes kematian akibat AIDS menghampiri sifar.




Situasi yang sama juga kini dapat dilihat di Malaysia apabila rawatan HAART diberikan secara percuma bermula pada penghujung 1990an oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Begitu juga dengan kelahiran zuriat bebas HIV daripada pasangan magnetic (salah seorang adalah PLHIV) atau kedua-duanya PLHIV, daripada 1000 orang bayi yang dilahirkan, hanya 3 dikesan positif. Itupun adalah kerana status kesihatan ibu lambat dikesan dan lambat mendapatkan rawatan.




Sumber: Dr. Nurul, Klinik Kesihatan Tanglin.
Ceramah sempena World Aids Day 2014 di Rumah Solehah, Ampang.



Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Disediakan oleh:
MGDA
Exco PPWM


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Tuesday, December 16, 2014

HIV: JANGAN SULITKAN PROSEDUR PERKAHWINAN PLHIV





Isu perkahwinan people living with HIV (PLHIV) sudah terlalu kerap aku kongsikan. Walau bagaimanapun, disebabkan hak-hak komuniti sentiasa perlu diperjuangkan, aku kuatkan semangat untuk terus menulis isu yang sama untuk kesekian kalinya.

Tulisanku kali ini ditujukan khas kepada pihak jabatan agama di seluruh negara dengan harapan supaya kita sama-sama mencari jalan penyelesaian untuk kebaikan bersama, khususnya umat Islam.

Mahu terima atau tidak, terpulang kepada pihak jabatan agama kerana aku sekadar memberikan pandangan sebagai individu yang sentiasa melihat isu ini telah memberi kesan negatif terhadap PLHIV dan umat Islam dalam kehidupan harian.

Selagi stigma, diskriminasi, dan prejudis terhadap PLHIV masih berlaku, terutamanya dalam isu perkahwinan, ianya akan sentiasa diperjuangkan kerana sepatutnya jabatan agama adalah tempat yang paling selamat dan selesa bagi PLHIV berurusan.

Sekadar merungut di belakang tiada gunanya. Lebih baik cuba membantu mencari jalan penyelesaian secara berhikmah.

Menjadi harapan semua agar ianya dapat menjelaskan mana-mana kekeliruan dan dapat membantu komuniti yang betul-betul memerlukan. Jangan sampai niat untuk membantu bertukar menjadi menganiaya akibat salah pendekatan. Usah ditambah masalah sedia ada dengan pelbagai kerenah yang tidak sepatutnya berlaku semasa menguruskan proses perkahwinan PLHIV.




Prosedur Umum Proses Permohonan Perkahwinan

Apabila seseorang itu mahu mendirikan rumahtangga (tidak kira PLHIV atau non-PLHIV), mereka mesti menjalani ujian saringan HIV pra perkahwinan. Jika keputusannya negatif, proses perkahwinan boleh diteruskan seperti biasa.

Dasar ini sebenarnya bagus untuk mengesan jangkitan HIV dan untuk mengelakkan jangkitan dan penganiayaan terhadap bakal pasangan dan zuriat. Ya, kita semua setuju dengan dasar tersebut. Tidak ada masalah.

Prosedur perkahwinan PLHIV pula sebenarnya simple. Bahkan tidak perlu buat kursus khas perkahwinan untuk PLHIV kerana yang penting sebelum berkahwin ialah rawatan dan faham cara mengelakkan jangkitan.

Lebih penting berbanding keputusan ujian saringan HIV pra perkahwinan ialah seseorang PLHIV mesti jelas dengan kecenderungan seksualiti mereka dan bakal pasangan pula mesti terima dan memahami isu-isu berkaitan. Jika sekadar HIV, rawatannya mudah. 


Apakah Isu Sebenarnya?

Isu bermula apabila terdapat 2 peraturan yang berbeza. 1 borang yang disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan 1 lagi borang tambahan yang disediakan oleh jabatan agama. Sila rujuk gambar yang diberikan.




Kiri: Borang yang disediakan oleh KKM
Doktor hanya perlu memperakui TELAH MENJALANI UJIAN SARINGAN HIV sahaja. Perakuan doktor dari hospital dan klinik swasta tidak diterima. 

Kanan: Borang yang disediakan oleh jabatan agama
Keputusan saringan hendaklah dinyatakan dengan jelas sama ada REAKTIF ATAU TIDAK REAKTIF.

Selain itu, bakal pengantin mesti memaklumkan keputusan tersebut kepada pihak Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk.

Itu bermakna wali atau wali hakim akan turut mengetahuinya. Apabila wali atau wali hakim tahu, satu keluarga berkemungkinan akan tahu. Apabila satu keluarga akan tahu, berkemungkinan 1 kariah akan tahu.

Lain negeri, lain pula prosedurnya. Ada jabatan agama yang menetapkan ujian saringan HIV mesti dilakukan di negeri yang majlis perkahwinan bakal dilaksanakan dan ada yang boleh dilakukan di mana-mana negeri sahaja.

Bagaimana jika bakal pengantin bermastautin di Sarawak kerana bekerja tetapi majlis perkahwinan akan dilangsungkan di kampung halaman, di negeri Pahang? Mereka memerlukan cuti yang panjang dan kos yang besar untuk menguruskannya sebelum hari perkahwinan. 

Bukankah peraturan tambahan tersebut sebenarnya telah membebankan bakal pasangan?

Tidak cukup di situ, apabila mereka menjalani ujian saringan dan didapati HIV positif di daerah atau negeri asal, ada kemungkinan berita tersebut akan tersebar dengan pantas terutama di daerah-daerah kecil. Bukan semua staf KKM faham dengan jelas hak-hak kerahsiaan pelanggan.

Kemudahan cuti juga 1 isu. Bukan semua bidang pekerjaan mudah mendapat cuti, tambahan lagi jika PLHIV tersebut terpaksa mengambil cuti-cuti lain untuk urusan rawatan. 

Di sinilah bermulanya kekangan dan halangan yang tidak perlu kepada PLHIV untuk menghalalkan hubungan, membina masjid, dan membina kehidupan baru sebagai insan biasa.




Cabaran lebih terasa jika individu tersebut didiagnos positif, sedangkan majlis perkahwinan telah terlalu hampir.

Inilah juga punca PLHIV yang telah lama didiagnos positif buntu untuk berkahwin sekalipun daripada sudut agama, psikologi, kemampuan zahir dan batin, serta kesihatan, mereka berkemampuan.

Bukan mereka tidak mahu berterus-terang, tetapi lazimnya apabila berterus-terang, semakin banyak pula halangan dan penghinaan akibat tidak faham HIV. Jarang keluarga kepada bakal pasangan bersikap rasional.


Persoalannya

1.                  Jika bakal pasangan boleh terima, mengapa kita mendiskriminasikan dan untuk apa?

2.                  Apakah alasan yang kukuh sehingga bakal wali mesti tahu status kesihatan PLHIV dan dijadikan salah satu syarat WAJIB untuk meneruskan perkahwinan?

3.                  Jika ada, apakah dalil aqli atau naqli untuk menyokongnya?

4.                  Mengapa pesakit-pesakit kronik lain yang lebih bahaya, termasuk yang lebih mudah berjangkit dibenarkan berkahwin tanpa syarat tersebut, tetapi tidak bagi PLHIV?

5.                  Apa kita rasa, jika anak cucu kita yang sejak kecil dijangkiti HIV daripada ibu bapa, atau disebabkan oleh pemindahan darah, atau jika pernah mengamalkan aktiviti berisiko akibat kenaifan masa silam, dan dihalang berkahwin?

6.                  Bagaimana jika PLHIV tersebut dan bakal pasangan akhirnya hidup dalam maksiat, berzina, dan berkahwin di luar negara demi meneruskan hasrat mereka?

7.                  Bagaimana jika ada yang mendakwa Islam seolah-olah tidak menunjukkan jalan penyelesaian?

8.                  Bukankah lebih memudaratkan jika PLHIV memujuk bakal pasangan berkahwin di luar negara dengan pelbagai alasan lain kerana enggan berterus-terang tentang status kesihatan mereka?

9.                  Bagaimana jika mereka enggan menjalani rawatan yang menyebabkan risiko jangkitan kepada bakal pasangan dan zuriat berlaku?

10.             Jika pihak jabatan agama berada dalam situasi tersebut, adakah mereka tidak kisah aib mereka dan aib keluarga mereka (affected people) tersebar?

11.             Adakah mereka yakin untuk berdepan pelbagai cemuhan atau cabaran akibat salah faham?

12.             Jika mampu memberikan penerangan sekalipun, adakah penjelasan tersebut akan diterima?


Sedangkan semuanya hanyalah akibat stigma, diskriminasi, dan prejudis.

Nampaknya kita sentiasa sahaja mengambil langkah dangkal dan berundur ke belakang dalam menangani isu berkaitan HIV.

Alasan bahawa mencegah lebih baik daripada merawat tidak relevan kerana sudah terbukti rawatan dapat mencegah jangkitan dan AIDS. Sains perubatan sifatnya sangat dinamik.




Maqasyid Al-Syariah

Maqasid al-syariah mengandungi 5 prinsip asas:

* Menjaga agama
* Menjaga nyawa
* Menjaga akal
* Menjaga keturunan
* Menjaga harta

Berhati-hati menjadikan maqasyid al-syariah sebagai hujah untuk mewajarkan tindakan tersebut kerana rawatan antiretroviral therapy (ART) terbukti berkesan untuk PLHIV meneruskan kehidupan seperti non-PLHIV, dan mengelakkan jangkitan kepada pasangan dan zuriat. 

Pihak jabatan agama perlu sentiasa mengemaskini pengetahuan mereka dalam bidang rawatan HIV yang terkini.

Setiap individu berhak melindungi aib mereka dan pihak yang berhak untuk mengetahui status kesihatan mereka hanyalah bakal pasangan sahaja.

Sebaik sahaja didiagnos positif HIV, PLHIV perlu menjalani rawatan iaitu kaunseling dan farmakologi. 


Ubah Persepsi

Seringkali masyarakat membayangkan bahawa PLHIV ini individu yang berkudis, tiada masa depan, tiada kerjaya, homeless, penjenayah, dan membahayakan.

Jangkitan kononnya sangat mudah berlaku walaupun hakikatnya jika kita buat kaji selidik tentang cara jangkitan HIV, majoritinya tahu bahawa cara jangkitan hanya melalui 4 cara sahaja:

1.      Berkongsi alat suntikan yang tercemar virus
2.      Melalui seks tidak selamat
3.      Bapa kepada ibu dan kepada anak jika tanpa rawatan
4.      Pemindahan darah atau organ yang tercemar virus

Punca-punca jangkitan lain hanya sekadar teori. Teori, sesiapa sahaja boleh berteori.

Masyarakat awam tidak sedar bahawa setiap hari mereka sentiasa bergaul dan dibantu oleh PLHIV. PLHIV dengan pelbagai latar kerjaya profesional sentiasa ada di mana-mana dalam masyarakat. Jumlah mereka jauh lebih ramai berbanding golongan yang sering dibayangkan.


Realiti

Apabila PLHIV telah didiagnos, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memastikan mereka patuh kepada segala rawatan yang perlu dan memberi kaunseling kepada PLHIV dan bakal pasangan tentang situasi tersebut.

HIV tertakluk di bawah akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit yang mempunyai prosedur tertentu untuk mengawal jangkitan.

PLHIV yang telah stabil dengan rawatan, imuniti tubuhnya dapat dipertingkatkan.  Viral load dapat ditekan sehingga ke tahap undetected. Ianya dapat mengelakkan jangkitan kepada pasangan dan bakal zuriat. Terbukti dapat dilakukan.

Jika doktor atau kaunselor dapati hasrat tersebut perlu ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu (contoh, jika bakal pasangan belum faham tentang HIV atau PLHIV tersebut turut dijangkiti penyakit-penyakit lain yang perlu dirawat sehingga sembuh terlebih dahulu), mereka akan dicadangkan supaya menangguhkan hasrat tersebut ke suatu masa yang lebih sesuai.

Apabila PLHIV dan bakal pasangan didapati jelas dan faham tentang isu tersebut dan layak, doktor dan kaunselor KKM yang faham HIV tidak ada masalah menyokong hasrat mereka untuk berkahwin.


Fakta

Borang yang disediakan oleh KKM yang menyatakan TELAH MENJALANI UJIAN SARINGAN HIV adalah memadai. Isu-isu lain yang berkaitan memang di bawah pengetahuan dan kemahiran pihak KKM.

Pihak jabatan agama tidak perlu menyulitkan situasi dengan mewajibkan perkara yang memang telah ditangani oleh pihak KKM.

Dasar yang diamalkan sekarang telah melanggar hak kerahsiaan status kesihatan seseorang, boleh mendatangkan fitnah, aib, dan seperti menutup peluang kepada terbinanya sebuah rumahtangga.




Renungan

Kita perlu faham, status sebagai PLHIV bukanlah semata-mata disebabkan oleh dosa atau pahala, bukan penentu bahagia atau derita sesebuah rumahtangga, dan bukan penentu syurga atau neraka seseorang. Banyak faktor yang masyarakat tidak faham.

Jika PLHIV tersebut pernah melakukan kesilapan sekalipun, beri peluang kepada mereka menebus kesilapan. Kita tidak perlu menghukum seumur hidup dan pandai-pandai melantik diri sendiri sebagai hakim atas kesilapan lalu mereka. 

Mulia sangatkah dan terjaminkah syurga tanpa HIV? Kita wajib bantu dan sokong sesiapa sahaja yang mahu memperbaiki diri.


Sedikit Tentang PLHIV dan Kecenderungan Seksualiti

Atas sebab-sebab tertentu, PLHIV dan kecenderungan seksualiti sukar dipisahkan. 

Dek kerana sibuk menentukan sama ada layak berkahwin atau tidak kerana telah didiagnos positif, 1 perkara yang pihak jabatan agama sering terlepas pandang ialah, mereka gagal memberikan kaunseling terhadap PLHIV untuk mengenalpasti kecenderungan seksualiti mereka sendiri sebelum berkahwin jika berkaitan. 

Seperti yang dinyatakan awal-awal tadi, perkara ini lebih penting berbanding HIV untuk mengelakkan penganiayaan yang lebih besar kepada bakal pasangan.

Kita mesti bantu mereka faham sama ada mereka termasuk dalam kategori wajib, sunat, atau haram berkahwin. Berkahwin bukan sekadar cuba-cuba kerana ianya adalah amanah dan tanggungjawab yang sangat besar.

Jika mereka sedang diuji, daripada situ kita boleh cadangkan bantuan dan sokongan yang sewajarnya sama ada daripada sudut perubatan, psikologi, atau rawatan Islam. Perkahwinan bukanlah penyelesaian mutlak kepada masalah kecenderungan seksualiti atau semata-mata demi memenuhi norma masyarakat.

Definisi penyelesaian bagi ujian kecenderungan seksualiti adalah berbeza mengikut golongan sekular dan agama. Bagi golongan sekular ianya dianggap nature dan hak asasi. Islam pula melihat setiap ujian sebagai satu tanda kasih sayang-Nya.

Islam menganggap bahawa seks rambang atau seks bebas sebagai salah satu punca jangkitan HIV, tetapi golongan sekular menentangnya kerana bagi mereka hanya seks tidak selamat yang menyebabkan punca jangkitan. Nampak macam betul dari segi sains tetapi sedikit berbeza mengikut pandangan Islam. 

Jangan kita memperlekehkan soal ujian kecenderungan seksualiti hanya kerana kita tidak menghadapinya. Jika berada diuji seperti mereka, pihak yang lantang mencemuh tersebut belum tentu mampu bertahan. Allah tidak pernah zalim dan jangan putuskan harapan golongan yang memerlukan sokongan.




Kesimpulannya

Jika bakal pasangan telah menjalani semua prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak KKM, maka tidak perlulah kita sulitkan prosedur perkahwinan dengan perkara-perkara yang tidak penting kerana kita perlu melihatnya secara makro.

Ianya akan lebih memudaratkan dan menambahkan penularan virus, dosa, dan penganiayaan. Soal perceraian, rumahtangga yang tidak bahagia, dan sebagainya tidak mengira sama ada individu tersebut adalah PLHIV atau non-PLHIV.

Percayalah, jika dihalang dengan pelbagai kerenah pun, setiap pasangan yang betul-betul mahu berkahwin akan berusaha memastikannya terlaksana dengan pelbagai cara yang pihak jabatan agama tidak terfikir pun. Peraturan sekarang hanya menjadi propaganda musuh-musuh Islam dan bahan senda gurau.

Jelaslah, prosedur tersebut lebih banyak menambahkan keburukan berbanding kebaikan.





Wallahu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com