Tuesday, May 05, 2015

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-46





My Best Doctor
Dr. IskandarFirzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician



Date: 20 April 2015
Day: Monday
Time: 4.10 pm
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan

Routine check-up:

Weight: 70.8 kg
Blood pressure: 131/78 (normal)
Pulse rate: 79/min (regular)
Glucose: 12.0 (random)
Mouth: No oral candidiasis
No jaundice

Temujanji kali ini turut ditemani Kak Da dan Ummie.

Dr. Iskandar memberitahuku keputusan ujian darah yang lalu. Alhamdulillah, viral load ku masih below 20 atau not detected. Bilangan CD4 ku adalah 154.

Hari ini, darahku diambil lagi untuk tujuan ujian HbA1c.


HbA1c (Hemoglobin berglukosa)

Ujian ini digunakan untuk memantau keberkesanan kawalan glukosa darah anda. Ujian ini mengukur purata tahap glukosa darah untuk tiga bulan terdahulu. Ujian ini tidak memerlukan individu berpuasa dan sampel darah boleh diambil pada bila-bila masa sahaja.

Hemoglobin merupakan protein dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen. HbA1c terbentuk apabila glukosa bergabung dengan hemoglobin. Oleh kerana sel-sel darah merah berada di sistem pengedaran sekurang-kurangnya 120 hari, ujian HbA1c memberi ukuran tepat kandungan glukosa darah dalam tempoh tiga hingga empat bulan sebelumnya.

Individu dengan kawalan glukosa darah yang baik perlu mempunyai paras HbA1c kurang daripada 6.5%.

Sumber: sini


Melalui ujian HbA1C lah seseorang doktor dapat mengesan kepatuhan sebenar seseorang diabetik terhadap rawatan. Ujian glukos biasa sebenarnya mudah dimanipulasi patient.

Selesai routine check-up, aku meneruskan sesi consultation dengan bertanyakan beberapa soalan.


Soalan 1:


Adakah dengan memaparkan diagnosis HIV seperti di dalam gambar di atas sebenarnya dibenarkan?

Jawapan:

Ya. Ianya dibenarkan. Slip preskripsi adalah bertujuan untuk edaran dalaman sahaja, iaitu daripada doktor ke pharmacist.


Soalan 2:

Perlukah ditulis keperluan atau sebab cuti sakit pada medical certificate (MC)?

Jawapan:

Menurut peraturan yang sebenarnya, mana-mana doktor kerajaan atau swasta tidak boleh menyatakan keperluan atau sebab atau penyakit mana-mana pesakit yang dirawatnya pada slip MC pesakit berkenaan. Perlu diingat bahawa diagnosis penyakit adalah SULIT.





Soalan 3:

Adakah pengambilan rawatan highly active antiretroviral therapy atau HAART boleh menyebabkan dementia?


Dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam menjalankan aktiviti harian dan boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang.

Sebahagian daripada pesakit dementia kurang / tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian. Mereka juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.


Sumber: sini


Jawapan:

HAART tidak boleh menyebabkan dementia. HIV yang tidak terkawal boleh menyebabkan dementia.

Contoh kes:

Ryu merupakan seorang people living with HIV (PLHIV) dan juga pengguna methadone. Tetapi, Ryu tidak mengambil rawatan sebagaimana yang disarankan oleh doktor. Selepas beberapa ketika, Ryu mengalami dementia apabila dia didapati tidak dapat mengingati sama ada sudah mengambil methadone atau belum.

Selepas mengambil HAART, Ryu pulih daripada dementia.


Soalan 4:

Adakah pengambilan rawatan highly active antiretroviral therapy atau HAART boleh menyebabkan osteoporosis?


Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.

Sumber: sini


Jawapan:

Mungkin ada betulnya HAART menyebabkan osteoporosis. Bukan HAART sahaja. Malah ada banyak ubat lain yang boleh menyebabkan osteoporosis. Walau bagaimanapun, osteoporosis boleh dicegah. PLHIV yang mengambil HAART perlu mengambil langkah-langkah pencegahan osteoporosis yang patut menurut nasihat doktor.


Soalan 5:

Ubat-ubatan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk kecuali dengan arahan doktor. Ubat jenis cecair atau syrup hanya boleh digunakan dalam tempoh sebulan selepas dibuka walaupun tarikh luputnya masih lama lagi.

Adakah ini benar?





Jawapan:

Ya. Memang benar.

Ubat-ubatan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk kecuali dengan arahan doktor. Ubat-ubatan diberi kepada pesakit dengan tujuan untuk dihabiskan. Setiap ubat mempunyai tempoh hayatnya (shelf life) sendiri. Shelf life merujuk kepada suatu jangka masa di mana ubat-ubatan tersebut disimpan, masih dalam keadaan baik dan boleh dimakan.

Shelf life menurut Merriam-Webster:

: the length or period of time during which something or someone lasts or remains popular

: the period of time during which a material may be stored and remain suitable for use; broadly

Sumber: sini


Selepas ubat dibuka (khasnya ubat dalam bentuk cecair atau syrup), tarikh luput atau expiry date pada package ubat tersebut sudah tidak boleh diguna pakai

Tarikh luput tersebut terpakai untuk ubat yang masih belum dibuka.

Disebabkan itulah kini kita dapat melihat kebanyakan ubat-ubatan dipacking di dalam blister. Contohnya ubat-ubatan HAART, tidak dibuat dalam bentuk syrup.



Ubat dalam bentuk blister


Soalan 6:

Persoalan isu beberapa minggu yang lalu tentang kesan buruk pengambilan minuman berkultur (probiotic). Bagaimana pula dengan PLHIV yang lemah imuniti tubuh?

Jawapan:

Setakat ini tiada masalah untuk PLHIV mengambil minuman probiotic. Apa yang penting adalah memastikan expiry date dan shelf life minuman tersebut.

Bagi pesakit kanser, minuman probiotic tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka. Rawatan kemoterapi yang menyebabkan pembunuhan sel-sel baru yang terbentuk akibat kanser.


Soalan 7:

Apakah sebenarnya kesan pengambilan minuman beralkali? Bolehkah minuman dengan pH 11.5 membantu pesakit?

Jawapan:

Air terbaik adalah air Zam Zam dan air biasa.

Jika mata kita terkena percikan air beralkali, ianya boleh rosak.

Isu air beralkali adalah bersifat anecdote. Kebaikannya yang seringkali diwar-warkan oleh ejen jualan produk tidak dapat dibuktikan secara saintifik, kecuali di dalam makmal sahaja.

Empat (4) fasa ujikaji terhadap manusia memerlukan sekurang-kurangnya 20 tahun untuk dibuktikan.

Contoh clinical trial:


Fasa 1

sejumlah pesakit jumlah klinik di dalam sebuah daerah


Fasa 2

jumlah pesakit dalam Fasa 1 jumlah daerah di dalam sebuah negeri


Fasa 3

jumlah pesakit dalam Fasa 2 jumlah negeri di dalam sebuah negara


Fasa 4

jumlah pesakit dalam Fasa 3 jumlah negara seluruh dunia


Ada sesetengah kes, selepas 10 tahun ujikaji dijalankan, rawatan atau kaedah yang digunakan sebagai bahan ujikaji terpaksa ditarik balik akibat berlaku kegagalan pada fasa tertentu.


Soalan 8:

Tom Harlem telah membuat rapid test setiap hari di sebuah klinik kesihatan (KK). Dia telah dimarahi oleh kakitangan KK tersebut. Dia diminta untuk membayar RM30.00 untuk rapid test yang sepatutnya percuma.

Jawapan:

Tom Harlem boleh membuat aduan kes tersebut ke laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bayaran hanya dikenakan ke atas warga asing.

(AHP Pie - Walau bagaimanapun, ada kemungkinan tindakan kakitangan KK tersebut berlaku akibat terpaksa berdepan dengan sikap paranoid Tom Harlem yang berkali-kali meminta ujian saringan HIV dijalankan terhadapnya sedangkan result memang telah membuktikan beliau negatif.

Setiap rapid test tersebut sebenarnya perlu direkodkan penggunaannya. Ianya juga hak patients yang lain. Tom Harlem menghabiskan banyak masa doktor, staf KKM, dan test kit yang tidak boleh dibazirkan atas sikap negatifnya).

Sekadar makluman tambahan, warganegara Malaysia perlu membayar RM5.00 untuk bertemu dengan doktor pakar dan RM35.00 untuk bertemu dengan doktor pilihannya.


Soalan 9:

Benjy merupakan seorang non-PLHIV tetapi risau akan risiko sexual transmitted infection (STI). Bolehkah Benjy membuat pemeriksaan di klinik kesihatan?

Jawapan:

Boleh. Ianya percuma.

Pemeriksaan juga boleh dilakukan di makmal swasta dengan kos lebih kurang RM250.00 atau di klinik swasta dengan kos lebih kurang RM150.00.



Wallahu’alam.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.

Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat professional dan cemerlang.


Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:
  
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com