Date: 21 January 2014
Day: Tuesday
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan
Time: 4.15 pm
“Getting To Zero” symbols |
Catatan kali ini adalah nukilan kak Da dan Ummie. Kali
ini, kami ke KK Jaya Gading bertiga bersama-sama dengan abang Pie.
Temujanji kali ini terpaksa dilakukan kerana abang Pie
sangat down dan memerlukan kaunseling
khas dengan Dr. Iskandar. Sekalipun kelihatan ceria di khalayak awam, kesihatan
abang Pie kebelakangan ini sangat merosot dan banyak berdepan dengan bermacam-macam
tekanan. Situasi tersebut hanya kami sekeluarga yang tahu kerana di hadapan
khalayak, seperti biasa, abang Pie akan menyorokkan segala tekanan peribadinya.
Kebetulan, hasil keputusan ujian untuk mengetahui
bacaan CD4 dan dan lain-lain ujian darah yang dibuat pada pertemuan sebelum ini
telah pun diterima. Jadi, Dr. Iskandar terus memaklumkannya kepada abang Pie
semasa consultation. Kami kongsikan keputusannya.
In summary:
CD4: 63 (previous
75)
Hba1c: 5.3% (good)
Cholesterol: 3.8 (normal)
Kidney: OK
Heart: OK
Haemoglobin: 12
Total White Blood Cell (WBC): 1.9
Viral Load: - not
yet received -
Selepas diberi penerangan mengenai result terkini ujian darah berkenaan, abang
Pie meminta pandangan Dr. Iskandar jika keputusan bacaan CD4 yang semakin
menurun itu adalah disebabkan telah lama dijangkiti HIV (sebelum tarikh
diagnos) dan kerana lambat memulakan rawatan HAART.
Info kepada pembaca baru blog:
Ketika dimasukkan ke GH
Temerloh 2010, abang Pie seorang yang obese, menghidap diabetes, dan tanpa
apa-apa simptom berkaitan HIV kecuali suspek denggi. Setelah didiagnos HIV
positif, barulah ujian darah untuk mengetahui bacaan CD4 dijalankan. Ketika itu
didapati bacaan CD4 abang Pie sangat rendah iaitu 46 sahaja.
Bacaan viral load abang Pie
juga rendah. Jika telah lama menghidap HIV, logik akal mengatakan, mustahil
abang Pie dapat mengekalkan tahap kecergasan tanpa rawatan dan mustahil jumlah
virus juga rendah jika bacaan CD4 serendah itu.
Makin lama dijangkiti HIV (tanpa
rawatan), makin tinggi jumlah virus dan semakin rendah CD4 / sel darah putih /
imuniti.
Abang Pie didiagnos HIV
positif di Hospital Ampang 3 bulan setelah 2 kali menjalani ujian mengesan HIV (Rapid
Test dan ELISA) yang mengesahkan abang Pie HIV negatif selepas menjalani
pemindahan darah semasa di GH Temerloh. Abang Pie dirujuk ke Hospital Ampang
kerana disyaki menghidap kanser bukan kerana HIV. - Sila rujuk entries awal.
Pendapat Dr. Iskandar,
Keadaan tersebut tidak semestinya disebabkan telah
lama dijangkiti HIV. Ianya mungkin juga disebabkan oleh masalah sel darah abang
Pie sendiri which is related to the bone
marrow atau sum-sum tulang.
Secara umumnya, darah kita terdiri daripada tiga sel
darah iaitu sel darah putih (WBC), sel darah merah (RBC) dan platelet.
Abang Pie mempunyai kadar sel darah yang rendah dan tidak normal apabila ketiga-tiga
sel darah tidak mencapai kadar sepatutnya. Walaupun haemoglobin abang Pie normal, tetapi WBC, RBC, dan platelet yang rendah menyebabkan
CD4 beliau tidak boleh meningkat.Well, no
wonder!
Apakah yang menyebabkan ketiga-tiga sel darah menjadi rendah?
Ada kemungkinan sum-sum tulang abang Pie is being suppressed atau "ditekan." Ini
mengakibatkan penghasilan ketiga-tiga sel darah tidak mencukupi. Itulah
juga yang mungkin menjadi punca berlakunya insufficiency
atau ketidakcukupan ketika pengambilan sel tulang semasa prosedur bone marrow biopsy pada tahun 2010 yang
lalu. Apabila ada masalah berkaitan darah seperti itu, bayangkan sahaja kondusi
kesihatan sebenar abang Pie.
Walau bagaimanapun, seorang haematologist di GH Kuantan pula beranggapan bahawa CD4 abang Pie
yang tidak meningkat adalah disebabkan oleh HIV.
Memandangkan abang Pie masih lagi trauma dan enggan
melaksanakan prosedur bone marrow biopsy sekali lagi untuk
menyiasat punca sebenar masalah kesihatan beliau, Dr. Iskandar telah mencadangkan
pertukaran regime HAART.
Sekarang, abang Pie mengambil kombinasi Combivir atau
Zovilam (Zidovudine + Lamivudine) dan Kaletra (Lopinavir + Ritonavir) daripada regime NRTI. Abang Pie tidak boleh
mengambil regime NNRTI disebabkan alahan terhadap sulphur.
Kombinasi HAART baru yang dicadangkan oleh Dr.
Iskandar untuk abang Pie adalah Tenofovir, Lamivudine, dan Kaletra.Walau
bagaimanapun, apabila seseorang ODHA (Orang Hidup Dengan HIV) itu telah mula
mengambil Tenofovir, doktor perlu sentiasa memantau keupayaan fungsi buah
pinggang.
Secara mudah, buah pinggang bertanggungjawab membuang bahan
buangan dalam darah. Walau bagaimanapun, darah tinggi dan diabetes yang tidak
dikawal juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Alhamdulillah, keadaan
buah pinggang abang Pie setakat ini baik.
Untuk bertukar kombinasi baru rawatan HAART tersebut
bukanlah satu masalah kepada abang Pie walaupun mungkin kepada individu lain
merasakannya sangat berat atau risaukan kepelbagaian kesan sampingan. Abang Pie
bersetuju dengan cadangan Dr. Iskandar sebagai pilihan terbaik yang
mampu dipilih setakat ini.
Dalam perbincangan selanjutnya, abang Pie berkongsi
maklumat dengan Dr. Iskandar bahawa pada peringkat awal beliau didiagnos sebagai
diabetic pada tahun 2008 adalah semasa
mendapatkan rawatan akibat bisul yang tumbuh di peha beliau ketika itu. Apabila
doktor menjalankan ujian glukos, hasil bacaannya adalah 28 dan abang Pie yakin berdasarkan
simptom-simptom yang pernah dilalui, beliau sebenarnya telah lama menghidap
diabetes tanpa disedari!
Honestly, kami dapat melihat Dr. Iskandar agak terkejut
mengetahuinya kerana menurut Dr. Iskandar, pesakit diabetes yang tidak terkawal
dengan kadar glukos yang sangat tinggi adalah seolah-olah ODHA yang telah pun
mengalami AIDS. (Ingat! Diabetes tanpa rawatan dan kawalan lebih membahayakan
kesihatan berbanding HIV.)
Sedangkan menurut Dr. Iskandar, apabila beliau merawat
patient dengan bacaan glukos 11 sahaja pun bersama-sama
dengan bisul, beliau akan serta-merta memulakan rawatan diabetes terhadap
patient berkenaan.
Selesai rundingan di antara abang Pie dengan Dr.
Iskandar, beliau memohon diri untuk menunggu di luar. Abang Pie memberikan
ruang privacy kepada kami untuk mendapatkan
kaunseling peribadi dengan Dr. Iskandar tentang hal yang berkaitan dengan
beliau. Abang tidak mahu mengganggu keselesaan kami berkongsi rasa sebagai affected people yang sentiasa melihat
pelbagai tekanan yang beliau tanggung.
Apabila abang Pie keluar, kami berterus-terang tentang
keadaan semasa abang Pie kepada Dr. Iskandar. Antara yang telah kami luahkan
termasuklah keadaan terkini abang Pie yang sangat teruk tertekan. Antara
tekanan yang dialami oleh abang Pie termasuklah tekanan kerana keadaan ibu abang Pie diserang minor stroke, tekanan
halus untuk berjuang secara terbuka daripada majikan, sikap negatif komuniti sendiri yang tidak menyenangkan,
dan sudah tentu kerana keadaan kesihatan beliau yang kurang memberangsangkan.
Workplace – The Boss
Especially
Contoh, baru-baru ini, kami sekeluarga dikejutkan
dengan ujian Allah apabila lebih kurang 1/3 daripada amaun gaji bulanan abang
Pie telah dipotong. Potongan itu dibuat disebabkan oleh ketidakhadiran abang
Pie ke tempat kerja ketika beliau pergi menemui komuniti untuk memberikan
sokong bantu dan perkongsian motivasi di beberapa tempat selama 6 hari pada tahun 2013 yang
lalu.
Suatu ketika dahulu, secara peribadi, kami melihat Ketua
Jabatan abang Pie sebagai seorang Ketua Jabatan yang very understanding dan considerative.
Pernah terjadi, ada satu program komuniti yang abang Pie rasa tidak dapat
hadiri disebabkan oleh kekangan cuti, kewangan, dan kesihatan tetapi, Ketua
Jabatan abang Pie bersungguh-sungguh menggalakkan beliau untuk pergi menabur
bakti kepada mereka yang memerlukan. Atas semangat itu, abang Pie gagahkan juga
diri menghadiri program tersebut.
Walau bagaimanapun tidak kami sangka understanding dan considerative tidak konsisten. Demi perjuangan dan menjaga nama
baik majikan, abang Pie terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk dua program
yang sangat penting untuk dihadiri setelah tidak diberi kebenaran pada
saat-saat akhir.
Amaun gaji yang dipotong itu adalah sangat bernilai
untuk keluarga berpendapatan sederhana seperti kami. Jangan kata abang Pie,
malah kami sekeluarga turut merasakan kesedihan dan terkejut.
Abang Pie bukanlah tidak memaklumkan terlebih awal
tentang jemputan program-program yang perlu dihadiri. Bahkan abang Pie sentiasa
mengingatkan mana-mana penganjur supaya menjemput beliau melalui kebenaran Ketua
Jabatan. Abang Pie memang telah memaklumkan secara lisan lebih awal, telah
diberi kebenaran lisan, dan cuma menunggu ketibaan surat jemputan sahaja.
Malahan jemputan adalah antara sesama Kementerian atau Jabatan kerajaan.
Apabila surat jemputan lambat diterima dan lambat
dibaca oleh Ketua Jabatan dan secara tiba-tiba tidak diberikan kebenaran, apa
pilihan yang abang Pie ada selain terpaksa memohon cuti tanpa gaji? Jika
disebabkan surat jemputan lambat diterima, ianya bukan disebabkan oleh abang
Pie, tetapi atas urusan pihak penganjur. Malah ada juga surat jemputan yang
telah lama sampai kepada majikan. Pihak penganjur pula telah pun membuat pelbagai
persediaan, melibatkan ratusan peserta dan banyak pihak.
Abang Pie bersetuju hadir bukanlah demi mencari
kepentingan peribadi, bahkan sanggup berhabis masa dan wang ringgit kerana
itulah antara perkara yang membuatkan abang Pie dapat melupakan seketika
tekanan yang dihadapi apabila dapat berkongsi sokongan dengan rakan-rakan
senasib.
Kami tahu bahawa lebih separuh jiwa abang Pie adalah untuk
komuniti. Malahan kami yang sangat memerlukannya, kadangkala dibiarkan
berdikari. Membantu komuniti dan memberi penerangan tentang cara mengelakkan
salah faham dan jangkitan secara terbuka kepada masyarakat bukanlah
calang-calang perjuangan, tambahan lagi di Malaysia.
Bayangkan sahaja, abang Pie ‘sakit’, memerlukan rehat
dan kewangan yang sangat penting untuk urusan keluarga dan rawatan, membawa
nama baik pihak majikan dan diperlakukan seperti itu? Apa agaknya perasaan kita
jika berada di tempat abang Pie? Abang Pie bukan berjuang bertopengkan NGO untuk
menyembunyikan status sebagai ODHA atau menggunakan nama NGO untuk ‘cari
makan’!
Memang abang Pie faham secara teknikalnya apabila
memohon cuti tanpa gaji maka gaji akan dipotong. Tetapi bukankah segala-galanya
atas budi bicara atas dasar kemanusiaan? Aneh apabila tiada ODHA yang sanggup
berjuang secara terbuka, masyarakat mahu ODHA sendiri bangkit dan
buktikan. Tetapi apabila bangkit, banyak pula kekangan dan kerenah birokrasi. Tidak mengapalah, walaupun kami rasa dianiaya, kami tidak mahu memanjangkan perdebatan, Allah Maha Adil dan kami tidak mahu bermusuh.
Bukan itu sahaja, tekanan abang Pie di tempat kerja
juga semakin bertambah apabila colleagues
yang kelihatan seperti memahami situasi dan keadaan beliau, tetapi sebenarnya
tidak. Maka timbullah pelbagai cerita. Mereka mungkin dapat menerima status kesihatan abang Pie, tetapi mereka
tidak memahami perit pedih yang ditanggung oleh beliau sebagai ODHA.
Untuk bangun pagi pun abang Pie berdepan macam-macam
tekanan akibat treatment fatigue dan
tidak cukup rehat. Duduk lama-lama di kerusi pun abang Pie tidak mampu kerana
mudah mengalami rasa sakit dan lenguh di seluruh badan. Monotonous dan hal remeh-temeh cepat membuatkan abang Pie tertekan.
Jika abang Pie masih lagi diharapkan untuk memikul
beban tugasan yang sama seperti colleagues
lain yang jauh lebih muda dan sihat, sudah tentu beliau rasa tidak difahami dan
rasa rendah diri kerana sentiasa seolah-olah menyusahkan dan minta simpati.
Sebenarnya apa yang abang Pie perlukan hanyalah empati.
Secara fizikal dan luarannya, Abang Pie memang
kelihatan sihat walafiat. Memang tidak mengeluh mengenai ujian hidupnya. Jika
ditanya tentang kesihatan, “Alhamdulillah sihat seadanya.” Itu jawapan standard abang Pie. Hendak jawab macam mana
lagi? Tanyalah kepada sesiapa sahaja di luar sana. Anyone can see that he is incredibly vibrant and perky. For the love of God – he is a great actor
when it comes to appearance and personality.
Mengapa? Sebagai seorang yang memperjuangkan zero stigma, discrimination, and judgemental,
adakah sesuai untuk abang Pie berpenampilan lemah, tidak terurus, dan
kusut-masai? Adakah akan established
kredibiliti dan contoh teladan apabila abang Pie tidak habis-habis bercerita
tentang masalah, masalah, masalah, dan masalah yang dihadapinya?
The NGO & Community
Tekanan abang Pie juga berpunca daripada kerenah
komuniti yang berkecamuk dengan pelbagai permainan emosi dan larut melayan
perasaan. Pada peringkat awalnya, memang kami lihat masing-masing-masing punya
komitmen, line-up yang sangat strong dan charismatic.
Lama-kelamaan kita boleh nampak masalah sebenar bukan
tentang HIV, tetapi miskin iman, miskin jiwa, dan kecamuk psikologi. Perkara tersebut
sebenarnya yang perlu dirawat, bahkan jauh lebih kronik berbanding HIV. Mereka
yang tidak berdepan secara direct
dengan komuniti memang tidak akan nampak masalah-masalah tersebut. Topeng
menyembunyikan wajah kita yang sebenar tetapi bukanlah untuk selama-lamanya.
Akibat kecamuk psikologi, HIV biasanya dipersalahkan
sebagai punca segala permasalahan hidup mereka. Satu per satu masalah timbul. Tidak
pernah habis berpolemik dan tikam-menikam. Berpecah-belah
jadi budaya. Tidak betul sedikit sahaja di hati, habis dihentam tanpa sedikit pun
memikirkan kesan jangka panjang.
Apa rasanya jika kita bersusah-payah untuk membantu
membina kepercayaan masyarakat untuk menerima ODHA, golongan yang dibantu pula sibuk
merobohkan kepercayaan masyarakat yang cuba dibina? Jarang yang nampak
kelemahan sendiri. Jadi, tidaklah sukar untuk memahami jika masyarakat susah
menerima dan menghormati ODHA selagi mereka bersikap begitu sedangkan degree berjela-jela dan punya karier
hebat.
Generally, kami faham manusia biasa tidak lari
daripada masalah. Perwatakan abang Pie pula bukanlah jenis yang suka melayan
perasaan, mendesak, dan didesak serta merayu. Ianya kontra dengan majoriti
golongan yang dibantu. Akhirnya hanya beberapa orang sahaja yang kekal bertungkus-lumus
menjalankan tugas dengan penuh endurance
dan perseverance.
Kami tahu, walau apa pun caranya, abang Pie tetap akan
berjuang mengikut kapasiti yang ada tetapi kami juga tahu abang Pie sentiasa sedih. Kami kenal abang Pie dan yakin ada banyak cara untuk
berjuang. Abang Pie tidak rugi apa-apa jika ditolak oleh komuniti sendiri, malah
bagi kami lebih baik begitu kerana tidak sanggup melihat abang Pie berdepan
dengan perkara-perkara yang tidak perlu. Seolah-olah abang Pie sahajalah yang
tidak pernah ada masalah, tidak pernah ada kekangan, tidak pernah ada halangan,
tidak pernah ada air mata.
Kami cuma perlukan pandangan profesional Dr. Iskandar untuk
membantu abang Pie. In shaa Allaah, kami sekeluarga akan sentiasa berada di
sisi abang Pie, because that what family
does – stay together. Kami tahu, selagi mampu, abang Pie tetap akan
berjuang menyampaikan risalah menghentikan stigma, diskriminasi, dan judgemental terhadap ODHA. Kami tiada halangan
untuk itu dan tiada apa-apa kepentingan atau sebab untuk menghalangnya. Halang
sekalipun tidak ada gunanya jika abang Pie yakin dengan prinsip beliau.
Kami terangkan juga kepada Dr. Iskandar bahawa sekalipun
nampak gila-gila, abang Pie sebenarnya memiliki prinsip yang tegas when it comes to basic hukum Islam.
Salah satu punca wujudnya stigma, diskriminasi, dan judgemental terhadap ODHA di Malaysia adalah apabila kebanyakan
ODHA masih lagi meneruskan aktiviti berisiko yang umum sedia maklum adalah tidak
dibenarkan di dalam Islam.
Abang Pie tiada masalah untuk bersahabat dan bergaul
dengan ODHA yang pernah atau masih menjalankan aktiviti berisiko. But, make
no mistakes, abang Pie tidak pernah sama sekali bersetuju dengan perbuatan
aktiviti berisiko tersebut terutama yang tiada keinginan untuk berubah atau
tanpa segan silu mempamerkannya secara terbuka sebagai cara hidup yang mesti
diterima. Paling tidak, depan khalayak, ada jugalah rasa malu dan segan silu.
Mereka yang terus-menerus mengamalkan aktiviti
berisiko perlu didekati, bukannya dijauhi. Semua manusia membuat dosa dan
kesilapan.We are not better than others.
Jika ada izin dan hidayah daripada Allah, usaha abang Pie mendekati mereka sedikit
sebanyak dapat membantu mereka supaya tidak lagi terus melakukan aktiviti
berisiko tersebut. Pendirian abang Pie adalah hate the doings, not the doers.
Akibat prinsip tersebutlah abang Pie dituduh
mengamalkan diskriminasi dan tidak memahami. Malah, sesiapa yang kelihatan rapat dan menyokong perjuangan abang Pie turut
menerima pelbagai cemuhan sedangkan mereka tidak tahu, semua golongan sama
ada supporters, ex-IDU, LGBT, infected
dan affected people yang berkawan
rapat dengan abang Pie jauh lebih ramai berbanding secara rasmi di dalam
komuniti / NGO. Diskriminasi apa jika kawan-kawan abang Pie pelbagai golongan
bertebaran di seluruh negara tanpa mengira status dan melibatkan pelbagai
bangsa? Kadangkala ada juga berbeza pandangan tetapi tetap saling menghormati perbezaan dan berkongsi sokongan. So, siapa sebenarnya raja
diskriminasi dan judgemental?
Abang Pie tidak mendiskriminasikan sesiapa sahaja yang
memerlukan bantuan kerana abang Pie juga ikhlas mahu membantu. Tekanan yang
abang Pie hadapi adalah apabila segelintir
yang merasakan diri mereka hebat melemparkan pelbagai tuduhan bahawa apabila
abang Pie tidak bersetuju dengan amalan aktiviti berisiko tersebut, bermakna
abang Pie mengamalkan diskriminasi dan sekaligus membenci mereka. Itu punca
masalah yang sebenarnya . Huge mistake,
pal!
Sebahagian pula kerana ada agenda lain yang tidak
perlu dinyatakan di sini dan inilah yang dikatakan penyakit rohani dan
kecelaruan emosi yang jauh lebih bahaya berbanding HIV.
sila share |
The Effects
Kami menyenaraikan kesan-kesan akibat daripada tekanan
yang dialami oleh abang Pie akibat dihalang secara halus daripada berjuang dan
kerenah komuniti. Dengan bacaan CD4 yang serendah itu dan sebagai seorang diabetic sahaja pun, sepatutnya orang lain
sudah boleh faham betapa abang Pie sendiri sangat tertekan, sunyi, dan memerlukan
sokongan. Tubuhnya yang semakin kurus sepatutnya telah membuktikan apa yang
abang Pie tanggung.
Kesan daripada stress
yang berterusan, abang Pie tiada lagi minat untuk ke tempat kerja, lebih banyak
menyendiri jika beliau made it ke
tempat kerja, tidak mampu melaksanakan perkara-perkara yang boleh
menyebabkannya stress, insomnia, diserang
sakit di bahagian pinggang secara tiba-tiba jika stress yang terlampau sehingga tahap tercungap-cungap, bad mood, hot tempered, depression,
smoking – a lot!, jadual dan
pengambilan makanan yang tidak menentu, dan awfully
weak.
The only reasons yang membuatkan abang Pie masih lagi struggle ke tempat kerja adalah
tanggungjawab terhadap klien dan komitmen terhadap keluarga. Orang awam cuma
nampak abang Pie yang gembira di Facebook dan masih mampu bergurau-senda
menjawab pelbagai soalan komuniti sedangkan ketika itu tiada siapa yang tahu
abang Pie terbaring lesu sepanjang hari.
Tidak ramai yang tahu sebenarnya abang Pie bukanlah
jenis banyak cakap dan tidak suka merapu. Abang Pie sebenarnya seorang yang
serius. Perwatakan abang Pie bertukar semata-mata untuk menceriakan insan-insan
sekeliling beliau.
Things He Loves
Dalam keadaan stress
yang melampau, abang Pie masih lagi passionate
terhadap beberapa perkara. Abang Pie masih lagi sangat komited dan gembira
apabila berpeluang membantu rakan-rakan komuniti dan mereka yang memerlukan,
termasuklah ODHA, affected people, volunteers, dan supporters. Selagi tidak paranoid,
abang Pie memang sangat ikhlas dan teruja untuk membantu. Itulah antara perkara
yang membuat abang Pie gembira.
Abang Pie memang sangat sibuk menyampaikan maklumat
melalui blog beliau dan juga di ruangan Facebook. Setiap hari, ada puluhan yang
menghubungi. Once alamat e-mel dan
nombor telefon peribadi abang Pie dipaparkan kepada public di blog ini, bertalu-talu beliau dihubungi minta dibantu. Ada
bermacam-macam kerenah dan tidak kira masa.
Dalam situasi tersebut pun, sejak hujung tahun 2013
yang lalu, abang Pie masih sempat meluangkan masa mengajar al-Qur’an dan fardhu
ain kepada beberapa orang rakan dewasa. Ini membuktikan abang Pie tidak
kisah membantu golongan yang memang mahukan bantuan.
Alhamdulillah dalam masa yang sama, kami lihat abang
Pie juga dapat mengaji dan solat berjemaah bersama-sama mereka. It is a win-win situation for all of us.
Abang Pie seronok. Murid-murid seronok. Kami sekeluarga juga seronok. Apa
sahaja yang membuat abang Pie bahagia, kami tumpang bahagia.
Seterusnya kami memaklumkan kepada Dr. Iskandar, sekalipun
kelihatan strong, abang Pie sebenarnya
sangat fragile dan sensitive. Abang Pie sangat menyayangi dan
rapat dengan kami sekeluarga. Perwatakan abang Pie agak unik dan susah difahami
orang lain.
(Life abang Pie sebenarnya sangat meriah bersama kawan-kawan rapatnya. Jika tidak mengetahui statusnya sebagai ODHA sekali pun, ramai yang tidak percaya abang Pie boleh happy go lucky sepanjang masa. Jika tidak rapat, abang Pie sekadar seperti yang umum
kenali. Seperkara lagi, memang menjadi prinsip abang Pie, tidak pernah ambil
peduli apa yang orang lain fikir terhadapnya jika beliau yakin dengan apa yang
dilakukannya.)
Manjanya pun memang boleh tahan kerana memang perangai
abang Pie begitu. Tetapi bukanlah bermaksud abang Pie tidak prihatin terhadap
kami sekeluarga. Bukan senang untuk handle
perangai abang Pie, tambahan peminat tegar abang Pie sangat ramai dan tumpuan
terlalu banyak untuk komuniti. Setakat abang Pie dipinang secara direct kepada kami untuk bermadu, kami
tidak hairan kerana abang Pie tahu menilai dan terbuka dengan kami dalam membuat
keputusan-keputusan penting. Persoalannya, mampukah anda sekurang-kurangnya
setanding kami menjaga dan melayan kerenah abang Pie?
What Say Dr. Iskandar?
Dr. Iskandar Firzada bin Osman |
Dr. Iskandar faham dan bersetuju bahawa kami yang
lebih memahami dan menyaksikan stress
yang abang Pie tanggung secara first hand.
Walaupun kami beranggapan bahawa abang Pie mengalami kemurungan atau major depression, berdasarkan luahan
kami, Dr. Iskandar menganggap bahawa abang Pie hanya mengalami minor depression dan tidak perlu
dipreskripsikan dengan sebarang ubat anti-depressant.
Minor depression ini memang
sepatutnya dimiliki oleh setiap orang.
Menurut Dr. Iskandar, major depression biasanya diiringi dengan anhedonia. Anhedonia
adalah satu keadaan di mana seseorang itu hilang minat terhadap perkara-perkara
yang biasanya suka dilakukan.
Anhedonia is one of the main
symptoms of major depressive disorder (MDD). It is the loss of interest in
previously rewarding or enjoyable activities. People suffering from clinical
depression lose interest in hobbies, friends, work – even food and sex. It's as if the brain's pleasure circuits
shut down or short out. (Source)
Memandangkan abang Pie masih lagi passionate terhadap usaha membantu komuniti di blog dan Facebook,
serta aktiviti mengajar al-Qur’an dan fardhu ain, maka beliau masih belum
sampai ke tahap major depression. Dr.
Iskandar berpendapat abang Pie kini sedang mengalami tekanan atau stress, anxiety, dan adjustment
disorder.
Adjustment disorder itu adalah disebabkan abang Pie tidak
dapat adjust diri beliau dengan
situasi yang sedang dihadapinya sekarang.
Mania pula adalah opposite kepada depression.
Mania: mental illness in
which a person becomes very emotional or excited; excitement manifested by
mental and physical hyperactivity, disorganization of behaviour, and elevation
of mood; excessive or unreasonable enthusiasm (Source)
Nasihat Dr. Iskandar untuk kami membantu abang Pie
adalah untuk prioritize aktiviti yang
suka dilakukan mengikut keutamaan. Untuk
perkara yang abang Pie tidak suka, Dr. Iskandar menasihatkan abang Pie supaya back-off, mengundur diri, atau
menghentikannya terus. Fokus kepada perkara-perkara yang diminati sahaja. Ini
adalah yang terbaik untuk diri sendiri.
Contohnya. Sekiranya aktiviti pengurusan NGO atau
membantu komuniti kelompok tertentu yang bersikap negatif adalah perkara yang
paling tidak tertanggung oleh abang Pie, beliau boleh membuat keputusan untuk
bercuti sebentar daripada menguruskannya atau mengundur diri daripada melakukan perkara tersebut. Abang Pie
boleh menyerahkan tugas kepimpinan kepada pimpinan atau ahli lain yang
dirasakan layak untuk meneruskannya.
Berkenaan dengan rakan-rakan komuniti yang masih lagi mempunyai
masalah kecelaruan emosi dan mengamalkan aktiviti berisiko, Dr. Iskandar
menerangkan tentang peringkat-peringkat perubahan dari sudut psikologi. Terdapat
lima peringkat perubahan.
1.
Pre-contemplation. Mereka yang tidak langsung mahu berubah.
(The
stage at which there is no intention to change behaviour in the foreseeable
future. Many individuals in this stage are unaware or underaware of their
problems – Source)
2.
Contemplation. Mereka yang mempunyai keinginan untuk berubah.
(The
stage in which people are aware that a problem exists and are seriously thinking
about overcoming it but have not yet made a commitment to take action – Source)
3.
Preparation atau persediaan. Mereka yang membuat persediaan dalam
bentuk time frame atau kerangka masa untuk
berubah.
(The stage that combines intention and
behavioral criteria. Individuals in this stage are intending to take action in
the next month and have unsuccessfully taken action in the past year – Source)
4.
Action atau mula berubah. Mereka yang sudah mula memulakan
langkah untuk berubah.
(The
stage in which individuals modify their behaviour, experiences, or environment
in order to overcome their problems. Action involves the most overt (obvious) behavioural
changes and requires considerable commitment of time and energy – Source)
5.
Maintenance. Mereka yang sudah berubah dan mengekalkan perubahan
itu.
(The
stage in which people work to prevent relapse and consolidate the gains
attained during action. For addictive behaviours, this stage extends from six
months to an indeterminate period past the initial action – Source)
Kesemua tahap perubahan tersebut umpama satu circle. Ianya sentiasa berisiko untuk berputar
– maksudnya jika perubahan sikap tidak konsisten. Ianya memerlukan usaha,
iltizam, pengisian rohani, dan disiplin diri. Contoh, dalam isu merokok. Ada
yang telah berhenti selama bertahun-tahun tetapi kembali merokok apabila
terdedah kepada situasi tertentu yang menjadi trigger kepada perulangan sikap atau ketagihan kepada perbuatan.
Sekiranya meneruskan tanggungjawab di tempat kerja
adalah perkara yang paling memberi tekanan, Dr. Iskandar mencadangkan abang Pie
untuk memohon pencen ilat kerana abang Pie memang layak. Tiada masalah untuk Dr. Iskandar membuat laporan
perubatan bagi membantu permohonan pencen ilat untuk abang Pie.
Secara umumnya, abang Pie boleh memohon pencen ilat
disebabkan oleh faktor perubatan iaitu tidak lagi berupaya untuk ke tempat
kerja akibat stress dan status ODHA
beliau. Tiada umur minimum untuk permohonan pencen ilat ini. Borang permohonan
boleh diperolehi daripada pihak Jabatan.
Ilat atau keilatan adalah
suatu keuzuran yang serius, kekal, atau tidak boleh, atau tidak mungkin akan
sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah
sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan seseorang pekerja yang
normal.
Pencen ilat memberi
perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan akibat sebarang sebab yang
tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Antara penyakit-penyakit
kronik, penyebab keilatan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti sakit
jantung, masalah buah pinggang, barah, sakit jiwa, asma, dan sebagainya.
Pemohon pencen ilat perlu disahkan
ilat oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan.
(Sumber)
Dr. Iskandar juga merasakan bahawa Ketua Jabatan abang
Pie sepatutnya telah lama mengesyorkan abang Pie supaya memohon pencen ilat.
Ini adalah kerana abang Pie telah mengambil banyak medical certificates (MC)
sejak tahun 2011 lagi. Walau bagaimanapun, seboleh mungkin, abang Pie
diharapkan supaya dapat meneruskan perkhidmatan disebabkan oleh faktor terbesar
iaitu tanggungjawab dan komitmen beliau terhadap keluarga.
Sebagai kesimpulannya, kami bersetuju bahawa abang Pie
perlu prioritize perkara-perkara yang
perlu, mampu, dan boleh dilaksanakan. Perkara yang tidak mampu ditanggung dan
memberi tekanan hendaklah dilepaskan.
Tentang masalah kesihatan abang Pie, sekalipun rare, Dr. Iskandar tidak terlalu risau
kerana abang Pie sentiasa memberikan komitmen yang baik terhadap kepatuhan
rawatan dan menunjukkan sikap yang positif.
Itu sahajalah luahan kami kepada Dr. Iskandar. Alhamdulillaah,
kami amat berpuas hati dengan penerangan dan cadangan yang telah diberikan oleh
beliau.Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Iskandar kerana sanggup
mendengar luahan kami dan banyak membantu kami sekeluarga untuk membantu abang
Pie. Selebihnya perlu diputuskan oleh abang Pie sendiri.
Kami memohon jasa baik para pembaca mendoakan kekuatan
dan ketabahan berterusan kepada abang Pie kerana kami yakin doa-doa yang
dikirimkan selama ini banyak memberikan kekuatan dalaman kepada beliau menempuh
pelbagai cabaran.
Kami, hamba-hamba-Nya yang dhaif,
Kak Da & Ummie
Info Berkaitan:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group).Anda juga
dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk
menyertai, sila hubungi admins yang berikut: