Umum mengetahui bahawa rawatan HIV adalah kaunseling dan
farmakologi. Kedua-dua rawatan ini adalah sama penting kerana selain rawatan farmakologi
(yang ringkas), Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA) sentiasa berdepan dengan
pelbagai tekanan psikologi akibat stigma, diskriminasi, paranoia, dan judgemental.
Salah faham tentang HIV berlaku di mana-mana sahaja.
Terlalu ramai yang ghairah memberikan pandangan tentang HIV dan bersikap
judgemental terhadap ODHA sedangkan maklumat asas mengenai HIV pun mereka tidak
faham. Akibatnya fitnah terhadap infected
dan affected HIV terus berleluasa
dalam masyarakat. Menentang salah faham inilah yang menjadi agenda utama
perjuangan PPWM kerana ianya lebih menyakitkan ODHA berbanding rawatan HIV itu
sendiri.
Alhamdulillah pihak JAKIM amat prihatin terhadap isu ini
dan telah memberikan kepercayaan kepada PPWM untuk merancang sendiri beberapa
program untuk komuniti, sekaligus meningkatkan kesedaran dalam masyarakat. Setelah
melalui beberapa fasa perbincangan dan proses pemurnian kertas kerja, pihak
JAKIM sedia menyediakan peruntukan tertentu untuk melaksanakannya dan PPWM
cawangan Selatan adalah yang terawal mendapat kelulusan tersebut.
Pada 18 – 20 Oktober 2013 yang lalu, PPWM cawangan
Selatan telah melaksanakan program “Segugus Harapan Setitis Kasih” di Mutiara
Motors Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Ianya melibatkan pelbagai NGO
dan agensi lain yang diterajui oleh Persatuan Kebajikan Sinar Sofia (yang
merupakan salah satu NGO sekutu PPWM) merangkap Exco PPWM cawangan Selatan.
Agensi dan pertubuhan lain sekitar Johor yang turut memberikan komitmen ialah AADK,
CCRC, PENGASIH dan beberapa wakil pelajar UTM, Skudai. Turut serta ialah 2
orang wakil dari Wahidayah, Sungai Buloh.
Para peserta terdiri daripada infected, affected, supporters, dan volunteers. Perjalanan program dipantau oleh Encik Arrahman Awang,
Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK),
JAKIM dan Encik Firdaus bin Ibrahim.
Manakala penceramah dan fasilitatornya pula terdiri
daripada Prof. Madya Datuk Dr. Faisal Ibrahim, aku sendiri yang mewakili PPWM
Pusat, wakil Persatuan Kebajikan Sinar Sofia, dan pihak urusetia daripada pelbagai
agensi serta persatuan yang disebutkan tadi.
Pengisian program merangkumi aktiviti indoor dan outdoor seperti ceramah dan penerangan mengenai isu HIV, bengkel
Pelan Tindakan atau Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti sukaneka, solat
berjemaah dan tazkirah.
Encik Arrahman bin Awang
(JAKIM) dan Encik Rosli bin Ismail (Pengasas Persatuan Sinar Sofia) sedang
membantu para peserta dalam sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Sebahagian daripada supporters dan volunteers
yang menghadiri program dalam sesi perbincangan
Berbanding dengan aktiviti rasmi PPWM yang lain sebelum
ini, pengisian program kali ini lebih santai untuk disesuaikan dengan majoriti peserta
yang baru pertama kali terdedah dengan aktiviti bersama komuniti. Walau
bagaimanapun, ianya tetap sangat bermakna untuk meningkatkan kefahaman dan
keyakinan diri, seterusnya menyumbang ke arah usaha membantu komuniti yang
memerlukan sokongan untuk mengurangkan salah faham tentang HIV dalam masyarakat.
Sebahagian daripada pelajar UTM yang turut serta
Aku berharap para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang
diperolehi untuk meneruskan perjuangan membantu komuniti kerana jumlah yang
menderita akibat salah faham mengenai HIV ini (sama ada infected atau affected)
secara kasarnya hampir mencecah setengah juta orang dan majoritinya terdiri
daripada umat Islam.
Setengah juta? Cuba bayangkan jika yang telah didiagnos
sebagai ODHA hampir 100,000 orang dan digandakan dua yang belum didiagnos.
Apabila ditambah dengan jumlah mereka yang terjejas akibat jangkitan (affected people), bukankah angkanya
hampir mencecah setengah juta orang atau mungkin lebih? Komuniti terpinggirkah
jika seramai itu yang terlibat? Tidak adakah langsung rasa bersalah di hati
kita terhadap nasib saudara seagama dan senegara?
Harap maklum, majoriti yang menerima kesan paling teruk
adalah pasangan (isteri) kepada ODHA, anak-anak dan ahli keluarga mereka.
Bukankah sikap menghukum membuta tuli tersebut menyebabkan mereka berputus asa,
enggan mendapatkan rawatan, dan seterusnya meningkatkan penularan jangkitan?
Alangkah membazirnya usaha dan peruntukan besar yang
pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, JAKIM dan MAC salurkan saban tahun jika hanya
sekadar program demi program tanpa sokongan dan tindakan susulan daripada kumpulan
sasaran untuk mencapai objektif Getting To Zero (sifar jangkitan baru HIV,
sifar jangkitan kepada zuriat dan sifar AIDS).
Untuk kesekian kalinya, terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak JAKIM yang memberikan
kepercayaan kepada PPWM untuk menguruskan sendiri program ini dan insyaAllah
pada awal tahun depan ianya akan diteruskan di zon Pantai Timur dan Utara pula.
Sekalung penghargaan dan tahniah juga kepada PPWM
cawangan Selatan, Persatuan Sinar Sofia, urusetia dan semua pihak yang terlibat
dan memberikan komitmen yang profesional dan membanggakan. Para peserta pula
kelihatan sangat supportive melibatkan diri dalam setiap aktiviti. Aku yakin
jika komitmen yang jitu seperti ini berkekalan, banyak salah faham masyarakat
tentang isu HIV dapat dikurangkan dengan pantas di zon Selatan.
Itu sahaja perkongsian ringkas kali ini. InsyaAllah di
lain masa bertemu lagi.
Aku hamba-Nya yang dhaif
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info Berkaitan:
NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive
Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi
ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila
hubungi admins yang berikut:
NGO Sokongan:
Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306
(Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (open group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi
Sokongan khusus kepada komuniti wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (secret group) sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)