Apabila aku berkongsi pengalaman hadir
secara terbuka sebagai Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA) dalam masyarakat, ianya bukanlah bertujuan untuk menunjukkan kehebatan diri atau peranan yang telah aku
lakukan untuk membantu komuniti. Na’uzubillahi min zaalik.
Ianya sangat penting untuk mendidik
masyarakat supaya faham tentang HIV dengan tepat dan untuk mengurangkan stigma,
diskriminasi, serta judgemental.
Sekaligus mungkin dapat memberikan inspirasi kepada para ODHA supaya dapat
mengekalkan budaya hidup positif, bangkit berjuang, meneruskan kehidupan seperti insan lain dan
seterusnya mengurangkan risiko penularan baru virus.
Sesungguhnya perjuangan secara terbuka
bukanlah mudah, malahan amat menyakitkan, terpaksa mengorbankan banyak perkara
dan memerlukan komitmen yang tinggi. Apa-apa pun syukur alhamdulillah kerana di
sebalik setiap dugaan, tersembunyi hikmah dan kemanisan yang tidak ternilai.
Berikut adalah beberapa program yang
melibatkan penyertaanku berkongsi pengalaman dalam masyarakat.
Program besar pertama ialah pada 17
September hingga 19 September lalu di Radius International Hotel, Kuala Lumpur
anjuran JAKIM. Penglibatanku adalah sebagai speaker
dalam slot “STIGMA, DISKRIMINASI, SOKONG BANTU, DAN RAWATAN” dalam Bengkel
Manual Islam HIV/ AIDS kepada para imam sekitar Selangor, Sukarelawan,
kakitangan KKM, Kader JAKIM dan kakitangan CCRC terpilih dari seluruh Semenanjung.
Kehadiran peserta dalam lingkungan 40 orang.
Bersama
Tuan Haji Abu Bakar bin Lajis (Forensik HKL),
Dr. Sima Barbania (U.K), dan Encik Roslan (MAC)
Dr. Sima Barbania (U.K), dan Encik Roslan (MAC)
Para
peserta sedang berbengkel
Mr.
Shuman, reporter The Heat
Program kedua ialah perkongsian
pengalaman bersama para pelajar Kolej Uniti, Tanjung Agas, Port Dickson dalam
Seminar Remaja Cemerlang dengan tema ”JAUHI HIV DAN KE ARAH SIFAR JANGKITAN
HIV.” Tajuk perkongsian adalah: ‘KONGSI PENGALAMAN – NASIHAT KEPADA REMAJA DI
ZAMAN INI”.
Ianya adalah anjuran Unit AIDS/STI, Jabatan
Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan dengan kerjasama kolej pada 23 September 2013.
Peserta terdiri daripada para pelajar dan beberapa orang tenaga pengajar kolej
dalam anggaran 250 orang.
Bersama Dr. Hajah Zaini binti Haji Ishak dan kakitangan Unit AIDS/STI JKNNS
Sebahagian daripada pelajar kolej
Program ketiga ialah pada 24 September
– 26 September 2013 di Merdeka Palace Hotel, Kuching, Sarawak anjuran JAKIM.
Tajuk perkongsian sama seperti sebelum ini iaitu “STIGMA, DISKRIMINASI, SOKONG
BANTU DAN RAWATAN” dalam Bengkel Manual Islam HIV/ AIDS kepada para peserta
yang daripada golongan sasaran yang lebih kurang sama seperti di Radius
International Hotel, Kuala Lumpur. Majoriti peserta adalah dari Sarawak. Aku sangat selesa berkongsi pengalaman di Sarawak kerana aku mendapat
banyak aduan tertentu daripada rakan-rakan komuniti di sana.
Prof.
Madya Dato’ Dr. Faisal bin Ibrahim
Universiti
Pertanian Malaysia
Ustaz
Shahrul Nizam bin Abu Bakar
Bahagian
KSK, JAKIM
Ustaz Majlis Perasmian Penutup oleh YBhg Datu Haji Putit bin Mat Zen
Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak
Pada malam 28 September 2013 pula aku
dijemput hadir memberikan penerangan kepada ahli kariah Masjid Al Muqarrabin,
Bandar Tasik Selatan dalam sebuah Ceramah Perdana bertajuk “HIV Positive”.
Secara peribadi, alhamdulillah
jemputan ini antara yang sangat bermakna dan kehadiranku ke sana ditemani oleh
isteri-isteriku, anak sulungku dan turut mendapat sokongan beberapa orang sahabat
yang terlibat membantu komuniti. Jumlah kehadiran yang dimaklumkan oleh pihak jawatankuasa
masjid adalah sekitar 300 orang dan mereka menerima banyak maklum balas positif
daripada ahli-ahli kariah.
Sekurang-kurangnya program yang
dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Al-Muqarrabin ini adalah bukti perlaksanaan
pelan tindakan tentang peranan mendidik masyarakat oleh golongan agamawan
sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah seperti yang dihasratkan oleh pihak
JAKIM telah tercapai. Jiwaku sendiri sebenarnya sangat dekat dengan ahli jemaah
masjid dan selesa berkongsi pengalaman begini walaupun tahu diri serba
kekurangan.
Kebiasaannya sebelum pembentangan
dalam slot yang diamanahkan, aku suka mendengar penerangan oleh para pembentang
yang lain yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional yang
hebat-hebat serta berpengalaman. Daripada situ aku boleh menjangka kefahaman
para peserta tentang isu HIV supaya pembentanganku dapat mencapai objektif yang
disasarkan.
Selain itu, aku mengambil kesempatan
berkongsi sokongan dan pengalaman dengan media-media tertentu, serta ahli-ahli
komuniti setempat yang mengetahui kehadiranku ke kawasan berhampiran mereka. Sejak awal pagi hingga larut malam jadualku sangat padat dan masaku
terisi sepenuhnya.
Berdasarkan pemerhatianku, aku tidak
menghadapi masalah untuk diterima oleh anggota masyarakat dan mereka sangat
berterima kasih serta mengucapkan tahniah atas usahaku memberikan kefahaman
yang tepat kepada mereka. Bahkan ada ketikanya aku seolah-olah dilayan seperti
‘VIP dan selebriti.’ Mereka akui bahawa selama ini pemikiran mereka terikat
dengan stigma yang jumud akibat salah faham kerana terlalu bergantung kepada
fakta-fakta serta visual lama yang sentiasa diulang-ulang dalam media massa.
Setiap kali berkongsi pengalaman
menerangkan isu HIV/ AIDS ini juga, aku niatkan bahawa segala-galanya hanyalah
kerana Allah untuk membantu masyarakat dan sentiasa meletakkan diriku sebagai
mewakili seluruh suara hati komuniti, sama ada yang dijangkiti atau menerima kesan
akibat jangkitan (infected / affected
people). Sudah tentu juga bahawa perjuangan dan pergerakanku adalah
mewakili NGO ku, Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM).
Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga
perkongsian ringkas ini dapat memberikan pengajaran kepada kita semua. Di
kesempatan ini, aku mengambil kesempatan mengucapkan ribuan penghargaan kepada
pihak JAKIM, MAC, JKNS, Kolej UNITI, Jawatankuasa Masjid Al, Muqarrabin dan
ahli kariah, pihak media, golongan profesional dan individu-individu belakang
tabir yang membantu serta semua pihak yang menyokong perjuanganku. Jazakumullah
kheir.
Sekalipun getir dan penuh cabaran,
ianya akan diteruskan selagi diizinkan-Nya. Wallahu a’lam.
Aku hamba-Nya yang dhaif
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info Berkaitan:
NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan
Positive Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi
pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group).
Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:
NGO Sokongan:
Pertubuhan Amal Firdausi Kuala
Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953
(Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI:
http://www.facebook.com/amalfirdausi (open group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi
Sokongan khusus kepada komuniti
wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (secret
group) sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
Telefon: 019-259-5864
(Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM: 562740121438
(Maybank)